31 December, 2008

Jahanam Yahudi, semuga Allah makbulkan!!

Apa jadah Yahudi, membunuh lagi manusia ciptaan Tuhan Yang Esa. Mangsa terbaru adalah umat Islam di Tebing Gaza. Mereka menjadi mangsa senjata canggih. Apakah manusia bernama Yahudi belum bertamadun. Sudahlah rampas tanah air milik Islam, umat Islam pula dibunuh. Nampak sangat tamaknya Yahudi. Maka benarlah sikap Yahudi itu tamak dan sesiapa yang tamak itu sebenarnya berperangai Yahudi!! Kelmarin nampaknya pimpinan dan penyokong PAS menunjukkan sikap prihatin dan pembelaan terhadap umat Islam di Tebing Gaza. Mereka berhimpun (lihat gambar) dan menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak kedutaan Amerika Syarikat (pembela Yahudi). Sepatutnya, semua pimpinan kerajaan Malaysia menunjukkan sikap menentang pembunuhan Yahudi ke atas umat Islam. Nampaknya, PAS layak dianugerahkan sebagai parti “pembela” umat Islam!!

29 December, 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430








Hijrahtul-Rasul sudah 1,430 tahun berlalu.

Islam bawaan Rasul Muhammad SAW yang satu.

Khairan ummatun ialah umah yang bersatu.

Kebahagiaan dunia dan akhirat anugerah Tuhan Yang Satu.

Seketul hati tetap waja menggalas iman kepada Yang Satu.

Perjuangan Islam hendaklah jitu.

Memastikan syariah terus bertugu.


PILIHAN RAYA KECIL P036 KUALA TERENGGANU



Negeri Terengganu yang bersimbolkan 'batu bersurat' ini akan berdepan dengan satu pilihan raya kecil pada 6 hingga 17 Januari 2009. Pilihan raya tersebut akan berlaku di P036 Kuala Terengganu berikutan kematian ahli parlimennya Dato' Razali Ismail.

Lihat paparan berikut:

- Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu - Pada 28 November lalu, takdir Tuhan yang Esa ahli parlimen P.036 Kuala Terengganu Dato’ Razali Ismail telah kembali ke rahmatullah. Almarhum adalah Timbalan Menteri Pelajaran yang prestasinya dianggap antara yang terbaik di kalangan ahli parlimen Barisan Nasional. Kali pertama memenangi kerusi Kuala Terengganu pada pilihan raya umum 2004, ketika itu beliau adalah bekas Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu telah menewaskan Dr. Syed Azman dengan majoriti 1,933. Kemudian pada pilihan raya umum ke-12, beliau berjaya mengekalkan kerusinya dengan majoriti 628 undi – beliau memperoleh 32,562 undi mengalahkan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (31,562) dan calon bebas seorang wanita berusia 89 tahun, Maimun Yusof (685). Ekoran itu, kekosongan kerusi parlimen Kuala Terengganu telah disahkan oleh Speaker Dewan Rakyat dan pihak Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Omar Wan Ahmad pada 5 Disember lalu mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu adalah pada 6 Januari sementara 17 Januari pula sebagai tarikh mengundi. Dalam suatu kenyataan yang lain, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ngah Senik mengumumkan sebanyak 80,229 pengundi berdaftar meliputi 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pengundi pos akan membuang undi pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen P.036 Kuala Terengganu, 17 Januari depan. Senarai itu berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya yang diwartakan oleh SPR pada 5 Disember.

Berikut adalah demografi pengundi bagi bahagian pilihan raya P.036 Kuala Terengganu:

Bil. Bangsa Jumlah %
1.MELAYU 70,877 (88.34)
2.CINA 8,983 (11.20)
3.INDIA 365 (0.455)
4.LAIN-LAIN 4 (0.005)
Jumlah 80,229 (100.00)
Undi pos 1,035 (1.29)
Undi biasa 79,194 (98.71)

Sehubungan maklumat ringkas pengundi di atas, data demografi pemilih berikut adalah bermanfaat bagi menyusun strategi kempen:

Pengundi muda berumur 21-25 tahun = 8,072 (10.06)
Pengundi muda berumur 26-40 tahun = 29,011 (36.16)
Pengundi dewasa = 30,124 (37.55)
Pengundi warga emas = 12,005 (14.96)
Pengundi tidak diketahui umur khusus = 1,017 (1.27)

Pengundi lelaki = 39,740 (49.53)
Pengundi wanita = 40,489 (50.47).

08 December, 2008

Selamat Idul Adha - "teruskan pengorbanan"

Selamat hari raya idul adha, semuga kita semua terus menghayati pengorbanan sempena jutaan jamaah haji menyambutnya di Tanah Suci Mekah. Ia adalah dengan penuh makna hambanya mencapai puncak ibadat mengabdi diri dengan segala keupayaan kurniaan Tuhan Yang Esa.



Penghayatan pengorbanan Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar dan puteranya Nabi Ismail adalah simbol mutlak umat Islam. Ia dikuti dengan penghayatan kepada pengorbanan Nabi Muhammad SAW di dalam menyampaikan risalah Islam sehingga generasi kini di seluruh dunia menikmati kemuliaan ajaran Islam.



Semua kita adalah hamba-Nya, dituntut meneruskan pengorbanan yang ditunjuk oleh nabi-nabi dan rasul demi kemuliaan umat seluruhnya.

27 November, 2008

Cipta Yoga Baru!!

BUAT ALTERNATIF YOGA YANG SAH DI SISI ISLAM!!

Isu Yoga tak perlu diperdebatkan. Ia muktamad HARAM bagi ORANG ISLAM kerana membawa syirik.

Kalau nak jadikan Yoga dibolehkan untuk orang Islam, kena buang amalan mentera Hindu, pakai pakaian tutup aurat dan tidak mendedahkan aurat. Jika untuk mendapat pahala dengan amalan Yoga perlu gantikan mentera Hindu itu dengan zikir kebesaran Allah, seperti asma’ulhusna atau apa-apa zikir yang memuji kebesaran Tuhan Yang Esa dan kekayaan alam ciptaan-Nya. Ahli Yoga kalangan Muslim perlulah kreatif. Kalau ini mampu dibuat, sama dengan yang dibiuat oleh Tok Dalang Wayang Kulit Kelantan… buang jampi sampah tahyul dengan bacaan al-Quran dan bawa cerita social reality, tiada lagi yang karut marut, jadi halal-lah ia. Maka pandangan Perdana Menteri DS Abdullah Ahmad itu betul:
“…that Muslims who were interested in the health benefits of yoga could continue practicing as long as they do not chant.
Kita tak perlu bising-bising atau nak tunjuk kuasa pula, terus kuatkuasakan fatwa Yoga itu dan wujudkan Yoga Baru khas untu orang Islam. Saya ingat Persatuan Silat Gayung Malaysia boleh ambil tanggungjawab ini…cipta seni rawatan GayungYoga. Mungkin ramai orang Islam boleh praktis!!

Kutipan berita berikut boleh dibaca jika berminat:


Malaysia leader: Yoga for Muslims OK without chant
AP - Thursday, November 27
KUALA LUMPUR, Malaysia - Malaysia's leader assured Muslims on Wednesday they can perform yoga if they do not chant religious mantras an apparent effort to assuage public anger over an Islamic body's ban of the ancient Indian exercise.
Last week, the National Fatwa Council said that elements of Hinduism in the practice could corrupt Muslims. Many ordinary Muslims responded by saying they had been performing yoga for years without losing their faith.
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told the Bernama news agency that Muslims who were interested in the health benefits of yoga could continue practicing as long as they do not chant.
"I wish to state that a physical regime with no elements of worship can continue, meaning, it is not banned. I believe that Muslims are not easily swayed into polytheism," Bernama quoted Abdullah as saying.
Abdullah's aide, who spoke on condition of anonymity because he was not authorized to make public statements, said the prime minister wanted to curb confusion about the body's edict.
Council representatives could not immediately be reached for comment.
The prime minister's statement is unlikely to be considered an affront to the council because he did not criticize the edict.
Decisions by the Fatwa Council are not legally binding until they are enshrined in national laws or Shariah laws of individual states.
The ruling reflects the growing influence of conservative Islam in Malaysia, a multiethnic country where Muslim Malays form nearly two-thirds of the population.
Recently, the council said girls who act like boys violate Islam's tenets. The government has also made similar conservative moves, banning the use of the word "Allah" by non-Muslims earlier this year, saying it would confuse Muslims.
AP report.


Jangan pertikai fatwa yoga
Oleh ZULKIFLI JALIL dan NORLIZA ABD. RAHMAN
BANGI 24 Nov. - Ahli Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim (gambar) meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan fatwa mengharamkan yoga kerana tiada jaminan pengamal senaman itu tidak terjebak dalam mantera atau elemen falsafahnya.
Beliau menegaskan, ini kerana yoga merupakan 'ilham laduni' yang menerima tuhan sebagai model yang maha sempurna dan atas sebab itu bagi pengamal yoga di antara perkara utama yang dikehendaki ialah mesti melakukan senaman badan yang digelar 'asana yoga'.
''Matlamat senaman yoga ialah mahu bersatu dengan Brahma (maha pencipta), justeru agak janggal jika ada orang bukan Hindu terikut-ikut dengan senaman itu.
''Terdapat banyak risalah yang menerangkan puluhan ragam cara-cara mengamalkan senaman yoga, yang tujuan asalnya bukan untuk kesihatan badan semata-mata malah lebih jauh dari itu iaitu bersatu dengan Brahma," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Dr. Abdulfatah yang turut menyertakan kajian mengenai yoga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan memberitahu, buku-buku senaman yoga boleh menyebabkan pengamalnya terpengaruh dengan pelbagai teori mengenai kejiwaan Hindu yang bercanggah dengan akidah Islam.
''Yoga ialah 'sambungan', 'kok', 'bersatu' atau 'ittihad' roh individu dengan roh alam semesta serta kesatuan roh ilahi sendiri (Brahma) yang bersatu dengan tuhan.
''Yoga ialah falsafah Hindu iaitu satu agama wahdat al-wujud yang menyalahi fahaman Islam ithainiyat al-wujud," katanya.
Menurutnya, antara bentuk senaman yoga ialah Padmasana (kedudukan bunga teratai) yakni duduk bersila di atas lantai dengan kaki kanan di atas paha kiri dan kaki kiri di atas paha kanan serta meletakkan tapak tangan di atas lutut kanan dan tapak tangan kiri di atas lutut kiri serta ibu jari menyentuh jari telunjuk.
Terdapat juga senaman garuda atau Garudasana iaitu nama burung khayalan yang menjadi tunggangan Vishnu ketika mahu naik ke langit.
Beliau memberitahu, amalan zikir 'OM' atau 'AUM' yang diamalkan oleh para yogi (pengamal yoga) dikatakan mantera kekuasaan suci.
''Di dalamnya terkandung segala nama tuhan dan mengandungi banyak rahsia terpendam, cara menyebut kalimah ini hendaklah dikeluarkan suara daripada belakang kerongkong, dihembus ke mulut, keluar dari mulut dan selesai apabila bibir tertutup setelah menyebut huruf 'M' yang terhenti dengan dengungan suara bunyi berterusan.
''Ini melibatkan semua anggota badan yang mengeluarkan perkataan manakala suara yang mengandungi banyak nama tuhan manakala AUM pula yang bermula huruf 'A' melambangkan kejadian terkandung dalam diri Brahma, 'U' melambangkan Vishnu tuhan pemeliharaan dan 'M' melambangkan Shiva tuhan pembinasa.
''Amalan konsep bersenam biasa ialah mengeluarkan peluh tetapi tidak berlaku dalam yoga. Malah senaman biasa boleh dilakukan tanpa penyeliaan guru dengan menjadikan buku sebagai panduan.
''Saya sendiri pernah mengamalkan yoga lebih 30 tahun lalu semasa di Amerika Syarikat (AS) dan mampu melakukan senaman teratai, tetapi mula meninggalkannya apabila mendapati yoga bercanggah dengan amalan Islam," katanya.
Dr. Abdulfatah memberitahu, tanda tanya yang besar dalam dirinya adalah apabila yoga menerapkan elemen kepercayaan Hindu iaitu mati dan hidup manusia berulang-ulang manakala dunia ini kekal tiada kiamat.
Kata beliau, dalam kepercayaan itu, masalah dosa setiap individu dibalas dengan undang-undang karma.
Kata beliau: ''Apabila mati, seseorang itu akan dihidupkan semula, rohnya memasuki jasad deva atau manusia atau binatang atau tumbuh-tumbuhan.
''Dari kaca mata Hindu-Buddha, mati dan hidup semula berterusan selama-lamanya dan berulang-ulang, dunia ialah tempat penderaan balasan karmanya yang tiada kesudahan, sedangkan dalam Islam mati hanya sekali," katanya.
Laporan Utusan Malaysia: 25 Nov. 2008



Yoga: Rujuk Raja sebelum fatwa
Nov 24, 08 5:50pm
dikemaskini Sultan Selangor berharap sebarang keputusan fatwa pada masa depan yang menyentuh isu melibatkan masyarakat umum sebaik-baiknya dirujuk kepada Majlis Raja-raja untuk diperkenankan sebelum diumum.Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, ia adalah bagi memastikan supaya kaedah menyalurkan sesuatu keputusan fatwa itu dapat dilaksanakan secara bijaksana bagi mengelak sebarang kekeliruan dan kontroversi, lapor Bernama.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani hari ini, berhubung keputusan Jawatankuasa Fatwa bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam yang mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam, Sultan Selangor menjelaskan bahawa keputusan itu belum berkuatkuasa di negeri tersebut kerana perkara itu belum dibawa ke peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.Menurut kenyataan itu lagi, jawatankuasa fatwa negeri yangdipengerusikan oleh Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, akan bersidang membincangkan perkara itu dengan lebih mendalam berkenaan aktiviti senaman yoga di Selangor, dan selepas keputusan muktamad dibuat oleh jawatankuasa tersebut, ia akan disembahkan untuk perkenan baginda.Ini selaras dengan prosedur yang diperuntukkan oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 berkaitan dengan menerima pakai sesuatu keputusan fatwa.Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk JamrySury berkata fatwa mengenai pengharaman senaman yoga untuk umat Islam belum diterima pakai di negeri itu tanpa perkenan SultanPerak.Sambil menarik balik kenyataannya kepada sebuah akhbar seperti dilaporkan hari ini, beliau berkata selaku pengarah JAIP, adalah di luar bidang kuasa dan budi bicara beliau untuk membuat apa-apa pendirian berhubung sesuatu perkara yang menyentuh soal berkaitan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak."Fatwa tersebut belum dapat diterima pakai di negeri Perak kerana ia belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk selanjutnya mendapat perkenan daripada Sultan Perak," katanya kepada Bernama.Sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan kenyataan Jamry bahawa Perak akan mematuhi ketetapan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut.Jamry, yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, dilaporkan berkata satu mesyuarat akan diadakan pada 9 Dis ini bagi mengumumkan secara rasmi mengenai perkara berkenaan.Sabtu lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan mengumumkan fatwa meminta umat Islam negara ini tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mantera dan pemujaan.
Laporan Malaysiakini.com 24 November 2008.

Yoga diharamkan
Oleh HELMI MOHD. FOAD
PUTRAJAYA 22 Nov. – Amalan senaman yoga secara sistematik iaitu membabitkan gerakan fizikal, bacaan mentera dan matlamat penyatuan diri dengan tuhan bertentangan dengan syariat Islam.
Oleh itu Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik itu kerana dibimbangi akan menghakis akidah umat Islam jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.
Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.
‘‘Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan, senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak Sebelum Masihi itu yang menggabungkan amalan fizikal, unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah.
‘‘Ahli muzakarah memutuskan apa juga jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang juga Setiausaha Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Keputusan mengenai fatwa yoga itu dilakukan pada muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-83 di Kota Bharu, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober lalu.
Sebelum ini, seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.
Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar sejak 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.
Amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.
Setakat ini, pengharaman senaman yoga telah dilaksanakan di Singapura dan Mesir.
Menurut Abdul Shukor, umat Islam dinasihatkan agar menjauhi amalan yoga meskipun sekadar mempraktikkan pelbagai variasi senaman fizikalnya kerana ia adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem senaman tersebut.
‘‘Kalau setakat kita duduk macam yoga itu tidak ada masalah, lagi pun ia ada beratus jenis pergerakan, tetapi masalahnya amalan senaman itu adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem yoga.
‘‘Amalan fizikal itu hanya peringkat pertama, kita minta umat Islam berhati-hati, takut mereka tidak tahu ilmu yoga itu ke mana matlamat akhirnya dan ini mungkin boleh jadi membawa kepada kesesatan,” tegasnya.
Beliau menjelaskan, ini kerana dalam Islam terdapat tiga elemen yang boleh menjejaskan akidah iaitu keyakinan hati, pengakuan dengan lidah dan perbuatan.
Katanya, memandangkan sekurang-kurangnya terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka daripada terhakis.
Bagaimanapun, beliau menyatakan, fatwa tersebut tidak bermaksud untuk menghalang orang bukan Islam mengamalkan yoga kerana hak kebebasan mengamalkan kepercayaan agama mereka adalah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
‘‘Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hanya menjaga kepentingan dan akidah umat Islam dan pada peringkat ini, kita menggunakan pendekatan menasihat dan memaklumkan kepada umat Islam tentang pandangan Islam terhadap yoga.
‘‘Soal sama ada pandangan muzakarah akan dijadikan fatwa yang diwartakan, itu terpulang kepada kerajaan-kerajaan negeri dan dari segi penguatkuasaan, itu bukan bidang kita,'' katanya.
Laporan Utusan Malaysia: 23 Nov. 2008

20 November, 2008

UMNO bakal berkubur kerana pemimpinnya...

Dari blog Dr. Mahathir:

“…4. Agen-agen calon secara terbuka memberi wang sogokan kepada jawatankuasa bahagian dan wakil ke mesyuarat bahagian. Agen-agen ini tidak segan-segan menyebut nama calon yang membekal wang. Mereka menunggu semasa mengundi untuk mengetahui siapa undi siapa.

5. Satu fenomena yang aneh ialah pencalonan bagi calon tertentu meningkat dengan mendadak pada minggu pertama dan ke-dua. Ternampak seolah-olah mereka ini akan menang tanpa bertanding.
6. Tetapi selepas dua minggu pencalonan bagi calon-calon yang nampak popular ini mula merosot. Masuk minggu ke-empat pencalonan mereka tidak bertambah lagi atau hanya sedikit sahaja.
7. Sebaliknya dari jauh di belakang, calon-calon yang mendapat amat sedikit pencalonan pada minggu-minggu awal tiba-tiba mendapat begitu banyak pencalonan. Demikianlah pencalonan yang mereka dapati sehingga mereka melepasi kuota dan layak bertanding.
8. Apakah yang menyebabkan fenomena ini berlaku? Kata orang (saya tak ada bukti) kata orang sahaja, wang yang amat banyak ditaburkan oleh mereka yang mulanya ketinggalan.
9. Kita juga dengar ada perwakilan yang apabila diminta supaya menyokong calon tertentu telah hantar melalui SMS (system pesanan ringkas) namanya dan nombor akaunnya di bank.
10. Yang lain pula berkata tak apalah. Kami terima sogokan dan kami calon mereka tetapi undi semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agong belum tentu.
11. Tengku Ahmad Rithaudeen, pengerusi Lembaga Disiplin telah melaporkan yang lembaga telah terima 900 laporan rasuah dalam pencalonan untuk Majlis Tertinggi dan jawatankuasa bahagian. Ini semasa 2-3 minggu bahagian-bahagian bermesyuarat. Apakah angka ini tidak bertambah?
12. Juga dilaporkan bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga mendapat banyak laporan berkenaan sogokan wang semasa pencalonan.
13. Saya tertanya-tanya apa yang telah jadi kepada laporan-laporan ini. Besar kemungkinan bukti tidak cukup dan siapa pun tidak akan didakwa.
14. Sebenarnya rakyat Malaysia semua tahu yang pencalonan dan pemilihan pemimpin UMNO adalah hasil sogokan wang berjuta-juta Ringgit. Anggapan bahawa jika tidak ada bukti yang boleh diterima mahkamah maka ini bermakna tidak ada sogokan, bahawa pemilihan dan pencalonan dalam UMNO adalah bersih seperti kain putih, sukar diterima oleh orang ramai. Mereka bukan bodoh seperti yang dianggap sesetengah Menteri UMNO. Mereka tahu sogokan wang memang berlaku.
15. Sesungguhnya kesan daripada tingkah laku calon-calon untuk jawatan dalam UMNO dan juga ahli-ahli UMNO yang tamak dan begitu bersedia untuk disogok sudah menjadikan UMNO sebuah pertubuhan yang dipandang hina dan dibenci oleh rakyat samada Melayu, Cina atau India. Mereka sedang melihat kelakuan buruk dan kotor orang UMNO tanpa memprotes atau menegur. Kononnya orang bukan UMNO terutama pesara UMNO tidak berhak menegur UMNO. Dan mereka pun tidak menegur. Maka akan selamatlah perasuah.

Apa sudah jadi?

Laporan Berita Harian hari ini pula, “Calon timbalan, naib disiasat” dan
Malaysiakini pula mendedahkan “BPR siasat 82 aduan politik wang” yang ditujukan kepada parti politik tertentu (jika dikaitkan dengan musimnya… pemilihan UMNO, maka maksud BPR itu mungkin parti UMNO). Ditambah lagi dengan, kes ahli UMNO Tanah Merah yang telah dipecat:
(kes melibatkan Ahli jawatankuasa Umno bahagian Tanah Merah, Abdul Rahman Ibrahim telah dipecat daripada Umno ekoran tindakannya mengemukakan saman pemula dan mendapat perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menghalang 32 ahli termasuk bekas Ketua Pemuda, Ikmal Hisham Abdul Aziz menghadiri mesyuarat bahagian tersebut).

Paling memualkan lagi, bagaimana krisis dalaman Wanita UMNO sudah terlodeh sampai ke dada… nampaknya Rafidah Aziz sudah tidak selamat lagi mengemudikan sayap Wanita. Sudah terdedah pula karenah Wanita UMNO negeri Perak yang sebelum ini menyokong Rafidah hakikatnya mereka bersikap menyatakan sokongan ‘palsu’ sahaja.

Paling melemahkan penyokong UMNO seluruh negara bila terkeluar kenyataan seperti mana dilaporkan E-media hari ini:
“Wanita Umno divisions in Perak, Negri Sembilan and Sabah have joined their counterparts in Penang in speaking up against Tan Sri Rafidah Aziz's leadership transition plan.
They want the movement's chief to bring forward her proposed transition plan to March instead of the original June dateline.
At a press conference in Ipoh yesterday, Wanita chiefs from 22 out of 24 divisions called for Rafidah to hand over the leadership to her deputy Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil during the national delegates meeting in March.
Menangis lagi nampaknya Rafidah. Kalau dulu menangis kerana perginya Dr. Mahathir, kini menangis disebabkan perginya jawatan Ketua Wanita kepada Sharizat.

Cukuplah!!
Segala-galanya adalah “kebendaan” – materialisme sudah menguasai sehingga UMNO dilanda penyakit rasuah yang tidak terbendung lagi.
Jika dibandingkan dengan nilai-nilai kemuliaan yang dikehendaki oleh Tuhan yang Esa, penyakit rasuah adalah keburukan dunia, maka tiada lagi kemuliaan di sisi Tuhan di akhirat kelak. Maka pemimpin perasuah sudah tentu menjadi virus yang akan menularkan amalan itu bila mereka ditunggak kuasa. Semasa berkehendakkan jawatan sanggup menghabiskan jutaan ringgit, bila sudah dapat jawatan, pastinya jawatan itu disandarkan sebagai tangga untuk mendapat balik nilai jutaan ringgit yang dihabiskan tadi dengan apa cara sekalipun (halal maupun haram – jika perasuah sudah pasti akan lebih cenderung memilih cara haram – membiakkan lagi rasuah/politik wang).
Nah, sampai bila rasuah akan terhapus. Rakyatlah akan jadi mangsa gara-gara keghairahan pihak elit yang gila berkuasa. Oleh itu, tanggungjawab rakyatlah menolak kesemua pemimpin yang mengamalkan rasuah. Ingatlah! sudah sampai masanya UMNO bakal berkubur kerana pemimpinnya....

07 November, 2008

ISA dah hilang taring?

Mahkamah perintah Petra dibebaskan
Nov 7, 08 10:00am
Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini mengisytiharkan bahawa penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera.Hakim Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus pengendali blog popular Malaysia Today juga memerintahkan beliau dibebaskan serta-merta.Hakim juga memerintahkan Raja Petra dibawa ke mahkamah sebelum 4 petang hari ini sebelum beliau dibebaskan segera. Penulis blog ditahan polis pada 12 September di suatu tempat yang tidak didedahkan sebelum dibawa ke kem tahanan Kamunting di Taiping pada 23 Sept.

Mahkamah pagi ini mengarahkan RPK dibebaskan, demikian pula Malaysiakini pada pagi ini dipetik.
Apa makna semuanya ini di dalam konteks:
ISA,
hak asasi manusia sejagat,
kuasa polis,
kuasa mahkamah,
kebebasan bersuara,
kebebasan bolgger, dan
nilai-nilai ‘keselamatan’ di Malaysia hari ini.

Hal di atas, membuktikan Malaysia memerlukan suatu perubahan dari segi kuasa, agar kuasa baru (kerajaan baru – PR?) dapat merombak dan membina suatu rupa baru aspek undang-undang untuk mengawal ‘keselamatan’ negara ini. Sekiranya ini berlaku, secara ikhlas, sewajarnya rakyat mesti segera bangkit menyatakan pandangan dan pendirian melalui cara-cara yang sah, agar yang ada hari ini, khususnya Najib TR mempertimbangkan perkara ini, demi masa depan dan kemakmuran negara.

Sesungguhnya Tuhan yang Esa hanya merestui pemerintahan yang memenuhi nilai-nilai siasah syariyyah berlandaskan kebenaran al-Quran dan apa yang amalkan oleh Rasulullah.


02 November, 2008

Belajarlah – ilmu organisasi

Jika mahu jadi pemimpin dan pengurus organisasi yang berjaya cuba fahamilah sikit-sikit ilmu organisasi.

PERANAN ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

Maksud organisasi

Pada asasnya, sebuah organisasi adalah merujuk kepada sekumpulan individu yang menguruskan usaha-usaha ke arah mencapai matlamat tertentu yang dikongsi bersama.
“...an organization is a group of people intentionally organized to accomplish an overall, common goal or set of goals.
Berupa satu kumpulan yang menguruskan tujuan khusus; sebuah ikatan, atau struktur dan penyusunan sesuatu bahagian yang tertentu.
“A group of persons organized for a particular purpose; an association, or
the structure and arrangement of the different parts of something (http://www.thefreedictionary.com/organization)

Organisasi sebagai sistem

Organisasi ialah suatu penyusunan koleksi bahagian-bahagian yang digerakan secara bersepadu ke arah mencapai keseluruhan tujuan. Sistemnya adalah mempunyai pelbagai input yang digunakan untuk menghasil output bagi memenuhi seluruh tujuan organisasi.
“Simply put, a system is an organized collection of parts that are highly integrated in order to accomplish an overall goal. The system has various inputs which are processed to produce certain outputs, that together, accomplish the overall goal desired by the organization.

Teori organisasi

1. Theory of Human Motivation dikemukakan Abraham Maslow (1943) – lima peringkat keperluan - Deficiency needs/kehendak terbatas:
o Physiological needs/kesegaran fisiologi
o Safety needs/keselamatan
o Social needs/kecintaan
o Esteem needs/disanjung
o Self-actualization/kebanggaan

2. Incentive theory
Satu konsep bagi teori pengurusan sumber insan dan suatu jalur motivasi dan gelagat individu yang dipengaruhi kepercayaan tentang suatu kegiatan yang berfaedah.
“… is a concept of human resources or management theory.
“…treats motivation and behavior of the individual, as they are influenced by beliefs, such as engaging in activities that are expected to be profitable.

Menurut teori Incentive – insentif itu tergantung di antara dua keadaan berbeza, iaitu keadaan terbatas (wanting) dan kemahuan tidak terbatas (liking) – kemahuan tidak terbatas merupakan ransangan yang pasif, dan keadaan terbatas adalah suatu proses tarikan aktif yang meransang individu.

Maksud kepimpinan

Satu individu atau kumpulan individu yang berada dalam taraf mengetuai sesebuah organisasi. Pemimpin merupakan individu dan kepimpinan adalah menjelaskan kewujudan suatu gaya bagaimana sifat dan pendekatan pemimpin bertindak di dalam memenuhi matlamat organisasi. Ia melibatkan hubungan pelbagai hala di antara pemimpin dengan orang bawahan. Seorang pemimpin tidak dianggap pemimpin jika tidak ada individu lain yang dipimpin.

Teori Kepimpinan

1. Teori kepimpinan laluan matlamat (Path Goal Theory) oleh Martin G. Evans Robert J. House (1971) - tingkah laku pemimpin seharusnya dilihat sebagai suatu tindakan yang boleh memotivasikan pekerja dengan menyediakan elemen-elemen yang difikirkan dapat mengisi keperluan pekerja bagi mencapai matlamat organisasi dan menggunakan gaya kepimpinan terbaik bagi menemukan titik keperluan motivasi pekerja.
2. Teori kepimpinan karismatik oleh Max Weber (1968) – pemimpin mengilhamkan para pengikutnya untuk mengenal pasti minat mereka dan melihat ke arah tujuan yang berfokus.
3. Teori kepimpinan tranformasi oleh Burns (1978) dan Yuki (1989)– dianggap sama dengan teori karismatik – menekankan pembangunan orang bawahan ke arah mencapai visi, objektif dan strategi oragnisasi.

Gaya kepimpinan

1. Gaya kepimpinan tranformasi:
o Keunggulan gelagat (behavioural ideal)
o Menumpu kepada setiap individu (individudal focus)
o Motivasi yang berinspirasi (inspirational motivation)
o Merangsang secara intelak (intellectual stimulus)

2. Gaya kepimpinan laluan matlamat:
o Kepimpinan berorientasikan arahan (Directive Leadership)
o Kepimpinan berorientasikan sokongan (Supportive Leadership)
o Kepimpinan berorientasikan penyertaan (Participative Leadership)
o Kepimpinan berorientasikan pencapaian (Achievement-Oriented Leadership)

Kepimpinan berkesan – menguasai teknik pengurusan organisasi:

1. Memahami organisasi - visi, misi, objektif jangka panjang & jangka pendek, strategi-strateginya dan proses pelaksanaan program ke arah mencapai matlamat.
2. Menguasai persekitaran dalaman – struktur organisasi, memahami (psikologikal) kepimpinan dan pekerja, dan menguasai sumber-sumber. Faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi kepimpinan: Personaliti kumpulan bawahan (subordinates), Sifat persekitaran bagi organisasi/ruang pekerjaan.
3. Menguasai persekitaran luaran – organisasi pesaing, medan persaingan dan teknik dan media pengiklanan.
4. Menguasai kawalan dan koreksi – mengaktifkan institusi pengawalan dan pembetulan berasaskan standard pencapaian (Key Perfomance Indicators).

Cabaran-cabaran kepimpinan organisasi:

1. Organisasi yang kaku – kepimpinan yang tidak memahami persekitaran dalaman dan luaran
2. Kepimpinan tanpa pasukan kerja (team work).
3. Perubahan persekitaran luaran yang tidak harmoni dengan persekitaran organisasi
4. Pemisahan komunikasi antara pemimpin dengan pekerja
5. Sumber yang terhad dan emosi yang rendah.

Penyelesaian cabaran:

Mempraktikkan gaya kepimpinan yang memberi kesan kepada pencapaian, kepuasan dan motivasi diri:
1. Kepimpinan berorientasikan pencapaian (Achievement-Oriented Leadership) – memberi tawaran hadiah kepada pencapaian terbaik
2. Berani menghadapi demi mencapai matlamat,
o Mengatasi perkara yang menghalang kejayaan – motivasi yang berinspirasi (inspirational motivation) dan merangsang secara intelak (intellectual stimulus)


Kepimpinan belia + pelajar

1. Permulaan kepada penyertaan organisasi masyarakat yang lebih luas.
2. Suatu latihan awal ke arah kehidupan berorganisasi dan berkempimpinan.
3. Ruang pembinaan bakat dan interaksi sosial
4. Ujian bagi individu di dalam mengolah karakter dan psikologi
5. Latihan bertindak secara pelbagai hala:
o Sesama pemimpin
o Penghayatan persekitaran organisasi
o Bersama pekerja/anggota sebumbung
o Interaksi sosial luaran
o Pematuhan kepada aturan dan etika.

Mengurus organisasi + pemimpin: perspektif belia + pelajar

· Menjayakan tujuan dan objektif secara kolektif
1. Jenis organisasi
2. Susunan bahagian organisasi
3. Kedudukan jawatan kepimpinan
4. Amalan pengoperasian/pelaksanaan organisasi
5. Pesefahaman
6. Pertikaian
7. Penyelesaian
8. Wehdatul fikri.

· Isu-isu organisasi – berteraskan Belia + pelajar:
1. Hiburan & budaya
2. Motivasi & kerja
3. Pendidikan & agama
4. Kemahiran & latihan
5. Sukan & rekreasi

· Membina semangat berorganisasi (contoh Persatuan al-Ilmi International):




Penutup

Semuga Tuhan yang Esa menciptakan kita semua sebagai pemimpin yang menjalankan amanah seperti mana kehendak-Nya.

Eurocopter: BPR baru siasatan

Pada Nov 1, 08 4:29pm, Malaysiakini.com melaporkan, Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah mula membuka kertas siasatan berhubung pembelian helikopter Eurocopter EC725 Cougar bagi mengantikan helikopter Nuri. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ahamd Said Hamdan (gambar)berkata siasatan tersebut dibuat berikutan kritikan sesetengah pihak mengenai harganya yang terlalu mahal dan didakwa dipengaruhi pihak tertentu. Bernama memetik beliau sebagai berkata kertas siasatan tersebut baru dibuka selepas menerima maklumat daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini.
Nah!! Bukti BPR jelas tiada integriti sebagai badan pencegah rasuah. Malah, BPR dilihat sebagai badan penyiasat rasuah, yakni apabila ada kes dan amalan rasuah, maka siasatan pun dibuat. Ironinya tindakan BPR terhadap isu pembelian Eurocopter EC725 dilakukan setelah menerima maklumat daripada PAC, sedangkan isu ini telah didedahkan secara nyata oleh ahli-ahli parlimen semasa perbahasan belanjawan dua minggu lalu lagi. Jika demikian cara BPR, sudah pasti rasuah akan terus menjadi amalan yang mungkin bertaraf fenomena bagi setiap projek besar kerajaan BN.
Sewajarnya, pegawai dan kakitangan BPR harus meningkatkan pemurnian ‘nawaitu’ makan gaji. Semuga mereka semua mendapat keredaan Tuhan yang Esa.

28 October, 2008

Seminar Politik Malaysia di UiTM Sabah

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Sabah bersama Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menganjurkan Seminar Politik Malaysia mulai 28 - 30 Oktober 2008 bertemoat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Kerajaan Persekutuan Jalan UMS.
Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang mewakili Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
Prosiding seminar itu adalah melibatkan 89 kertas kerja yang terdiri daripada pelbagai topik atau hasil penyelidikan politik berkaitan Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu. Turut dimuatkan dalam prosiding ialah mengenai Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Agak menarik juga, para pembentang kertas kerjanya sebahagian besarnya diisi oleh para pensyarah UiTM di serata negara, termasuk dari kampus Sarawak, Melaka, Kelantan termasuk Sabah sendiri. Sementara turut terlibat ialah beberapa pensyarah dari universiti tempatan yang lain, seperti Dr. Redzuan Othman (Universiti Malaya), Dr Ahmad Nizamudin Sulaiman (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Ghazali Mayudin (Universiti Kebangsaan Malaysia).

Satu perkara yang sempat dipetik dari ucapan Hj Masidi Manjun, ialah suatu sindiran beliau terhadap pemimpin UMNO di Semenanjung sebagai pemimpin yang tidak rapat dengan rakyat. Oleh sebab itu, tsunami politik berlaku sehingga rakyat menolak mereka di dalam pilihan raya umum yang lalu. Sedangkan di Sabah, UMNO tidak pun terkesan dengan perkembangan tsunami tersebut. Maka, UMNO di Sabah tetap mengekalkan kekuasaan memerintah Sabah.
Walau apapun, persoalan kuasa politik atau apa-apa kuasa sekalipun kesemuanya adalah di bawah ketentuan Tuhan yang Esa. Manusia berkuasa merancang, Tuhan jua yang metakdirkan akan jadi maka jadilah ia.












27 October, 2008

"Happy Deepavali" for all Hindu

Selamat menyambut Deepavali " Happy Deepavali" bagi penganut agama Hindu.

Cahaya yang terang akan terus bersinar, sebagaimana dengan takdir Tuhan Yang Esa menciptakan nur untuk menerangi sekalian alam.

Kekalkan perpaduan eratkan hubungan sesama warganegara Malaysia.

21 October, 2008

POLITIK SEMASA PANAS

Minggu ni nampaknya bahang politik semasa semakin heating


Ekoran kekalutan pertandingan parti-parti BN memilih pemimpin baru - Gerakan dan MCA dapat pemimpin baru, cuma silapnya Gerakan calon Melayu tak masuk dalam susunan tertinggi. Maka tak cukup syarat berlagak sebagai imej multiracial ala ke-Malaysia-an.

MCA pula makin tebal ke-Cina-an bila orang baru jadi Presiden dan orang lama jadi Timbalan Presiden.

Tunggu lagi mesyuarat UMNO di bahagian-bahagian berkelahi mencalon bakal pemimpin tertinggi mereka. Setakat ni nampaknya, Najib dah diberi lesen ke puncak Presiden, bila Pak Lah sedia undur. Muhyidin pula, belum apa-apa dah mula tajam lidahnya, dah mula kontradiksi dengan Pak Lah - baru dicalon untuk tanding Timbalan Presiden dah lagak macam Presiden!! Dah tak kenal orang lama yang berjasa.

Feel Muhyidin semacam Ibrahim Ali, yang panjang tangan dan tajam lidah; sampai PAS yang menabalnya sebagai ahli parlimen pun dah digasak oleh Ibrahim. Kemudian, rakyat di Pasir Mas hatta rakyat Kelantan dah mula meluat dengan karenah Ibrahim yang memang sinonim sebagai 'tokoh lompat' Khabarnya, dok tunggu Tengku Razaleigh (TR) layak tanding Presiden UMNO, maka dia akan jadi promoter. Bila TR menang dialah orang pertama akan join UMNO. Memang kali ni, Ibrahim akan bermimpi kelam (jauh minyak dari mancis le). Takdirnya betul-betul akan berlaku - berkat lidah rakyat Kelantan yang sensitif dengan karenah egonya - kini sudah ramai menyumpah-nyumpah, maka tersungukurlah orang seperti Ibrahim tu.

Hal ini katanya dah tercuit gegedang teliga TG Nik Aziz. Maka TG Nik Aziz yang sedang rehat kerana sakit di HUSM Kubang Kerian tu mungkin turut terfikir sama... apa akan jadi kepada Ibrahim Ali tu. Hasil ehsan TG Nik Aziz, Ibrahim dapat tanding di Pasir Mas pada pilihan raya umum dulu. Hinggakan Ismail Noh YDP PAS Pasir Mas tu, tak berkata ape-ape... meskipun dia lah yang patut tanding lagi untuk penggal ke-3.

Kelmarin pula berlaku sidang DUN Kelantan dan Selangor. Di Selangor, MB-nya TS Khalid kemuka bajet mesra rakyat. Kelatan pula akan bentang bajet yang berjimat-jimat. Tetapi TG Nik Aziz dijamin tak dapat hadir, maka pernah Husam jadi juru baca bajet sebelum piihan raya dulu. Maka ada baiknya kali ini bagi peluang pula kepada TMB, Mad Yaakub lagi lebih tertib dan sesuai dengan jawatan TMB (penjawat yang sepatut ganti MB). Kerana hormat para pegawai dan rakan politik sekalian ialah susunan protokol itu perlu diserlahkan. Urusan rasmi kerajaan memang begitu, kerana pegawai melihat yang rasmi sidang DUN tu ialah Sultan. Maka simbolik hormat kepada Sultan bila ketiadaan MB ialah TMB, kerana TMB yang ganti MB ketika menyambut baginda semasa hadir ke persidangan kelmarin.

Sehari dua lalu, Menteri Dalam Negeri Syed Hamid isytihar HINDRAF NGO haram. Maka memenuhlah penyokongnya di mahkamah kelmarin tampil beri semangat kepada pemimpin mereka P. Uthayakumar yang dibicarakan atas tuduhan memfitnah dalam isu membela masyarakt India. Namun, langkah kerajaan BN menghenjak HINDRAF itu dilihat sebagai langkah tidak serik dengan tindakan balas masyarakt India dalam pilihan raya dulu - beramai-ramai menaolak BN. Masakan Dr. Mariah, muslimat PAS itu boleh menang di Kota Raja kalau tidak kerana jumlah orang India menyokongya begitu ramai, sehingga menang!! Masih tak serik ke pemimpin BN... boleh mereka membunuh HINDRAF dengan cara mengharamkan pertubuhan itu. Sedangkan mereka telah memohon untuk diluluskan di bawah akta ROS.

Mungkin dalam hal ini, Aziz Sk Fadzil lebih faham, maka dia tarik petisyen pilihan rayanya di Kulim Bandar Baharu. Kalau dia tak tarikh, bimbang Zulkifli akan terlucut taraf MP dan pilihan raya kecil terpaksa diadakan. Sedangkan di situ jumlah orang India adalah pengundi penentu menang-kalah. Adalah lebih baik, kansel sahaja kemungkinan pilihan raya kecil itu. Kalau tidak, BN akan malu besar, lantaran gerakan HINDARF cukup signifikan, seperti mana berlaku di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh... sumbangan undi orang India kepada KeADILan/Pakatan Rakyat makin utuh. Tetapi menteri Sy Hamid tak baca begitu... maka sikapnya lantak sahajalah HINDRAF. Tunggulah Pilihan Raya Kecil Pensiangan Sabah. Kalaiu benarlah proses rayuan petisyen Pensiangan itu akan berpihak kepada KeADILan, maka politik negara semakin panas. Sah dan pasti penyokong Pakatan Rakyat akan menempah tiket AirAsia awal-awal lagi ... dan akan ada pihak tertentu membiayai tiket untuk kumpulan HINDRAF pergi berkempen di sana (bawa imej tarik simpati rakyat Sabah kerana termangsa secara zalim oleh tindakan etnosentrik pemimpin BN). Mungkin benar ramalan sesetengah orang bahawa orang India akan jadi faktor perubah politik Sabah!!

Apakah politik semasa panas ini akan menjadi pengiring kepada perjalanan Najib ke mercu Perdana Menteri. Nampaknya Dr. Mahathir akan menghidup semula legasinya melalui anak butirnya Mukhriz yang seakan telah dicanang untuk mengiringi Najib ke mana sahaja. Maka Najib akan reda sedikit merah bibirnya itu. Jika begitu jadinya, UMNO dah mencipta rangkaian keturunan mewarisi pemerintah negara ini - Tun Razak ke Najib; Tun Husin ke Hishamuddin; Dr. Mahathir ke Mukhriz; cuma Pak Lah anak jantannya tak masuk gelanggang - keturunan Pak Lah hanya menantu yang sedia bertempur, tu pun khabarnya orang Rembau sendiri ada yang tak suka, Sementelah pula di Selangor dah ada sekatan pengaruh pencabar jawatan Ketua Pemuda, Mohd Khir Toyo sedia menendangnya.

Apa akan jadi dengan kepanasan politik Malaysia hari ini, nampaknya TV9 perlu bincang dengan Dr. Mohamad Agus supaya dapat dibuka ruang hujah untuk melihat betapa kronik dan kritikalnya pemilihan UMNO kali ini.

Semuga Tuhan yang Esa tidak berlaku zalim kepada orang yang segtia dengan perjuangan Islam dan berilah petunjuk kepada para pejuang asobiyah kembali ke pentas perjuangan Islam.

17 October, 2008

Kelab Penyokong PAS perlu nafas baru

Dengan nama Tuhan yang Esa, maka melalui ruang ini sukacita saya mengaitkan posting saya kelmarin (16 Okt.) dengan apa yang dipaparkan oleh Sdr. Zulkifli Yahya melalui Harakahdaliy.net (7 Okt. lalu), bertajuk Perpaduan kaum versi baru ditakuti BN.
Namun, saya tetap bertegas dengan kenyataan bahawa Kelab Penyokong PAS dah berkubur? Memang realitinya begitu, akibat tindakan dalaman PAS yang lemah, lambat serta tidak meletakkan pembinaan Kelab Penyokong PAS sebagai berstatus keutamaan dalam jamaah masa kini; sebaliknya agak sibuk dengan isu peralihan kerajaan dan termimpi-mimpi dengan mainan pembentukan kerajaan baru ala Anwar (bukan sesuatu keutamaan pun), maka nilai keutamaan sebenar bagi PAS dah terperosok ke setor barang expired (tetapi belum lusuh lagi). Maka penegasan semual saya, Kelab Penyokong PAS perlu nafas baru.
Kembali kepada kenyataan Zulkifli Yahya tadi. Beliau ada mempersoalkan dengan soalan berikut:
“Persoalan besarnya ialah mengapa kini golongan bukan Islam tidak takut lagi dengan PAS?
Ada pandangan yang mengatakan mereka menyokong PAS bukan kerana PAS tapi kerana protes besar-besaran terhadap BN. Dalam pilihan raya lalu mereka mengundi semua parti yang menentang BN.


Sebenarnya, PAS di Kelantan telah berkuasa dengan penuh bermakna: mendekati orang bukan Melayu seawal pemerintahan (1990) lagi dengan pelbagai pendekatan. Namun, dalaman PAS sendiri yang semacam tidak memandang serius dan besar impaknya kepada masa depan PAS dan pembinaan politik baru Malaysia. Cuma kebelakangan ini sahaja (menjelang pilihan raya umum 2004), peranan Kelab Penyokong PAS telah diutarakan secara serius. Ia dikuti dengan perlantikan Hu Pan Chow (seorang Cina Hokien Kelantan). Kemudian dalam Muktamar PAS ke-53 di Kota Bharu pada 2007, beliau telah diberi ruang berucap mewakili Kelab Penyokong PAS. Selepas berlaku pilihan raya umum 2008, PAS menang besar dan Ustaz Dr. Mujahid Yusoff dilihat tokoh “perpaduan nasional” di dalam isu kelab ini. Tetapi berdasarkan pengakuan CJ Ong sendiri, Ustaz Mujahid semacam hilang tumpuan untuk mengaktifkan kelab itu di parlimennya sendiri. Walaupun beliau dilihat ke sana ke mari menaja Kelab Penyokong PAS. Jika itu telah terjadi, maka persoalan/kenyataan dibangkitkan Zulkifli Yahya yang berikutnya sudah tidak ketahuan!!

Zulkifli Yahya menukilkan:
“Tetapi selepas pilihanraya, mereka terus menghampiri PAS dan berbondong-bondong menyertai Kelab Penyokong PAS. Kelab penyokong tumbuh bagai parti baru di Kedah.


Betulkah kenyataan ini? Realitinya, dari segi keorganisasian kelab penyokong itu belum tumbuh, yang tumbuh hanya sentimen dan sentimen itu belum diambil tindakan secara organisasi. Kerana sehingga kini PAS semacam teraba-raba mencari di titik mana untuk dimertabatkan kelab penyokong itu; sebagai NGO yang engage dengan PAS atau ia sebagai sayap PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan. Jika benar untuk menjadi realiti, seharusnya di dalam Muktamar PAS ke-54 lalu, sepatutnya diluluskan secara rasmi agenda memertabatkan kelab Penyokong PAS sebagai sayap rasmi PAS (dengan mencadang suatu pindaan perlembagaan PAS/dimasukkan sebagai aktiviti rasmi PAS bersandarkan mana-mana fasal dalam perlembagaan PAS). Namun, seni keutamaan dalam tindakan organisasi masih gagal diputuskan.
Walau apapun, pemerhatian Sdr. Zulkifli Yahya itu harius dilihat dari sudut positif. Sebagaimana beliau menyatakan:
"Mereka boleh mengadakan majlis yang menghimpunkan beribu-ribu orang bukan Islam untuk dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dalam satu masa. Masyarakat Cina, Siam dan India, semuanya sama. Mereka pilih PAS.

Sehubungan itu, kerajaan PAS di Kedah adalah “faktor kekuatan PAS” masa kini yang boleh diperkasakan lagi dengan memanfaatkan segenap ruang yang ada bagi meyakinkan masyarakat bukan Melayu kepada PAS. Sebagai tanda keseriusan usaha itu, sewajarnya Menteri Besar sendiri atau salah seorang ahli exco dari PAS yang memegang portfolio hubungan antara kaum dan mengiktiraf Kelab Penyokong PAS sebagai rakan strategik memajukan program perpaduan masyarakat antara kaum di negeri Kedah. Jika ini dapat dibuat, sudah tentu PAS di Kedah melalui kerajaan negeri bakal dan mampu mendepani cabaran komitmen orang bukan Melayu kepada PAS. Sekaligus juga ia mendahului PAS di Kelantan. Maka persoalan keyakinan orang bukan Melayu kepada PAS semakin memuncak dan terjawablah persoalan yang dibangkitkan Zulkifli Yahya:
“Mengapa tak sertai KeADILan atau DAP? Bukankah lebih mudah kerana parti itu sedia terima keahlian bukan Islam. Jawapan yang diberikan mereka mudah saja. "Kami lebih percayakan PAS!" Jawapan kepada persoalan ini amat jujur jika ditanyakan kepada sebahagian orang Cina yang menyokong PAS.


Misalanya, CJ Ong secara terus-terang mendedahkan gelagat pemimpin PAS yang lebih terbuka, jujur dan ikhlas dalam menjalin hubungan politik dengan kelompok mereka. Jika kenyataan ini dilihat sebagai suatu “modal PAS”, maka sepatutnya tiada halangan bagi PAS merealitikan kenyataan yang ditulis oleh Zulkifli Yahya seperti mana berikut:

“Apabila kini pemimpin PAS boleh masuk ke rumah bukan Islam menziarahi kematian, menghadiri pesta Tanglung, menjemput tarian naga ke program PAS, menjemput bukan Islam ke majlis berbuka puasa, boleh lantik bukan Islam jadi ahli majlis dan ketua kampung, maka tembok salah faham yang yang lebih kukuh dari tembok Berlin selama ini, runtuh satu persatu.

Sebenarnya, kenyataan di atas telah berlaku dengan jayanya di Kelantan, apabila Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar selaku reformis PAS pasca Fadhil Nor telah menampilkan dirinya di dalam semua sosialisasi masyarakat Cina, Siam, India dan Orang Asli. Sehingga sesetengah penampilan itu dipandang kabur dan serong oleh beberapa pemimpin PAS sendiri lantaran pihak UMNO telah mengambil kesempatan menyerang PAS di dalam isu-isu yang berkenaan. Misalnya, lawatan beliau ke wat Siam, kelulusan pembinaan tokong besar - terbarunya di Bachok, duduk sepentas dengan sami Buddha, memberi peruntukan untuk pembangunan pusat ibadat... sehingga pemberian milik kekal tanah.


Rumusannya, apa yang diamalkan PAS selama ini adalah lebih terbuka dan memberi kesan kepada semakin tebalnya keyakinan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Maka pilihan raya umum 2008 lalu telah mencerahkan bukti-bukti segala-gala bakti PAS selama ini di dalam meletakkan PAS sebagai sebuah parti anti perkauman dan sentiasda berada di landasan Islam. Oleh itu, penghebahan secara menyeluruh sumbangan dan jasa PAS perlu dibuat secara complete communication. Di sana ia memerlukan tindakan dalaman PAS mengisi jaringan komunikasi tersebut agar realiti Kelab Penyokong PAS akan terus diharmoni dan dimurnikan dalam strategi politik PAS mengadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. Semuga Tuhan yang Esa memberkati dan menunjuki jalan kemenangan kepada perjuangan Islam ini – PAS.

16 October, 2008

Kelab Penyokong PAS dah berkubur?

Musim pilihan raya umum lalu, sesuatu yang mengejutkan ialah apabila PAS berjaya menang di kawasan yang majoriti pengundi bukan Melayu seperti di Kota Raja.
47.80% -Melayu
23.98% - Cina
28.21% -India
0.01% - Lain-lain.

Begitu pula PAS boleh menang di parlimen Titiwangsa yang pengundi Melayunya kurang 70%.

66.60% - Melayu
23.76% - Cina
9.62% - India
0.03% - Lain-lain.

Di antara faktornya yang memenangkan PAS itu ialah sikap politik pengundi bukan Melayu yang beralih arah dari BN kepada PAS. Puncanya kerana PAS dilihat mesra dengan kelompok pengundi tersebut bila mana approach PAS mempopularkan Kelab Penyokong PAS. Melalui kelab ini, sebahagian pengundi bukan Melayu mula berminat kepada PAS; kerana mereka ini sudah tidak berminat kepada BN.
Penggerak kelab ini katanya Ustaz Dr. Mujahid Yusoff, anak kepada almarhum Yusoff Rawa, bekas Yang Dipertua PAS Pusat. Syabas, Ustaz Mujahid yang melalui Lajnah Perpaduan Nasional telah berupaya menggerakkan perkembangan sokongan bukan Melayu kepada PAS.

Namun, selepas pilihan raya umum Mac lalu ada komentator dari kalangan penggerak kelab itu melihat Kelab Penyokong PAS semacam sudah mati!! Menurut CJ Ong, salah seorang yang kenalan rapat Ustaz Mujahid, menyatakan bahawa di kawasan Parlimen Parit Buntar sendiri, kelab itu tak ada apa-apapun aktiviti. Malah rakan-rakannya dari kaum Tionghua tertanya-tanya...bagaimana masa depan kelab itu. Mungkin tunggu datang pilihan raya baru nak lihat semula peranan kelab penyokong itu!!

Mungkin Ustaz Mujahid boleh jawab.

Walau apapun, demi perjuangan PAS yang mendukung perjuangan diberkati Tuhan yang Esa, komitmen menghidupkan Kelab Penyokong PAS sebagai salah satu organ PAS adalah dinanti-nantikan. Menurut sumber PAS, mesyuarat PAS Pusat sempena majlis hari raya di Stadium Melawati (12 Oktober) lalu telah turut membincangkan subjek ini.

Semuga Tuhan yang Esa memberi kekuatan kepada kepimpinan PAS untuk meneruskan kepercayaan masyarakat bukan Mdelayu ini kepada PAS. Kita mahu lihat pilihan raya akan datang bukan Kota Raja dan Titiwangsa sahaja, malah lebih banyak lagi parlimen yang setaraf dengannya PAS boleh bertanding dan menang!!

13 October, 2008

Hari Terbuka PAS... PAS for All
















Kelmarin (12 Oktober) PAS Pusat berjaya mengadakan hari terbuka sempena Hari Raya 'aidil fitri. Bertempat di Stadium Melawati Shah Alam, terserlah kehebatan PAS khususnya PAS Selangor selaku tuan rumah. Lebih membanggakan para pengunjungnya adalah daripada lapisan masyarakat yang berbilang kaum. Ia cukup menserlahkan kejayaan tema muktamar PAS ke-54 "PAS untuk Semua" (PAS for All).
Menurut pemerhatian, sebelum ini PAS Pusat hanya menganjurkan hari terbukanya di sekitar Kuala Lumpur sahaja, terutama di Taman Malewar. Tahun ini adalah julung kali ia diadakan di luar Kuala Lumpur. Sesuai dengan PAS Selangor kini sebagai peserta di dalam kerajaan Pakatan Rakyat, katanya banyak pebelanjaan hari terbuka itu adalah melibatkan pengorbanan ahli PAS yang mendapat "ghonimah" seperti wakil rakyat, ahli majlis dan pelbagai penjawat dalam kerajaan negeri. Menurut Sdr Jamaludin Elias, selaku penyelaras perbekalan untuk jamuan hari terbuka itu, di kalangan ahli majlis perbandaran mereka diminta menyumbang sebulan elaun (kira-kira RM300 hingga RM700 seorang). Semuga Tuhan yang Esa memberkati pengorbanan itu. Ia satu cara akan membersihkan lagi nilai keberkatan dan terlebih baik daripada meminta-minta dari pihak-pihak tertentu, kerana cara itu mengundang hati yang tidak ikhlas malah berniat menyumbang dalam maksud "ada udang di sebalik batu".'
Tahniah kepada semua kepimpinan PAS!!
Semuga Tuhan yang Esa terus memanjangkan usia kerajaan Pakatan Rakyat.

11 October, 2008

Prestasi UM baik sikit







Di mana hebatnya U atau IPTA di Malaysia, laporan berikut mengesahkan kedudukan UM masih tercorok:

“KUALA LUMPUR, Oct 9 (Bernama) -- University of Malaya's (UM) ranking improved to 230th position in this year's The Times Higher Education (THE)- Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking from 246th place previously.
Kalau diperhatikan, tahun 2007 UM duduk ditangga ke 246 naiklah sikit ke tangga 230. Bandingkan dengan U di negara jiran kita ­­:
1. NU Singapore – dari tangga ke-33 lopmat ke-30. Negara fully diciplinary peoples.
2. CHULALONGKORN University, Thailand – dari tangga ke-223 kepada tangga ke-166. Senario politik Thailand digambarkan lebih teruk, tetapi upaya Univerisiti CHULALONGKORN menunjukkan prestasi terbaik.






Source: QS Quacquarelli Symonds (www.topuniversities.com) Copyright © 2004-2008 QS Quacquarelli Symonds Ltd.

Menurut Pemangku Vice-Chancellor UM, Datuk Dr Muhamad Rasat Muhamad kedudukan itu menunjukkan kejayaan Pelan Strategik UM yang dilaksanakan dua tahun lalu di bawah kepimpinan Vice Chancellor Datuk Rafiah Salim dan kakitangannya.
Jauh lagi le... nak capai impian Kementerian IPT. Apa lagi nak komen kpd kemeterian IPT kita. Kesian Menterinya, Khalid Nordin... khabarnya nak tanding Naib Presiden UMNO!!
Sesungguhnya, kita boleh merancang, tetapi Tuhan yang Esa juga merancang. Banyak-banyaklah kita berdoa agar Tuhan menjayakan setiap apa yang kita rancang.

05 October, 2008

Syawal bulan fitrah

Blog ini kembali berbicara setelah selesai menghayati Aidil Fitri
Berakhir Ramadhan menemui pula Syawal
Syawal adalah kembali kepada fitrah setelah menyuci diri
Sebagaimana kelahiran insan diusia awal
Ibadat Ramadhan dilalui adalah kemenangan diri
Hari pertama pada pagi Syawal
Merayakan kemenangan secara jama'ei
Bersama solat Aidil Fitri pada awal
Diikuti khutbah memandu diri setiap personaliti
Kelebihan takbir, tasbih dan tahmid diuar-uar
Kenikmatannya turut mengukuh keyakinan kepada Ilahi
Pastinya menambah nilai taqwa.














Selitan kalimah-kalimah suci:

اَللهُ اَÙƒْبَرْ
اَللهُ اَÙƒْبَرْ ÙƒَبِÙŠْرًا
ÙˆَالْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙƒَØ«ِÙŠْرًا
ÙˆَسُبْØ­َانَ اللهِ بُÙƒْرَØ©ً ÙˆَØ£َصِÙŠْلاً
لاَ اِÙ„َÙ‡َ اِلاَّ اللهُ ÙˆَØ­ْدَÙ‡ُ
صَدَÙ‚َ ÙˆَعْدَÙ‡ُ
ÙˆَÙ†َصَرَ عَبْدَÙ‡ُ
ÙˆَØ£َعَزَّ جُÙ†ْدَÙ‡ُ ÙˆَÙ‡َزَÙ…َ اْلأَØ­ْزَابَ ÙˆَØ­ْدَÙ‡ُ

"Setiap umat Islam mesti mengiktiraf dan yakin dengan keagongan Tuhan yang Esa,
Mensyukuri segala keagongan-Nya yang menikmatkan kepada kita semua,
Mensucikan keagongan-Nya dengan tunduka dan patuh atas ke-Esaan-Nya,
Sesungguhnya tiada Ilah melainkan-Nya,
Dengan sifat-sifat kehebatan menyatukan umat-Nya,
Mengatasi dan memenangi atas segala kehebatan musuh-Nya.

28 September, 2008

RAMADHAN, DAH DI PENGHUJUNG










Berpuasa Ramadhan adalah wajib kepada orang-orang beriman,
Kelebihan berpuasa sudah pasti akan menambahkan keimanan dan ketaqwaan,
Sekiranya sepanjang Ramadhan setiap orang beriman sentiasa di landasan,
Bersamanya mengambil iktibar sirah kebesaran sebulan Ramadhan,









Solat tarawih rezeki pahala hanya untuk umat akhir zaman,
Lailatul-Qadr adalah puncak pahala atas usaha di jalan keimanan,
Perang Badar kubra ujian iman melalui peperangan,
Zakat fitrah ditunaikan sebagai tanda pengorbanan,
Nuzul al-Quran mesti dihayati sebagai panduan,
Fathul Mekah puncak sejarah kemenangan,
Peperangan Tabuk adalah ukuran berjihad di medan,
Rombongan kota Taif dan Raja Himyar menemui Rasulullah menyatakan keimanan,
Tersebar Islam hingga ke Yaman,
Kesemuanya menyerlah ke-Esa-an Tuhan,





Kepada Tuhan yang Maha Esa kita panjatkan,
Keikhlasan hati nurani kunci menambahkan ketaqwaan,
Hebatnya Ramadhan bandingan sebelas bulan,
Doa kita bersama...semuga ketemu lagi Ramadhan,
Demi kehidupan di atas landasan keimanan.

25 September, 2008

KAD RAYA... SALAM RAYA... e-mail raya

Sekarang dah era maya
Internet media komunikasi global

Musim raya ini -kad raya dah kurang popular

E-mail-sms-mobilephone dah jadi perantara

Sungguhpun ia tidak sama

Namun itulah anjakan budaya

Salam raya mesti diteruskan jua

Semua umat Islam pasti beraya

Setiap Syawal terus bergembira.

Semuga Tuhan yang Esa tetap memberkati jua

Asalkan kita insan sentiasa bersyukur dan mengingati-Nya.

24 September, 2008

SUDAH MENGAKU... 'memang gagal'

Menurut sumber dari mereka yang tidak pro-16 September, hari kelmarin (23 September) Presiden PAS telah diberitahu bahawa usaha untuk mendapatkan sejumlah ahli parlimen BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat 'memang gagal'. Namun, Presiden PAS tetap menyatakan betapa usaha mendapat penyertaan ahli parlimen BN itu dan pembentukan kerajaan baru (mengambil alih daripada BN) oleh Pakatan Rakyat mestilah berpihak kepada Islam. Tetapi sekiranya tidak berpihak kepada Islam, maka PAS akan bertindak untuk 'tidak bersama'!!

Sesungguhnya, segala-gala takdir itu adalah di dalam pengetahuan Tuhan yang Esa. Mungkin malang, atau mungkin berjaya... tetapi samar!!

23 September, 2008

POLITIK NEGARA MAKIN KALUT? (4)

TG RAZALEIGH VS PAK LAH

Kekalutan politik negara sudah merebak masuk rumah tangga UMNO. Muhyiddin dengan ragam yang sinis telah menyindir Pak Lah atas isu peralihan kuasa 2010 sebagai terlalu lama. Zaid telah berundur dari kabinet Pak Lah kerana gagal untuk masuk gelanggang ketua Bahagian di Kota Bharu. Mahathir pula diundang pulang ke pangkuan UMNO oleh Muhyiddin. Paling menarik lagi Pak Lah ke Kelantan hadir majlis iftar di YKK Melor, dan tanpa kehadiran Tengku Razaleigh!!


Ketidak hadiran Tengku Razaleigh jelas menampakkan sikapnya yang siap bersedia untuk menentang Pak Lah dalam pemilihan Disember nanti. Maka Tengku Razaleigh telah berterus terang untuk bertanding jawatan Presiden UMNO. Realitinya, Tengku Razaleigh telah menzahirkan keyakinannya "akan mencapai sokongan 30 peratus" (58 daripada 192 bahagian) untuk pencalonan ke jawatan itu. Demikian dilaporkan oleh pihak media.

Asas keyakinan beliau itu mungkin berdasarkan tiga faktor besar:
1) Prestasi teruk kepimpinan Pak Lah selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri dalam pilihan raya umum Mac 2008 lalu yang menyebabkan BN kehilangan kuasa dua pertiga di parlimen.
2) Beliau telah mendapat regu dari dalam UMNO sendiri, apabila Muhyiddin Yasin mengambil sikap kontradiksi terhadap pelan peralihan kuasa dalam UMNO yang dianggap selari dengan pendiriannya.
3) Beliau juga mendapat sokongan moral daripada Dr. Mahathir bekas Perdana Menteri yang pernah beliau tentang dalam pemilihan presiden UMNO tahun 1987 (hanya tewas 43 undi).

Selain daripada itu, beliau turut mendapat rakan sembang apabila beberapa tokoh veteran UMNO menunjukkan sikap kompromi terhadap beliau. Di antaranya Sabbaruddin Chik dan Sanusi Junid. Jika Mukhriz Mahathir layak ke pertandingan Ketua Pemuda, mungkin ia turut menyokong beliau. Itu tidak pelik lagi kerana, Mukhriz perlu pilih siapa bakal Presiden UMNO yang boleh memudahkan laluan ke jawatan Ketua Pemuda bagi menyingkir Khairy.

Namun, Tengku Razaleigh masih perlu menampilkan ketokohannya, misalnya dengan mengemukakan idea bernas bagi menyelesaikan kegawatan ekonomi sekarang dan meningkatkan integriti kerajaan dan parti yang dilihat begitu humble selepas pilihan raya umum Mac lalu.

Apapun, semua sudah tidak dianggap pelik lagi jika Tuhan yang Esa sudah menentukan takdirnya UMNO akan berlawan lagi. Mungkin perlawanan 2008 ini akan lebih hebat dari 1987. Ia akan berlaku dan politik negara pasti kalut sehingga Disember 2008.

22 September, 2008

POLITIK NEGARA MAKIN KALUT? (3)

Pak Lah dah lantik Najib Menteri Kewangan,
Pak Lah ambil alih Menteri Pertahanan,
Pak Lah mula bersedia menuju 2010,
Pak Lah akan serah Perdana Menteri kepada Najib.

Najib pula ambil sikap terima aje,
Najib ikut-ikut apa Pak Lah atur,
Najib membayang dia mampu laksanakan,
Najib melihat itu mungkin peluang baik.


Anwar pula terus memburu takhta kerajaan,
Anwar telah tersasul "political engagement",
Anwar kini sudah ditinggalkan 16 September,
Anwar mula cari hal baru bersama Pakatan Rakyat.



Nik Aziz bertelagah dengan Mustapha Ali,
Nik Aziz bersetuju dengan Anwar,
Nik Aziz bersungguh untuk lihat BN ditamatkan,
Nik Aziz ternganga Mustapha Ali senyum sinis.

16 September petanda Anwar tersasar tarikh,
16 September bikin PAS menjadi kalut,
16 September hanyalah taktik Anwar,
16 September menghilang keyakinan individu tertentu.

Pakatan Rakyat parti menunggu,
BN dah 51 tahun bertakhta,
Pakatan Rakyat adalah hegemoni rakyat,
BN adalah bebal dengan derita rakyat.

Rakyat terus terdera jika BN terus bertakhta!!
Rakyat akan terbela... cubalah takhtakan Pakatan Rakyat!!

Apa-apapun kekalutan... semuanya belum tentu.
Apa-apapun, Tuhan yang Maha Esa menentukan, maka rakyat diajak terus bertawakal.

21 September, 2008

Tadarus al-Quran kerajaan PAS Kelantan

Tahun ini sudah 16 siri tadarus al-Quran dalam bulan Ramadhan diadakan oleh kerajaan negeri PAS Kelantan. Ia melengkapi/kesinambungan pendekatan yang dibuat sejak mula memerintah tahun 1990. Sasaran tadarus sebenar ialah kepada kakitangan awam dan berkanun kerajaan negeri dan kepimpinan parti serta pelbagai lapisan rakyat (ahli kariah masjid/surau/madrasah). Namun hakikatnya hanya segelintir berlaku/diadakan itu melibatkan kakitangan awam. Peringkat kerajaan ia biasa diadakan di peringkat jajahan (daerah) sahaja, dan amat jarang diadakan di peringkat jabatan/antara jabatan.
Format tadarus biasanya dimulakan dengan bacaan beramai-ramai ayat al-Quran dari surah yang terpilih, kemudian dikuti dengan bacaan makna dan tafsir oleh seorang bertaraf ustaz.
Berdasarkan pemerhatian dibuat sejak awal (1990-an) hingga sekarang, didapati pelaksana sebenar adalah organisasi parti yang diuruskan melalui pejabat ADUN/penyelia DUN yang boleh disifatkan berjaya. Itupun, kerana adanya peruntukan kewangan untuk majlis berbuka puasa (iftar) bersama ahli kariah tempatan yang diperuntukkan melalui projek bina insan.
Sementara penglibatan sebenar ilmuan (ustaz-ustaz) di dalam memakmurkan tadarus adalah terlalu kecil. Kita boleh dipuji ialah penglibatan ustaz-ustaz yang berelaun daripada lantikan di Unit Dakwah Halaqat. Mungkin kalau tidak diberi elaun, mereka pun tidak aktif.
Paling malang, ada ADUN/Penyelia DUN yang menganjurkan tadarus itu hanya 'ambil nama ada' sahaja. Sementara, ustaz-ustaz yang makan gaji dengan kerajaan negeri (khususnya di Yayasan Islam Kelantan) tidak ketahuan; kelibatpun tidak ada untuk berkongsi ilmu di dalam majlis tadarus. Apa nak jadi pada ustaz-ustaz... sampai kedekut ilmu begitu sekali. Sedangkan ahli kariah tempatan amat kepinginkan 'ilmu tadarus'. Maka berlakulah tadarus yang tidak sempurna... yang sempurna hanya majlis iftar, bila mana kehadiran ke tadarus majoriti adalah pada waktu untuk berbuka puasa sahaja.
Jika dinilai, daripada tiada langsung baik ada... hasil tadarus untuk menambahkan iman dan taqwa sepanjang Ramadhan amatlah sedikit sumbangannya.
Sesungguhnya, Tuhan yang Maha Esa,lebih bijaksana menilai. Apa nak diluah-rasa, melainkan kita berdoa semuga pengalaman berbelas-belas kali (tahun) menganjurkan tadarus itu dapat dilakukan tindakan sewajarnya oleh kerajaan negeri melalui Exco bertanggungjawab (Pembangunan Islam) ; memperbaiki mutu pelaksanaanya agar dipertingkatkan dari segi penglibatan dan kesannya kepada masyarakat.

18 September, 2008

Mohon maaf!!

Pada semalam (18 Sept.) dilaporkan di sini bahawa Syed Azidi Syed Aziz, 38 (gambar)empunya blog “Kickdeffela” ditahan di bawah ISA. Laporan itu adalah bersumberkan cakap-cakap pada petang penangkapannya (17 Sept.) dan berdasarkan semakan berita yang boleh dibaca secara online, beliau sebenarnya ditahan bawah Akta Hasutan.
Maka pada petang semalam Mahkamah Majistret di Kota Bharu, telah memutuskan beliau ditahan reman dua hari.
Dengan itu, kenyataan berikut yang dipaparkan melalui blog ini semalam adalah ditarik balik:

  • “Kickdefella” telah diISAkan semalam (17 September), mungkin itu permulaan ke arah mencairkan ISA ke atas tokoh politik… kerana “klu” telah jelas, “Kick” adalah seorang yang rapat dengan orang politik… pandailah juak-juak Pak Lah untuk mengesan siapa tokoh politik yang bakal menyusul selepas “Kick”.

Semuga Tuhan yang Esa mengampunkan kesilapan tersebut, dan kepada sesiapa yang tersentuh dengan kenyataan di atas dimohon kemaafan jua.

ANWAR NOW A THREAT ... Pak Lah

Bernama melaporkan hari ini (Khamis, 18 September) dari PUTRAJAYA, semalam (17 September) katanya Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi meletakkan Anwar sekarang menjadi ancaman kepada kestabilan ekonomi dan keselamatan negara. Perdana menteri dipetika berkata:
"As a result of his actions, certain fund managers had made reports that Malaysia was not a good investment destination because of political uncertainties," he told a press conference at his office here.

Bila ditanya kemungkinan tindaskan yang kerajaan ambil terhadap Anwar, beliau berkata:
“… the government would do what was needed.

Selanjutnya Abdullah mengulas bahawa kerja Anwar dianggap:
…Anwar had spread lies about the economic situation in the country including that no foreign direct investment was coming in and that the nation was no longer competitive.


Komentar:
Berdasarkan situasi permasalahan berat Pak Lah sekarang dan punca BN dan UMNO merundum dalam pilihan raya lalu adalah akibat masalah ekonomi yang teruk dan pengundi bukan Melayu dan di Bandar tidak yakin dengan penyelesaian ekonomi Pak Lah; maka sekarang Pak Lah melihat peranan Anwar menggerakkan misi menukar kerajaan (semacam merampas kuasa) adalah munasabahnya Pak Lah mencairkan semula ISA untuk melemaskan Anwar. Ramai meramalkan, Pak Lah sedikit masa (mungkin dekat sangat daa…) untuk menenggelamkan usaha merampas kuasa tersebut dengan ISA.
Di sini Husam ada mengulas dan Bakar Haq turut memberi sumbangan ceritanya, mengenai penahanan seorang blogger "Kickdefella"
Semuga Tuhan yang Esa tidak mengizinkan Pak Lah melakukan sesuatu lebih zalim daripada perdana menteri sebelumnya. Seorang pemimpian yang zalim sebenarnya mewarisi kepimpinan Firaun... janganlah Pak Lah... demi Tuhan yang Esa. Ingatlah kepada 10 prinsip Islam Hadhari... antaranya sedia beri jaminan keselamatan kepada rakyat jelata.