10 January, 2009

JADUALKAN PERJUANGAN UNTUK ISLAM

Perutusan khas untuk umat Islam di Gaza!!

Hujng tahun 1429 dan awal tahun 1430 Hijriah ini, umat Islam terkedu dengan gerakan ganas Yahudi Israel ke atas umat Islam di Gaza. Ia bermula dengan perlantikan Ehud Barak yang bertindak ganas ke atas Hamas yang pernah menewaskan serangan Israel sebelum ini. Sedutan berita berikut menjelaskan:

"From The Sunday Times
June 17, 2007
Israel plans attack on Gaza
Uzi Mahnaimi
ISRAEL’s new defence minister Ehud Barak is planning an attack on Gaza within weeks to crush the Hamas militants who have seized power there.
According to senior Israeli military sources, the plan calls for 20,000 troops to destroy much of Hamas’s military capability in days.
The raid would be triggered by Hamas rocket attacks against Israel or a resumption of suicide bombings.
Barak, who is expected to become defence minister tomorrow, has already demanded detailed plans to deploy two armoured divisions and an infantry division, accompanied by assault drones and F-16 jets, against Hamas."

Apa akan jadi kepada umat Islam di Gaza....

Paparan blog ini hari ini melahirkan simpati kepada umat Islam Palestine di Gaza. Seruannya, umat Islam seluruh dunia hendaklah bersatu dan melaksanakan tekanan lasak ke atas semua pihak yang menyokong Israel. Antaranya, Amerika Syarikat sebagai pelindung utama Israel perlu diajar dengan dengan semua langkah tekanan. Kesan kegugatan ekonomi global perlu dijadikan senjata utama dengan diiringi doa sejagat ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa, semuga Tuhan melemahkan ancaman Israel dan semua sekutunya.

Sehubungan itu, setiap umat Islam hendaklah menjadualkan tindakan perjuangannya untuk membina kekuatan umat Islam, termasuklah melibatkan sumbangan harta benda, kekuatan fizikal dan pemikiran untuk mendesak dan menghalang mana-mana kuasa pemusnah kepentingan umat dan agama Islam. Ia termasuklah menyumbang sebanyak mana harta secara ikhlas untuk membela umat Islam di Gaza. Hayatilah seruan al-Quran berikut:

"Maksud as-saff (ayat 1 & 10-11)
1. Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
10. Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."

Semuga Tuhan Yang Maha Esa, memelihara survival umat Islam Palestine di Gaza. Amin!!

05 January, 2009

PrK P036 KUALA TERENGGANU - dua wajah calon

Calon PAS Haji Wahid Endut mewakili Pakatan Rakyat,
Wajahnya cukup mesra rakyat,
PAS berjuang untuk agama dan kebajikan rakyat,
Temanya adalah "berubah untuk kemenangan rakyat."
Diisytihar pada tahun baru 2009, 1 Januari di depan rakyat,
Diputus dengan penuh hasrat rakyat,
Agar termakbul impian rakyat,
Semuga kesannya nanti terpenuh semua hak rakyat.
Calon BN dari UMNO,
Tulang belakang komponen BN ialah UMNO,
Pemerintah Pusat dan Negeri Terengganu ialah UMNO,
Dato' Ahmad Said ialah Pengerusi Perhubungan UMNO,
Bersama Najib, Timbalan Presiden UMNO,
Mengisytiharkan Wan Ahmad Farid,
Ketua Bahagian UMNO,
Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu - pastinya PAS berlawan UMNO.
Sejarah Parlimen Kuala Terengganu adalah medan UMNO,
Namun, Pilihan Raya Umum 1999 PAS menewaskan UMNO,
Pilihan Raya Umum 2004 PAS ditewaskan UMNO,
Pilihan Raya Umum 2008 PAS ditewaskan lagi oleh UMNO.

Apakah calon PAS Haji Wahid Endut yang mesra rakyat,
atau apakah calon BN dari UMNO mampu mencetus keputusan baru?
17 Januari adalah penentu.