Minggu ni nampaknya bahang politik semasa semakin heating
Ekoran kekalutan pertandingan parti-parti BN memilih pemimpin baru - Gerakan dan MCA dapat pemimpin baru, cuma silapnya Gerakan calon Melayu tak masuk dalam susunan tertinggi. Maka tak cukup syarat berlagak sebagai imej multiracial ala ke-Malaysia-an.
MCA pula makin tebal ke-Cina-an bila orang baru jadi Presiden dan orang lama jadi Timbalan Presiden.
Tunggu lagi mesyuarat UMNO di bahagian-bahagian berkelahi mencalon bakal pemimpin tertinggi mereka. Setakat ni nampaknya, Najib dah diberi lesen ke puncak Presiden, bila Pak Lah sedia undur. Muhyidin pula, belum apa-apa dah mula tajam lidahnya, dah mula kontradiksi dengan Pak Lah - baru dicalon untuk tanding Timbalan Presiden dah lagak macam Presiden!! Dah tak kenal orang lama yang berjasa.
Feel Muhyidin semacam Ibrahim Ali, yang panjang tangan dan tajam lidah; sampai PAS yang menabalnya sebagai ahli parlimen pun dah digasak oleh Ibrahim. Kemudian, rakyat di Pasir Mas hatta rakyat Kelantan dah mula meluat dengan karenah Ibrahim yang memang sinonim sebagai 'tokoh lompat' Khabarnya, dok tunggu Tengku Razaleigh (TR) layak tanding Presiden UMNO, maka dia akan jadi promoter. Bila TR menang dialah orang pertama akan join UMNO. Memang kali ni, Ibrahim akan bermimpi kelam (jauh minyak dari mancis le). Takdirnya betul-betul akan berlaku - berkat lidah rakyat Kelantan yang sensitif dengan karenah egonya - kini sudah ramai menyumpah-nyumpah, maka tersungukurlah orang seperti Ibrahim tu.
Hal ini katanya dah tercuit gegedang teliga TG Nik Aziz. Maka TG Nik Aziz yang sedang rehat kerana sakit di HUSM Kubang Kerian tu mungkin turut terfikir sama... apa akan jadi kepada Ibrahim Ali tu. Hasil ehsan TG Nik Aziz, Ibrahim dapat tanding di Pasir Mas pada pilihan raya umum dulu. Hinggakan Ismail Noh YDP PAS Pasir Mas tu, tak berkata ape-ape... meskipun dia lah yang patut tanding lagi untuk penggal ke-3.
Kelmarin pula berlaku sidang DUN Kelantan dan Selangor. Di Selangor, MB-nya TS Khalid kemuka bajet mesra rakyat. Kelatan pula akan bentang bajet yang berjimat-jimat. Tetapi TG Nik Aziz dijamin tak dapat hadir, maka pernah Husam jadi juru baca bajet sebelum piihan raya dulu. Maka ada baiknya kali ini bagi peluang pula kepada TMB, Mad Yaakub lagi lebih tertib dan sesuai dengan jawatan TMB (penjawat yang sepatut ganti MB). Kerana hormat para pegawai dan rakan politik sekalian ialah susunan protokol itu perlu diserlahkan. Urusan rasmi kerajaan memang begitu, kerana pegawai melihat yang rasmi sidang DUN tu ialah Sultan. Maka simbolik hormat kepada Sultan bila ketiadaan MB ialah TMB, kerana TMB yang ganti MB ketika menyambut baginda semasa hadir ke persidangan kelmarin.
Sehari dua lalu, Menteri Dalam Negeri Syed Hamid isytihar HINDRAF NGO haram. Maka memenuhlah penyokongnya di mahkamah kelmarin tampil beri semangat kepada pemimpin mereka P. Uthayakumar yang dibicarakan atas tuduhan memfitnah dalam isu membela masyarakt India. Namun, langkah kerajaan BN menghenjak HINDRAF itu dilihat sebagai langkah tidak serik dengan tindakan balas masyarakt India dalam pilihan raya dulu - beramai-ramai menaolak BN. Masakan Dr. Mariah, muslimat PAS itu boleh menang di Kota Raja kalau tidak kerana jumlah orang India menyokongya begitu ramai, sehingga menang!! Masih tak serik ke pemimpin BN... boleh mereka membunuh HINDRAF dengan cara mengharamkan pertubuhan itu. Sedangkan mereka telah memohon untuk diluluskan di bawah akta ROS.
Mungkin dalam hal ini, Aziz Sk Fadzil lebih faham, maka dia tarik petisyen pilihan rayanya di Kulim Bandar Baharu. Kalau dia tak tarikh, bimbang Zulkifli akan terlucut taraf MP dan pilihan raya kecil terpaksa diadakan. Sedangkan di situ jumlah orang India adalah pengundi penentu menang-kalah. Adalah lebih baik, kansel sahaja kemungkinan pilihan raya kecil itu. Kalau tidak, BN akan malu besar, lantaran gerakan HINDARF cukup signifikan, seperti mana berlaku di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh... sumbangan undi orang India kepada KeADILan/Pakatan Rakyat makin utuh. Tetapi menteri Sy Hamid tak baca begitu... maka sikapnya lantak sahajalah HINDRAF. Tunggulah Pilihan Raya Kecil Pensiangan Sabah. Kalaiu benarlah proses rayuan petisyen Pensiangan itu akan berpihak kepada KeADILan, maka politik negara semakin panas. Sah dan pasti penyokong Pakatan Rakyat akan menempah tiket AirAsia awal-awal lagi ... dan akan ada pihak tertentu membiayai tiket untuk kumpulan HINDRAF pergi berkempen di sana (bawa imej tarik simpati rakyat Sabah kerana termangsa secara zalim oleh tindakan etnosentrik pemimpin BN). Mungkin benar ramalan sesetengah orang bahawa orang India akan jadi faktor perubah politik Sabah!!
Apakah politik semasa panas ini akan menjadi pengiring kepada perjalanan Najib ke mercu Perdana Menteri. Nampaknya Dr. Mahathir akan menghidup semula legasinya melalui anak butirnya Mukhriz yang seakan telah dicanang untuk mengiringi Najib ke mana sahaja. Maka Najib akan reda sedikit merah bibirnya itu. Jika begitu jadinya, UMNO dah mencipta rangkaian keturunan mewarisi pemerintah negara ini - Tun Razak ke Najib; Tun Husin ke Hishamuddin; Dr. Mahathir ke Mukhriz; cuma Pak Lah anak jantannya tak masuk gelanggang - keturunan Pak Lah hanya menantu yang sedia bertempur, tu pun khabarnya orang Rembau sendiri ada yang tak suka, Sementelah pula di Selangor dah ada sekatan pengaruh pencabar jawatan Ketua Pemuda, Mohd Khir Toyo sedia menendangnya.
Apa akan jadi dengan kepanasan politik Malaysia hari ini, nampaknya TV9 perlu bincang dengan Dr. Mohamad Agus supaya dapat dibuka ruang hujah untuk melihat betapa kronik dan kritikalnya pemilihan UMNO kali ini.
Semuga Tuhan yang Esa tidak berlaku zalim kepada orang yang segtia dengan perjuangan Islam dan berilah petunjuk kepada para pejuang asobiyah kembali ke pentas perjuangan Islam.
No comments:
Post a Comment