23 January, 2012

CNY - Gong Xi Fat Chai dari Tok Guru MB Kelantan

“Bersama mengharmonikan masyarakat Kelantan”



PERTAMA saya mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua masyarakat Tionghua. Pengharapan besar Tahun Baru Lunar ini yang jatuh pada Isnin, 28 Safar 1433 bersamaan 23 Januari 2012 akan meneruskan keharmonian hidup untuk semua masyarakat di Kelantan.

Perayaan Tahun Baru Cina kali ini adalah satu perayaan penting bagi masyarakat Tionghua kerana mengikut giliran kalendar Cina tahun ini adalah tahun Naga Air. Justeru masyarakat Tionghua percaya tahun ini bakal membawa banyak kebaikan dan rezeki.

Apa pun Naga adalah suatu simbolik dalam kepercayaan masyarakat Tionghua, sementara Air adalah nikmat Allah SWT kepada semua makhluk. Maka bagi Negeri Kelantan, sudah terbukti masyarakatnya hidup dengan penuh keharmonian, sejahtera dan berkebajikan dinikmati semua kaum. Ia ibarat air yang menjadi pendorong bagi masyarakat Tionghua untuk lebih maju menyumbang dalam apa jua bidang, terutama dalam sosioekonomi yang boleh memberi kebaikan untuk seluruh masyarakat Kelantan.

Demikian pula, simbolik hidangan jamuan raya 'Yee Sang' yang mempunyai nilai keagungan dan kehebatan institusi kekeluargaan, ia juga suatu simbolik dalam mengharmonikan persefahaman antara masyarakat selain Tionghua.

Semoga Allah SWT memberkati seluruh hidup masyarakat Kelantan yang telah terbukti sejarahnya begitu hormat-menghormati di antara satu sama lain. Ia sesuai dengan semangat kekeluargaan yang dipupuk sempena musim Tahun Baru Cina.

Oleh kerana itu, sukacita saya mengingati balik apa yang saya utuskan semasa sambutan Tahun Baru Cina sebelum ini (sempena tahun Arnab):

“Kita satu ummah yang bersama-sama memberi sumbangan ke arah lahirnya negara Malaysia yang lebih adil dan aman serta sejahtera berteraskan nilai agama.

Islam sebagai agama yang tidak mengamalkan diskriminasi kepada sesiapa sekalipun. Justeru Islam mendidik agar berlaku adil kepada semua bangsa.

Tidak ada kelebihan satu bangsa ke atas satu bangsa yang lain, melainkan dengan takwa kepada Allah.”

Harapan amatlah besar, agar masyarakat Tionghua di Malaysia dan di Kelantan terus memberi kerjasama terbaik kepada pihak Kerajaan Negeri untuk meneruskan program pembangunan masyarakat Kelantan ini dengan sebaik-baiknya.

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan/al-Mursyidul Am PAS
Kota Darulnaim, Kota Bharu.

22 January, 2012

CNY 2012: Naga Air mengundang masyarakat Cina bersama Bersihkan Malaysia

Tempoh dan makna sambutan tahun Lunar China atas nama Naga seperti mana berikut:
  • 16 Februari 1904 - 3 Februari 1905: Naga Kayu
  • 3 Februari 1916 - 22 Januari 1917: Naga Api
  • 23 Januari 1928 - 9 Februari 1929: Naga Tanah
  • 8 Februari 1940 - 26 Januari 1941: Naga Logam
  • 27 Januari 1952 - 13 Februari 1953: Naga Air
  • 13 Februari 1964 - 1 Februari 1965: Naga Kayu
  • 31 Januari 1976 - 17 Februari 1977: Naga Api
  • 17 Februari 1988 - 5 Februari 1989: Naga Tanah
  • 5 Februari 2000 - 23 Januari 2001: Naga Logam
  • 22 Januari 2012 - 10 Februari 2013: Naga Air
  • 2024 - 2025: Naga Kayu
  • 2036 - 2037: Naga Api
Lihat putaran tahun ikut kajian zodiac China:






Makna tersirat mengikiut ilmu feng shui:


Dari sudut pandangan Feng Shui, tahun 2012 yang merupakan tahun Naga Air membawa banyak kebaikan dan rezeki kepada manusia. Seperti yang diketahui ramai, air merupakan sumber paling penting buat manusia, malah dua pertiga isi kandungan bumi juga merupakan air, manakala 95 peratus kandungan badan manusia terdiri daripada air.


Dalam teori unsur Cina, air menghasilkan kayu, yang menandakan pertumbuhan dan naga mewakili elemen semula jadi. Tahun Naga dianggap sebagai tahun paling bertuah dan ia dianggap makhluk mistik berbanding haiwan lain dalam kalendar Cina.
  1. Harimau - berani, emosional, tidak terduga
  2. Kerbau - kukuh, tenang, dipercayai
  3. Tikus - cerdas, menarik, terus-terang
  4. Babi - tulus, sabar, jujur
  5. Anjing - setia, jujur, cerdas
  6. Ayam jantan - akal, terancang, tegas
  7. Monyet - aktif, suka bersenang-senang, ingin tahu
  8. Kambing - kreatif, lembut, penyayang
  9. Kuda - energik, berdikari, pekerja keras
  10. Ular - menggoda, pintar, bijaksana
  11. Naga - mulia, energik, ghairah
  12. Arnab - penyayang, tulus, peka.

Kongsi daripada: http://diarihatiku1976.blogspot.com/2012/01/feng-shui-tahun-naga-2012.html [21 Januari 2011]

POLITIK CNY

Pada tahun 2012 ini diramal pilihan raya akan diadakan bagi demokrasi Malaysia yang sudah lebih 3 tahun penggal PRU-12. Meskipun tarikh belum diketahui (kerana Kerajaan BN pimpinan UMNO) dan Perdana Menteri yang ada kuasa menasihati Yang Di-Pertuan Agong membubar parlimen.

Meskipun begitu, pada PRU-12 masyarakat Cina Malaysia sudah melakukan perubahan. Justeru bagi PRU-13 nanti, harapan semua warga Pakatan Rakyat dari semangat Konvensyen ke-3 di Alor Star mahukan semua rakyat bersatu ke arah "bersihkan Malaysia" sebelum negara dibangkrapkan oleh penguasa BN masa kini.

Maka semangat tersebut harus dikongsi padu oleh masyarakat Cina seluruh Malaysia. CNY 2012 dengan kepercayaan Naga Air (untuk tradisi Cina), pasti bersedia bersama menjaya misi Bersihkan Malaysia!