03 July, 2020

COVID-19: Jun berakhir-Julai bermula dengan satu kes

Dalam situasi dunia masih bergelut dengan angka pertambahan kes Wabak COVID-19 yang mencecah 11 juta kes positif, Malaysia berakhir Jun dan bermula Julai dengan hanya bertambah satu (1) kes baharu. Kita bersyukur dan bangga dengan prestasi satu digit kes baharu yang berturutan semenjak 29 Jun lalu. Untuk rekod, Malaysia memulakan PKPP pada 10 Jun dengan dua (2) kes baharu - satu digit - dan berlakunya kes baharu dengan jumlah terendah satu digit ialah pada 14 dan 19 Jun dan kemudian pada 23-26 Jun dan terakhir pada 29 Jun sehingga 3 Julai).

Data tersebut menunjukkan selama 24 hari PKPP berjalan, ternyata pola pertambahan kes baharu dan jumlah yang berjaya dirawatpulih berlaku secara positif.


Bersama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mengurniakan situasi terbaik kesan Wabak COVID-19 untuk rakyat Malaysia.
Wasssalam.



  

02 July, 2020

COVID-19: Bahagia Seawal Julai

Rasa syukur ke hadrat Allah SWT, seawal Julai ini Negara kita dikhabarkan oleh KKM dengan penularan Wabak COVID-19 pada angka satu digit terendah dengan satu (1) kes baharu sahaja. Itupun dikatakan berpunca daripada kes bawaan import, iaitu individu yang balik dari luar negara yang disahkan positif dan ia didaftarkan sebagai kes COVID-19 di Negeri Selangor.
Justeru berdasarkan jadual di atas, sehingga semalam (1 Julai, 2020) jumlah keseluruhan kes dalam Negara yang positif dengan kumulatifnya adalah 8,640 kes. Daripada jumlah ini, tiga negeri tertinggi direkodkan ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 2,436 (28.19%), diikuti dengan Selangor 2,048 (23.70%), Negeri Sembilan 1,025 (11.86%).  
Sementara empat negeri yang terkebawah jumlah kesnya kurang 100 kes ialah Kedah dan Wilayah Perketuan Putrajaya masing-masingnya 97 kes,  diikuti dengan Perlis 18 kes dan terendah sekali Wilayah Persekutuan Labuan 17 kes.
Status terkini
Merujuk kepada status COVID-19 di Malaysia ini, daripada 8,640 keseluruhan kes, didapati 4,402 kes adalah daripada pemeriksaan kesihatan/mereka yang dijangkiti dari pembawa kontak rapat; 3,375 kes pula daripada penularan kluster Sri Petaling (berkaitan perhimpunan Jemaah Tabligh penghujung Februari 2020); 237 kes pula adalah daripada penularan orang awam; dan 626 kes lagi adalah daripada pembawaan import. 

Satu aspek yang boleh dinilai kejayaan dan keberkesanan langkah KKM bersama pasukan saf hadapan adalah daripada 8,640 keseluruhan kes; seramai 8,375 pesakit telah dirawatpulih/ sembuh; dan dengan kekal 121 kes kematian. Prestasi kejayaan ini akan menuju ke titik menang lebih awal daripada tempoh PKPP nanti, ins sya Allah.

Kes seawal Julai
Pada 1 Julai 2020,KKM melaporkan Wabak COVID-19 yang telah dirawatpulih berjumlah 21 kes. Ini menambahkan lagi jumlah kumulatif kes sembuh daripada 8,354 kes (30 Jun) kepada 8,375 kes (96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Apa yang dianggapkan membahagiakan Negara ialah terdapat satu (1) kes baharu pada 1 Julai ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia daripada 8,639 kepada 8,640 kes. Maka jumlah kes aktif yang sedang dirawat atau kebolehjangkitan COVID-19 adalah daripada 164 telah menurun kepada 144 kes.

Satu (1) kes baharu yang dilaporkan adalah kes bawaan import yang mendapat jangkitan di luar negara. Maka tiada kes penularan di dalam negara yang dilaporkan.

Alhamdulillah, sehingga kini (selama tempoh 17 hari semenjak 15 Jun) direkodkan sifar kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 121 kes (1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Situasi Membahagiakan
Situasi selama empat (4) bulan lalu, semenjak kes pertama gelombang kedua COVID-19 dilaporkan di Malaysia, iaitu pada 27 Februari 2020, Negara kita menguruskan pandemik ini dengan lancar dan kempeten. Ini menggambarkan sistem kesihatan dan komitmen pasukan perubatan bersama saf hadapan yang lainnya amat proaktif menjalankan tanggungjawab.

Relaitinya, rekod penularan terkini (hanay satu (1) kes bawaan import) adalah pertama kalinya Negara kita mencatatkan kes harian COVID-19 yang membahagiakan sepanjang gelombang kedua pandemik COVID-19 ini. Lebih penting lagi, tiada kes COVID-19 yang dilaporkan mendapat jangkitan dari dalam negara (iaitu penularan tempatan) melibatkan dalam kalangan Warganegara Malaysia mahupun Bukan Warganegara.

Penurunan kes harian juga menggambarkan kesedaran masyarakat terhadap kawalan kendiri dan tanggungjawab sosial (social responsibility). Semoga setiap lapisan dan kumpulan masyarakat dapat meneruskan penjarakan sosial (social distancing) yang selamat iaitu sekurang-kurangnya satu (1) meter di antara satu sama lain, kebersihan kendiri yang tinggi, tidak berasosiasi di kawasan sempit dan sesak serta mengelak bertutur dengan jarak yang dekat.

Kita doakan agar seluruh masyarakat bersatu hati dan berkomitmen tinggi bagi menjayakan setiap langkah ke arah mengekang rantaian Wabak COVID-19 ini. Ins sya Allah.

Wassalam.


01 July, 2020

COVID-19: Malaysia terus melandai - satu digit

AlhamdulilLah, perkembangan pada 30 Jun - penghujung bulan - menunjukkan prestasi terbaik dengan dua (2) kes baharu - rekodnya melandai kepada satu digit. Rekod ini telah mengulangi kepada prestasi pada 10 Jun, dengan dua (2) kes baharu.


Perkembangan pada 30 Jun, dengan dua (2) kes baharu, tiada kematian telah memberi kesan kepada jumlah yang sedang dirawat (di wad hospital) daripada 182 kepada 164 kes. Seterusnya jumlah kumulatif kes yang berjaya dirawatpulih bertambah daripada 8,334 kepada 8,354 kes.
Bersykur kita semua, semoga penularan Wabak COVID-19 lebih terkawal dan kita mencapai titik menang menjelang Ogos nanti. Ins sya Allah.     
Wassalam.

30 June, 2020

COVID-19: Tiga kes baharu - kita menang

Perkembangan Wabak COVID-19 hari ini (29 Jun) kembali melegakan berikutan KKM melaporkan hanya tiga (3) kes baharu, tiada kematian dan jumlah dirawatpulih/sembuh 16 kes. Ini menambahkan lagi kes sembuh daripada semalam 8,318 kepada 8,334 kes.
Berikutan kes baharu hanya tiga kes, maka jumlah kumulatif kes positif bertambah dari semalan sebanyak 8,634 kepada 8,637 kes. Daripada tiga kes positif baharu hari ini, adalah dua (2) kes penularan tempatan dan satu dari bawaan import.
Berbeza dengan negara jiran, Indonesia berlaku 1,082 kes baharu, Filipina 983 kes dan  Singapura hanya 202 kes. Sementara negara Thailand sebanyak tujuh (7) kes, satu digit seperti Negara kita. Jika dilihat, perkembangan dua hari (28 dan 29 Jun), Indonesia dan Filipina adalah dengan kes kematian berlaku seharian. Ia meletakkan Singapura, seperti Malaysia dan Thailand yang tidak ada kes kematian. Meskipun begitu, lima negara Asia Tenggara ini, Indonesia dan Filipina dijangka akan bertambah lagi. Malahan kemungkinan Filipina akan mengatasi Singapura dalam sehari dua lagi berpandukan pola peningkatan Wabak COVID-19 yang hampir seribu kes sehari hari ini (29 Jun).
Justeru selagi negara jiran kita setiap hari berlaku dengan jumlah kes masih besar (tiga atau empat digit), bermakna Malaysia belum boleh selesa di dalam mengawal Wabak COVID-19. Semestinya kita harus berwaspada dan sentiasa kekal dengan norma baharu demi mengekang dan memutiskan rantaian COVID-19. Semoga kita terus berdoa, agar Allah menyelamatkan negara dan kita serta sekalian Warganegara daripada jangkitan Wabak COVID-19 ini. 
Wassalam.
  

28 June, 2020

COVID-19: Sembuh rendah, kes baharu tinggi - tanda kembali merebak

Perkembangan Wabak COVID-19 di Malaysia pada hari ini (28 Jun 2020), terdapat 18 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,634 kes.  

Daripada 18 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) orang Warganegara Malaysia dan seorang Bukan Warganegara yang merupakan pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja.

Sementara itu, daripada 14 kes penularan tempatan (di dalam negara), kesemuanya adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia dan tiada kes di kalangan warganegara Malaysia.

Kes jangkitan dalam negara dalam kalangan Bukan Warganegara Malaysia (14 kes) adalah seperti berikut: Negeri Sembilan, iaitu sembilan (9) kes adalah kes saringan ulangan bagi Kluster Pedas; Selangor: dua (2) kes saringan Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang; Sabah: dua (2) kes saringan iaitu satu (1) kes saringan ke atas banduan sebelum dibebaskan dari penjara dan satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dari Klinik Kesihatan ke hospital; Kuala Lumpur: satu (1) kes saringan masuk kerja di tapak pembinaan.

Sehingga kini, terdapat 10 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 195 kesSebanyak dua (2) kes adalah sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Sementara kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,318 kes (96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). 

AlhamdulilLah, hari ini  tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes.

Jika dilihat secara perbandingan di antara jumlah kes sembuh dengan pertambahan kes baharu pada 27 - 28 Jun 2020, didapati kumulatifnya sebanyak 24 kes baharu dan 28 kes pesakit yang berjaya dirawatpulih. Ini bermakna, apabila berlaku kes baharu yang lebih tinggi (10 + 18) berbanding jumlah yang dirawatpulih (10 + 14), maka dianggapkan kes Wabak COVID-19 adalah bertambah bukan berkurangan. 

Oleh sebab itu, berdasar kelok garisan di atas, menunjukkan pola mendongak kembali berlaku selepas 25 Jun, iaitu daripada 4 kes (25 Jun), bertambah lagi 6 kes, kemudian 10 kes dan hari ini 18 kes. Maka jumlah yang sedang dirawat pun bertambah daripada 187 kepada 195 orang. Ini adalah petanda Wabak COVID-19 di Negara kita telah kembali merebak.

Kembalilah kita bersama-sama insaf dan beristighfar serta terus memohon pertalongan Allah jua agar mengangkat Wabak COVID-19 dari terus menular di Negara kita. Ins sya Allah.

Wassalam.


COVID-19: Hanya 187 kes belum sembuh

Perkembangan Wabak COVID-19 selama 18 hari tempoh PKPP (10-27 Jun), Malaysia berlaku dalam situasi mendongak pada awalnya. Sehinggalah mulai 16 Jun, kes baharu COVID-19 mulai melandai. Walaupun begitu di antara 16-19 Jun, berlaku situasi kelok naik-turun sehinggalah 20 Jun mendongak kembali dan selepas itu, mulai 21-23 Jun mulai melandai. Kemudian selepas itu,26-17  Jun berlaku pula kenaikan, tetapi masih dalam dua digit. Ini menandakan penularan Wabak COVID-19 adalah terkawal.

Suatu perkembangan menarik dalam tempoh 18 hari (10-27 Jun) PKPP ini, bahawa perkembangan harian pola pertambahan kes baharu hanya berlaku dalam satu dan dua digit. Diikuti pada setiap hari dalam satu digit pada 23-26 Jun dan pada 27 Jun kembali menaik kepada dua digit (10 kes).

Kesan daripadanya, jumlah kumulatif kes yang berjaya dirawatpulih bertambah kepada 8,308 kes dan jumlah pesakit positif/sedang dirawat atau jumlah kes yang belum sembuh telah berkurang kepada 187 orang. AlhamduliLah realtinya penularan Wabak COVID-19 di Negara kita sedang menuju titik penamat dalam situasi melandai. Meskipun selepas empat hari pola kes baharu harian dengan satu digit, namun hari ini (27 Jun) telah bertambah 10 kes baharu. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,616 kes

Laporan KKM pada hari ini juga, daripada 10 kes baharu yang telah dilaporkan telah menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 187 kes yang belum sembuh/sedang dirawat. 

Rekod 10 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes daripadanya adalah kes import melibatkan seorang Warganegara Malaysia yang balik dan tiga (3) bukan Warganegara yang datang atas urusan kerja. Baki lagi enam (6) kes penularan di dalam negara, empat (4) kes adalah dalam kalangan warganegara dan dua (2) kes adalah di kalangan Bukan Warganegara Malaysia. Masing-masingnya, Selangor, satu (1) kes saringan pra pembedahan; Kuala Lumpur, tiga (3) kes daripada saringan pelajar tahfiz.

Sementara bagi kes jangkitan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara Malaysia (2 kes) adalah Negeri Sembilan, satu (1) kes saringan Orang Kena Tuduh (OKT) yang baru dimasukkan ke lokap; dan Sabah, satu (1) kes saringan tempat kerja kontraktor.

AlhamdulilLah, pada hari ini tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes.

Oleh kerana itu, disini saya menyeru agar teruskan komitmen untuk mematuhi SOP sepanjang PKPP ini dan bersama-samalah kita mendoakan agar Allah permudahkan urusan pasukan perubatan dan pihak berkuasa melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan tiada lagi penularan Wabak COVID-19 ini. 

Wassalam.