Laporan The Malaysian Insider (September 5, 08), UMNO Penang mempertahan kenyataan Ahmad Ismail, Ketua Bahagian Bukit Bendera berhubung 'orang Cina adalah menumpang' ketika kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh!!
Sidang media yang diadakan (gambar dipetik dari The Malaysian Insider), dilihatkan penuh sentimen dan 'bersemangat perkauman' itu turut membariskan beberapa pemimpin Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang, kecuali Pak Lah itu semacam meminta-minta reaksi balas daripada pemimpin parti-parti yang mewakili kaum Cina. Di samping turut membantai pihak media yang kononnya memanipulasikan kenyataan beliau.
Jikalau benar, pemimpin parti-parti Cina, terutama MCA dan Gerakan membuat tindak balas, maka berjayalah UMNO untuk memaut semula sokongan orang Melayu bernaung semula di bawah payung UMNO. Walaupun sebelum itu, UMNO telah bangkit menentang (melalui demontrasi aman) terhadap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubungan hasratnya untuk tidak meneruskan dasar-dasar DEB , namun ia gagal untuk menarik sokongan orang Melayu secara total. Oleh itu, kenyataan Ahmad Ismail itu dilihat peluang kedua bagi UMNO Pulau Pinang untuk mensentimen orang Melayu Pulau Pinang yang telah hilang sentimennya sejak sekian lama di bawah pemerintahan BN yang diketuai Gerakan.
Mungkin ini merupakan peluang baik bagi UMNO, yang dilihat suatu kesepakatan dalaman antara parti-parti komponen BN agar sama-sama membangkit isu perkauman, apabila keputusan pilihan raya umum lalu dan pilihan raya kecil Permatang Pauh didapati pola pengundiannya adalah bersifat 'merentasi perkauman' yang signifikan kepada Pakatan Rakyat. Sekiligus memberi petanda bahawa masa depan politik Malaysia telah menolak 'pendekatan perkauman'. Dengan kata lain, isu-isu perkauman telah mati dan tidak relevan lagi.
Jika situasi sebegitu, dapat dibaca dengan baik oleh orang Melayu, Cina dan India adalah sewajarnya rakyat tidak mudah tertipu dengan permainan UMNO, MCA dan Gerakan. Apa yang jelas, permainan UMNO itu tidak lebih daripada taktik untuk mengalih perhatian rakyat (khususnya orang Melayu) daripada membincangkan isu "16 September", iaitu agenda politik Anwar Ibrahim untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Sebagai rakyat Malaysia yang telah ditentukan Tuhan yang Maha Esa, hidup dengan aman damai bersama masyarakat pelbagai kaum sewajarnya mampu mengolah masa depan dengan bijaksana di atas setiap isu yang boleh memudaratkan keamanan dan kesejahteraan hidup. Maknanya, kehidupan harmoni berteraskan permuafakatan, pakatan dan toleransi adalah arah baru politik Malaysia. Di sini, jelas sekali Islam adalah sesuai dijadikan rujukan bagi menyelesaikan kekusutan sesuatu isu perkauman. Lihatlah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP Pulau Pinang dketuai Guan Eng; di dalam diam dilihat telah menerima pakai prinsip pentadbiran Islam. Misalnya, kesungguhannya ingin meniru gaya pentadbiran khalifah Omar Abdul Aziz, memberi wang kebajikan kepada rakyat miskin, bertegas untuk memajukan sekolah agama Islam, komited menghapus rasuah dan penyelewengan, amalan tender terbuka secara e-tender; kesemuanya adalah penyelesaian yang ada di dalam Islam dalam menangani banyak kemelut pentadbiran ke arah membangun masyarakat yang cemerlang.

Realitinya ia merupakan cabaran yang tidak mudah untuk dihadapi BN, terutamanya bagi UMNO untuk merelevankan semula perjuangan Melayu yang telah nyata gagal di Pulau Pinang.
Oleh sebab itu, permainan UMNO Pulau Pinang yang bermuka-muka mengungkitkan 'sejarah lama' isu perkauman itu boleh dianggap suatu tindakan 'backwards' yang tidak perlu dianggap bermakna kepada masa depan rakyat di negara ini. Ingatlah seperti mana posting saya ( September, 2)

"...Tuhan menjadikan manusia beriman atau tidak beriman ada tujuan dan manfaatnya. Harus diingat, manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa/pelbagai kaum dan budaya supaya kita berkenal-kenalan dan berkasih sayang secara harmoni. Hiduplah kita dengan aturan kententuan Tuhan, baru aman dunia sejagat.
Sesungguhnya tidak ke mana kita jika terus terpaku dengan perjuangan perkauman yang baseless.