SPRM kena Siasat
Setiap projek melibatkan pemimpin pembangkang Umno di Kelantan perlu disiasat, disyaki ada unsur rasuah....!!! BACA cerita berikut.
************
Penapis Air Bantu Penduduk Atasi Masalah Air – Tok Pa
August 10, 2012 (sumber semua akhbar harian dan blog)
TUMPAT – Kerajaan pusat akan memasang alat penapis air bagi
menghasilkan air bersih dari sumber sungai untuk mengatasi masalah bekalan air
kritikal dihadapi penduduk Kampung Derdap dan Kampung Tualang di sini, kata
Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk
Seri Mustapa Mohamed (foto).
Beliau berkata pemasangan alat penapis air itu yang berharga kira-kira
RM65,000 seunit akan dibuat segera bagi mengatasi masalah kira-kira 5,000
penduduk di dua kampung tersebut.
"Kita pasang sebelum Aidilfitri ini supaya tidak menimbulkan masalah
kepada mereka yang bekerja di luar negeri ini pulang berhari raya di
kampung," katanya kepada pemberita selepas meninjau alat penapis air yang
dipasang di Kampung Kuala Jambu di sini, hari ini.
Penapis air menggunakan teknologi Amerika Syarikat itu yang disumbangkan
oleh sebuah syarikat swasta Bio Ultra
Pure Sdn Bhd (siapa pemilik syarikat ini? Lihat penjelasan di bawah),
dipasang pada Jun lepas, dapat meringankan bebanan penduduk Kampung Kuala Jambu
dan kampung sekitarnya.
Pasang 4 sistem air bersih
Sementara itu, Mustapa berkata, empat sistem air bersih akan dipasang di beberapa kampung membabitkan jajahan Tumpat dan Pasir Mas dengan dua sudah dilaksanakan di Kampung Derdap dan Kampung Kuala Jambu.
“Sistem penapis air menggunakan teknologi Amerika Syarikat itu disumbangkan sebuah syarikat swasta, Bio Ultra Pure Sdn Bhd, diharap meringankan beban penduduk kampung terbabit.

Warga emas itu adalah antara 50 keluarga membabitkan 300 orang dari
Kampung Derdap, Bendang Pak Yong dekat sini, yang berdepan masalah air sejak
beberapa bulan lalu.
ICU JPM bertindak cepat
Siti Bidah bagaimanapun bersyukur, tindakan cepat Kerajaan Pusat melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) berjaya menyelesaikan masalah mereka dengan menyediakan sistem air bersih di kampung berkenaan.
“Syukur dan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, cepat bertindak membantu kami. Aidilfitri kali ini sudah tentu disambut dengan rasa gembira.

“Masalah air ini menyusahkan kami, malah ada yang terpaksa mencari air di
kampung berhampiran atau membeli air bersih di kedai. Sebelum ini, kami
bimbang, takut menyambut Aidilfitri dalam keadaan tiada air, namun bersyukur
Kerajaan Pusat membantu,” katanya selepas majlis pelancaran air bersih oleh
Mustapa di kampung berkenaan, semalam.
Noor Zahidi membuka paip air sambil
diperhatikan oleh Jamal ketika majlis perasmian siapnya pemasangan penapis air
di Kampung Kuala Jambu.
|
Sumber
Kelatekito.net pula melaporkan pemasangan penapis air yang mampu
menghasilkan air bersih sebanyak 20,000 liter sehari memberi harapan baharu
kepada kira-kira 5,000 penduduk di lima buah kampung di sini. Selama lebih tiga
tahun, penduduk Kampung Kuala Jambu, Kampung Kubang Sawa, Kampung Naga Ibu,
Kampung Tualang dan Kampung Bendang Pa'yong bergantung kepada air sungai untuk
kegunaan harian.
"Kami di sini lebih tiga tahun menggunakan air sungai yang juga digunakan untuk pengairan sawah padi. Memang tidak bersih tetapi apa boleh buat, air telaga tak boleh guna sebab masam kelat," kata Md Yusof Wan Hitam, 73, dari Kampung Kubang Sawa.
Beliau ditemui pada majlis perasmian pemasangan mesin penapis air itu oleh Ketua Umno Bahagian Tumpat, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar (foto di atas).
Penapis air menggunakan teknologi Amerika Syarikat melibatkan kos hampir RM100,000 itu adalah sumbangan syarikat Bio Ultra Pure Sdn Bhd.
Menggunakan air sungai Kampung Kuala Jambu sebagai sumber, air yang ditapis itu disimpan dalam tangki sebagai air bersih.

Sementara laporan Detikperubahan.com pula di Kampung Kuala Jambu,
Tumpat berlaku krisis air yang melanda kira–kira 5000 penduduk berhampiran
Sungai Golok selesai apabila satu penapis air bernilai RM95,000 dipasang di,
mampu membekalkan 20,000 liter air bersih setiap hari.
Menurut NST (15 June 2012 | last updated at 12:24AM ) projek tersebut adalah sumbangan (donation) daripada syarikat yang diurus oleh Jamal MdYunus.
KL-based company donates RM100,000 tanker to village
Datuk Jamal Md Yunus said he decided to donate the water tanker after reading about the plight of the villagers in the media.
"I was
moved by their problem. By implementing this pilot project, we hope we can ease
their burden," he said.
[Datuk
Jamal Md Yunus
berkata dia memutuskan untuk
menderma tangki air
(projek penapis air-P) selepas membaca tentang nasib penduduk kampung dalam
media.
"Saya telah digerakkan oleh masalah mereka. Dengan melaksanakan projek perintis ini, kami berharap ia dapat meringankan beban mereka," katanya.]
"Saya telah digerakkan oleh masalah mereka. Dengan melaksanakan projek perintis ini, kami berharap ia dapat meringankan beban mereka," katanya.]
Kalau Donation, habis kenapa diisytihar Kerajaan Pusat menghabiskan RM2 juta untuk projek ini?
Sebenarnya ada UDANG di sebalik MEE... kebetulan Jamal juga adalah taukeh restauran. Apa pun BACA dulu di bawah.
BIO Ultra
Pure Sdn Bhd, syarikat milik penuh Bumiputera optimis dapat membantu pengguna
meningkatkan kualiti air sekali gus menjimatkan kos menerusi mesin rawatan khas
berteknologi tinggi pertama di negara ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Jamal
Yunos (dia ni
kroni siapa? Lihat maklumat peribadi di bawah), berkata bagi mencapai sasaran
itu, syarikatnya membawa masuk mesin khas rawatan air menggunakan teknologi
membran yang mampu menyahkan pelbagai enapan, termasuk bakteria.
“Air
tercemar akan melalui proses `reverse osmosis' yang kemudiannya selamat diminum
tanpa perlu didihkan. Selain merawat air berbau dan rendah kualiti, sistem ini
juga mampu mengekalkan kandungan mineral penting seperti kalium, magnesium dan
kalsium.
“Oleh itu, kami optimis dapat membantu kerajaan menyelesaikan kemelut permasalahan air terutama di Kelantan. Projek perintis di Tok Bali adalah bukti kesungguhan kerajaan dalam membantu rakyat mendapatkan bekalan air bersih berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian ringkas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di kempen Air Bersih 1Malaysia sempena acara Blue Ocean Strategy, di Serdang, baru-baru ini.
Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi.
Jamal berkata, Bio Ultra kini bekerjasama dengan beberapa kementerian, terutama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membantu usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti air di seluruh negara terutama di Kelantan.
“Kami sedang bekerjasama untuk menyediakan pusat rawatan air bermula di setiap kampung dan sekolah di Kelantan dalam menyediakan hak air berkualiti yang diimpikan mereka sejak sekian lama,” katanya. – Sumber Harian Metro 30/08/2012
Ataukah ada hubungan dengan Projeki Wang Ehsan Kelantan yang dipengerusikan oleh Datuk Awang Adek Husin???
***Siapa Jamal Md Yunus***
[Penganjur
demonstrasi 24 dan 25 Mei di hadapan kediaman Datuk S Ambiga akan melelong
tapak perniagaan di lorong tersebut bermula pada harga RM2,000.
Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata lelongan itu untuk menampung kos mereka untuk menganjurkan demonstrasi berkenaan.
Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata lelongan itu untuk menampung kos mereka untuk menganjurkan demonstrasi berkenaan.
Katanya, mereka juga akan memohon kepada Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk demonstrasi dengan membuka gerai tersebut.
Kataya
lagi, mereka akan tetap meneruskannya tindakan demonstrasi di hadapan kediaman
pengerusi bersama BERSIH itu walau tanpa kebenaran DBKL. - Sumber AMENOWORLD]
Satu lagi sumber melaporkan identiti Jamal dengan cerita berikut.
[KUALA LUMPUR: Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar diminta memberikan
nasihat kepada pemilik Sekinchan Ikan Bakar agar menjaga kedainya dari terlibat
dengan memperleceh Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga.
Hal ini demikian kerana, sejak kebelakangan ini, banyak outlet kedai ikan bakar berkenaan mengalami masalah dan sudah hidup segan mati tak mahu.
Pemilik Sekinchan Ikan Bakar Datuk Jamal bin Yunos dilaporkan menjadi penganjur kepada perhimpunan yang bakal diadakan di depan rumah Datuk S Ambiga hari ini, 24 Mei dan esok.
Restoran Sekinchan Ikan Bakar dikatakan satu perniagaan anak Melayu yang membantu orang Melayu untuk berjaya didalam dunia perniagaan.
Sekinchan Ikan Bakar juga adalah sebuah francais yang mempunyai lebih kurang 25 cawangan di seluruh Malaysia.
Pengasas Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini Datuk Jamal dikatakan berhasrat untuk membantu orang Melayu terutamanya anak-anak muda dari sektor ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada semua.
Namun menurut satu blog, sejak kebelakangan ini pihak restoran ini telah mendapat pelbagai keluhan dari orang ramai mengenai restoran tersebut.
Ekoran itu, pelbagai usaha promosi dibuat untuk menarik orang ramai ke restoran itu, namun belum berjaya sehingga kini.
Restorannya yang terletak berdekatan dengan pejabat Harakahdaily di Jalan Pahang juga mempunyai masalah.
Sejak dari awal pembukaannya ia tidak mendapat sambutan walaupun rekabentuk restoran ini sangat menarik.

Ekoran penglibatan
Datuk Jamal mengacau Ambiga, beberapa laman facebook mula membuat kempen
memboikot restoran ini.]
HARGA rm65 HINGGA rm100 RIBU BOLEH DIPERTIKAIKAN... harap SPRM siasat!
Menurut
sumber, harga yang disebut RM65 ribu adakah benar? Kerana jenis penapis yang
fungsinya sama adalah lebih murah. Lihat maklumat berikut:
Penapis Air bio Aura Murah (RM
500)_Free Delivery&Install
Oleh wan
20-Jun-2012 23:24:44
20-Jun-2012 23:24:44
Saya ada byk
unit Penapis Air Bio Aura (Lihat foto di sebelah) spt iklan kat TV3 nak jual murah.Jual murah sbb
terkena masuk bisnes MLM dan perlukan duit segera utk byr loan bank 21k.
Harga RM 500 shj; harga biasa RM 2080; Berminat call/sms 019-4728996 (anjang)
Harga RM 500 shj; harga biasa RM 2080; Berminat call/sms 019-4728996 (anjang)
SPRM juga patut siasat kerana penapis air dibekalkan oleh Mustapa @ projek JPP Kelantan membahaya... kerana tiada kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
Projek Penapis Air 1 Malaysia ada E.coli?
Harakahdaily, 29 Ogs 2012
KOTA BHARU: Saban hari media harian memaparkan keprihatinan kerajaan pusat mengatasi
masalah bekalan air di Pasir Mas dan Tumpat di bawah projek Penapis Air 1
Malaysia.
Projek berkenaan dikendalikan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
menggunakan penapis BIO Ultra Pure, di mana dilaporkan berharga antara RM65,000
hingga RM95,000 seunit.
Sehingga kini beberapa lokasi sudah dipasang peralatan tersebut termasuk
Kampung Belukar di Pasir Mas dan Kampung Derdap, Tumpat.
Di Kampung Belukar dipasang di sebelah rumah Pengerusi Jawatankuasa
Kemajuan, Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). Dan Projek Penapis Air 1
Malaysia Padang Tok La difahamkan akan dibina berhampiran rumah Ketua Umno
Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat.
Berdasar kepada keputusan makmal yang dikeluarkan sebuah badan daripada
kajian sampel air di Kampung Derdak, Tumpat didapati banyak yang tidak menepati
piawaian ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Antaranya ujian pH didapati gagal di mana keputusan didapati 6.050
sedangkan standard ditetapkan 6.5.
Begitu juga ujian baki klorin didapati gagal di mana hasil diperolehi 0.01
mg/l sedangkan ditetapkan SPAN tidak kurang 0.2 mg/l.
Manakala kandungan besi juga gagal menepati ketetapan SPAN, di mana ujian
mendapati 0.62 mg/l, sedangkan sepatutnya tidak melebihi 0.3 mg/l.
Bagaimanapun menurut kajian tersebut paling membimbangkan ujian kandungan
coliform didapati melebihi 200 cfu/100ml sedangkan sepatutnya tiada bahan
tersebut.
Begitu juga dengan ujian kandungan E.coli didapati terdapat 4 cfu/100ml, sedangkan
sepatutnya 0 cfu/100ml.
Sumber pakar dalam industri air berkata, sepatutnya SPAN dan Jabatan
Kesihatan tidak berdiam diri terhadap isu yang dibangkit tersebut kerana
dibimbangi boleh memudaratkan orang ramai.