16 October, 2008

Kelab Penyokong PAS dah berkubur?

Musim pilihan raya umum lalu, sesuatu yang mengejutkan ialah apabila PAS berjaya menang di kawasan yang majoriti pengundi bukan Melayu seperti di Kota Raja.
47.80% -Melayu
23.98% - Cina
28.21% -India
0.01% - Lain-lain.

Begitu pula PAS boleh menang di parlimen Titiwangsa yang pengundi Melayunya kurang 70%.

66.60% - Melayu
23.76% - Cina
9.62% - India
0.03% - Lain-lain.

Di antara faktornya yang memenangkan PAS itu ialah sikap politik pengundi bukan Melayu yang beralih arah dari BN kepada PAS. Puncanya kerana PAS dilihat mesra dengan kelompok pengundi tersebut bila mana approach PAS mempopularkan Kelab Penyokong PAS. Melalui kelab ini, sebahagian pengundi bukan Melayu mula berminat kepada PAS; kerana mereka ini sudah tidak berminat kepada BN.
Penggerak kelab ini katanya Ustaz Dr. Mujahid Yusoff, anak kepada almarhum Yusoff Rawa, bekas Yang Dipertua PAS Pusat. Syabas, Ustaz Mujahid yang melalui Lajnah Perpaduan Nasional telah berupaya menggerakkan perkembangan sokongan bukan Melayu kepada PAS.

Namun, selepas pilihan raya umum Mac lalu ada komentator dari kalangan penggerak kelab itu melihat Kelab Penyokong PAS semacam sudah mati!! Menurut CJ Ong, salah seorang yang kenalan rapat Ustaz Mujahid, menyatakan bahawa di kawasan Parlimen Parit Buntar sendiri, kelab itu tak ada apa-apapun aktiviti. Malah rakan-rakannya dari kaum Tionghua tertanya-tanya...bagaimana masa depan kelab itu. Mungkin tunggu datang pilihan raya baru nak lihat semula peranan kelab penyokong itu!!

Mungkin Ustaz Mujahid boleh jawab.

Walau apapun, demi perjuangan PAS yang mendukung perjuangan diberkati Tuhan yang Esa, komitmen menghidupkan Kelab Penyokong PAS sebagai salah satu organ PAS adalah dinanti-nantikan. Menurut sumber PAS, mesyuarat PAS Pusat sempena majlis hari raya di Stadium Melawati (12 Oktober) lalu telah turut membincangkan subjek ini.

Semuga Tuhan yang Esa memberi kekuatan kepada kepimpinan PAS untuk meneruskan kepercayaan masyarakat bukan Mdelayu ini kepada PAS. Kita mahu lihat pilihan raya akan datang bukan Kota Raja dan Titiwangsa sahaja, malah lebih banyak lagi parlimen yang setaraf dengannya PAS boleh bertanding dan menang!!

No comments: