16 May, 2020

COVID-19: Duduk Rumah Menyelamatkan Nyawa

Perjalanan masa Negara kita dengan peristiwa Wabak COVID-19 yang melanda dunia, kini memasuki bulan ke-5. Setelah empat tempoh PKP, dan kini bolehlah dianggap sebagai PKP tahap 5, iaitu PKP Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei dan berakhir 9 Jun. Maka rakyat Malaysia telah dibudayakan dengan banyak perkara bersifat norma baharu (new norms). Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memperingatkan kita akan perlunya mengamalkan norma baharu (new norms) sekiranyanya kita mahu bebas daripada penularan Wabak COVID-19.

Nota tertulis pada laman mukabuku (FB) KKM ialah atas tajuk Duduk Rumah Menyelamatkan Nyawa dan sub-tajuknya "Anda boleh membantu menghentikan penyebaran virus (dengan mengamalkan:"
• Penjarakan memperlahankan penyebaran COVID-19
• Virus disebarkan terutamanya melalui batuk dan bersin
• Anda akan membantu melindungi sumber penting untuk pesakit yang paling sakit.

Sehubungan itu, tanggungajawab pihak berkuasa terpikul ke atas KKM ialah melaporkan setiap hari perkembangan status Wabak COVID-19 untuk perhatian umum dengan harapan semula lapisan rakyat berjaga-jega dan mengambil kesedaran bersama agar penuaran Wabak COVID-19 dapat diputuskan rantaiannya dan Malaysia sedia bebas daripada kegerunan wabak ini.

Perkembangan hari ini (16 Mei 2020)


KKM melaporkan sebanyak 17 kes baharu telah dilaporkan, di mana 5 daripada jumlah tersebut adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Kes Positif Mengikut Negeri (setakat jam 12 tengah hari), terdapat 17 kes positif baharu, iaitu melibatkan 6 kes import dan 11 kes lagi adalah berkaitan penularan tempatan yang termasuk 5 kes daripada bukan warganegara Malaysia.

Dilaporkan juga 73 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh (kumulatif dirawatpulih) adalah sebanyak 5,512 (bersamaan 80.21%).

Sewajarnya kita merakamkan ucapan tahniah kepada petugas barisan hadapan (termasuk pasukan perubatan) dan semua pihak yang bekerjasama dalam memastikan Malaysia selamat dan bebas daripada penularan Wabak COVID-19 ini.

Hari ini, dilaporkan terdapat pertambahan satu kes kematian (nota; semalam, 15 Mei - tiada kes kematian) berkaitan COVID-19. Ia menjadikan setakat ini 113 kes (kes ke-6,856) iaitu seorang wanita warganegara Malaysia berumur 53 tahun, mempunyai sejarah penyakit barah dan darah tinggi, seorang kakitangan perubatan KKM di Sabah yang telah bercuti sakit disebabkan barah, dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas pada 5 Mei 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 7 Mei 2020 jam 1.30 petang. Keputusan ujian ke atas mayatnya pada hari ini adalah disahkan positif COVID-19.

Daripada laporan hari ini, rekod kes baharu sebanyak 17 kes adalah kali kedua terendah direkodkan sepanjang PKPB ini. Kali pertama sebelum ini ialah pada 12 Mei, iaitu  sebanyak 16 kes baharu. Lihat data berikut:

Solat Jumaat pertama kali dibenarkan musim PKP

Umat Islam sekian lama (semenjak PKP berkuatkuasa) telah tidak dibenarnya mengadakan solat berjemaah dan solat fardhu Jumaat demi mengelak daripada berlaku perhimpunan ramai dan kontak individu yang memungkinkan penularan Wabak COVID-19.

Mulai semalam (15 Mei) telah dizinkan di kebanyakan Negeri, termasuk di mana-mana zon hijau dalam Wilayah Persekutuan. 

Berikut adalah garis panduan berkaitan SOP Solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid yang dibenarkan.

Garis panduan pelaksanaan solat Jumaat, solat berjemaah, solat Terawih, dan solat Sunat Aidilfitri di Masjid, Surau Jumaat dan surau-surau terpilih di zon hijau (Wilayah Persekutuan). Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan termasuklah bilangan jemaah dan tindakan sebelum hadir dan hendaklah patuh pada arahan yang diberikan agar keselamatan semua orang terjamin. Hal ini boleh dirujuk kepada infografik berikut:

Solat Jumaat pertama mencetuskan ketidak patuhan wartawan kepada SOP penjarakan antara satu sama lain. Hal ini telah dizahirkan (tidak puas hati) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Mungkin sekumpulan wartawan ambil sikap sambal lewa tentang tanggungjawab bersama, sedang ibadat solat itu diberi garis panduan yang cukup baik untuk dipatuhi dan ia dipatuhi oleh ahli jemaah masjid yang bersolat, tetapi tiada bagi kalangan wartawan yang hadir melaporkan peristiwa bersejarah (solat Jumaat ikut SOP bagi PKPB). Ini sebahagian daripada gelagat semusim PKPB. 

Ingat PKP ingat SOP

Tema ini sepatutnya mendidik semua pihak bagi membuktikan komitmen bersama termasuk anggota saf hadapan (frontliner) dan wartawan yang setiaphari berhadapan dengan situasi PKPB hari ini.

Justsru kita sepatuynya mengetahui dan mengamalkan aturan dan arahan PKP (hari ini PKPB) seperti mana kedudukan kuasa dan aturan di bawah MKN. 

Berikut merupakan nota-nota penting berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order):
1.    Nama Perintah
      ~ Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order)
2.    Tempoh Masa
      ~ Perintah ini berkuatkuasa dari 18 Mac – 9 Jun 2020
3.    Liputan Kawasan Perintah
      ~ Perintah ini terpakai di seluruh Malaysia
4.    Kuatkuasa Undang-undang
      ~ Perintah ini disandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967
5.    Arahan-arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan:- Terdapat enam (6) arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu.
  • Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
  • Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
  • Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara
  • Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
  • Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
  • Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services).
Semoga doa kita pada sepanjang Ramadhan ini, termasuklah doa pada hari Solat Jumaat semalam untuk mendapat perkenanan Allah SWT - membebaskan kita dari Wabak COVID-19 ini - dimakbulkan-Nya jua.

Wassalam.

15 May, 2020

COVID-19: Antara dua PKP - PKP tahap 4 terbaik

Wabak COVID-19 di Malaysia telah melalui empat tempoh PKP dan kini sedang melalui PKPB. Ia bermula denan PKP Tahap 1 (18-31 Mac), PKP Tahap 2 (1-14 April), PKP Tahap 3 (15-28 April), PKP Tahap 4 (29 April -12 Mei) dan kini dalam tempoh PKPB (4 Mei - 9 Jun).

Menarik untuk dibincang ialah dua PKP di pertengahan penularan Wabak COVID-19, iaitu PKP Tahap 3 (PKPt3) dan PKP Tahap 4 PKPt4). Ia kerana di dalam tempoh ini, berlaku perkembangan yang signifiken dari segi kes-kes dan langkah yang diambil oleh Kerajaan kita.

Sebelum itu, dipaparkan terlebih dahulu data-data penularan Wabak COVID-19 di Malaysia dalam tempoh dua PKP (PKPt3 dan PKPt4).
Kedua-dua PKP ini, sama juag dengan dua PKP yang terawal adalah melibatkan tempoh 14 hari. Kenapakah 14 hari? Tempoh hayat bagi mengesan tahap bergejala (infection) terhadap mana-mana individu sama ada dijangkiti COVID-19 atau tidak ialah selama 14 hari. Oleh sebab itu, kuarantin wajib yang diamalkan di Malaysia dan oleh kebanyakan negara di dunia ialah 14 hari.

Dijangkakan mana-mana individu semasa kuarantin berkemungkinan mengalami gejala dan positif COVID-19 atau tidak akana dapat dikesan dalam tempoh kuarantin. Mana-mana individu yang positif akan akan dimasukkan ke wad dan rawatan dibuat. Sementara mana-mana individu yang negatif selama masa 14 hari dikuarantin akan dibenarkan pulang ke rumah.

Berdasarkan perkembangan Wabak COVID-19 dalam tempoh PKPt3 dan PKPt4, paling penting dilihat ialah bandingan pola pertambahan kes baharu dengan jumlah pesakit yang dirawatpulih.Pada PKPt3, berlaku 864 kes baharu dan 1,385 pesakit dirawatpulih. Sementara pada PKPt4 pula, berlaku 891 kes baharu dan 1,136 pesakit dirawatpulih. Pola perkembangan ini menunjukkan bahawa jumlah pesakit yang bergejala COVID-19 adalah lebih besar berbading dengan pertambahan kes baharu. Dalam PKPt3, jumlah dirawatpulih lebih besar iaitu 521 orang, Sementara dalam PKPt4, jumlah dirawatpulih juga lebih besar, iaitu 245 orang. Jika dibandingkan di antara jumlah rawatpulh bagi kedua-dua PKP ini, didapati semasa PKPt3 jumlah pulih lebih ramai, iatu 249 orang lebih tramai berbanding PKPt4. Ini membuktikan prestasi rawatpulih pada PKPt3 adalah lebih baik, iaitu 80.57% pesakit yang pulih berbading dengan jumlah pesakit yang sedang dirawat. Bagi PKPt4 pula, prestasinya juga agak sama, iaitu 80.57%. Jika peratus ini diambil kira, maka prestasi dirawatpulih bagi kedua-kedua PKP ini adalah setara.

Hal ini boleh dikaitkan dengan langkah PKP dan inisiatif perubatan yang mempunyai darjah komitmen dan fokus yang sama tinggi. Maka kesannya, berlaku pertambahan kes baharu bagi kedua-dua tempoh PKP dalam pola yang hampir sama, iaitu bersifat berombak (waving) Ini dapat dilihat menerusi kelok linear berikutnya.
PKPt3, kes baharu bermula pada 15 April sebanyak 85 kes, dan PKPt4 bermula pada 29 April sebanyak 94 kes, iaitu bermula dengan dua digit (angka puluh), sementara kemuncak bagi kes baharu masing-masingnya berlaku pada dua tarikh, iaitu 16 April (+110) dan 24 April (+88). bagi PKPt3 dan pada 2 Mei (+105) dan 3 Mei (+122).  Selepas itu, kesemua kes baharu bertambah dengan jumlah dalam dua digit, sehingga pada saat akhir PKPt3 jumlahnya 31 kes  dan pada PKPt4 hanya 16 kes (terendah setakat ini).

Kemudian pola kes baharu dalam tempoh PKPB sekarang ini didapati kekal dengan jumlah dua digit. Alhamdulilah, hal ini cukup menggembirakan kita. Data hari ini (15 Mei) jumlah kes baharu hanya 36 dan 88 pesakit dirawatpulih, iaitu kelebihan 52 kes bagi rawatpulih berbanding kes baharu.

Justeru bersempena dengan malam-malam 10 terakhir Ramadhan yang mulia ini, sama-samalah kita mendoakan "kurnia pemulihan" ke hadrat Allah agar semua pihak yang terlibat di dalam mengekang dan memutuskan rantaian Wabak COVID-19 ini diberi kekuatan dan dipermudahkan oleh-Nya jua.
Wassalam.    

14 May, 2020

COVID-19: Penularanan Semula dan Kepatuhan PKPB


Kebarangkalian penularan semula (kebolehjangkitan) Wabak COVID-19 boleh berlaku dan ia bergantung kepada diri kita semua. Jika kita tingkatkan disiplin dengan mematuhi panduan dan SOP bagi memutuskan rantaian penularannya. Pastikan aktiviti dan pergerakan sharian kita ketika PKP Bersyarat (PKPB) ini berlaku dengan kesungguhan agar kita jaga kita – jarak diri dari orang lain sekurang-kurangnya satu meter, tidak menghadiri perhimpunan ramai, sentiasa bersih diri, basuh tangan, guna sabun atau sanitizer, sentiasa memakai penutup mulut dan hidup dan bekerja dalam penjarakan diri dengan rakan sekerja.

Berdasarkan data perkembangan Wabak COVID-19, sudah menampakkan ke arah situasi terkawal dan pemulihan yang semakin baik. Petunjuk jelas dalam tempoh 11 hari tempoh PKPB (4 -14 Mei) ialah berkurangnya kes baharu, kadar kes rawatpulih lebih tinggi berbanding kes baharu dan jumlah kematian yang rendah dan jumlah pulih meningkat lebih baik berbanding kumulatif keseluruhan kes.

Pola pertambahan kes baharu seperti yang ditunjukkan di bawah merupakan satu bukti situasi terkawal Wabak COVID-19 di Negara kita.
Bermula 4 Mei, kes baharu bertambah dalam dua digit, meskipun pada 11 Mei nampak memuncak, tapi setakat 70 kes sahaja. Selepas iti, jumlah kes baharu menurun dengan jumlah terendah kepada 16 kes pada 12 Mei. tetapi meningkat kepada 37 kes (13 Mei) dan 40 kes pada hari ini (14 Mei). Ini tandanya penularan sudah terkawal berikutan kita semua berjaya mengawal diri daripada menyambung rantaian penularan Wabak COVID-19.
Satu lagi situasi daripada perkembangan data penularan Wabak COVID-19 ialah perbezaan kumulatif keseluruhan kes dengan jumlah yang pulih yang semkain mengecil. Misalnya pada 4 Mei jumlah keseluruahn kes ialah 6,353 dan jumlah pulih 4,484 orang - bezanya 1,869. Seterusnya pada 10 Mei jumlah keseluruhan kes ialah 6,656 dan jumlah pulih 5,025 orang - bezanya 1,631. Pada hari ini (14 Mei), jumlah itu bertambah agak setara, iaitu 6,819 keseluruhan kes dan 5,351 kes pulih - bezanya 1,468.    

Apapun, kebarangkalian penularan semula (kebolehjangkitan) atau penularan semakin mengecil, jawapannya ada pada kita-kita semua. Jika kita bersama-sama meningkatkan disiplin diri dalam mematuhi PKPB korelasinya positif mengekang penularan. 

Di sini diperturunkan ulasan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,
"Lihat dan teliti graf pemodelan dan ramalan COVID-19 oleh KKM ini. Garis hitam adalah kes harian sebenar:-
1. Graf dan garis biru menunjukkan unjuran pencapaian baik negara dalam usaha kita bersama-sama menurunkan jumlah kes COVID-19 semasa PKP 1 hingga 4 dan 10 hari PKPB. (Kebolehjangkitan atau nilai “R naught” telah menurun daripada 3.5 kepada 0.3.)

2. Kini pilihan di tangan kita semua. Sekiranya majikan, pekerja, peniaga, ahli keluarga dan masyarakat umum patuh kepada SOP serta nasihat-nasihat yang diberi KKM, garisan biru ini akan terus menurun. Begitu juga dengan kes COVID-19.

3. Namun jika rakyat leka dan tidak menjalankan tanggungjawab sosial untuk sama-sama membanteras COVID-19, graf dan garis merah menunjukan ramalan yang bakal berlaku. (Nilai R akan naik semula ke 1.6). Jumlah kes akan mula meningkat secara mendadak dan kita akan dilanda gelombang wabak COVID-19 yang baharu."

Sumber: FB Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
  
Semoga dengan berdisiplinnya kita, ins sya Allah kita menyumbangkan kepada situasi positif memutuskan rantaian Wabak COVID-19. 

Ya. Allah permudahkan segala urusan pengawalan dan perawatan Wabak COVID-19 yang menggerunkan kami ini. 



WalLahu'alam.

13 May, 2020

COVID-19: Malaysia lebih baik banding Singapura

Situasi Wabak COVID-19 antara Malaysia dengan Singapura, sudah pasti jauh berbeza. Hubungan rasmi Tambak Johor menjalinkan dua negara tidak mendekatkan situasi penularan Wabak COVID-19. Sebaliknya, pintu masuk sempadan yang telah ditutup mewajarkan statistik penularan wabak pandemik global itu amat jauh berbeza. Pastinya, data menunjukkan Malaysia lebih baik berbanding Singapura.

Lakaran Kelok linear di bawah sudah menggambarkan secara bandingan atas satu kes yang signifiken bagi menggambarkan situas penularan Wabak COVID-19 di dua negara bagi tempoh seminggu ini (7-13 Mei 2020). Merujuk kepada jumlah kumulatif kes aktif (pesakit sedang dirawat), Malaysia dengan kelok menjunam (situasi melegakan) dan Singapura dengan kelok mendongak (situasi menggerunkan).      
Data-data dalam tempoh seminggu penularan Wabak COVID-19 di dua negara berjiran ini membuktikan di dalam empat kes utama, keseluruhan kes, kes baharu, kes pesakit pulih, kes sedang dirawat dan kematian membuktikan Singapura sedang dilanda teruk COVID-19. 
Di Singapura perkembangan Wabak COVID-19 mengalami pertambahan bagi keseluruhan kes, daripada 7 Mei sebanyak 20,939 kes kepada 13 Mei sebanyak 25,348 kes (+4,407 kes); lebih rendah di Malaysia dalam tempoh sama, iaitu hanya bertambah +312 kes. Sebagaimana dilaporkan penyumbang kepada penularan ini adalah daripada kes-kes import, pihak Singapura melaporkan hari ini 580 daripada 676 kes baharu merupakan kes import. 

Di Malaysia pula, KKM melaporkan 21 daripada 37 kes baharu adalah daripada Bukan Warganegara Malaysia, dan 4 daripadanya adalah kes import, bermakna 33 lagi adalah membabitkan penularan tempatan. Inilah beza dan puncanya Singapura mempunyai saiz besar jangkitan COVID-19 dan ada kaitannya dengan fungsi entreport Singapura yang menjadi tumpuan pekerja asing terbesar di rantau Asia Tenggara.

Demikian pula bagi peratus pesakit yang pulih, di Singapura polanya terendah, iaitu pada 7 Mei kadarnya 8.18% dan pada 13 Mei kadarnya 15.19%. Dalam kes ini, Malaysia jauh lebih baik jumlah rawatpulih, iaitu pada 7 Mei kadarnya 73.85% dan pada 13 Mei kadarnya 77.90%. Namun dari segi prestasi Singapura mencapai tambahan 7.02% berbanding Malaysia hanya bertambah 4.05%. 

Apapun apabila dibandingkan, jumlah pesakit bergejala dan sedang dirawat, status terkini (13 Mei) data Singapura berjumlah 21,474 orang dengan pola bertambah (pada 7 Mei sebanyak 19,207 orang) dan di Malaysia hanya 1,387 orang dengan pola menurun (pada 7 Mei sebanyak 1,5387 orang). Pola ini telah digambarkan melalui kelok linear di atas. 

Dari segi peratusan pesakit yang sedang dirawat berbanding keseluruhan kes Wabak COVID-19, pada hari ini (13 Mei) 84.72% di Singapura dan  20.46% di Malaysia.

Rumusan daripada perbandingan kes-kes bergejala di antara Singapura dan Malaysia, beban pengurusan kesihatannya amat besar di Singapura dengan jumlahnya empat kali ganda lebih besar. Tambah membebankan lagi ialah saiz pesakit yang pulih agak kecil di Singapura (3,851 daripada 25,346 kes) berbanding Malaysia 5,281 berbanding 6,779 kes).

Kita doakan, agar pasukan perubatan dan saf hadapan dilimpahi Allah SWT dengan kesabaran dan kegigihan serta keupayaan terbaik bagi memastikan kesemua pesakit berjaya dirawatpulih. Ya Allah permudahkan urusan rawatan Wabak COVID-19 di Negaraku ini.


Wassalam.



     

12 May, 2020

COVID-19: Mendadak di Singapura, lain pula di Malaysia

Perkembangan Wabak COVID-19 di Asia Tenggara sehingga hari ini (12 Mei) masih dicorakkan oleh pola pertambahan kes baharu di Singapura dengan jumlah 884 kes. Diikuti oleh Indonesia 484 dan Filipina 264 kes baharu.

Bagi rantau Asia Tenggara pula, sebanyak 1,650 kes baharu berbanding semalam 1,087 kes baharu (+563). Ia bermakna separuh daripada kes baharu ini adalah berlaku di Singapura. Penyumbang utama kepada pertambahan kes baharu di sana ialah pekerja asing yang masih ramai di Singapura. Ia juga disebabkan oleh keupayaan rawatpulih (recovered) amat rendah, iaitu sekitar 13% sahaja. Sementara lebih daripada 21,000 kes sedang dirawat yang memungkinkan penularan mudah berlaku terutama dalam kalangan mereka yang kontak rapat dengan invidua yang bergejala. Kebimbangan kita, Singapura sebagai negara jiran memungkinkan kita lebih terdedah, terutama sekiranya ada kumpulan bukan warga negara yang menylinap masuk melalui jalan gelap.
Perkembangan di Malaysia pula, hari ini merupakan hari berakhirnya tempoh PKPt4. Sementara PKPB sudah memasuki hari ke-9. Satu khabar gembira dalam tempoh PKPt4 ialah untuk pertama kalinya hari ini jumlah kes baharuyang terendah, iaitu 16 kes sahaja dan tiada kes kematian. Kita juga bersyukur dengan prestasi rawatpulih dua hari berturut-turut melebihi 100 orang. Ini menjadikan Malaysia sebagai salah negara yang mencatatkan peratus pulih yang kedua tertinggi selepas Thailand. Malaysia mencapai 77.47% dan Thailand 92.74% dan prestasi ini telah mengatasi peratus pilih di Asia Tenggara (27.76%) dan Asia 55.75%.   
Satu perkara yang penting diingati ialah Malaysia sedang menguatkuasakan PKP Bersyarat (PKPB), maka kerancakan aktivti yang dibenar tetapi masih terikat kepada SOP yang ketat dan pegerakan tidak boleh merentasi sempadan antara negeri. Meskipun begitu, pergerakan dalaman masih dibenarkan. Maka kemungkinan pemularan boleh dibendung agak meragukan.
Walau bagaimanapun, hari ini pihak Kerajaan telah memberi amaran, bahawa tiada lagi bentuk nasihat dan mendidik, sebainya tindakan undang akan diambil kepada sesiapa yang ingkar daripada mematuhi SOP pergerakan, berurusan di pusat-pusat awam dan pengendalian perniagaan.

Semoga kesedaran bersama antara kita untuk terus mengamalkan penjarakan sosial (social distancing), memakai topeng muka, kerap membersih tangan dan kalau boleh kekal tinggal dirumah. Apa yang penting,kita terus berdoa, agar Allah mengurniakan kebaikan dan kelebihan di sebalik kegerunan kita terhadap Wabak COVID-19 yang melanda ini. Menjadi keinginan kita bersama agar Wabak COVID-19 ini terus berganda kes yang semubuh dan mengccilnya bilangan pesakit yang sedang dirawat. Ins sya Allah.
 Wassalam.


11 May, 2020

COVID-19: Global, Asia, Asia Tenggara, Malaysia belum pasti

Perkembangan Wabak COVID-19 peringkat Global sehingga hari ini (11 Mei) sudah mencecah 4.217 juta keseluruahan kes, berbanding semalam 4.139 juta - meningkat sebanyak 77,614 kes. Walau bagaimanapun jumlah kes baharu menurun -2,261 kes. Bagi kes kematian pula, jumlahnya meningkat dari semalam 281,457 kepada hari ini 284,734 orang. Ini menggambarkan banyak negara di dunia berhadapan dengan masalah yang sama dari segi merawat dan belum ditemui lagi vaksin yang tepat bagi merawat pesakit COVID-19.

Sebenarnya, pola menurun bagi kes baharu berlaku di peringkat Asia dan rantau Asia Tenggara. Jika data ini dijadikan rujukan bagi menggambarkan penularan Wabak COVID-19, maka bleh dikatakan penularannya mulai menurun atau semakin dapat dibendung. 

Perkembangan Wabak COVID-19 di rantau Asia Tenggara secara khususnya bagi 10 buah negaranya, didapati dalam tempoh dua hari ini  (10-11 Mei), ia masih mengekalkan pola penurunan kes baharu di Singapura dan Indonesia. Sementara Malaysia dan Thailand terlalu kecil kes baharu, masing-masingnya tiga dan satu kes sahaja. 












Perkembangan Wabak COVID-19 di Malaysia pula, dalam tempoh PKPB yang telah memasuki hari ke-8dan PKPt4 sudah dipenghujung, ternyata berlaku jumlah pesakit sedang dirawat yang agak ketara - pada 29 April seramai 1,758 sedang dirawat dan pada 11 Mei ia menurun kepada 1,504 orang -  telah berkurang (-254 orang). 
Begitu pula, bagi pola kes baharu berbanding kes yang dirawatpulih, ternyata jumlah pulih/discaj jauh lebih besar. Pada hari ini sahaja kes dirawatpulih sebanyak 70 kes baharu, sedangkan jumlah yang pulih sebanyak 184. Ini merupakan perkembangan baik dan memungkinkan Wabak COVID-19 boleh berakhir tidak lama lagi. Secaraa keseluruhannya status Wabak COVID-19 di Malaysia sudah boleh dikatakan hampir bebas meskipun belum pasti. Ini boleh disaksi menerusi jumlah kumulatif telah dirawatpulih meningkat daripada 4,087 kepada 5,113 atau bertambah sebanyak 1,026 orang. Jika dinisbahkan antara kes rawatpulih (1,026) dengan pertambahan kes baharu (+875), maka jumlah pesakit yang pulih lebih besar (+151). Ini suatu kejayaan dalam perawatan yang boleh dibanggakan meskipun belum pasti..

Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah memakbulkan kita, iaitu membebaskan Negara kita daripada penularana Wabak COVID-19 daripada berterusan. Ya. Allah bantu dan permudahkan kami.dalam menyelesaikan penularan dan pengawalannya. Ins sya Allah. 


WalLahu'alam.

10 May, 2020

COVID-19: PKPB-Kerajaan Tegas Rakyat Rimas?

Keputusan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga bermula 4 Mei sehingga 9 Jun depan merupakan suatu ketegasan Kerajaan kita. Ia umumkan dalam situasi Negara (menurut KKM) sedang merekodkan 6,656 keseluruhan kes, 5,025 kes yang dirawatpulih, 1,523 pesakit sedang dirawat dan berlaku lagi 67 kes baharu serta tiada kematian. Ia menunjukkan peningkatan kes baharu berbanding semalam. Penyumbag kes baharu ini dikatakan berkaitan dengan kluster bukan warga negara.  

Perkembangan Wabak COVID-19 hari ini (10 Mei) dalam Negara kita menunjukkan pertambahan kes baharu (+67) dan jumlah pesakit dirawatpulih bertambah sebanyak 96 orang. Dari segi prestasi dan keupyaaan pasukan perubatan, didapati jumlah sembuh mengatasi kes baharu. Sebagaimana dijelaskan di dalam posting semalam, semenjak 4 Mei keupayaan perubatan berjaya merawatpulih pesakit lebih tinggi berbanding pertamahan kes baharu. Hal ini cukup baik dalam rangka mengurang dan mengekang penularan Wabak COIVD-19 di Negara kita.  


Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini adalah melanjutkan PKPB bagi tempoh empat minggu lagi sekali gus menyaksikan kawalan pergerakan rentas negeri dengan bersyarat. Namun ia melarang (tidak dibenar) untuk balik kampung merentas negeri untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Sudah pasti ia bakal merimaskan sesetengah lapisan rakyat. Ia bukan suatu kebiasaan malah tidak pernah berlaku sebelum ini (larang balik kampung). Justeru inilah, norma baharu yang berlaku dalam tahun 2020 ini ekoran penularan Wabak COVID-19. 

Rasional empat minggu PKPB ini dikatakan ada kaitan dengan tempoh vaksin yang sedang di dalam penyelidikan yang dijangka akan dihasilkan dengan sempurna pada Jun nanti. Meskipun begitu, seperti mana dimaklumkan pihak KKM sebelum ini, tempoh aktif virus Wabak COVID-19 ini bukan setakat 14 hari, malah berkemungkinan boleh aktif balik jika penularan virus itu masih gagal hentikan sepenuhnya. Hal ini terjadi di Negeri Perak yang sebelum ini diisytiharkan zon hijau, namun hari ini dilaporkan muncil pula satu kes baharu. 
Maka tempoh empat minggu ke hadapan adalah sesuai dengan masih ada lagi zon-zon merah dan sedang dikuatkuasakan PKP Diperketatkan (PKPD). Saat PKPB diumumkan pada 4 Mei lalu, beberapa negeri telah diisytiharkan zon hijau ekoran tiada lagi kes positif Wabak COVID-19. Sebagaimana kenyataan KKM, Zon hijau yang bebas daripada kes aktif koronavirus (Covid-19) di seluruh negara meningkat kepada 111 daerah. Ia termasuk dua daerah di Pulau Pinang iaitu Seberang Perai Tengah dan Barat Daya yang sebelum ini masing-masing mempunyai dua kes aktif telahpun pulih sekaligus menjadikan negeri itu yang kelima bebas daripada kes aktif Covid-19. 
Sementara negeri-negeri zon hijau ialah Perlis, Kelantan, Kedah dan Perak bebas Covid-19 selepas kesemua kes aktif telah pulih sepenuhnya. Justeru kewajaran pihak Kerajaan kita mengekalkan PKP yang ditambah dengan PKPB ini kerana banyak negeri dan daerah yang masih di dalam zon merah dan kuning. Di antaranya, Petaling dan Gombak di Selangor yang ditambah lagi  Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya, Selangor telah ditempatkan di bawah arahan PKPD. Ia berikutan pengesanan 27 kes positif COVID-19 di lokaliti tersebut (termasuk satu (1) kes di luar kawasan ini). Perintah PKPD ini melibatkan tiga (3) zon dan akan berkuatkuasa mulai 10 Mei 2020 hingga 23 Mei 2020.

Semenjak awal penularan Wabak COVID-19, dari segi penular utama Wabak COVID-19 di Negara kita adalah kluster pembawa serta jangkitan (kontak) kepada generasi baru adalah berlaku di Selangor dan kemudian menular ke negeri lain. Oleh sebab itu, Selangor semenjak dari awal merupakan mencatatkan rekod tertinggi kes Wabak COVID-19. Generasi awalnya adalah dari kluster Sri Petaling dan kini kluster yang melibatkan warga asing.

Semoga Allah SWT permudahkan urusan mengawal, merawat, mengekang dan memutuskan rataian Wabak COVID dalam Negara kita. Seharusnya umat Islam terus bersabar dan berdoa dengan memohon bantuan Allah agar diangkat Wabak COVID-19 dari bumi ini. Ins sya Allah.
Wassalam.