04 March, 2012

Soi Lek tak habis-habis takutkan orang Cina kepada PAS.

Semalam ketika hadir majlis makan malam di Johor Bharu, presiden MCA tak-habis-habis takutkan orang Cina supaya tak menyokong DAP.

Baginya sokong DAP serupalah sokong Negara Islam yang diperjuangkan PAS. Kononnya matlamat kemajuan tak akan dicapai jika sokong PAS, kerana PAS hanya mahukan Negara Islam dan tak mahu pembangunan.

Menurut Soi Lek (The Star, 4 Mac 2012) seperti dipetik berkata:

He said the opposition party was ineffective in protecting non-Muslim rights and allowed PAS to walk all over it.

“When you strengthen the DAP that means you are helping it to give way to PAS.”

Dr Chua added that PAS said it would lead the state government if the Opposition conquered Johor, and that it had the support of 80% of the Chinese in the state through DAP.

He said PAS’ focal point was not development but to form an Islamic country.

“For the Chinese, we want to see continuous economic growth,” he said, adding that only the Barisan Nasional government could ensure long-term service to the people and economic development for the country.

Dr Chua said although Barisan was not perfect, the Opposition was not spared from infighting, abuse of power and corruption.

Terjemahan:

"Apabila anda mengukuhkan DAP, maka anda membantu memberi laluan kepada PAS."
Dr Chua berkata bahawa PAS akan mengetuai Kerajaan Negeri jika pembangkang menawan Johor, kerana PAS mempunyai sokongan 80% Cina melalui DAP.
Beliau berkata tumpuan utama PAS bukan pembangunan, tetapi untuk menubuh sebuah Negara Islam.
"Bagi kaum Cina, kita mahu melihat pertumbuhan ekonomi yang berterusan," katanya, sambil menambah bahawa hanya Kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat memastikan perkhidmatan berterusan kepada rakyat dan membawa pembangunan ekonomi negara.
Walaupun Barisan tidak sempurna, pembangkang tidak terlepas daripada perbalahan dalaman, penyalahgunaan kuasa dan rasuah."

Demikianlah taktik kotor dan jijik pemimpin BN-MCA yang menghuduhkan perjuangan Islam diperjuangkan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat.

Nawaitunya jelas, agar PAS tidak di terima oleh rakyat. Bila PAS tidak diterima, maka yang menang ialah UMNO. MCA amat gembira bila UMNO terus mendominasi politik negara, kerana mereka boleh cucuk hidung pemimpin UMNO dengan 'hiburan politik kebendaan' yang menjadi kegemaran sesetengah pemimpin BN.

Semoga Allah kurniakan hidayah kepada semua pemimpin yang memandang serong terhadap Islam.