26 June, 2013

Cabaran Pakatan Rakyat dalam PRU-13 lalu - dilema Undi Melayu

Melayu dalam Perlembagaan

Bengkel "Strategi memenangi hati budi pengundi Melayu/Bumiputera" pada Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di salah sebuah hotel di Ampang pada 23 Jun lalu telah menemukan beberapa fakta kenapa orang Melayu tidak sepenuhnya menyokong Pakatan Rakyat.

Apa pun peserta bengkel bersetuju asas memahami siapa yang dikatakan Melayu dan Bumiputera hendaklah berpaksikan kepada roh Perlembagaan Persekutuan. Hal ini terkandung dalam Perkara 152 mengenai bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu, dan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia
mengenai hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia.

Apa pun tafsiran yang standard (seringkali disebut dalam kursus anjuran BTN) ialah Orang Melayu ialah yang bercakap Melayu, lahir dalam Malaysia atau Singapura, mengamal adat resam kebudayaan Melayu dan beragama Islam. Kemudian secara kebiasaannya, seseorang kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang beragama Islam, maka ia adalah seorang Melayu. Seorang Melanau atau Dusun yang Islam maka telah dianggap orang Melayu dan namanya akan dipakain 'bin atau binti' .

Pemahaman ini amat signifiken dalam konteks sosialisasi politik, lebih-lebih lagi dalam konteks mendasari isu-isu yang perlu diangkat dalam perjuangan Pakatan Rakyat. Ini kerana pihak Barisan Nasional khususnya parti UMNO amat ligat menggunakan isu Melayu dan Bumiputera bagi "portray" asas menolak PAS dan KeADILan dalam setiap kali pilihan raya. UMNO juga terlalu konservatif dalam menggunakan isu Melayu/Bumiputera sehingga membayangkan pengundi Melayu akan selamat dan maju jika menggundi Barisan Nasional. Bagi menyokong nilai "portray" itu, budaya takut dan logik "unsecured" diutamakan dalam laras kempen mereka. Bertolak daripada isu ini, UMNO telah isytiharkan UMNO adalah hero dan payung (penguasa) kepada orang Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah. (Natijahnya sebahagian pemimpin UMNO tidak sedar betapa di Sarawak dan Kelantan adalah negeri yang UMNO bukan penguasa).

Walau pun begitu, bengkel konvensyen Kempimpinan Pakatan Rakyat turut memberi perhatian penting atas sentimen Bumiputera yang bukan Islam. Ini disebabkan dalam konteks Sabah dan Sarawan kuasa undinya terlalu besar yang harus dimiliki. Tanpa undi tersebut, hampir mustahil dominasi politik nasional (baca menguasai pentadbrian kerajaan Pusat di Putrajaya) akan menyebelahi Pakatan Rakyat. Lihat sahaja keputusan pilihan raya lepas (PRU-13) apabila Barisan Nasional mengekal dominasi mutlak di Sabah dan Sarawak, meskipun merosot seluruh negara di kawasn bandar. Ia berlaku kerana bilangan kerusi di kawasan luar bandar adalah masih bergantung tinggi kepada UMNO dalam banyak perkara. Termasuk juga di Kelantan apabila lapan daripada 12 Dun yang Barisan Nasional kuasai adalah kawasan luar bandar. Dun tersebut ialah Gual Ipoh, Bukit Bunga, Air Lanas, Kuala Balah, Dabong, Paloh, Nenggiri dan Galas.

Satu aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam konteks strategi menguasai hati budi orang Melayu dan Bumiputera adalah keupayaan Pakatan Rakyat memberi alternatif di atas nilai-nilai "ketakutan" (fear factors) yang sering dibangkitkan oleh pemimpin UMNO semasa berkempen. Seringkali gambaran tidak selamat dan terancamnya masa depan termasuklah agama Islam akan luntur apabila kuasa kerajaan berpindah ke pihak lain (bukan UMNO). Ia telah mencetuskan risiko psikik begitu mendalam, terutama mereka yang saban hari didedahkan dengan budaya kebergantungan dan keterikatan kepada apa sahaja bantuan dan pemberian kerajaan yang dilabelkan sebagai 'jenama UMNO'. Maksudnya kerana menyokong UMNO mereka akan dibantu dan diberi apa yang mereka perlukan.

Peranan DAP

Sehubungan itu, sidang bengkel bersetuju agar nilai psikik (fear factors dan rasa tidak selamat) itu perlu dirombak. Ia boleh dilakukan oleh pelbagai pendekatan kepimpinan Pakatan Rakyat. Satu daripadanya ialah peranan DAP ke arah melakukan sesuatu yang berani (berbekalkan pengalaman sepanjang mentadbir Pulau Pinang) untuk mendedahkan fakta dan peristiwa kepada kelompok orang Melayu. Tujuannya ialah bagi menstabilkan pandangan serung terhadap DAP yang dimomok oleh MCA dan UMNO sebagai anti-Islam, menghina Islam dan memperkudakan PAS demi matlamat politik. Ia boleh dilakukan melalui pengucapan pemimpin DAP tentang isu-isu Islam, menjawab segala momokan dan menghebahkan program pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang yang memberi manfaat besar kepada umat Islam. Ia perlu diperbesar-besarkan sebagai bukti kejayaan dan layanan terbaik kepimpinan Lim Guan Eng untuk umat Islam. Perlu diperkemaskan lagi dengan strategi persefahaman dan saling hormat-menghormati atas nilai ajaran Islam.

Justeru, kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng meletakan prinsip pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz dalam mentadbir negeri Pulau Pinang hendaknya dijadikan kerangka dasar dan dibukukan. Begitu pula sifat program dan projek yang mesra Islamik harus dipromosikan ke paras nasional. Misalnya peruntukan pembangunan masjid, pembangunan hal ehwal Islam, bantuan rakyat miskin dan skim kifalah Islamik perlu dijadikan agenda besar dalam perancangan pembangunan. Termasuk juga membiayai pelajaran untuk pelajar tahfiz Al-Quran ke luar negara.

Sementara wakil rakyat DAP pula perlu memberi khidmat kepada pengundi Melayu dalam perkar yang melibatkan kepentingan fakir miskin, institusi majid dan surau serta kebajikan pertubuhan Islam. Demikian juga kehadiran wakil rakyat dalam majlis berbuka puasa dan majlis kebesaran Islam amat penting di dalam mengharmonikan sentimen perpaduan umat Islam. Malah sumbangan wakil rakyat DAP itu amat perlu di dalam memajukan sosio-budaya dan aktiviti kemasyarakatan orang Melayu.

PAS berjaya di Kelantan

Keupayaan PAS di Kelantan meyakinkan orang Melayu memberi mandat mentadbir negeri telah berlaku dalam dua era; pertama 1959-1978 dan kedua 1990 hingga sekarang. Ia suatu nilai kejayaan setelah lebih 50 tahun PAS bercakap atas laras bahasa politik dakwah yang kebetulan serasi dengan sosio-budaya orang Melayu Kelantan yang hidup kuat beragama. Sikap berani mendepani risiko, berkeusahawanan, ramai wanita bekerja dan sikap mobiliti yang tinggi adaalah di antara nilai-nilai yang menyokong kepada seruan politik dakwah PAS di Kelantan. Justeru UMNO yang mendepani PAS seringkali melakukan persaingan rapat dalam isu-isu yang berkaitan sentimen orang Melayu Kelantan.

Apapun UMNO sering ketinggalan dalam melahirkan kepimpinan lokal yang dipercayai dari segi amalan beragama. Selama UMNO berdepan dengan PAS belum ada pemimpin UMNO yang berlatar belakangkan kepimpinan beragama. Ia tampil secara kontradik dengan kepimpinan PAS Kelantan yang dilihat berjaya menampilkan kepimpinan dari saf ulama' sejak 1959 (Ustaz Ishak Lotfi, Mohd Asri dan Muhammad Nasir) sehingga 1990 melahirkan kepimpinan ulama'  Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan sekarang Ustaz Ahmad Yakob.

 
Bagi tempoh 1986-1990 PAS dipimpin oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, sementara UMNO di bawah Mohamad Yaakob seorang peguam. Kemudian dalam era-era 1990-an dan 2000. PAS Kelantan kekal di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedangkan UMNO bertukar-tukar Annuar Musa; Tengku Razaleigh; Mustapa Mohamed; Annuar Musa; Mustapa Mohamed. Kesemua pengerusi UMNO Kelantan ini adalah latar belakang pengajian akademik bukan Islamik. Jelas kepimpinan PAS dilihat cukup memenuhi selera orang Melayu Kelantan yang masih gagal disaingi oleh UMNO di Kelantan.

Tinggal lagi, arus masyarakat moderate masa kini dan landaan maklumat serta kebangkitan selera anak muda, sudah tentu kepimpinan dan nilai beragama akan berdepan dengan perubahan. Ini sudah tentu memerlukan penyesuaian dan titik keseimbangan dirangka demi survival kepimpinan politikk dakwah terus utuh di persada orang Melayu dan umat Kelantan.

Mungkinkah pilihan raya umum ke-14 nanti bakal menemukan titik keseimbangan yang akan memperkasakan politik dakwah dan kesinambungan kepimpinan ulama' di Kelantan. Sudah tentu persoalan ini bakal diambil perhatian dan tanggungjawab 'pembinaannya'. Apa yang perlu sekarang  PAS Kelantan hendaklah melakukan perancangan strategik menghadapi pelan lima tahunnya. Ia penting demi mengekalkan asas-asas keupayaan PAS terus relevan dalam mendepani cabaran UMNO bagi memenangi selera dan harapan orang Melayu di Kelantan.

Wallahu'alam.

25 June, 2013

Cabaran Mengolah Misi Keadilan Pilihan Raya

Latar PRU-13

Pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan penguasaan dua pertiga di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

Namun kecundang di Kedah.

Sementara belum kesampaian untuk menawan semula Perak yang kecundang kerana angkara lompat.

Begitu pula hampir berjaya menawan semula Terengganu.

Begitu pula Pakatan Rakyat dilihat belum kesampaian berlabuh di Putrajaya berikutan prestasi sederhana kalangan pengundi Melayu dan belum menggapai sokongan kuat kelompok Bumiptera di Sabah dan Sarawak.

Natijahnya Pakatan Rakyat sekadar meraih kemenangan 89 kerusi Parlimen yang belum cukup menguasi majoriti bilangan mudah sebanyak 112 daripada 222 kerusi. Ia masih kurang (tak cukup) lagi 23 kerusi untuk membuka kunci pejabat Putrajaya bagi mentadbir Kerajaan Pusat.

Bagi Pakatan Rakyat, jumlah kerusi yang dimenangi setakat 89 itu ada sebabnya. Justeru memahami sebab itu, ia terzahir menerusi beberapa siri himpunan yang dinamakan Black Out 505 anjuran beberapa NGO. Himpunan itu turut disertai sama pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar yang bergandingan dengan Haji Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang. Mereka telah menampilkan fakta dan hujah bagi menggambarkan pengurusan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berlaku secara tidak demokratik.

Asas tidak demokratik itu dihujahkan berdasarkan kebobrokan SPR dalam menguruskan suatu perjalanan pemilihaan yang bersih, telus dan berintegriti. Ia tidak demokratik apabila berlakunya kes-kes yang tidak bersih, tidak telus dan tiada integriti.

Tidak bersih kerana masih berlambak nama pemilih dalam senarai pemnilih yang telah mati, tidak dikenali dan individu yang tidak wujud. Ia boleh disifatkan sebagai pengundi hantu.

Tidak telus apabila proses pengiraan undi yang keputusnnya diragui dari segi bilangan kertas undi, jumlah yang rosak, catitan Borang 14, proses undi pos dan pengundian awal serta penggunaan jentera kerajaan sebagai organ kempen Barisn Nasional.

Tiada integriti pula membabitkan secara langsung pihak tatkelola SPR. Terutama atas isu penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal yang membabitkan penafian Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPRsendiri. Sementara SPR pula tidak mampu melatih kakitangan yang cekap untuk mengendali beberapa urusan teknikal pilihan raya termasuk penentuan kertas undi rosak, keputusan yang lewat dan penguatkuasaan pasukan pemantau yang berat sebelah.

Kini rakyat bangkit, meskipun PRU-13 telah selesai. Petisyen pilihan raya turut dibuat oleh kedua belah pihak.  Membuktikan pihak Barisan Nasional juga telah secara moral tidak dapat mengiktiraf integriti SPR. Ia dikuti dengan kebangkitan beberapa NGO yang melancarkan kempen Black Out 505. Kesemuanya membuktikan suatu reformasi sistem dan pengurusan pilihaan raya hendaklah dilakukan sebelum penggal pilihan raya ke-13 berakhir.

--- Rakyat harus dididik agar memahami roh pilihan raya yang Islamik.