13 February, 2013

Mungkinkah Deepak disiasat?

Pendedahan taukeh karpet Deepak Jaikishan Rewachand mengenai ada kuasa lain yang mempengaruhi pengakuan bersumpah (SD) kedua oleh P. Balasubramaniam mengenai isu pembunuhan Altantuya Shaaribuu, dan isu tanah Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah adalah perlu disiasat. Jika tidak disiasat ia akan di bawa kepada pengetahuan Yang Dipertuan Agong. Demikianlah apa yang difahami daripada maksud kenyataan Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.

Mungkin pencari maklumat sebenar akan tertanya-tanya. kenapa pendedahan yang terbuka oleh Deepak diopandang sepi oleh PDRM dan SPRM. Sehingga kini perdana menteri dan tokoh kerajaan yang lain berdiam diri. Hatta Ketua kepada pasukan PDRM dan SPRM turut tidak respons. Sedangkan dalam isu PMBK di Kelantan, sebuah NGO buat bising pun SPRM masuk siasat.

Atas segala-gala persoalan di sebalik pendedahan Deepak itu, maka Dato' Mahfuz menjangkakan akan menyembahkan perkara itu kepenghadapanYang Dipertuan Agong. Kenyataan Mahfuz boleh dibaca di MalaysianInsider.

Antara lain Mahfuz dilapor berkata:

“Saya beri tempoh dua minggu kepada kerajaan untuk menjelaskan pendedahan dan tuduhan oleh Deepak. Jika gagal, saya akan mengadap dan menyerahkan memorandum kepada Agong pendedahan oleh usahawan tersebut.

Saya telah menghantar satu surat kepada Datuk Elmi untuk memohon mengadap Tuanku."

Isu pendedahan Deepak menjadi tajuk perbincangan hangat di media alternatif telah mengundang banyak persoalan yang disyakki ada pemimpin besar terpalit. Ia memberitahu sesuatu yang tidak boleh diberitahu dalam media arus perdana.

Ini kerana pendedahan itu telah mengejutkan terutamanya penglibatan Deepak sendiri dalam SD kedua Bala mengaitkan kes pembunuhan model Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006. Malahan, Deepak juga menamakan peguam bergelar “Tan Sri” bertanggungjawab menyediakan SD tersebut yang pada masa sama mempunyai kepentingan dalam SPRM. Misteri identiti peguam tersebut timbul sejak SD kedua oleh Bala, ia bertarikh sehari selepas yang pertama pada 3 Julai 2008 melibatkan pembunuhan Altantunya hingga menyebabkan dua anggota elit komando polis  didakwa dan menghadapi hukuman mati.

Dalam sidang medianya selepas itu, Bala ditemani oleh peguam Arulampalam telah menarik balik akuan bersumpah pertamanya dan mengatakan beliau dipaksa untuk menandatanganinya.
Beliau kemudian membuat akuan bersumpah kedua, yang kemudiannya didakwa beliau pada 2009 dilakukan oleh peguam lain tanpa persetujuannya.

Deepak turut menggemparkan negara semasa perhimpunan Umno sedang berlangsung tahun lalu apabila beliau menuduh Raja Roopiah menipu beliau dalam urusan pembelian tanah.

Maka banyak lagi cerita berskala besar ada pada Deepak. Terserahlah kepada kerajaan untuk mempertimbangkan atau sebaliknya. Harapnya Mahfuz boleh bertindak ikut ruang yang ada demi memperjelas kedudukan isu yang sebenar.