06 July, 2013

PrK Kuala Besut, Terengganu

Rasanya kita semua boleh memahami maksud zahir dan tersirat di sebalik pilihan raya kecil (PrK) yang bakal berlaku di N01 Kuala Besut. Apa pun rajah-rajah berikut adalah menjelaskan:
YB Sirti Zailah dan Napsiah di depan Markaz

Pengumuman SPR mengenai tarikh

Analisis perubahan undi BN vs PAS pada PRU2004-2008-2013

Analisis Keputusan PRU Kuala Besut 2004-2008-2013
Penulis bergambar di depan Markaz Besar PrK Kuala Besut
PrK Kuala Besut ini penting bagi kedua-dua belah parti. Bagi PAS dianggap perlu menang demi menafikan penguasaan BN di Dewan Undangan Negeri Terengganu. BN sebelum ini menguasai 17 kerusi dan PAS 15 kerusi. Justeru berikutan kematian Adun Kuala Besut, Dr. Abdul Rahman penguasaan BN sekarang berkurang kepada 16 kerusi. BN memiliki hanya kelebihan satu kerusi (16 BN, 15 PAS). Di atas realiti ini, Kerajaan BN Terengganu dianggap tidak selamat jika tidak menang dalam PrK N01 Kuala Besut. Kebimbangan BN (tidak selamat) sekiranya ada seorang sahaja daripada Adun BN yang gagal berfungsi dalam masa terdekat. Misalnya jika berlaku sesuatu musibah dan kecacatan (baca kematian) sudah tentu Kerajaan BN Terengganu akan kehilangan majoriti. Ketika itu, pihak PAS boleh membawa usul "tidak percaya kepada Menteri Besat." Bayangkan ketika itu, berkemungkinan terbaliklah sebuah kerajaan. Kemungkinan inilah yang  menyebabkan UMNO-BN dalam keresahan sekarang.

Semoga PAS kekal menikmati kemenangan di Kelantan negeri Tadahan Wahyu.