Boleh juga dilawati dalam facebook Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
13 September, 2012
11 September, 2012
PRU13: Benarkah SPR sudah siap sedia?
Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd
Yusof (Sinar Harian 8 September 2012) sudah sedia sepenuhnya untuk mengadakan
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan kini menanti tarikh pembubaran Parlimen.
Betulkah? Sedangkan apa yang diketahui umum semacam ada percanggahan antara
persediaan SPR dengan cadangan penambahbaikan pengurusan pilihan raya. Lebih-lebih
lagi apabila membandingkan antara lapan tuntutan BERSIH 3.0 dengan kesanggupan
SPR dan persetujuan pihak kerajaan melakukan penambahbaikan menerusi penubuhan
cadangan jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC).
Sekiranya mengambil perhatian apa yang dinyatakan pengerusi SPR, iaitu “persediaan
yang dibuat telah mencapai 85 peratus dan selebihnya hanya menunggu pembubaran
Parlimen sahaja.” Ini bermakna semua lapan tuntutan penambahbaikan tersebut
sudah dibuat. Termasuklah kesemua cadangan PSC sudah diambil kira.
Logikkah penegasan pengerusi SPR bahawa “yang belum siap hanya tunggu Dewan
Rakyat dibubarkan untuk proses tempahan dan beli peralatan.” Jika meneliti
kepada lapan tuntutan BERSIH 3.0 dengan syor PSC, maka ini suatu kenyataan yang
mengelirukan bagi warga negara yang ingin melihat proses pilihan raya pada PRU13
untuk pertama kali berlaku secara adil, bersih dan telus.
Ingat semula tuntutan BERSIH 3.0
Ingat semula tuntutan BERSIH 3.0
Asas yang mengelirukan itu ialah kerana di hadapannya telah ada dua
kumpulan fakta penambahbaikan yang memerlukan komitmen pelaksanaan oleh SPR dan
pihak kerajaan sendiri. Pertama, lapan tuntutan BERSIH 3.0 dan keduanya, 22 syor
pihak PSC yang ditubuh sendiri oleh kerajaan.
Mengingati 28
April 2012 yang lalu, berlaku rangkuman sejarah demokrasi di Malaysia yang penuh
tragis di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sebuah demokrasi yang cuba ditegakkan
atas lapan tunutan bagi mencapai impian proses pilihan raya yang adil, bersih dan
telus.
1.
Bersihkan
Senarai Undi,
2.
Mereformasikan
Undi Pos,
3.
Gunakan Dakwat
Kekal,
4.
Akses Media
Bebas dan Adil,
5.
Masa Kempen
Minima 21 Hari,
6.
Kukuhkan
Institusi Awam,
7.
Hentikan Rasuah
8.
Hentikan
Politik Kotor.
Sementara itu pihak penganjur BERSIH 3.0 dilaporkan berkata, hanya
penggunan dakwah kekal untuk dicalit pada jari telunjuk pengundi sahaja yang sebenarnya
sudah dilayan. Ia bermaksud, hanya 12.5 peratus sahaja urusan penambahbaikan
proses pilihan raya untuk PRU13 nanti yang diambil tindakan oleh SPR atau
kerajaan.
Walaupun begitu pihak SPR dikatakan sudah memberi perhatian juga untuk
melakukan reformasi pengundian pos melalui cadangan pengundian awal (advance
voting). Namun di sebaliknya, ada pula peraturan yang membolehkan isteri
tentera yang asalnya bertaraf pengundi biasa telah didaftarkan sebagai pengundi
pos. Tindakan ini sudah dianggap bertentangan dengan semangat penambahbaikan
yang diperjuangkan oleh gerakan BERSIH 3.0.
Justeru sehingga kini, belum ada
apa-apa peraturan rasmi mengenai pengundian awal yang boleh diteliti. Sementara
pihak parti pula masih belum menerima apa-apa panduan rasmi daripada SPR. Apa
yang didedahkan dalam kursus anjuran SPR hanyalah tatacara mengundi melibatkan
penggunaan dakwat kekal. Sedangkan tatacara pengundian awal masih tergantung
dan apakah persidangan parlimen terdekat ini bakal diusulkan tatacara
berkenaan?
PSC hanya helah?
Pada 2 Oktober 2011, PSC ditubuhkan yang keanggotannya melibatkan ahli parlimen dari
wakil parti termasuk Pakatan Rakyat. Ia dipengerusi oleh Menteri Sains, Teknologi
dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili. Hasil kajian
PSC sebanyak 22 syor telah dibentangkan di Dewan rakyat pada 3 April 2012. Topik penting 22 syor itu melibatkan:
1. Rakyat Malaysia di luar negara boleh mengundi di
Perwakilan Malaysia atau secara pos
2. Pengundi luar kawasan
3. Tarikh pembubaran Parlimen
4. Kerajaan sementara
5. Penguatkuasaan peraturan sedia ada berhubung kesalahan
memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran
6. Akses media yang bebas dan saksama
7. Pembersihan daftar pemilih yang berterusan
8. Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang
mempunyai ramai pemilih berdaftar
9. Bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui
melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan
kerajaan dan sebagainya
10. Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad
pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya.
11. Memperkasakan kedudukan SPR
12. Penstrukturan dan pengukuhan SPR
13. Pengasingan fungsi utama SPR
14. Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan
Sarawak
15. Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang
16. Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas
SPR dan media
17. Membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk
didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun
18. Memanjangkan tempoh berkempen
19. Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang
20. Kajian ke arah pendaftaran secara automatik
21. Peruntukan dana kepada parti politik
22. Sistem pilihan raya baru.
Penilaian syor PSC
Majlis Peguam Malaysia pula mendapati syor yang
disenaraikan PSC adalah positif dan langkah yang betul, tetapi tiada syor
komprehensif bagi merealisasikan pilihan raya yang adil dan bebas. Antara yang
dipertikaikan ialah kegagalan menangani daftar pemili. Dalam hal ini, SPR telah
menyatakan enam daripada 10 syor awal tidak diterima. Sementara beberapa syor
gagal diperincikan seperti akses kepada media. Ia mungkin disebabkan Laporan
PSC itu diluluskan tanpa perbahasan terperinci dan tiada komitmen balas pihak
kerajaan.
Apa pun
dikatakan hanya satu tuntutan yang ditolak PSC, iaitu tuntutan berkaitan masa
berkempen yang dipanjangkan kepada minimum 21 hari dengan alasan tempoh tersebut
terlalu lama dan memerlukan kos yang tinggi. Penolakan ini sepatutnya disokong
oleh penerima syor akses media yangh adil. Malangnya ia tidak berlaku demikian.
Apa yang diterima hanyalah kesanggupan membenarkan tempoh berkempen selama 7
hari sebelum ini dipanjangkan kepada 10 hari sahaja.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR,
Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan ada sebahagian besar daripada 22 syor
yang dikemukakan oleh PSC melibatkan soal dasar, yang melibatkan keputusan
kerajaan dan pembabitan agensi-agensi lain dalam membuat keputusan. Oleh itu,
pelaksanaan dijangka memakan masa. Malah, pelaksanaan sebahagian besar syor PSC
juga memerlukan persetujuan kerajan, selain memerlukan pindaan perlembagaan.
Atas asas ini, pihak SPR berpendapat sebahagian besar syor tidak dapat
dilaksanakan ketika PRU13.
Realitinya,
penubuhan PSC sudah dilihat sebagai helah kerajaan kononya sedia melayani
tuntutan BERSIH 3.0. Ini kerana, tidak berlaku suatu perkembangan yang
benar-benar positif atas segala PSC yang menyumbangkan kepada pelaksanaan
pilihan raya yang adil, bersih dan telus sebagai mana diimpikan banyak pihak.
PRU13 bakal tiba
Walau pun pihak SPR dan kerajaan dominasi Umno hari ini masih liat untuk
melakukan penambahbaikan proses pilihan raya, adat undang-undang yang diamalkan
pilihan raya tetap diadakan.
Bayangan mandat semasa Kerajaan dominasi Umno dikatakan akan berakhir pada 28
April 2013. Jika Parlimen dibubarkan pada tarikh akhir ini, maka PRU13 perlu diadakan
dalam tempoh 60 hari selepas itu atau sebelum 28 Jun 2013.
Mungkin
tarikh yang tragis boleh dipilih jika pilihan raya hendak diadakan pada tahun
hadapan ialah pada 13 Mac 2013 bersamaan 13.3.13 sebagai mengenang persitiwa
transisi politik negara yang berlaku pada 13 Mei 1969. Antara ramalan dan realiti PRU13
Kemungkinan
tarikh pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada September ini sah tidak berlaku. Ini
kerana sepanjang bulan ini pihak Kerajaan BN dan pimpinan Umno akan sibuk
dengan beberapa peristiwa besar yang dikira memberi laba kepada peluang meraih
kemenangan pilihan raya. Antaranya ialah persidangan perwakilan Umno peringkat
bahagian di seluruh negara, pengumuman rancangan pendidikan nasional pada 11
September, diikuti dengan cadangan pindaan peraturan pilihan raya akan
dikemukakan pada sidang parlimen bermula 24 September dan kemuncaknya ialah pembentangan
Bajet 2013 pada 28 September.
Berikutnya,
sepanjang Oktober adalah tempoh yang sibuk bagi pakar propaganda Umno dan BN untuk
mempromosikan pujukan dan umpan di hati rakyat. Sudah tentu persoalan taburan
janji dan omongan ‘rakyat didahulukan’ akan terus bergema. Maka Oktober adalah bulan
kempen yang rancak sebelum parlimen dan dewan negeri dibubarkan.
PRU13 pada November?
Justeru itu
munasabahnya tarikh PRU13 jatuh dalam bulan November depan. Ramalan baru ini telah
dicetuskan akhbar The Star (3 September 2012) yang menghujahkan berdasarkan
ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib di Sandakan, Sabah. Ramalan di
sebalik realiti angka 11 menjadi faktor kepada pertimbangan tarikh PRU13.
Logiknya bulan November ialah bulan ke-11 dalam kalendar masehi setiap tahun.
Sementara angka 11 pula adalah asalnya enam ditambah lima. Apabila dikaitkan
dengan usia Umno menjangkau 66 tahun, bermakna angka 11 didarab enam bersamaan umur Umno.
Kebetulan tahun ini pula adalah tahun sambutan kemerdekaan negara yang ke-55
dan apabila angka 11 didarab lima bersamaan ulang tahun kemerdekaan negara.
Begitu juga angka 11 didarab dua
bersamaan 22 bersaman usia Umno bertapak menggantikan Usno di Sabah. Ramalan di
sebalik ucapan Mohd Najib yang dibangkitkan pula oleh akhbar berbahasa Inggeris
pro-MCA itu dikatakan logik bagi mereka yang berminat dengan permainan angka.
Namun
begitu, disebalik ramalan dan tarikh realiti PRU13 itu, timbul persoalan pula
persoalan, adakah senario itu kondusif bagi BN dan Umno untuk terus kekal
berkuasa selepas pilihan raya nanti?
Kondusif pada November?
Mungkin sejauh
mana kondusifnya bulan November untuk PRU13 boleh difahami menerusi coretan tokoh wartawan
negara, A. Kadir
Jasin menerusi coretan blognya (3 September) di bawah tajuk “Election
And Other Stories From Open Houses.”
Coretan A.
Kadir telah meletakkan pertimbangan, jika BN dapat kekal berkuasa, ia tidaklah
menang besar. Itu pun kerana BN masih kuat atau popular sementara parti oposisi
pula berada dalam kucar-kacir.
Walau
bagaimana pun menurut A. Kadir lagi, kedudukan peluang di peringkat
negeri-negeri didapati PAS dan DAP masih selamat di Kelantan
dan Pulau Pinang. Sebaliknya, peluang mempertahan kemenangan agak terancam untuk PKR
(KeADILan) di Selangor dan PAS di Kedah. Ia kerana KeADILan dan PAS yang
mengetuai kerajaan negeri kini sedang bergelut dengan masalah dalaman.
Namun
begitu, BN dikatakan tidak selamat di Perak dan bakal menghadapi saingan sengit
di Negeri Sembilan
dan Johor. Manakala di Sarawak dan Sabah
dianggap bukan selamanya selamat bagi BN.
Dipercayai,
apa yang disebut oleh tokoh wartawan negara itu adalah rumusan daripada kutipan
cakap-cakap dan pemerhatian beliau daripada pelbagai sumber. Antaranya adalah
pandangan mereka yang terlibat secara langsung dalam pelbagai bidang
‘keberhasilan utama’ ekonomi dan sosial negara. Justeru dicoretkan, isu-isu
ekonomi dan diskriminasi sedang berlaku dalam pasaran pekerjaan dan penguasaan
atas isu-isu perkauman yang dimainkan oleh NGO Melayu (Perkasa) yang dikatakan bercanggah
dengan agenda 1Malaysia bawaan Mohd Najib. Ia sudah dianggap mencabar Umno dan
PAS dalam membela hak dan tuntutan orang Melayu. Ia mungkin ada desakan Perkasa
yang menafikan Umno dalam membela orang Melayu dan PAS gagal menjaga hak umat
Islam.
Turun padang menjaja retorik
September
juga sebagai bulan Umno membangkit semangat mesyuarat perwakilan di setiap
bahagian. Seawal September ini, Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib mulai turun
padang siri kedua atas nama mempromosi jelajah meraih simpati rakyat. Ia
bermula dengan urusan merasmi mesyuarat agung perwakilan Umno Zon Lima di Sabah
yang merangkumi Libaran, Kinabatangan, Sandakan, Batu Sapi dan Beluran di Dewan
Sri Libaran.
Ucapan
Mohd Najib yang bernada retorik di
Sandakan itu telah membangkitkan sisi pandangannya tentang perjuangan Umno yang sudah
66 tahun (termasuk usia Umno Baru bermula 1988), kononnya adalah atas dasar
perjuangan suci untuk membela kedaulatan agama, bangsa dan negara. Sekaligus menafikan
peranan parti-parti politik lain dalam membebaskan negara daripada belenggu
penjajahan. Kononnya Umno satu-satu yang berjuang sehingga negara dan bangsa
bebas menentukan masa depan sendiri tanpa kongkongan pihak luar. Kononnya juga Umno
bukan sebarang parti, tidak lahir kerana kerakusan hendakkan kuasa, bukan parti
yang lahir di tepi jalan, bukan parti ditubuh di tengah rusuhan rakyat. Kononnya
Umno ditubuhkan kerana perjuangan, kerana niat yang suci, lahir atas niat besar,
dan bukan parti yang lahir kerana orang dengki hendak sangat jawatan Perdana
Menteri. Lantas
menyeru kepada pemimpin Umno Sabah agar memastikan Sabah kekal sebagai ‘fixed
deposit’ untuk kemenangan BN.
Kepimpinan Pak Lah lebih baik
Kajian
persepsi bulan Mei 2012 mendapati populariti Mohd Najib dikatakan pada paras 65
peratus dan kajian pada Jun pula menurun satu peratus kepada 64 peratus. Sedangkan
persepsi terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdulllah Ahmad (Pak Lah) selaku
Perdana Menteri lebih baik berbanding Mohd Najib menjelang pilihan raya Mac
2008. Pak Lah mendapat kadar populariti sebanyak 71 peratus menjelang pilihan
raya tersebut. Kesannya Umno dan BN hilang kuasa dua pertiga. Justeru, apakah
pilihan raya pada November nanti Umno dan BN melalui kepimpinan transformasi Mohd
Najib akan menaikkan kadar populiriti dirinya berupaya meraih semula kuasa dua
pertiga?
Menilai
persoalan ini, realiti ucapan Mohd Najib di Sandakan minggu lepas sudah
mengulangi modal lama masih membangkit isu lapuk dalam meraih simpati melampau
daripada kepimpinan Umno Sabah. Sebagaimana berucap di Jeli, Kelantan tatkala jelajah
meraih simpati siri pertama telah dibangkitkan isu-isu remeh mengenai air paip
di Kelantan bertukar menjadi ‘teh susu’, maka di Sandakan Mohd Najib
membangkitkan pula ‘jalan berdebu’. Lantas rakyat Sabah diraih agar memberi
kepercayaan kepada Umno untuk terus mengetuai kuasa kerajaan membangun negeri.
Sedangkan ‘jalan berdebu’ adalah bukti diskriminasi dan pengabaian selama 22
tahun Umno ‘membangun’ rakyat Sabah.
Justeru
pelan transformasi yang dijaja cukup jelas amat mesra pemimpin bukannya rakyat.
Ini kerana semua pemimpin Umno di Sabah cukup kaya, sedangkan rakyatnya terus
bergelumang dalam kancah kemiskinan yang teruk, lebih teruk daripada Kelantan
dan Kedah. Atas faktor ini, rasanya rakyat Sabah wajar melakukan perubahan dan
pentas perubahan itu berada di sebelah kepimpinan Pakatan Rakyat. Ayuh
bangkitlah bersama agenda perubahan untuk membina harapan baru seluruh warga
Sabah dengan menolak Umno dan BN.
Antara hudud dan isu teka teki PRU13
Angin bertiup kencang mengenai teka-teki pilihan raya umum ke-13
(PRU13) pada September ini. Kini teka-teki itu mulai reda. Ia diredakan oleh
beberapa kayu ukur yang sudah rapuh. Baru-baru ini, pihak perdana menteri sudah
menaja beratus-ratus jemaah haji ke tanah suci Mekah. Jemaah itu adalah dipilih
berdasarkan merit ‘orang yang berjasa’ mengikut sisi pandang Umno. Sebahagian
jemaah itu akan berpergian ke tanah suci dalam Syawal ini. Jika PRU13 diadakan
sudah tentu mereka kecewa.
Demikian pula, Suruhanjaya Pilihan Raya dimaklumi akan
membawa cadangan pindaan peraturan pilihan raya dalam persidangan parlimen yang
dijadual bermula 24 September depan. Kemudian 28 September, Bajet 2013 akan
dibentang dan pihak perdana menteri dijangka mengumum peruntukan besar berupa
‘gula dan madu’ pilihan raya termasuk bayaran bantuan rakyat 1Malaysia RM500
pusingan kedua.
Merencana agenda
perubahan
Justeru pihak Umno sudah merencana isu-isu yang terbaik
untuk BN sendiri meraih kemenangan besar pada pilihan raya nanti. Tidak
terkecuali pihak Pakatan Rakyat juga dikatakan telah menyusun beberapa isu yang
harus diutamakan bagi mengasak dan memaut keyakinan rakyat bagi menjaya agenda
perubahan pada PRU13.
Meskipun demikian, kerancakan putaran isu itu turut
membangkitkan semula isu hudud yang menampak sedikit kekalutan dan kecelaruan
antara kedua pihak – BN dan Pakatan Rakyat. Ini kerana ramai pihak tampil dengan
nada bersetuju dan tidak bersetuju. Sehingga masyarakat umum melihat ada percanggahan
kalangan pemimpin kedua belah pihak dalam membicarakan, bagaimana isu hudud
dianggap relevan untuk memantapkan sokongan rakyat kepada perjuangan yang
dibawa.
Apa yang pasti perjuangan memartabatkan hukum Allah (hudud)
ini adalah di pihak PAS bukannya Umno. Maka PAS yang berkuasa di Kelantan (25
November 1993) dan semasa berkuasa di Terengganu (8 Julai 2002) sudah
meluluskan enakmen kanun jenayah syariah yang membabitkan hudud. Sedangkan Umno
yang sekian lama berkuasa belum pernah membayangkan sebarang rang undang-undang
berkaitan hudud. Termasuklah di Terengganu, tatkala BN kembali berkuasa
pelaksanaannya tidak dibuat.
Agenda pecah-belah Pakatan
Rakyat
Oleh kerana itu, apa yang dibisingkan oleh Umno mengenai
hudud adalah tidak lebih daripada hanya permainan politik yang cuba memerangkap
PAS di persimpangan pilihan raya menjelang PRU13. Atas asas ini, putaran media
massa pro-Umno begitu kental membangkitkan fakta-fakta dan suara sumbang pihak
yang tidak selesa dengan usaha pelaksanaan hukum Allah ini bagi memalitkan demi
merentakkan kerjasama dan konsensus parti pendukung Pakatan Rakyat. Ini
disebabkan pihak Umno sendiri melihat hanya isu hudud yang boleh memecah
nilai-nilai kerjasama dan konsensus dalam Pakatan Rakyat.
Dalam konteks ini, media massa tertentu telah diarah memuka-depankan
kenyataan bercanggah, pertikaman lidah dan kritikan sesama pemimpin Pakatan
Rakyat. Sebaliknya media berkenaan terus menenggelamkan kecelaruan usul AdunUmno dari Kemelah, Johor yang mahukan Umno melaksanakan hudud ke atas orang
Islam dan bukan Islam. Media itu juga terus menyembunyi diri daripada mengulas kenyataan
perdana menteri (24 September 2011 di Batu Gajah, Perak) yang tidak mahu hudud
dilaksanakan. Begitu juga tiada satu pun wakil media pro-Umno yang bertanyakan
mufti atau mana-mana pemimpin agama atas isu ada seorang penceramah Umno (Utusan
Malaysia 8 Ogos 2012) yang mengharbikan sebuah parti politik yang sah.
Hanya saluran media baru (atas talian internet) sahaja yang
mencetuskan polemik secara fakta dan ilustrasi mengenai kenyataan biadap
presiden MCA yang menghina hukum hudud termasuk mencerca Adun Kemelah dengan
ungkapan hilang akal. Apa pun, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak kedengaran ada membincangkan
implikasi keceluparan kenyataan pemimpin MCA itu. Malah bahagian keselamatan
dalam negeri sehingga kini tidak bertindak atas penghinaan kepada maruah Islam
dan umat Islam itu, kerana ia rakan sekutu dalam BN.
Berstrategi mengurus
isu
Sehubungan amalan ketidak adilan layanan media massa masa
kini, ada baiknya pihak Pakatan Rakyat sendiri bertindak dengan lebih
berstrategi dalam mengurus setiap isu berbangkit. Langkah pengurusan
berstrategi isu amat penting diberi perhatian, kerana kini semua pihak sedang
berhadapan dengan musim pilihan raya.
Justeru isu hudud harus disabitkan sebagai isu yang memudaratkan
Umno dan BN, bukannya merungkaikan kerjasama dan konsensus dalam Pakatan
Rakyat. Paling utama, rakan Pakatan Rakyat terus bangkit ke arah membangkitkan
segala macam isu kebobrokan sang penguasa (Umno dan BN) sekarang ini. Termasuklah
menyiarkan rakaman video kenyataan perdana menteri yang bertegas tidak akan
melaksanakan hukum hudud dengan alasan kononnya
Malaysia negara masyarakat majmuk. Strategi sebegini dilihat perlu bagi
menyedarkan rakyat betapa sang penguasa sekarang adalah golongan yang
merendah-rendah hukum Allah.
Pengurusan isu yang berstrategi harus diutamakan demi
menyatukan keyakinan rakyat untuk menjaya agenda perubahan – menolak BN dalam
PRU13 nanti. Justeru itu, komitmen dan persefahaman kepimpinan mesti
ditonjolkan demi menggambarkan saf kepimpinan Pakatan Rakyat memiliki kesatuan
jiwa dan rasa patriotis yang kental bersama rakyat. Maka pelan kepimpinan
berintegriti harus ditonjolkan dalam membicarakan atau mengeluarkan sebarang
kenyataan kepada mana-mana media massa.
Merungkai kekecewaan
rakyat
Melengkapkan lagi pelaksanaan agenda ialah mengambil langkah
yang berkesan ke arah merungkai kekecewaan rakyat atas karenah pemimpin BN hari
ini yang sedang membarah di dalam masyarakat. Antara kekecewaan yang harus
dirungkai adalah amalan kronisme dan nepotisme yang mencetuskan salah guna
kuasa sebagaimana berlaku di sebalik skandal Scorpene, skandal NFC dan mengabsahkan
kalangan kaum kerabat pemimpin BN menjadi jutawan segera. Begitu pula
kekecewaan di sebalik program transformasi perdana menteri yang berlabel
retorik, sedangkan rakyat terus dibeban dengan kenaikan harga barang, kos
pengajian anak-anak, perumahan dan cukai perkhidmatan serta seumpamanya.
Tidak harus dilupakan juga, membangkitkan situasi ancaman
hak kewarganegaraan berikutan limpahan warga asing masuk secara sah atau secara
pendatang haram yang turut meragut hak rakyat dan mencetus kejadian jenayah
sehingga mencabul nilai-nilai keselamatan dan kesejahteraan awam. Kesemua isu
ini harus diurus secara kemas dan teratur bagi memastikan rakyat tidak terus
terlena dengan alunan sang penguasa yang sedang membuli rakyat menjelang PRU13
ini.
Tanggungjawab negeri
Pakatan Rakyat
Bagi menjayakan agenda perubahan juga, negeri-negeri Pakatan
Rakyat hendaklah berusaha gigih bagi memantapkan keyakinan rakyat demi meraih kemenangan
lebih besar untuk memuncak ke Putrajaya. Justeru kerajaan negeri di Kelantan, Kedah,
Selangor dan Pulau Pinang harus meletakkan nilai keutamaan atas setiap isu yang
menyentuh keperluan dan pengharapan masa depan rakyat.
Dalam hal ini, aspek yang perlu diberi perhatian khusus ialah
program berkebajikan dalam semua segi kehidupan rakyat. Misalnya persoalan
bekalan air, bimbingan kerohanian, peluang pendidikan, ruang kesejahteraan dan
kemudahan awam serta hospitaliti untuk semua rakyat. Tidak kurang penting juga,
hendaklah diuar-uarkan perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan semasa
dan masa depan. Ini bakal memenuhi keperluan generasi muda dan jaminan ekonomi
negeri untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang.
Dalam pada itu, semua pemimpin Pakatan Rakyat hendaklah sepakat
dalam menyebarluas isu-isu yang terkandung dalam Buku Jingga. Komitmen setiap
kerajaan negeri Pakatan Rakyat harus dipromosikan sebagai tawaran terbaik untuk
rakyat. Ini penting dalam rangka menarik sokongan pelbagai lapisan rakyat, di
samping membuktikan betapa rakyat harus menolak apa yang dibuat oleh Umno dan
BN sekarang ini. Melalui Buku Jingga telah diungkap 13 Dasar Bersama (Buku
Jingga 2010, muka surat 21-31) yang meliputi semua aspek kepentingan rakyat
untuk diterangkan kepada masyarakat Malaysia menjelang PRU13.
Pengalaman Kelantan
Pengalaman Kelantan yang selama ini mengalami tindakan
diskriminasi melampau pemimpin Umno, hakikatnya telah mendera rakyat Kelantan. Justeru
itu kerajaan Kelantan telah memperkasakan program kebajikan untuk rakyat dan
meneruskan pembangunan ekonomi bermodalkan sumber yang ada. Di samping secara
terus menerus mengemukakan tuntutan di atas semua hak negeri daripada pusat. Maka
kerajaan Kelantan terus komited dalam isu tuntutan hak royalti petroleum dan
isu pembinaan lebuh raya demi menyedarkan rakyat bahawa di sebaliknya ada hak
rakyat Kelantan yang dinafikan akibat permainan pemimpin Umno Kelantan.
Kesannya, Kelantan hari ini bukan lagi Kelantan 22 tahun dulu. Rakyatnya sedang
menikmati keunikan pembangunan beralaskan agama dan seni politik yang tidak
mudah dijual beli. Namun pemimpin Umno sendiri masih kelam dalam memahami erti
pembangunan di sisi rakyat. Kesemua isu ini perlu diurus secara telus agar rakyat dapat menilai semua taburan janji kebendaan pihak Umno sebagai pendekatan memancing undi. Harapannya, rakyat akan kenal mana pemimpin yang jujur dan berintegriti, dan mana pula pemimpin yang belot dan busuk hati terhadap rakyatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)