02 April, 2009

Ruang kempen makin sempit: KDN campurtangan!!


















Setiap kali pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum pihak parti daripada Pakatan Rakyat berdepan dengan pelbagai larangan dan peraturan berkempen. Sedangkan parti Barisan Nasional (pakatan 14 parti perkauman) mendapat ruang selesa dan liputan percuma oleh radio, TV dan media cetak milik kerajaan. Dalam keadaan demikian, Pakatan Rakyat hanya mampu menggunakan ruang kempen milik 'rakyat' iaitu pentas ceramah dan rumah-rumah ahli. Dalam limitasi itu, secara spesifik bagi perjalanan tiga piihan raya kecil kali ini: Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai (3B), pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bertindak mencampuri urusan parti-parti bertanding dan hak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dengan mengadakan peraturan tambahan untuk menyempitkan ruang kempen pembangkang. Jelas sekali tindakan tersebut sebagai tindakan terdesak dan gangguan demokrasi yang menyokong pihak Barisan Nasional yang tersempit dengan isu Althantuyaa dan kemelut politik Perak!!

Dalam hal ini, jelas sekali pihak polis telah dijadikan plaster untuk menampal lubang kempen Pakatan Rakyat yang secara terang-terangan adalah bernilai ketidakadilan di sisi peraturan pilihan raya. Persaolannya, apakah taktik ini akan mematikan bicara rakyat terhadap kedua-dua isu tersebut? Sesungguhnya Tuhan Yang Esa tetap melihat dan memahami apa yang dilakukan dan diniatkan atas segala-gala tindakan. Apakah Tuhan memberi pahala kepada Menteri KDN dalam perkara ini. Dari segi nilai sejagat, tindakan KDN itu adalah bercanggah, harapnya Tuhan dapat melihatnya secara adil; apakah itu tindakan benar atau zalim?

01 April, 2009

Tema Kempen PR di Bukit Gantang


“Kekalkan kemenangan untuk rakyat,” demikian tema kempen Pakatan Rakyat menyertai pilihan raya kecil P.059 Bukit Gantang yang telah selesai penamaan calon 29 Mac dan bakal mengundi 7 April 2009.

Pemilihan tema ini adalah tepat dalam memastikan pemikiran pengundi terus terpaku pada sentuhan jasa dan imbauan abadi aruah YB Haji Roslan Saharom (gambar). Aruah adalah seorang wakil rakyat dari PAS yang telah menyumbang bakti ikhlas di dalam mewakili pengundi di kawasan Bukit Gantang. Menurut sumber pengundi tempatan, aruah adalah seorang pengamalan rawatan Islam as-Syifa’yang diasaskan oleh Profesor Dato’ Dr. Haron Din, seorang ulamak terkenal.

Berkat ayat-ayat rawatan Islam, telah mendidik aruah menjadi seorang insan yang begitu prihatin/cakna dengan permasalahan dan kesusahan rakyat. Inisiatif beliaulah tertubuhkan Darul Syifa’ Negeri Perak yang membolehkan khidmat rawatan Islam dapat dicurahkan setahun lebih awal di Bukit Gantang. Meskipun pada masa itu, beliau belum menjadi ahli parlimen. Semuga jasa khidmat dan sentuhan peribadi aruah sentiasa dalam kenangan rakyat Bukit Gantang dan diberkati Tuhan.

Lanjutan daripada kenangan rakyat itu, maka pilihan raya kecil kali ini, YB Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) telah dinamakan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat. Pencalonan beliau adalah pilihan tepat dan telah diterima sebulat suara, kerana latar belakangnya sebagai seorang Menteri Besar yang menerajui kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat dan mempunyai rekod perkhidmatan baik, mesra dan setia. Berbekalkan rekod itu, munasabahnya beliau sentiasa bertanggungjawab, ikhlas dan mengamalkan ‘sentuhan rakyat’ dan telah berjanji untuk terus menyemarakkan kemenangan rakyat Bukit Gantang, demi mengulangi mandat rakyat sebagaimana ‘wasiat’ aruah Haji Roslan Shahrom.

Maka, pilihan raya kecil kali ini merupakan peluang bagi Pakatan Rakyat melalui Ir. Mohamad Nizar untuk meneruskan komitmen menyumbangkan bakti dan sentuhan khidmat bagi menyuarakan kepentingan rakyat di dalam dewan parlimen jika dipilih nanti. Komitmen ini amat penting sebagai menyambung ‘cara bekerja’ aruah YB Haji Roslan yang dikenali sebagai ahli parlimen yang sentiasa peka membangkitkan isu-isu pembangunan rakyat Bukit Gantang di parlimen.

Sehubungan itu, tema kempen Pakatan Rakyat/PAS kali ini adalah sebenarnya tanda kesungguhan dan citarasa para pemimpin untuk sentiasa bersama rakyat dalam menghadapi kemelut politik dan ekonomi negara. Ini adalah suatu nilai yang harus disokong rakyat Bukit Gantang. Demi untuk mengatasi segala kemelut politik dan ekonomi negara yang diakibatkan oleh angkara pemimpin Barisan Nasional – gabungan parti perkauman – pilihan raya kecil ini adalah jawapan kepada tindakan yang membelakangkan hak, maruah dan kuasa rakyat!!


Rumusannya, kuasa rakyat melalui seorang pengundi – satu undi itu – perlu digunakan secara bijak untuk membuktikan mandat rakyat dipelihara dan memastikan nilai undi tersebut akan memenangkan rakyat di Bukit Gantang dan sekaligus sebagai isyarat bersetuju dengan kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat. Lebih-lebih lagi, kesan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Perak selama 10 bulan lalu telah menonjolkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang telah dibela, seperti pemberian bantuan untuk sekolah agama rakyat, penamabahan bantuan kebajikan masyarakat, pembelaan kepada penduduk kampung baru dan kampung tersusun, pentadbiran yang telus, berintegriti dan mengutamakan keselesaan dan kesejahteraan rakyat.

31 March, 2009

Blog/Akhbar proUMNO mula serang Nizar

Hari pertama kempen (30 Mac) pilihan raya kecil Bukit Gantang sudah menyaksikan laporan berat sebelah dan bermotif 'serang Nizar' calon parti PAS yang mewakili Pakatan Rakyat. Laporan mStarOnline bertajuk: Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit Gantang oleh G. MANIMARAN dan blog (pilihanraya kini): Nizar Rampas Mikrofon Masjid adalah paling zalim lagi. Media/blog tersebut telah menempelkan sekeping gambar lama calon PAS YB Ir. Mohamad Nizar sedang memegang mikrofon bukan di masjid berkenaan (gambar).
Itu semua fitnah besar dan menzalimi dunia maklumat siber!!
Ini kerana, maklumat sebenar seperti dinyatakan Encik Amran Harun yang turut berada di masjid berkenaan, "sebenar YB Nizar dijemput oleh imam masjid untuk menyampai tazkirah, tetapi sebaik sahaja YB Nizar bangkit, lantas Dr. Zambry yang ada dan turut bersolat di situ telah membantah dengan suara keras...kemudian YB Nizar tidak meneruskan jemputan itu!!
Menurut Encik Imran lagi, "semasa kedua belah pihak meninggalkan majlis, ahli jamaah beramai-ramai bersalaman dengan YB Nizar, itu membuktikan kejadian yang berlaku itu adalah mengambarkan 'persetujuan' ahli jamaah masjid terhadap sikap YB Nizar dan 'menolak' sikap Dr. Zambry.
Maka, itu menggambarkan kejadian di masjid tempoh hari adalah sebenarnya 'benar' di sebelah YB Nizar. Itu satu gambar kecil, bahawa misi "referendum" rakyat yang menjadi persoalan sebenar d Bukit Gantang mungkin menyebelahi Pakatan Rakyat!!

Catatan hujung
Tuhan Yang Esa telah memberi panduan untuk kita memahami dan mempercayai sesuatu berita itu, hendaklah menyiasat sedalam-dalamnya tentang apa yang berlaku sebelum mempercayainya. Justeru itu, dalam kes insiden kempen di Bukit Gantang, adalah dinasihatkan jangan mudah menelan bulat-bulat laporan media/blog yang dinukilkan. Sesungguhnya, laknatlah orang yang memutarbelitkan sesuatu yang tidak benar sehingga memudaratkan pihak yang berkenaan.

29 March, 2009

Penamaan calon Tiga P'raya Kecil

Sejarah pilihan raya kecil serentak berlaku pada hari ini dengan penamaan calon serentak jam 9 - 11 pagi. Berlaku catitan sejarah pertama kali dengan calon teramai diterima bertanding di Bukit
Selambau seramai 15 orang: dua mewakili parti politik (BN/MIC dan PR/Keadilan) dan 13 lagi mewakili diri sendiri.
Di Bukit Gantang pula menyaksikan tiga calon: dua mewakili parti politik (BN/UMNO dan PR/PAS dan seorang mewakili diri sendiri.
Di Batang Ai pula, hanya dua calon diterima: PRS/BN dan KeADILan/PR.
Ketiga-tiga pilihan raya kecil itu adalah signifikan bagi plolitik Malaysia. Lebih-lebih lagi kepada UMNO yang baru mendapat peneraju baru, apabila Mohd Najib ditabalkan sebagai Presiden baru menggantikan Abdullah Ahmad. Sudah pasti satu legitimasi baru rakyat akan dijelmakan melalui keputusan tiga pilihan raya kecil tersebut.
Namun bagi blogger Rockybru, Bukit Gantang adalah signifiken. Menurutnya:

A Pakatan Rakyat victory at Bukit Gantang can and will be used as proof, beyond any doubt, that Sultan Azlan Shah should not have given back the state of Perak to Barisan Nasional.

That the HRH's decision was against the wishes of his people, who want PR and not BN to represent them.
Fielding Nizar in Bukit Gantang is a political statement. If he wins, the former Perak MB, hailed by some as the modern Hang Jebat for his "mohon derhaka" antic, would be seen as having won not just against the BN but, more importantly, against the Sultan.
It will prove that this Jebat Moden was right and that the Sultan had wronged him.
Defeat is unthinkable.


Catitan hujung;

Apapun, kehendak Tuhan Yang Esa pasti berlaku: Menentukan Pak Lah berhenti dan Najib meneruskan legasi Pak Lah, atau legasinya sendiri yang bakal mencipta Najibisme.