05 June, 2009
PAS - Selamat Bermuktamar Parti Islam
Sesungguhnya Tuhan Yang Esa akan merahmati perjuangan Parti Islam Se-Malaysia PAS selagi mana ia berjalan di atas ayat-ayat suci al-Quran, kalimah Rasulullah SAW dan panduan daripada ilmu alim-ulamak.
31 May, 2009
PENANTI: TAHNIAH DR. MANSOR
Tahniah Dr. Mansor, Timbalan Pengerusi Perhubungan KeADILan Pulau Pinang atas kemenangan dalam pilihan raya kecil dewan undangan negeri N.12 Penanti.
Sepertimana yang dijangkakan, Dr. Mansor selaku calon mewakili Pakatan Rakyat akan menang mudah di dalam persaingan dengan tiga lagi calon Bebas. Jangkaan awal juga membuktikan benar berlaku, tatkala BN tidak ikut bersaing dalam pilihan raya kecil kali ini, maka akan ramai pengundi yang tidak akan keluar mengundi.
Berdasarkan keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) awal malam tadi, ternyata tidak sampai separuh daripada sejumlah 15,384 yang keluar mengundi. Pihak UMNO telah membuat kenyataan awal bahawa 5,000 ahlinya dalam Penanti tak akan keluar;
“Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam (30 Mei).
Meskipun, pihak Perhubungan UMNO Pulau Pinang menegaskan tidak berlaku kempen supaya tidak keluar mengundi di kalangan ahli UMNO, ternyata pengakuan itu tidak benar sama sekali. Ini kerana jumlah yang keluar mengundi berbanding yang tidak keluar mengundi didapati yang tidak keluar mengundi masih besar (8,284). Jika tidak berlaku sebarang komunikasi (arahan) kalangan ahli UMNO, tidak seramai itu yang tidak akan keluar. Realitinya, UMNO ada usaha menyekat ahlinya keluar mengundi, sebagaimana kenyataan kepad Malaysiakini di atas. Sementara penafian menerusi Bernama (30 Mei) adalah helah politik sahaja. Pihak Bernama (30 Mei) melaporkan;
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata parti itu tidak pernah memaksa anggotanya supaya tidak mengundi kerana Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada pilihan raya itu.
"Kita tidak pernah paksa supaya mereka tidak pergi mengundi. Terpulanglah kepada kebijaksanaan mereka untuk membuat keputusan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebagaimana ramalan SPR, kira-kira 70 peratus pengundi akan keluar. Maka ia jauh daripada sasaran apabila yang keluar hanya 46.15 peratus sahaja. Ia menunjukkan semacam ada kempen kalangan UMNO supaya tidak keluar mengundi. Maka berkatalah Pengerusi SPR, "…akan kaji kenapa jumlah keluar terlalu rendah.
Sebenarnya sudah tak perlu dikaji-kaji lagi. Hakikatnya, ahli UMNO memang taksub, apabila tiada calon UMNO bertanding, maka mereka tidak sedia membuat pilihan lain. Kalau begitu, Dr. Mansor yang menang bukanlah wakil rakyat mereka. Sewajarnya, ahli UMNO itu tidak perlu berurusan dengan Dr. Mansor, kerana bukan wakil rakyat yang mereka pilih. Mungkin kenyataan sebegini bunyinya bodoh dan tidak demokratik. Tetapi itulah realitinya, betapa ahli UMNO sudah bersikap bodoh dengan mengiakan keputusan parti mereka yang sudah menolak prinsip demokrasi yang memberi kebebasan memilih. Ahli UMNO di Penanti sebenarnya sudah bertindak bodoh dan terlekat sangat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin. Kata Zainal Abidin, “…Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti,” Maknanya, bila parti arah tak keluar dia orang pun tak keluar! Sedangkan parti UMNO sudah buat silap, kerana tidak bertanding, lalu diungkitkan pula persoalan “datuk-nenek” mereka pengundi BN, maka “anak-cucu” tak boleh undi selain BN. Sedangkan proses pilihan raya kecil Penanti adalah ruang memilih wakil rakyat mereka yang telah dijanjikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.
Itulah realiti politik bodoh sudah berlaku kalangan orang Melayu-UMNO Pulau Pinang! Kalaulah Dr. Mansor itu nak ikutkan prinsip orang yang memilihnya sahaja yang patut dilayan, sudah tentu 5,000 ahli UMNO akan kerugian besar. Tetapi saya percaya, pemimpin KeADIlan pastinya berlaku adil untuk semua.
Berikut adalah ringkasan keputusan pilihan raya kecil Penanti siang tadi:
Ini bermakna kemerosotan undi diperolehi KeADILan juga berlaku sebanyak 2,002 undi. Itu disebabkan sikap pengundi yang sudah menjangkakan KeADILan akan menang besar, maka mereka tidak balik mengundi.
Walau apapun, takdir Tuhan Yang Esa menentukan manusia mempunyai sikap dan pendirian masing-masing. Hak peribadi mereka untuk bersetuju dan tidak bersetuju. Dalam kes pilihan raya kecil Penanti, apabila UMNO sudah mati rasa bersaing, maka rakyat tetap membuat pilihan - wakil Pakatan Rakyat tetap sah sebagai wakil rakyat, meskipun tanpa penyertaan ahli UMNO!
Selamat berkhidmat Dr. Mansor.