03 March, 2014

Kerjasama pembangunan Negeri Kelantan~Selangor

Daya usaha dan komitmen untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di negeri Kelantan telah diusahakan secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob.

Sehubungan itu, menerusi persetujuan penubuhan Sakretariat SPARK[1] dan jawtankuasa SPARK bagi setiap ahli majlis mesyaurat (EXCO) kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya menguruskan 69 projek keutamaan yang merata di bawah menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan setiap ahli EXCO.

Berikutan persetujuan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, perunduingan dengan Kerajaan Selangor dibuat bagi mendapat dan bertukar kepakaran dan kekuatan masing-masing bagi tujuan pembangunan negeri.

Sehubungan itu, melalui perunding ILMUAN perbincangan dibuat dengan YM Raja Idris[2] bagi mengenal pasti bidang pembangunan yang perlu diutamakan oleh kerajaan Negeri Kelantan.

Hal ini telah mencetuskan perbincangan lanjut sehinggalah berlakukanya majlis menandatangani MoU antara dua menteri besar bagi kerajaan negeri (Kelantan-Selangor).
Berikut adalah beberapa butiran perbincangan dan persetujuan awal yang membawa kepada berlakunya majlis menandatangani MoU pada 2 Mac lalu.



Nota-nota Raja Idris kepada Ketua Perunding ILMUAN:

On 2 Mar 2014, at 05:42
Assalammu'alaikum wbt 
Dear All,

We have reviewed all our earlier discussions and have identified seven areas of co-operation between Kelantan and Selangor, based on our expertise and strengths. 
 
1) Selangor to provide consultancy and expertise on HORAS in Machang. 
2) Selangor to provide consultancy and expertise on gazetting of raw water in Kelantan.
3) Selangor to provide consultancy and expertise on Halal Hub in Machang.
4) Kelantan to provide consultancy and expertise on Micro Credit for Selangor.
5) Kelantan to provide consultancy and expertise on fiberisation in Selangor.
6) Kelantan to provide consultancy and expertise on Islamic Education in Selangor.
7) Selangor to provide facilities for Kelantan Wholesale Centre in Selangor.
 
Insha Allah, tomorrow I will be going over with them the Draft MOU to be signed between MBI Selangor and MBI Kelantan. 
 
YAB Tan Sri has also agreed to the signing of the MoU. 
 
In sha Allah, this would be another feather in the cap for YAB Tan Sri. 
 
Wassalam 
Raja Idris Kamarudin, MB Incorporated (MBI) Negeri Selangor.

Mar 1 at 7:01 AM

Assalammu'alaikum wbt

Mazli and all,

I had a meeting yesterday evening with YAB Tan Sri Khalid on our Official Visit to Kelantan and what we have agreed as support for Kelantan by Selangor, which can then be part of our discussion tomorrow and also the PC are :

1) Hybrid Off River Augmentation System (HORAS) at Machang.

Which discussions have been had between YB Zulkfili Mamat with me and Hj Abas, COO of Konsortium Abass, operator of the Semenyih Water Treatment Plant (WTP) at Putrajaya, owned and operated by Kumpulan Perangsang Selangor.

Discussions and site visit was also arranged for Air Kelantan officials to our HORAS at KLIA being used by KDEB's Labu WTP.

Also, Selangor will be implementing a HORAS Phase 1 at Bestari Jaya, which will cover an area of about 500 acres and will have a capacity of about 600 million litres per day (MLD).  

2) Machang Halal Hub under Halal International Selangor (HIS) Programme.

Which discussions have been had between YB Zulkifli Mamat with me. Hj Mahumd Abass, CEO Central Spectrum, developer of Halal Hub Selangor in Pulau Indah has also visited Kelantan for this purpose.

3) Human Capital Development Programme

A Programme similar to Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) Programme but for Kelantan youths to find jobs in Selangor.

So far, no discussions have been had on this subject.

Wassalam.

Sehubungan itu, pada tengahari 2 Mac, perundingan agensi kerajaan negeri Kelantan (melibatkan PKINK dan PMBK bersama-sama YB Haji Zulkifli Mamat)yang dihadiri sama YM Raja Idris telah bersetuju sebagaimana catatan beikut:

“Kami telah mengkaji semua perbincangan yang telah dibuat sebelum ini dan telah mengenal pasti tujuh bidang kerjasama antara Kelantan dan Selangor, berdasarkan kepakaran dan kekuatan masing-masing:

1) Selangor bersedia memberikan perundingan dan kepakaran mengenai HORAS di Machang.
2) Selangor bersedia memberikan perundingan dan kepakaran mengenai pewartaan air mentah di Kelantan.
3) Selangor bersedia memberikan perundingan dan kepakaran bidang industri Hab Halal di Machang.
4) Kelantan bersedia memberi perkhidmatan perundingan dan kepakaran pelaksanaan Mikro Kredit untuk Selangor.
5) Kelantan bersedia memberi perkhidmatan perundingan dan kepakaran mengenai jaringan FIBERISATION di Selangor.
6) Kelantan bersedia memberi perkhidmatan perundingan dan kepakaran mengenai Pendidikan Islam di Selangor.
7) Selangor bersedia menyediakan kemudahan bagi Pusat Jualan Borong Kelantan di Selangor.


Kesemua tujuh bidang ini telah dimasukkan sebagai persetujuan untuk ditandatangani dalam satu majlis kerjasama MoU di antara dua Menteri Besar pada jam 5.20 petang bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10, Kg. Sireh, Kota Bharu.

Semoga, MoU kali ini akan membuktikan komitmen kepimpinan Ustaz Dato’ Ahmad Yakob melaksanakan usaha terbaik demi memacu pembangunan Negeri Kelantan untuk memenuhi dasar Membangun Bersama Islam ke arah Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan semua rakyat.




[1] SPARK adalah jenama bagi sistem perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan Kerajaan Negeri Kelantan (ringkasnya, S3PK). Jenama SPARK ini dilancarkan pada 16 Februari lalu oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob di Bilik Gerakan Negeri Kota Darulnaim, Kota Bharu Kelantan. Latar belakang kepada S3PK dan kemudiannya penjamaan sebagai SPARK adalah bermula dengan perlantikan Perunding Ikatan Ilmuan Nasional (ILMUAN) bagi mengendali bengkel strategik portfolio pentadbiran di bawah Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan semua ahli EXCO bermula Ogos dan Oktober 2013. Ia dikuti dengan dua siri mesyuarat serta penubuhan sakretariat SPARK pada Februari lalu.
            Sebelum itu,  beberapa anggota ILMUAN sudah merundingkan beberapa ruang kerjasama yang dapat dibuat bagi menjayakan misi perancangan projek pembangunan daripada Kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui Perunding Eksekutif KDEB, YM Raja Idris Raja Sulaiman. Hasil peruingingan itu telah dilakukan susulan oleh Timbalan Pengerusi Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan, YB Zulkifli Mamat. Ia menumpuklan kepada fokus pembamngunan berteraskan kepakaran dan kekuatan masing-masing (bagi kelantan dan Selanagor). Hasilnya selepas pelancaran jenama SPARK, pihak YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan telah bersetuju melaksanakan kerjasama Kelantan-Selangor pada 2 Mac lalu.

[2] YM Raja Idris Raja Kamaruddin sebagai Perunding Eksekutif dan Penasihat untuk Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan anak-anak syarikatnya. Dalam suatau kenyataan akhbar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan:
“Pelantikan ini dibuat selepas berunding dengan DYMM Sultan Selangor yang juga berkenan dengan pelantikan YM Raja Idris Raja Kamaruddin. Pelantikan YM Raja Idris dibuat melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) dan berkuatkuasa pada 5 April 2011. Beliau bertanggungjawab memantau dan mengawasi urusan perniagaan KDEB dan anak-anak syarikatnya.
YM Raja Idris menggantikan Dato' Abdul Karim Munisar yang telah meletak jawatan. Pelantikan ini juga melayakkan beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KDEB dan Pengerusi semua anak-anak syarikat. YM Raja Idris adalah ahli The Institute of Bankers, UK dan The Institute for the Management of Information Systems, UK. Beliau juga adalah perunding kepada Rototype International, UK, Significant Technologies Sdn Bhd dan Markfield Institute Higher Education, Leicestershire. YM Raja Idris pernah memegang beberapa jawatan penting di beberapa syarikat antaranya Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad, dan Naib Presiden Rangkaian Komunikasi dan Maklumat Siemens Malaysia.
Kerajaan Negeri komited untuk memastikan bahawa semua anak-anak syarikat diurus secara profesional dengan menekankan kepada keetelusan dan kebertanggungjawaban selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.”