Selamat hari raya idul adha, semuga kita semua terus menghayati pengorbanan sempena jutaan jamaah haji menyambutnya di Tanah Suci Mekah. Ia adalah dengan penuh makna hambanya mencapai puncak ibadat mengabdi diri dengan segala keupayaan kurniaan Tuhan Yang Esa.
Penghayatan pengorbanan Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar dan puteranya Nabi Ismail adalah simbol mutlak umat Islam. Ia dikuti dengan penghayatan kepada pengorbanan Nabi Muhammad SAW di dalam menyampaikan risalah Islam sehingga generasi kini di seluruh dunia menikmati kemuliaan ajaran Islam.
Semua kita adalah hamba-Nya, dituntut meneruskan pengorbanan yang ditunjuk oleh nabi-nabi dan rasul demi kemuliaan umat seluruhnya.