18 September, 2008

Mohon maaf!!

Pada semalam (18 Sept.) dilaporkan di sini bahawa Syed Azidi Syed Aziz, 38 (gambar)empunya blog “Kickdeffela” ditahan di bawah ISA. Laporan itu adalah bersumberkan cakap-cakap pada petang penangkapannya (17 Sept.) dan berdasarkan semakan berita yang boleh dibaca secara online, beliau sebenarnya ditahan bawah Akta Hasutan.
Maka pada petang semalam Mahkamah Majistret di Kota Bharu, telah memutuskan beliau ditahan reman dua hari.
Dengan itu, kenyataan berikut yang dipaparkan melalui blog ini semalam adalah ditarik balik:

  • “Kickdefella” telah diISAkan semalam (17 September), mungkin itu permulaan ke arah mencairkan ISA ke atas tokoh politik… kerana “klu” telah jelas, “Kick” adalah seorang yang rapat dengan orang politik… pandailah juak-juak Pak Lah untuk mengesan siapa tokoh politik yang bakal menyusul selepas “Kick”.

Semuga Tuhan yang Esa mengampunkan kesilapan tersebut, dan kepada sesiapa yang tersentuh dengan kenyataan di atas dimohon kemaafan jua.

ANWAR NOW A THREAT ... Pak Lah

Bernama melaporkan hari ini (Khamis, 18 September) dari PUTRAJAYA, semalam (17 September) katanya Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi meletakkan Anwar sekarang menjadi ancaman kepada kestabilan ekonomi dan keselamatan negara. Perdana menteri dipetika berkata:
"As a result of his actions, certain fund managers had made reports that Malaysia was not a good investment destination because of political uncertainties," he told a press conference at his office here.

Bila ditanya kemungkinan tindaskan yang kerajaan ambil terhadap Anwar, beliau berkata:
“… the government would do what was needed.

Selanjutnya Abdullah mengulas bahawa kerja Anwar dianggap:
…Anwar had spread lies about the economic situation in the country including that no foreign direct investment was coming in and that the nation was no longer competitive.


Komentar:
Berdasarkan situasi permasalahan berat Pak Lah sekarang dan punca BN dan UMNO merundum dalam pilihan raya lalu adalah akibat masalah ekonomi yang teruk dan pengundi bukan Melayu dan di Bandar tidak yakin dengan penyelesaian ekonomi Pak Lah; maka sekarang Pak Lah melihat peranan Anwar menggerakkan misi menukar kerajaan (semacam merampas kuasa) adalah munasabahnya Pak Lah mencairkan semula ISA untuk melemaskan Anwar. Ramai meramalkan, Pak Lah sedikit masa (mungkin dekat sangat daa…) untuk menenggelamkan usaha merampas kuasa tersebut dengan ISA.
Di sini Husam ada mengulas dan Bakar Haq turut memberi sumbangan ceritanya, mengenai penahanan seorang blogger "Kickdefella"
Semuga Tuhan yang Esa tidak mengizinkan Pak Lah melakukan sesuatu lebih zalim daripada perdana menteri sebelumnya. Seorang pemimpian yang zalim sebenarnya mewarisi kepimpinan Firaun... janganlah Pak Lah... demi Tuhan yang Esa. Ingatlah kepada 10 prinsip Islam Hadhari... antaranya sedia beri jaminan keselamatan kepada rakyat jelata.

17 September, 2008

Ulang tahun ke-1,439 NUZUL AL-QURAN

17 Ramadhan 1429H

Firman-Nya:
Al-Baqarah ayat 185, bermaksud: (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Tahun ini sudah 1429 tahun Nabi Muhammad SallalLahu ‘alaihi wasallam (SAW) berhijrah dari Mekah al-Mukarramah ke Yathrib – lalu Yathrib dikenali dengan Madinah al-Munawwarah. Sebelum itu, selama 10 tahun Nabi Muhammad telah menerima amanah sebagai nabi dan rasul dan berdakwah di Mekah. Ini bermakna tempoh lamanya (usia) al-Quran diturun ke pengetahuan manusia (pertamanya diterima oleh Nabi Muhammad) dengan ayat mula-mula turun ialah al-Iqra’ yang kemudian dikenali surah al-Alaq, sudah 10 tahun di Mekah kemudian ditambah pula tempoh permualaan tahun Hijrah sekarang sudah 1429 tahun, maka usia al-Quran diturunkan sudah mencecah 1439 Hijrah. Ini adalah perkiraan ‘orang awam’ mengenai usia al-Quran lahir ke muka dunia.
Al-Alaq ayat 1-3, bermaksud: Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.

Meskipun demikian, ayat-ayat al-Quran sesungguhnya adalah ‘kalam Tuhan’ yang sedia ada di ‘arays’ diturunkan dari 'luhmahfoz' dan dibawa malaikat Jibrail ‘alaihimussalam ke alam dunia; untuk “menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

Maka kandungan kepada keseluruhan al-Quran itu adalah mengajak manusia dan makhluk ciptaan-Nya ke arah keimanan dan ketaqwaan yang perlu direalisasikan melalui cara hidup berteraskan ‘hablun minalLah’ dan ‘hablun minannas’; manusia diasuh melalui al-Quran untuk menguruskan cara hidup berteraskan tanggungjawabnya terhadap Tuhan yang Esa dan mengurus cara hidup berteraskan tanggungjawab sesama manusia. Itulah al-Quran yang sebenarnya adalah perlembagaan hidup yang lengkap telah disediakan oleh Tuhan yang Esa sebagai panduan manusia. Maka selamatlah manusia itu apabila istiqomah (tidak berganjak/berdiri tegak/mencangcang teguh/melurus hati) dengan semua ayat-ayat al-Quran. Sesungguhnya firman-Nya:

Al-Baqarah ayat 2, bermaksud: Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Sesuai dengan realiti keimanan dan ketaqwaan yang harus dicapai oleh semua manusia, maka sempena dengan mengingati Ramadhan al-mubarak sebagai bulan nuzul al-Quran, marilah kita semua kembali kepada fitrah (kehidupan natural life berteraskan kehendak Tuhan yang Maha Esa); sedia berjuang di atas kebenaran al-Quran - meruntuhkan segala kemungkaran dan menegakkan kemaarufan, menghancurkan thoghut dan membina kemurniaan iman dan taqwa. Masing-masing pihak, termasuk pemimpin di dalam kerajaan haruslah bermuhasabah peranan dan komitmen peribadi serta jamaah/parti; apakah yang dilakukan itu telah selari/tidak selari dengan ajaran al-Quran. Dalam hal sedemikian, tidak memadainya jika ajaran al-Quran iu sekadar dibaca pada bulan Ramadhan, ditadarus (dengan memahami makna); ditilawahkan dengan penuh kemerduan dan ritualisme, disanjung dengan kata-kata bermadah, dan nukilkan secara simbolik di atas rehal bertatah emas sekalipun; sedangkan dasar-dasar hidup bermuamalat dan bernegara masih terlekat dengan dasar-dasar yang berpandukan pemikiran manusia yang tidak mengerti makna dan roh al-Quran!!

Muhasabahlah, fikirlah, renungilah dan mengakuilah bahawa keimanan dan ketaqwaan kita berada pada rating ke berapa!! Seharusnya kita berusaha untuk mencapai rating pertama/terbaik. Semuga kita semua mendapat kejayaan di dunia dan kebahagiaan berkekalan di akhirat.
Amin.

16 September, 2008

POLITIK NEGARA MAKIN KALUT? (2)

Bayangan kerajaan BN akan mati seperti disebutkan TG Nik Aziz mungkin terjadi! Lihat posting blog ini pada 13 Setptember.

Hambatan tarikh 16 September untuk Anwar Ibrahim bentuk kerajaan baru ganti BN sudah expired! Kerana Anwar hanya sekadar mengumumkan sudah cukup sokongan dalam majlis sambutan hari Malaysia di Kelana Jaya semalam (15 September) ke arah peralihan kuasa dari BN kepada PR.

Namun, apa yang jelas ialah kerajaan BN sudah semakin goyang. Ekoran penahanan tiga orang di bawah ISA (Teresa, Raja Petra dan Tan Hoon Cheng - kemudian Cheng seorang dibebaskan selepas didesak oleh para wartawan/media). Maka keluar kenyataan yang bertentangan dua Menteri BN - Hamid mendakwa tindakannya guna ISA adalah betul; Zaid pula mengkritik tindakan itu sebagai salah guna ISA. Berlaku percanggahan dua menteri, lantas Zaid mengambil keputusan mengumumkan perletakan jawatan sebagai menteri kabinet (jam 2 pm, 15 Sept.). Mungkin Zaid betul, lalu beliau pertahankan maruah kenyataannya, tetapi Hamid bertegas dengan tindakan salahnya dengan memutar belit lagi penahanan itu, misalnya penahanan wartawan Cheng itu adalah atas alasan untuk menjaga Cheng daripada ancaman pihak tertentu. Persoalannya bila pula ISA sebagai pelindung individu. Umumnya mengetahui ISA bertujuan mengawal komunis (itu tahun 1948), menangkap musuh politik (itu tahun 1986 & 1998), memerangi pengganas (itu tahun 2001) atau bertujuan mengawal keselamatan negara/ketenteraman awam. Maka bila Hamid bertegas begitu; ISA dan dipraktik ikut versi Hamid. Maka Zaid menegur dan teguran itu betul. Namun, Pak Lah selaku PM dilihat tidak berwibawa di dalam menangani kekalutan politik yang berlaku sekarang.

Mungkin senario sekarang memudahkan laluan Anwar (menganjak tarikh 16 Sept. ke tarikh baru) untuk menuju pembentukan kerajaan PR menggantikan kerajaan BN pimpinan Pak Lah.

Sesungguhnya, segala-gala di dalam ketentuan Tuhan yang Maha Esa, mentakdirkan sesuatu yang bakal terjadi atau mengubah segala-galanya yang telah terjadi. Itulah sifat-Nya, yang tidak ada pada manusia, kecuali manusia yang dipilih oleh-Nya sahaja.

15 September, 2008

K LUMPUR - rakaman cahaya pagi Sept.13

Kita hanya hamba-Nya
Tuhan yang Maha Esa
Kekuatan-Nya mengatur masa
Tiada terlawan sang manusia
Rakaman berikut bukti tertera
Kaya-Nya
Tuhan yang Maha Esa
Meskipun gah konkrit perkasa.