31 May, 2013

Ibadat Umarah dan Ziarah 1434 - Masjid Nabawi Madinatul Munawarah

Hari ini 31 Mei 2013, genap 10 hari ibadat umrah da ziarah di dua Kota Suci Mekah dan Madinah. Tujuh hari pertama berada di Mekah dan melaksanakan ibadat di Masjidil Haram dan ziarah di tempat-tempat ibadat utama sekitar Kota Suci Mekah.

Mulai 28 Mei pula dilakukan ibadat danh ziarah di Kota Suci Madinah. Tumpuan utama di Masjid Nabawi untuk solat, ziarah Makam Rasulullah SAW, solat di Raudhah, ziarah kubor Baqi' dan tempat-tempat sejarah masjid Quba', Medan Uhud dan Masjid Qiblatain.

Senja mengiringi perjalanan Min Makkah Ila Madinah

Masjid Nabawi dari arah Hotel Bahauddin Madinah
Jualan lambak di jalan masuk Masjid Nabawi


Isteri di kebun khurma Bir Othman Madinah
Bersama rakan rombongan dari Sabak Bernam depan Babul-Salam
Dataran Masjid Nabawi selepas solat subuh 31 Mei 2013
Ziarah Makam Rasulullah SAW

Masjid Quba'

Bukit Uhud tempat pasukan pemanah Islam Perang Uhud 5H
Bukit Uhud yang berhadapan Bukit Pasukan Pemanah Islam
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan keberkatan jua atas nikmat beribadat di sepanjang 10 hari di dua Kota Suci Mekah kali ini. Harapan agar kami dapat hadir lagi. Amiin Ya Rabbal 'alami.

26 May, 2013

Petisyen PRU-13 - BN Kelantan rancang kemuka 1 parlimen, 3 Dun



BN Kelantan kemuka petisyen
NORHASRAM MOHAMAD
26 Mei 2013
BN Kelantan kemuka petisyen
Mustapa bersalaman dengan pimpinan Pemuda Umno Bahagian sejurus tiba di Majlis Kesyukuran PDM Alur Geliung di Kampung Bendang petang kelmarin.
 
PASIR PUTEH - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan mengemukakan petisyen keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang membabitkan satu kerusi parlimen dan tiga kerusi Dun dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, keutamaan diberikan bagi kerusi Parlimen Bachok dan kerusi Dun Jelawat yang mana kedua-duanya BN mengalami kekalahan dengan majoriti kecil dengan jumlah undi rosak terlalu tinggi.

Katanya, kawasan lain yang difikirkan perlu kepada petisyen ialah satu kerusi Dun di Pasir Puteh dan satu lagi di Kuala Krai.

“Peguam yang kami lantik sedang meneliti keperluan ini selaras dengan peluang yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memberi tempoh 21 hari untuk membuat bantahan mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis kesyukuran kemenangan BN DUN Selising anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Alur Geliung di di Kampung Bendang, Selising dekat sini, semalam.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh yang juga Adun Semerak, Zawawi Othman; Adun Selising, Zulkifli Ali, Timbalan Ketua Umno Bahagian, Mohd Rujhan Salleh dan Ketua Penerangan Umno Bahagian, Tuan Mustaffa Tuan Mat dan Penasihat PDM Alur Geliung, Datuk Shukri Mohamed.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, calon Parlimen Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin hanya tewas 201 undi kepada calon Pas, Ahmad Marzuk Shaary manakala jumlah undi rosak adalah 946 undi.

Katanya, keputusan Dun Jelawat yang diwakili calon BN, Datuk Dr. Ilias Hussin pula tewas sebanyak 102 undi kepada calon Pas, Abdul Aziz Kadir manakala jumlah undi rosak pula sebanyak 349 undi.

Beberapa faktor lain katanya, turut diperincikan di peringkat akan umbi bagi melihat kemunasabahan untuk mengemukakan petisyen bagi kawasan terbabit.

Mustapa berkata, BN akan terus mengekalkan perjuangan gelombang merah dan misi menukar kepimpinan kerajaan Kelantan dan siri pelancaran Gelombang Merah II akan dibuat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 bagi membolehkan BN merampas tampuk pemerintahan di Kelantan.

Beliau berkata, ini berikutan gelombang merah pertama terbukti berjaya membangkitkan semangat rakyat Kelantan untuk berubah apabila berjaya menambah dari dua kepada lima Parlimen, manakala Dun pula dari enam kepada 12 pada PRU-13 lalu.
- SINAR HARIAN ONLINE.

-------------------------------------------------------------------------

Jika benar yang dikatakan pengerusi BN Kelantan itu, maka kemungkinan BN akan petisyenkan keputusan pilihan raya umum untuk Parlimen Bachok dan Dun Jelawat. Diikuti di Pasir Puteh, Dun Gaal dan di Kuala Krai, Dun Guchil.








Asas yang mungkin dijadikan sandaran bagi BN untuk petisyenkan keputusan itu ialah kerana tewas terlalu tipis di Bachok (-201), Jelawat (-102), Gaal (-302) dan Guchil (-492).

Petisyen PRU-13 - PAS Kelantan boleh kemuka 5 Dun

PAS jangka fail 20 petisyen PRU13

26 Mei 2013
Mustafa Ali
Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS
KUALA LUMPUR - Pas dijangka memfailkan 20 petisyen dan bantahan berhubung keputusan PRU13 pada 5 Mei lepas.

Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata petisyen dan bantahan itu melibatkan beberapa kawasan Parlimen seperti Kuala Selangor di Selangor dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Perak, Terengganu dan negeri lain.

"Jawatankuasa khas yang kita tubuhkan sebelum ini telah meneliti maklumat-maklumat yang membawa kepada petisyen dan bantahan itu. Setakat hasil perbincangan kita, itulah (20 petisyen) yang akan kita hantar tidak lama lagi. Mungkin akan meningkat atau menurun (jumlah bantahan). Ini akan dimuktamadkan nanti," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dilaporkan sekutu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memfailkan 27 petisyen melibatkan kawasan Parlimen dan Dun manakala DAP masih mempertimbang sama ada akan memfail petisyen.

Pada 22 Mei lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan rasmi PRU13 dan berikutan pewartaan keputusan pilihan raya itu, calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan mulai tarikh pewartaan itu.

Petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.

Pada pilihan raya lepas, BN memenangi 133 kerusi Parlimen manakala Pas (21), PKR (30) dan DAP (38). - Bernama

------------------------------------------------------------------------------------------

Walau pun PAS Pusat tidak menyebut kemungkinan kerusi boleh dibuat petisyen (untuk Kelantan) kerana tidak berpuas hari dengan keputusan PRU-13 lalu, namun bagi PAS Kelantan boleh mempertimbangkan lima Dun yang kalah kurang daripada majorirti BN 1,000 undi.

Dun-dun tersebut ialah Kok Lanas, Selising, Semerak, Air Lanas dan Dabong.

Berikut dinyatakan keputusan bagi Dun berkenaan.









Daripada lima Dun tersebut, tiga Dun (Selising, Semerak dan Air Lanas) adalah mewakili PAS daripada penyandang. Sementara dua Dun (Kok Lanas dan Dabong) adalah calon baru. Di antara isu besar yang boleh dijadikan bukti petsiyen adalah pembelian undi oleh calon Barisan Nasional yang didakwa berleluasa. Di samping kecuaian SPR dalam menguruskan proses pilihan raya terutama yang melibatkan penggunan dakwat kekal yang tidak kekal dan keraguan di sebalik catatan Borang 14 serta jumlah kertas undi rosak yang lebih besar berbanding maajoriti kalah. Misalnya di Kok Lanas, kalah 169, undi rosak 198; Selising kalah 47, undi rosk 236, dan Air Lanas kalah 47, rosak 166. Jika ada bukti undi rosak adalah sebenarnya tidak rosak berkemungkinan, keputusan pilihan raya akan berpihak kepada PAS.