28 September, 2008

RAMADHAN, DAH DI PENGHUJUNG










Berpuasa Ramadhan adalah wajib kepada orang-orang beriman,
Kelebihan berpuasa sudah pasti akan menambahkan keimanan dan ketaqwaan,
Sekiranya sepanjang Ramadhan setiap orang beriman sentiasa di landasan,
Bersamanya mengambil iktibar sirah kebesaran sebulan Ramadhan,









Solat tarawih rezeki pahala hanya untuk umat akhir zaman,
Lailatul-Qadr adalah puncak pahala atas usaha di jalan keimanan,
Perang Badar kubra ujian iman melalui peperangan,
Zakat fitrah ditunaikan sebagai tanda pengorbanan,
Nuzul al-Quran mesti dihayati sebagai panduan,
Fathul Mekah puncak sejarah kemenangan,
Peperangan Tabuk adalah ukuran berjihad di medan,
Rombongan kota Taif dan Raja Himyar menemui Rasulullah menyatakan keimanan,
Tersebar Islam hingga ke Yaman,
Kesemuanya menyerlah ke-Esa-an Tuhan,





Kepada Tuhan yang Maha Esa kita panjatkan,
Keikhlasan hati nurani kunci menambahkan ketaqwaan,
Hebatnya Ramadhan bandingan sebelas bulan,
Doa kita bersama...semuga ketemu lagi Ramadhan,
Demi kehidupan di atas landasan keimanan.