Perhimpunan agung Umno baru selesai. Ia selesai terkemudian daripada
muktamar PAS. Namun kedua-duanya ada asas perbincangan yang saling berkaitan.
Antaranya ialah berkaitan dengan nilai perjuangan dan kebenaran dasar. Pada
perhimpunan Umno terungkap penggulungan presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun
Razak yang mahukan meminda perlembagaan partinya supaya jelas keIslamannya.
Sementara pada muktamar PAS sebelum itu, presidennya Tuan Guru Datuk Seri Abdul
Hadi Awang mencetus kesediaan untuk bermuzakarah atas isu Islam dan Melayu. Oleh
itu bagi pemahaman umum, kedua-dua presiden parti utama di Malaysia hari ini dilihat
komited untuk mewakili umat Islam dan orang Melayu, khususnya dalam beberapa
isu yang mempunyai nilai bersama (baca: Islam dan Melayu).
Justeru menunjah nilai bersama ini, pastinya Umno akan sentiasa menjulang
kononnya mereka hebat di depan rakyat dan perjuangan yang benar dalam membela
semua isu agama dan bangsa di negara ini. Di sisi mereka (baca: pemimpim Umno),
tiada parti lain yang berjuang sepenuh keikhlasan dan kebenaran melainkan Umno,
terutama dalam memperjuangkan Islam dan membela orang Melayu. Di sisi mereka juga,
tiada lain bagi PAS melainkan kepalsuan dan retorika yang melampau. Malah mereka
akan menafikan apa sahaja kebobrokkan terhadap nilai Islam dan kemurnian Melayu
jika dikaitkan dengan Umno (dasarnya). Sedangkan apa yang berlaku, banyak
kepincangan dasar yang dirancang oleh Umno yang merugikan agama Islam dan orang
Melayu. Antara yang paling nostalgik (akibat dasar bobrok) ialah kegagalan
dasar pendidikan dalam memperdanakan sistem Islam di persada nasional, sehingga
pendidikan Islam bukan menjadi yang wajib (compulsory)
untuk semua pelajar Islam. Sehinggakan ada ibu bapa Muslim yang sanggup mengecualikan
anaknya daripada mengikuti kurikulum Islam. Hal yang serupa melanda warisan
Melayu, apabila tulisan jawi tidak lagi menjadi sebahagian daripada pengajaran
di sekolah. Akibatnya berlaku kadar buta jawi yang semakin tinggi dan turut
melembabkan pencapaian anak-anak Melayu bagi menguasai bahasa dan pembacaan
Al-Quran. Kini, melalui sistem pendidikan konvensional (berpandukan dasar
pendidikan yang mengkesampingkan agama) telah lahirnya masyarakat Melayu yang
sekularis dan nipis nilai-nilai hidup beragama (religious).
Justeru kesan daripadanya, rendahnya sensitiviti pemimpin dalam memartabatkan
hak dan maruah Islam. Malah di dalam isu-isu yang membangkitkan kebanggaan Melayu,
sensitivitinya pun makin menipis. Lihat sahaja, sesetengah pemimpin Melayu amat
gah menampil diri dengan gaya isteri yang mendedah aurat (wanita). Paling
malang, ada pemimpin yang secara terbuka (baca: terang-terangan) telah
menidakkan usaha memartabatkan peraturan syariah oleh kerajaan Kelantan. Malah mereka
merasionalkan kononnya perundangan Islam sudah tidak sesuai dilaksanakan dalam
masyarakat yang jahil dan bercampur dengan orang tidak Islam (majmuk).
Sedangkan tindakan yang bersandarkan rasional itu adalah suatu keputusan akal
bersifat sekular yang tidak sah kerana ia bersandarkan nafsu dan bukan hukum
agama. Malah tindakan mereka (pemimpin) yang berkenaan adalah seorang yang irreligious – bercanggah dengan hukum
Islam.
Kegagalan Umno
Terbaru, timbul rungutan tidak puas hati terhadap prestasi syarikat
minyak negara, Petronas kerana didakwa tidak berlaku adil kepada usahawan Melayu.
Kononnya, pihak asing diberikan nikmat yang banyak oleh pihak atasan. Begitu
pula, kritikan Pengarah Hak Asasi Manusia ERA Comsumer, Muhammad Sha’ani
Abdullah mengenai menebalnya amalan diskriminasi syarikat bukan Bumiputera
terhadap pekerja Melayu. Ia semacam kuasa politik Umno tidak dihiraukan lagi. Pengambilan
pekerja Melayu dikemudiankan dan layanan adil tidak diberikan. Ia sekaligus
membuktikan pelan pembangunan ekonomi dan sosial orang Melayu masih berada dalam
kegawatan. Ini merupakan suatu nilai kegagalan Dasar Ekonomi Baru sebelum ini.
Semuanya membuktikan kegagalan pemimpin negara (dominasi Umno) sebagai safeguard untuk orang Melayu. Justeru,
perjuangan pemimpin itu dan wadah perjuangan Umno bukanlah berada pada tahap
menyakinkan untuk untuk dipaku harapan bagi membela kedudukan Islam dan taraf
orang Melayu.
Mungkinkah kenyataan panas sebegini boleh dijustifikasikan sebagai dilema umat Islam dan orang Melayu? Jika benar ia dalam dilema, bermakna umat Islam dan orang Melayu masih berada di antara realiti dengan penipuan sang pemimpin Umno. Justeru ada baiknya, orang Melayu sewajarnya membuat penilaian ke atas perjuangan Umno (dari segi Islam); adakah benar Umno selama ini membela Islam? Atau, selama ini orang Melayu senang terbuai dengan pelbagai retorik Ismalisme yang dipopularkan oleh pemimpin Umno?
Berdasarkan sejarah Umno, perlembagaan Umno tidak pernah menzahirkan hala tuju Islam secara realiti. Sebagaimana dinyatakan namanya Umno adalah pertubuhan Melayu (fasal 1) bukannya pertubuhan Islam, dan tujuan Umno (fasal 3) serta cogankata Umno (fasal 2) yang jelas mengenepikan prinsip Islam. Sedangkan Islam menganjurkan bersatu dengan berpandukan ajaran Islam dan merujuk kepada Al-Quran. Maksud firman Allah: “Dan berpegang teguhlah kalian semua dengan tali (agama) Allah dan janganlah kalian bercerai-berai.” (Surah Al-Imraan ayat 103). Allah SWT berfirman lagi: “Dan bahwasanya (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya. Yang demikian itu Allah perintahkan kepada kalian agar kalian bertakwa.” (al-An’am: 153).
Umno tetap sekular
Justeru perlembagaan parti Melayu terbesar ini sudah mengabaikan akidah Islam kerana menerapkan prinsip sekular dalam aspek sosiologi (bersatu, bersetia, berkhidmat; dan mengutamakan bangsa dari Islam) sebagai roh dalam perlembagaan yang menjadi keyakinan ahli Umno. Maka cogankata Umno adalah norma masyarakat yang tidak berpaksi agama Islam. Ini dibuktikan lagi dengan penegasan bahawa Umno adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu. Nyatalah Umno bukan wadah pergerakan Islam kerana ia diisytiharkan sebagai parti politik. Sementara sifat ‘politik’ Umno itu dapat difahami daripada frasa awal tujuan Umno (fasal 3), “mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.” Apabila memahami frasa ini, nampak terang lagi bersuluh betapa kedudukan dasar kebangsaan Melayu merupakan keutamaan ideologi yang diyakini (menjadi akidah Umno) untuk mengekalkan maruah dan martabat perjuangan orang Melayu (bangsa), maruah dan martabat Islam (agama) dan mengekalkan maruah dan martabat Malaysia (negara). Oleh itu nilai keutamaan yang ingin diperjuangkan oleh pemimpin Umno ialah pertamanya cita-cita Melayu, diikuti yang kedua ialah cita-cita Islam dan yang ketiga ialah cita-cita Malaysia. Penegasan ini selari dengan Umno adalah parti orang Melayu bukannya parti Islam. Implikasi daripada kedudukan nilai keutamaan ideologi ini (baca: akidah), ternyata ahli Umno beriktikad ‘apabila maruah dan martabat Melayu berada dalam keadaan utuh, maka barulah Islam akan berada pada kedudukan ‘tertinggi dan paling utama’ dan sekaligus negara (Malaysia) akan mencapai kemajuan hakiki. Justeru kesemuanya bergantung kepada kejayaan Umno memperjuangan orang Melayu. Ia menepati seruan ‘hidup Melayu’ yang sering kali dilaungkan dalam perhimpunan agung Umno. Maka prinsip perjuangan sebegini sudah bersifat saling sandar-menyandar. Sedangkan menyandarkan sesuatu nasib dan ketentuan kepada makhluk (pemimpin Umno), bukannya ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran. Di sisi Islam, prinsip perjuangan sebegini adalah tidak sah dan bersifat penipuan.
Berbeza dengan perjuangan PAS, perlembagaannya menetapkan dasarnya Islam (fasal 3) dengan latar belakang penubuhan bukan bersifat politik, tetapi (seperti dinyatakan dalam mukadimah perlembagaannya) demi menyempurnakan takwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia. Oleh itu, PAS ditubuhkan bagi melaksanakan urusan dakwah dengan usaha ke arah menegakkan AL AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Maka tujuan PAS (fasal 5) adalah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.
Hakikat perjuangan PAS bukanlah suatu penipuan kerana bicara dan perbincangan kepimpinan berpaksikan hukum Islam. Perjuangan PAS tidak pernah bertoleransi dengan sekular dan nasionalis, mahupun sistem berasaskan ideologi ciptaan manusia.
Apa pun ruang politik PAS tetap mengambil kira pendekatan semasa tanpa menggadai maruah dan prinsip perjuangan. PAS kental dengan pegangannya perjuangan untuk meletakkan hukum yang tertinggi sekali (fasal 7) ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata.
Kelebihan hukum inilah memberi kebaikan untuk PAS ketika berdepan cabaran dominasi Umno. PAS tetap bangkit dengan seruan Islam dalam mendepani ancaman sekular dan nasionalis bawaan Umno.
Kini PAS sedang bangkit dan bertapak dalam arus landskap baru sosiopolitik Malaysia. Penguasaan PAS di Kelantan sekarang ini dan bersama-sama rakan politik kerjasama Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang semakin mematangkan PAS dalam mengambil pendekatan berimbang bagi menyanggah serangan sekular dan nasionalis bawaan Umno. Justeru dalam keadaan tertekan Umno kini di bawah kepimpinan Mohd Najib terpaksa melakukan penyesuaian pendekatan politik rasionalisasi, iaitu menyesuaikan perjuangan kebangsaan Melayu dengan nilai-nilai Islam.
Keputusan perhimpunan agung yang lalu, memutuskan Umno akan meminda perlembagaannya untuk dilihat Islamik. Ia penting agar Umno tidak dilihat meminggirkan sentimen keIslaman orang Melayu. Ini bakal mencabar PAS untuk tempoh masa hadapan. Pastinya, PAS hendaklah lebih bersifat peka dan inovatif mendepani cabarannya.