15 July, 2020

COVID-19: Dunia 13.4 juta kes, 4.96 juta masih di hospital

Dunia hari ini (14 Julai)  menyaksikan rekod Wabak COVID-19 peringkat Global telah mencecah keseluruhan kes sebanyak 13,307,904 kes.  Berbanding dengan seminggu yang lalu (8 Julai) jumlah keseluruhan kes adalah 11,999,608 kes. Ini bermakna pertambahan dalam seminggu ini (8-14 Julai) ialah sebanyak 1,308,296 kes.

Demikian pula pada 8 Julai lalu  menyaksikan rekod Wabak COVID-19 bagi pertambahan harian kes baharu adalah sebanyak 57,490 kes.  Namun begitu, jumlah pertambahan kes baharu secara hariannya adalah berubah-ubah, tertakluk kepada masa ketika rekod Wabak COVID-19 tersebut dikumpul dan dikemaskini pada peringkat Global. Misalnya pada 10 Julai, kemaskini telah dibuat pada waktu 12.00 tengah hari, maka rekod kes baharu ialah 52,536 kes. Sementara pada 9 Julai, rekod kemaskininya pada jam 5.00 petang, maka jumlah kes baharu yang dicatatkan berjumlah sebanyak 223,230 kes. Apapun rekod yang dicatatkan amat bergantung juga kepada situasi penularan Wabak COVID-19 di sesebuah negara berkenaan. Sekiranya pada hari tersebut sesebuah negara itu mengalami pertambahan kes baharu yang luar biasa, maka jumlah terkumpul di peringkat Global akan turut bertambah. Justeru itu, pada 9 Julai telah berlaku penularan agak luar biasa di beberapa negara, di antaranya US sebanyak 61,067 kes, Brazil 42,907 kes dan India sebanyak 25,790 kes. Justeru jumlah kes baharu yang terkumpul daripada tiga negara tertinggi itu jalah 129,764  kes dan ini merupakan 58.13% daripada kumulatif kes baharu pada 9 Julai (223,230 kes).

Demikian pula bagi rekod jumlah kes yang sembuh di peringkat Global, di dalam seminggu ini, 822,137 kes yang berjaya dirawatpulih. Diikuti dengan 456,608 kes yang masih aktif dan sedang dirawat di hospital bertambah dalam tempoh seminggu ini. Ini bermakna penularan Wabak COVID-19 yang meningkat daripada 9 Julai sebanyak 4,639,711 kes sedang dirawat dan pada 14 Julai  jumlahnya 4,963,000 kes yang sedang dirawat (bertambah kes pesakit yang pulih ialah 456,608 pesakit).

Semoga Malaysia terus cemerlang dengan jumlah kes baharu dan jumlah pesakit yang berjaya dirawatpulih berada pada situasi yang berimbang. Misalanya pada ini dilaporkan masing-masingnya empat (4) kes bagi kes baharu dan kes sembuh. Pola perkembangan Wabak COVID-19 di Negara kita kini sedang menurun apabila didapati jumlah kes yang sedang dirawat sebanyak 83 kes. Jika dibandingkan dengan jumlah pesakit yang rawat ini pada seminggu 2 Julai yang lalu ialah sebanyak 85 orang. Maka secara mudah, didapati penularan Wabak COVID-19 di Malaysia adalah dalam kesimbangan ke arah pemulihan sepenuhnya menjelang Ogos nanti. Ins sya Allah.

Wassalam.

13 July, 2020

COVID-19: Malaysia menular semula punca import

Perbandingan Wabak COVID-19 di Negara kita dalam dua hari terakhir ini, daripada 12 Julai dan 13 Julai, ternyata kes baharu yang dikesan adalah turut berpunca daripada bawaan import Warganegara yang balik dari luar negara. Namun, harus diingat, punca penularan tempatan pun lebih besar berbanding import.

Apapun, bagi Malaysia dalam tiga (3) hari terkini (11-13 Julai) mendapati situasi yang agak malang, berikutan jumlah kes yang dirawat kembali meningkat. Ia berpunca daripada peningkatan individu yang bergejala COVID-19 kembali aktif, termasuk sejumlah kes baharu lebih besar berbanding pesakit yang berjaya dirawatpulih.


Bandingan bagi dua hari ini, didapati kes import sebanyak tiga (3) kes pada 12 Julai, tetapi pada 13 Julai berlaku pula enam (6) kes berpunca daripada bawaan import. Maka bolehlah disifatkan daripada 21 kes baharu yang terkumpul seperti dilaporkan oleh KKM dalam dua hari ini, maka sembilan (9) kes merupakan bawaan import dan 12 adalah penularan tempatan.

Analisis mudah yang daripada sumber KKM adalah sepertimana berikut:-

Pada 12 Julai 2020: 14 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua Warganegara Malaysia. Daripada 11 kes penularan di dalam negara pula, tiga (3) kes adalah dalam kalangan Warganegara dan lapan (8) kes adalah dalam kalangan Bukan Warganegara Malaysia. Kes jangkitan dalam negara di kalangan Bukan Warganegara Malaysia (8 kes) ini adalah kes-kes saringan kontak rapat kepada kes ke-8,629 dan kes ke-8,630 di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang.

Perincian kes jangkitan dalam negara di kalangan Warganegara Malaysia (3 kes) adalah seperti berikut:

1.     Sarawak – dua (2) kes:

o    Satu (1) kes saringan bergejala yang telah menjalankan saringan di pusat perubatan di Kuching, dan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak setelah didapati positif COVID-19;

o  Satu (1) kes yang merupakan kontak rapat kes ke-8,694 iaitu sebahagian daripada Kluster Kejuruteraan Kuching.

2.     Sabah: satu (1) kes saringan pra rujukan ke Hospital Keningau.

Pada 13 Julai 2020: Terdapat tujuh (7) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,725 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 83 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada tujuh (7) kes baharu yang dilaporkan, enam (6) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) orang Warganegara Malaysia dan empat (4) Bukan Warganegara (pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja). Satu (1) kes penularan di dalam negara pula adalah Warganegara Malaysia iaitu kes daripada Kluster PUI Novgorod.

Semoga Allah melimpahi ketenangan dan rahmat kepatuhan kepada Warganegara Malaysia agar terus tabah dan berdisiplin dalam menghadapi Wabak CVOID-19 ini. Ins sya Allah kita bebas dan cekal mendepani penularan dan kita akan berjaya.

Wassalam.