06 July, 2015

KJS-Hudud Kelantan: Majoriti bukan Melayu menyokong

Menyambung kepada analisis Kajian SMS kalangan orang bukan Melayu sebelum ini, berikuta dipaparkan analisis korekasi yang membuktikan secara puratanya majoriti bukan Melayu di Kelantan adalah menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Analisis kajian

Kajian ini telah menganalisis penerimaan SMS itu secara SPSS (Statistical Package for the Social Science) bagi mengolah hubung-kait jawapan deskriptif yang menyokong atau bersetuju, atau sebaliknya. Justeru daripada 500 SMS balas yang diterima, 421 telah menjawab dalam maksud menyokong (bersetuju) atau menolak (tidak bersetuju). Maka bagi maksud analisis kajian ini, jumlah 421 adalah sahih kerana ia mewakili kesemuanya bukan Melayu, iaitu 415 adalah Cina,  satu India dan lima kaum lain. Lihat Jadual 1 yang berikut.



Seramai 421 jawapan yang diterima, pola menyokongnya berjumlah 245 (58.19%) dan pola menolaknya pula berjumlah 175 (41.81%). Lihat Jadual 2 berikutnya.


Oleh itu, secara umumnya penemuan itu membuktikan seruan dan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan yang bertegas untuk memulakan usaha pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam pada tahun 2015 telah mendapat perhatian dan persetujuan rakyat Kelantan termasuk kaum bukan Melayu. Namun, pihak Kerajaan Negeri juga harus memberi perhatian kepada angka 175 (41.81%) yang menolak usaha tersebut. Ia memerlukan siri penerangan dan penjelasan yang baik bagi menangani isu-isu penolakan tersebut.

Sokongan di Dun

Penemuan kajian ini juga dapat dilihat dalam konteks korelasi di Dun-dun yang menerima respons SMS melebihi 10 responden ke atas. Dalam hal ini, taburan kumulatif respons mengikut Dun-dun didapati berbeza-beza menurut saiz bukan Melayu dan respons SMS yang sahih. Maka didapati hanya 13 Dun daripada 35 Dun yang melebihi 10 respons. Jadual 3 berikutnya merupakan taburan pola respons di kesemua 35 Dun yang terlibat dengan kajian (menerima respons balas). Sementara itu, daripada taburan respons daripada 35 Dun sebanyak 339 respons (80.52% daripada 421 respons) menunjukka pola sokongan agak tinggi iaitu lebih daripada 10 respons balas atau berlaku hanya di 13 Dun sahaja. Lihat Jadual 4 berikut. Dun-dun tersebut ialah Kota Lama, Wakaf Bharu, Bukit Panau, Guchil, Tanjong Mas, Galas, Bunut Payong, Limbongan, Pengkalan Pasir, Kelaboran, Chetok, Temangan dan Salor.

Berdasarkan perbandingan antara Dun-dun, maka Dun terbesar ialah Kota Lama iaitu 102 respons dan ini selari dengan saiz bukan Melayu juga yang terbesar di Kelantan. Kemudian saiz respons terendah (10 respons) ialah di Dun Salor. Oleh itu, analisis perbandingan bagi 13 Dun tersebut amat relevan bagi melihat pola sokongan, tambahan pula kebetulan Dun-dun berkenaan mempunyai saiz orang bukan Melayu agak signifiken.


Namun demikian, dengan merujuk kepada Jadual 4 berikutnya, pola setuju dan tidak bersetuju kalangan responden adalah berbeza-beza bagi Dun-dun yang kumulatif responsnya melebihi 10 orang. Didapati pola bersetuju melebehi 50% berlaku di lapan Dun, iaitu Kota Lama (62.70%), diikuti dengan Bukit Panau (58.60%), Guchil (69%), Tanjong Mas (51.9%), Galas 62.5%), Limbongan 68.8%), Pengkalan Pasir( 66.7%) dan Salor (60%). Manakala pola tidak bersetuju (kurang 50%) pula berlaku di lima Dun, iaitu di Dun Wakaf Bharu (56.30%), Bunut Payong (72.70%), Kelaboran (54.5%), Chetok (54.5%) dan Temangan (63.6%).

Oleh sebab itu, secara puratanya (dalam kalangan 13 Dun) didapati daripada 339 respons, 191 (56.34%) adalah bersetuju dan 148 (43.66%) tidak bersetuju. Maka pola bersetuju adalah hampir sama dengan purata bagi 35 Dun (58.2%).


Rumusannya, dikebanyakan Dun yang agak besar saiz pengundi bukan Melayu, sokongannya berbeza-beza. Di Dun agak bersifat lanskap bandar seperti Kota Lama, Bukit Panau dan Pengkalan Pasir sokongannya tinggi, tetapi rendah pula di Bunut Payong dan Wakaf Bharu. Ini menunujukkan 'pengaruh bandar' telah mencorakkan sikap majoriti yang kefahamannya agak baik berbanding ke luar bandar. 

Apapun kajian ini cukup bermakna dan signifiken bagi menilai sokongan (yang bersetuju) terhadap usaha Kerajaan Negeri Kelantan memartabatkan undang-undang jenayah Syariah di bumi Malaysia.