Memang kerja sibroker Umno, guna kolum Utusan untuk menggambarkan Tok Guru Nik Aziz serupa dengan puak Umno, kononnya tergila-gila dengan macam-macam gila.
Ia tidak lebih daripada khayalan kolumnis nak tumpang semangkuk atas populariti orang lain. Namun ia fitnah semata.
Hanya Tuhan Yang Esa Maha menentukan atas segala yang berlaku.
28 June, 2012
25 June, 2012
Syabas FJP, berkat Ikhwanul Muslimun, Dr Morsi Presiden baru Mesir
Awal malam tadi (10.30 malam 24 Jun 2012, WMT), dunia Islam segar dan gembira menyambut pengisytiharan kemenangan pilihan raya presiden Mesir, Dr. Mohamed Morsi sebagai presiden baru menggantikan Hosni Mubarak yang digulingkan oleh Himpunan Medan Tahrir.
Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.
Ulasan awal boleh dibaca di Harakahdaliy.
Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.
Ulasan awal boleh dibaca di Harakahdaliy.
Luahan kalbu buat Tok Guru
Tuan Guru Haji Ni Abdul Aziz Nik Mat |
bukan 8+1
tetapi serupa 18.
Gagahnya memang berumur
matang berilmu berpengalaman
dan tangkas seperti belasan.
Alim dan warak
penampilan ulama'
berqias berijmak selaku umarak.
Memimpin ummah
penuh peramahdi negeri Serambi Mekah
impian barakah.
Tekad murabbi
tulusnya hati
insan suci
mengorak duniawi
menuju ukhrawi
kekal abadi
doa bersemi
berkatilah Ilahi.
5 Sya'ban 1433 H | 25 Jun 2012,
Bersempena kemenangan Calon Presiden Mesir, Dr. Mohamed Morsi dari Freedom Justice Party (FJP) dinaungi Gerakan Ikhwanul Muslimun.
Siapa PM selepas PRU13 menghantui Umno?
Setelah menelusuri tulisan kolumnis Sinar Harian (21
Jun 2012) bertajuk ”Siapa selepas Najib
dan Muhyidin” jelas tergambar kegusaran, ketakutan malah kehantuan pemimpin
dan pengikut Umno. Sementelah pula, jika ada ahli dan pemimpin Umno yang begitu
taksub kepada pandangan tukang tilik dan bomoh yang meramalkan masa depan gelap
untuk Umno.
Tulisan itu tidaklah berfakta dalam membahaskan
pertembungan antara bakal-bakal perdana, kerana ia tidak lebih daripada suatu lontaran
idea berlandaskan bahasa dan retorik media
arus perdana pro-Umno semata. Namun, ia cukup menggambarkan suatu ketakutan seumpama
ketika menonton satira seram di pentas yang malap.
Apa pun, mungkin niat kolumnis itu hanya untuk menyampai
mesej amaran kepada pemimpin Umno yang sedang sibuk membahagi-bahagikan kekayaan
negara kalangan sahabat-handai (kroni) dan anak-cucu (nepoti) mereka. Persoalannya,
apakah mirip gaya dan tingkah laku Umno era perdana menteri sekarang sudah di puncak
yang menunggu jatuh?
Hubungan teori RAHMAN
Menariknya
tulisan kolumnis itu tatkala dibaca pula ulasan Setiausaha Agung PAS, Datuk
Mustapa Ali mengenai teori RAHMAN (Harakah 22-24 Jun 2012). Ulasan mengenai
teori susurgalur penggantian enam perdana menteri sejak merdeka sampai kini –
bermula Tunku Abdul Rahman (R), Abdul Razak (A), Hussein (H) Dr. Mahathir (M),
Abdullah (A) dan Mohd Najib (N) – maka keyakinan PAS tentang senario PRU13 ini
adalah penamat bagi Umno. Sudah tentu menakutkan jika difahami bahawa teori sedang
di penghujugnya, maka bukan pemimpin Umno bakal perdana menteri selepas Mohd Najib.
Selepas ini perlu ada satu teori penggantian perdana menteri yang baru
wajar dicipta.
Justeru ulasan Setiausaha Agung
PAS yang menanggapi era perdana menteri dari Umno diyakini berakhir dapat
dipadukan dengan beberapa nilai kekalutan berbau celaru kolumnis Sinar Harian
itu. Antaranya, nilai integriti yang sudah dibangkitkan kolumnis itu adalah
bertaraf melaga-lagakan imej pemimpin besar Pakatan Rakyat – Tuan Guru Abdul Hadi, Anwar Ibrahim, Karpal
Singh dan Lim Guan Eng – dengan Mohd Najib dan Muhyidin Yasin. Kononnya,
pemimpin dari Pakatan Rakyat tidak pentingkan moral kerana bersetuju Anwar
sebagai pengganti Najib. Sebaliknya pula, digambarkan Najib dan Muhyidin
sebagai yang bermoral tinggi dan memenuhi kehendak rakyat. Lalu dilakarkan
Najib sebagai “bukanlah calang-calang calon malah lebih popular daripada Umno
dan BN.”
Lakaran
kolumnis tersebut sudah menjadikan pemimpin dan ahli Umno seumpama ayam serama
mempamer gaya (mengembang ekor), sedangkan ekornya terpalit tahi. Ia sama
sekali bertentangan dengan hujahan Setiausaha Agung PAS yang meyakini, graf
sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat yang semakin meningkat hari ini, maka
teori RAHMAN akan menjadi realiti. Senario ini wajar dihidangkan di pentas Umno
bagi memberi keyakinan, betapa Umno sedang berada di persimpangan kuasa.
Najib dilamun gerun
Sekiranya
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib bertahan dengan lakaran kolumnis Sinar
Harian tersebut, maka logiknya selamatlah ia pada kedudukan sekarang. Sebaliknya
pula, jika ulasan Setiausaha Agung PAS sebagai titik muhasabah, pasti Najib tidak
lagi menjadi perdana menteri selepas PRU13. Persoalannya, di antara dua
keadaan, mana satu yang pasti menjadi realiti?
Pernah
seketika Mohd Najib merungut secara terbuka pada majlis pelancaran projek
ternakan kambing di Pahang (salah satu projek ECER) pada April lalu. Rungutan
itu ialah berkisar kepada kemungkinan benar teori RAHMAN. Rungutan Najib itu dikatakan
turut disaksikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub. Rungutan itu semacam
suatu titik persoalan besar sedang menghantuinya. Di sini logiknya, betapa
ulasan Datuk Mustafa Ali itu telah menyentuh ‘titik gerun’ seperti yang
dimaksudkan.
Munasabah
untuk kita menganggap Najib sedang merasai titik gerun, kerana sehingga kini
gambaran bila akan diadakan pilihan raya masih menjadi teka-teki yang tidak
berkesudahan. Malah, pemikiran Najib selaku pemilik timbangtara bagi menasihati
Yang Dipertuan Agung berhubung tarikh pilihan raya (membubar parlimen mahupun
dewan undangan negeri) turut dilamun kecamukan kerana gagal menentukan bila
parlimen akan dibubar.
Mungkin kecamukan
itu kerana dalam pemikirannya sudah dipengaruhi
oleh isu-isu besar, seperti isu dalaman Umno (persoalan moral
pemimpinnya), isu peribadinya sendiri (yang dihadapkan dengan kes rasuah ‘scorpene’
dan terbaru pula membabitkan bakal menantunya yang dikatakan menipu sijil
pengajian), ataupun persekitaran luar termasuk sokongan rakyat yang meningkat
kepada Pakatan Rakyat sekarang.
Hakikat itu
pasti mengundang keyakinan kepada Pakatan Rakyat untuk terus memperkasa
tindakan politik mengharungi cabaran menuju Putrajaya. Lebih-lebih lagi bila
disaksikan gelombang rakyat bersama Pakatan Rakyat semakin menular. Sebagaimana
terserlah dalam ‘Perhimpunan Hijau’ di Kedah awal Jun lalu adalah penerusan
gelombang kuning perhimpunan aman Bersih
3.0. Selayaknya pemimpin Umno, seumpama Mohd Najib sedia menerima hakikat bahawa
teori RAHMAN bakal sempurna dan rakyat sedia menunggu pilihan raya untuk
membuat mandat baru. Natijahnya siapakah pemimpin (sama ada Pakatan Rakyat atau
Barisan Nasional) yang akan menjadi pilihan rakyat untuk duduk di Putrajaya?
Subscribe to:
Posts (Atom)