27 November, 2008

Cipta Yoga Baru!!

BUAT ALTERNATIF YOGA YANG SAH DI SISI ISLAM!!

Isu Yoga tak perlu diperdebatkan. Ia muktamad HARAM bagi ORANG ISLAM kerana membawa syirik.

Kalau nak jadikan Yoga dibolehkan untuk orang Islam, kena buang amalan mentera Hindu, pakai pakaian tutup aurat dan tidak mendedahkan aurat. Jika untuk mendapat pahala dengan amalan Yoga perlu gantikan mentera Hindu itu dengan zikir kebesaran Allah, seperti asma’ulhusna atau apa-apa zikir yang memuji kebesaran Tuhan Yang Esa dan kekayaan alam ciptaan-Nya. Ahli Yoga kalangan Muslim perlulah kreatif. Kalau ini mampu dibuat, sama dengan yang dibiuat oleh Tok Dalang Wayang Kulit Kelantan… buang jampi sampah tahyul dengan bacaan al-Quran dan bawa cerita social reality, tiada lagi yang karut marut, jadi halal-lah ia. Maka pandangan Perdana Menteri DS Abdullah Ahmad itu betul:
“…that Muslims who were interested in the health benefits of yoga could continue practicing as long as they do not chant.
Kita tak perlu bising-bising atau nak tunjuk kuasa pula, terus kuatkuasakan fatwa Yoga itu dan wujudkan Yoga Baru khas untu orang Islam. Saya ingat Persatuan Silat Gayung Malaysia boleh ambil tanggungjawab ini…cipta seni rawatan GayungYoga. Mungkin ramai orang Islam boleh praktis!!

Kutipan berita berikut boleh dibaca jika berminat:


Malaysia leader: Yoga for Muslims OK without chant
AP - Thursday, November 27
KUALA LUMPUR, Malaysia - Malaysia's leader assured Muslims on Wednesday they can perform yoga if they do not chant religious mantras an apparent effort to assuage public anger over an Islamic body's ban of the ancient Indian exercise.
Last week, the National Fatwa Council said that elements of Hinduism in the practice could corrupt Muslims. Many ordinary Muslims responded by saying they had been performing yoga for years without losing their faith.
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told the Bernama news agency that Muslims who were interested in the health benefits of yoga could continue practicing as long as they do not chant.
"I wish to state that a physical regime with no elements of worship can continue, meaning, it is not banned. I believe that Muslims are not easily swayed into polytheism," Bernama quoted Abdullah as saying.
Abdullah's aide, who spoke on condition of anonymity because he was not authorized to make public statements, said the prime minister wanted to curb confusion about the body's edict.
Council representatives could not immediately be reached for comment.
The prime minister's statement is unlikely to be considered an affront to the council because he did not criticize the edict.
Decisions by the Fatwa Council are not legally binding until they are enshrined in national laws or Shariah laws of individual states.
The ruling reflects the growing influence of conservative Islam in Malaysia, a multiethnic country where Muslim Malays form nearly two-thirds of the population.
Recently, the council said girls who act like boys violate Islam's tenets. The government has also made similar conservative moves, banning the use of the word "Allah" by non-Muslims earlier this year, saying it would confuse Muslims.
AP report.


Jangan pertikai fatwa yoga
Oleh ZULKIFLI JALIL dan NORLIZA ABD. RAHMAN
BANGI 24 Nov. - Ahli Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim (gambar) meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan fatwa mengharamkan yoga kerana tiada jaminan pengamal senaman itu tidak terjebak dalam mantera atau elemen falsafahnya.
Beliau menegaskan, ini kerana yoga merupakan 'ilham laduni' yang menerima tuhan sebagai model yang maha sempurna dan atas sebab itu bagi pengamal yoga di antara perkara utama yang dikehendaki ialah mesti melakukan senaman badan yang digelar 'asana yoga'.
''Matlamat senaman yoga ialah mahu bersatu dengan Brahma (maha pencipta), justeru agak janggal jika ada orang bukan Hindu terikut-ikut dengan senaman itu.
''Terdapat banyak risalah yang menerangkan puluhan ragam cara-cara mengamalkan senaman yoga, yang tujuan asalnya bukan untuk kesihatan badan semata-mata malah lebih jauh dari itu iaitu bersatu dengan Brahma," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Dr. Abdulfatah yang turut menyertakan kajian mengenai yoga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan memberitahu, buku-buku senaman yoga boleh menyebabkan pengamalnya terpengaruh dengan pelbagai teori mengenai kejiwaan Hindu yang bercanggah dengan akidah Islam.
''Yoga ialah 'sambungan', 'kok', 'bersatu' atau 'ittihad' roh individu dengan roh alam semesta serta kesatuan roh ilahi sendiri (Brahma) yang bersatu dengan tuhan.
''Yoga ialah falsafah Hindu iaitu satu agama wahdat al-wujud yang menyalahi fahaman Islam ithainiyat al-wujud," katanya.
Menurutnya, antara bentuk senaman yoga ialah Padmasana (kedudukan bunga teratai) yakni duduk bersila di atas lantai dengan kaki kanan di atas paha kiri dan kaki kiri di atas paha kanan serta meletakkan tapak tangan di atas lutut kanan dan tapak tangan kiri di atas lutut kiri serta ibu jari menyentuh jari telunjuk.
Terdapat juga senaman garuda atau Garudasana iaitu nama burung khayalan yang menjadi tunggangan Vishnu ketika mahu naik ke langit.
Beliau memberitahu, amalan zikir 'OM' atau 'AUM' yang diamalkan oleh para yogi (pengamal yoga) dikatakan mantera kekuasaan suci.
''Di dalamnya terkandung segala nama tuhan dan mengandungi banyak rahsia terpendam, cara menyebut kalimah ini hendaklah dikeluarkan suara daripada belakang kerongkong, dihembus ke mulut, keluar dari mulut dan selesai apabila bibir tertutup setelah menyebut huruf 'M' yang terhenti dengan dengungan suara bunyi berterusan.
''Ini melibatkan semua anggota badan yang mengeluarkan perkataan manakala suara yang mengandungi banyak nama tuhan manakala AUM pula yang bermula huruf 'A' melambangkan kejadian terkandung dalam diri Brahma, 'U' melambangkan Vishnu tuhan pemeliharaan dan 'M' melambangkan Shiva tuhan pembinasa.
''Amalan konsep bersenam biasa ialah mengeluarkan peluh tetapi tidak berlaku dalam yoga. Malah senaman biasa boleh dilakukan tanpa penyeliaan guru dengan menjadikan buku sebagai panduan.
''Saya sendiri pernah mengamalkan yoga lebih 30 tahun lalu semasa di Amerika Syarikat (AS) dan mampu melakukan senaman teratai, tetapi mula meninggalkannya apabila mendapati yoga bercanggah dengan amalan Islam," katanya.
Dr. Abdulfatah memberitahu, tanda tanya yang besar dalam dirinya adalah apabila yoga menerapkan elemen kepercayaan Hindu iaitu mati dan hidup manusia berulang-ulang manakala dunia ini kekal tiada kiamat.
Kata beliau, dalam kepercayaan itu, masalah dosa setiap individu dibalas dengan undang-undang karma.
Kata beliau: ''Apabila mati, seseorang itu akan dihidupkan semula, rohnya memasuki jasad deva atau manusia atau binatang atau tumbuh-tumbuhan.
''Dari kaca mata Hindu-Buddha, mati dan hidup semula berterusan selama-lamanya dan berulang-ulang, dunia ialah tempat penderaan balasan karmanya yang tiada kesudahan, sedangkan dalam Islam mati hanya sekali," katanya.
Laporan Utusan Malaysia: 25 Nov. 2008



Yoga: Rujuk Raja sebelum fatwa
Nov 24, 08 5:50pm
dikemaskini Sultan Selangor berharap sebarang keputusan fatwa pada masa depan yang menyentuh isu melibatkan masyarakat umum sebaik-baiknya dirujuk kepada Majlis Raja-raja untuk diperkenankan sebelum diumum.Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, ia adalah bagi memastikan supaya kaedah menyalurkan sesuatu keputusan fatwa itu dapat dilaksanakan secara bijaksana bagi mengelak sebarang kekeliruan dan kontroversi, lapor Bernama.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani hari ini, berhubung keputusan Jawatankuasa Fatwa bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam yang mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam, Sultan Selangor menjelaskan bahawa keputusan itu belum berkuatkuasa di negeri tersebut kerana perkara itu belum dibawa ke peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.Menurut kenyataan itu lagi, jawatankuasa fatwa negeri yangdipengerusikan oleh Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, akan bersidang membincangkan perkara itu dengan lebih mendalam berkenaan aktiviti senaman yoga di Selangor, dan selepas keputusan muktamad dibuat oleh jawatankuasa tersebut, ia akan disembahkan untuk perkenan baginda.Ini selaras dengan prosedur yang diperuntukkan oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 berkaitan dengan menerima pakai sesuatu keputusan fatwa.Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk JamrySury berkata fatwa mengenai pengharaman senaman yoga untuk umat Islam belum diterima pakai di negeri itu tanpa perkenan SultanPerak.Sambil menarik balik kenyataannya kepada sebuah akhbar seperti dilaporkan hari ini, beliau berkata selaku pengarah JAIP, adalah di luar bidang kuasa dan budi bicara beliau untuk membuat apa-apa pendirian berhubung sesuatu perkara yang menyentuh soal berkaitan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak."Fatwa tersebut belum dapat diterima pakai di negeri Perak kerana ia belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk selanjutnya mendapat perkenan daripada Sultan Perak," katanya kepada Bernama.Sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan kenyataan Jamry bahawa Perak akan mematuhi ketetapan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut.Jamry, yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, dilaporkan berkata satu mesyuarat akan diadakan pada 9 Dis ini bagi mengumumkan secara rasmi mengenai perkara berkenaan.Sabtu lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan mengumumkan fatwa meminta umat Islam negara ini tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mantera dan pemujaan.
Laporan Malaysiakini.com 24 November 2008.

Yoga diharamkan
Oleh HELMI MOHD. FOAD
PUTRAJAYA 22 Nov. – Amalan senaman yoga secara sistematik iaitu membabitkan gerakan fizikal, bacaan mentera dan matlamat penyatuan diri dengan tuhan bertentangan dengan syariat Islam.
Oleh itu Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik itu kerana dibimbangi akan menghakis akidah umat Islam jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.
Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.
‘‘Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan, senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak Sebelum Masihi itu yang menggabungkan amalan fizikal, unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah.
‘‘Ahli muzakarah memutuskan apa juga jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang juga Setiausaha Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Keputusan mengenai fatwa yoga itu dilakukan pada muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-83 di Kota Bharu, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober lalu.
Sebelum ini, seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.
Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar sejak 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.
Amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.
Setakat ini, pengharaman senaman yoga telah dilaksanakan di Singapura dan Mesir.
Menurut Abdul Shukor, umat Islam dinasihatkan agar menjauhi amalan yoga meskipun sekadar mempraktikkan pelbagai variasi senaman fizikalnya kerana ia adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem senaman tersebut.
‘‘Kalau setakat kita duduk macam yoga itu tidak ada masalah, lagi pun ia ada beratus jenis pergerakan, tetapi masalahnya amalan senaman itu adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem yoga.
‘‘Amalan fizikal itu hanya peringkat pertama, kita minta umat Islam berhati-hati, takut mereka tidak tahu ilmu yoga itu ke mana matlamat akhirnya dan ini mungkin boleh jadi membawa kepada kesesatan,” tegasnya.
Beliau menjelaskan, ini kerana dalam Islam terdapat tiga elemen yang boleh menjejaskan akidah iaitu keyakinan hati, pengakuan dengan lidah dan perbuatan.
Katanya, memandangkan sekurang-kurangnya terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka daripada terhakis.
Bagaimanapun, beliau menyatakan, fatwa tersebut tidak bermaksud untuk menghalang orang bukan Islam mengamalkan yoga kerana hak kebebasan mengamalkan kepercayaan agama mereka adalah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
‘‘Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hanya menjaga kepentingan dan akidah umat Islam dan pada peringkat ini, kita menggunakan pendekatan menasihat dan memaklumkan kepada umat Islam tentang pandangan Islam terhadap yoga.
‘‘Soal sama ada pandangan muzakarah akan dijadikan fatwa yang diwartakan, itu terpulang kepada kerajaan-kerajaan negeri dan dari segi penguatkuasaan, itu bukan bidang kita,'' katanya.
Laporan Utusan Malaysia: 23 Nov. 2008