16 May, 2009

Hari Guru 16 Mei - Sejarah untuk dikenang

Hari Guru diingati setiap 16 Mei. Ia mengingatkan kepada pengalaman setiap orang kepada laluan pendidikan peribadi masing-masing semasa belajar di sekolah. Mahupun mereka yang sedang atau pernah pernah berkhidmat sebagai guru, maka tidak terkecuali mereka akan menobatkan bidang perguruan adalah bidang profesional yang melahir ribuan profesional. Sesungguhnya, guru adalah gerbang pendidikan yang banyak mencipta sejarah peribadi, hatta anak warga Negara.


Kehebatan 16 Mei tetap menjadi kenangan agung peribadi saya, kerana bidang perguruan adalah pekerjaan pertama selepas mencapai ijazah pertama dari Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, tahun 1984. Berbekalkan pengalaman perguruan, saya bersama-sama kawan: Zainoddin dan Mazlan, adalah rakan satu universiti juga memiliki pengalaman pekerjaan pertama sebagai guru telah berpakat menubuhkan pusat tuisyen pertama ‘berhawa dingin’ di Kota Bharu: Pusat Tuisyen Anda yang diurus secara perniagaan. Kemudian ditubuhkan sekolah swasta dan ditukar nama sebagai Institut Anda. Selepas tahun 1989, kami bertiga telah bertukar profesion: Zainoddin menjadi usahawan pengedar Ricoh dan kertas, Mazlan menjadi usahawan kilang perabot, dan saya memilih bidang politician. Maka masing-masing kami telah meninggal bidang perguruan, namun ia tetap mengukir kenangan dan pengalaman indah yang turut mematang kehidupan kami. Antaranya, kami bertiga secara kebetulan telah memilih guru sebagai pasangan hidup: isteri yang mempunyai sifat keibuan terpuji sesuai dengan jiwa pendidik yang merupakan pengurus sumber manusia ke arah membina tamadun Negara!


Sesungguhnya, segala perjalanan hidup adalah tersirat di bawah qadha’ dan qadar Tuhan Yang Esa. Saya dijadikan seorang yang mengenali guru, mengalami bidang perguruan dan amat memahami pengorbanan seorang guru. Sesuai dengan semangat Hari Guru 16 Mei, saya mendoakan kebahagian dan kejayaan hidup kepada semua guru-guru, terutama guru (begitu ramai untuk disebutkan) yang pernah menyumbang kejayaan mendidik saya! Jasa kalian adalah permata berkilau yang terus menyinari alam ini.

15 May, 2009

PERAK: PILIHAN RAYA NEGERI

PM willing to meet Opposition leaders

The Staronline stated what are reports from MANADO (Indonesia) the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak as said he is willing to meet Opposition leaders to discuss cooperation to resolve the political impasse in Perak.

Relating from Najib’s political will, most of public opinions on that’s political impasse, also agreed as solution is the sultanate must be actively to dissolve the state assembly. As the smart statements from many leader – Dato’ Husam Musa, PAS’s Vice President; Tan Sri Abu Talib Osman Suhakam‘s Chairman; Dr. Chua Soi Lek, MCA’s Deputy President; Tengku Razaleigh, Gua Musang MP, and others – all of statements are represent the most of peoples who are positively to back the principles of democracy. So, according the Najib’s political will, the good espirit de corp all leaders will compromise the suggestion ‘dissolve’ and back to the people’s power. That means, an idea will get high respectively from the authoritative perspective.

Walau apapun kenyataan dalam menuju penyelesaian terbaik kemelut rakyat Perak, utamakan keikhlasan untuk kembali kepada rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat demi kedaulatan kuasa rakyat. Semuga Tuhan Yang Esa menunjuki jalan terbaik kepada para pemimpin termasuk pihak Sultan agar bersetuju membubarkan dewan undangan negeri Perak bagi membolehkan suatu pilihan raya negeri dapat diadakan dalam masa terdekat!

PERAK: PILIHAN RAYA NEGERI

Lakaran peristiwa politik Perak adalah bakal mematangkan rakyat Negara ini dengan isu-isu demokrasi dan perundangan. Hakikatnya, ia bebeza dengan sejarah politik Kelantan mahupun Sabah atau Sarawak yang pernah berdepan pilihan raya negeri secara berasingan dengan pilihan raya umum di paras nasional. Di Kelantan latar pilihan raya negeri ekoran kerajaan PAS hilang kuasa kerana campur tangan Pusat melalui MAGERAN dan darurat 1978; di Sabah kerana kerajaan PBS pimpinan Pairin berdepan dengan kemungkinan kecundang ekoran peristiwa melompat beberapa ADUN kepada BN; dan di Sarawak sehigga kini pilihan raya negeri berlaku secara berurutan selepas pilihan raya umum berikutan faktor sejarah dan geo-politik yang belum sesuai diadakan serentak dengan pilihan raya umum.

Sehubungan itu, sekiranya benar latar politik Perak masa kini bakal mengundang satu pilihan raya negeri, maka peristiwa politik itu bakal mencipta satu realiti politik baru yang akan mengesahkan rentetan politik baru yang terjelma daripada pilihan raya umum Mac 2008. Justeru muncul beberapa desakan dan rungutan pelbagai pihak, betapa wajarnya penyelesaian kemelut politik Perak adalah dengan cara diadakan pilihan raya negeri! Antaranya gesaan majlis Peguam, SUHAKAM, veteran politikus Tengku Razaleigh, pimpinan parti Gerakan dan suara rasmi parti-parti Pakatan Rakyat; kesemuanya melihat rakyat adalah hakim yang mengatasi hakim di mahkamah adalah pihak paling layak menyelesaikan kemelut politik Perak. Oleh itu, kemelut di Perak bukan lagi kemelut politik semata-mata, tetapi ia telah berganjak kepada taraf kemelut rakyat seluruh Negara yang bakal menarafkan amalan demokrasi di Malaysia berganjak dari ambiguousness ke tahap maturity atau kematangan.

Berpandukan respon Datuk Seri Najib (The Malaysian Insider 14 Mei 2009) terhadap perkembangan terbaru di Perak, selepas peristiwa persidangan rakus DUN Perak 7 Mei, keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei memutuskan Dato’ Seri Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar sah di Perak dan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi oleh Mahkamah Rayuan yang menyebelahi Dato’ Seri Zambry pada 12 Mei dan permohonan bubar kali ke-2 pihak Nizar menghadap sultan Perak; kesemuanya melayakkan kemelut rakyat itu hendaklah diselesaikan melalui mahkamah rakyat – pilihan raya negeri di seluruh bahagian pilihan raya DUN Perak!

Semuga Tuhan Yang Esa memberkati semua pihak yang berusaha ke arah memartabatkan keadilan dalam negara ini. khususnya di bumi Perak.

13 May, 2009

13 Mei perlu dijadikan Hari Perpaduan Malaysia

Memperingati peristiwa 13 Mei 1969 adalah sejarah hitam Negara, berlaku perbalahan kaum. Hari yang melakar pertembungan golongan rakyat yang tercetus akibat terbuak rasa kecewa dan tidak puas hati kepada pemerintah Perikatan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. Maka, hari itu adalah realiti perpecahan bukan perpaduan. Suatu realpolitik bersifat anti-perpaduan. Race relationship ternyata gagal, malah makin menebalkan gelora perkauman yang menyebabkan kesedaran politik perkauman semakin memuncak. Sehingga memaksa UMNO dengan moral Melayu bersujud kepada PAS, sanggup berkata-kata dengan nada kemelayuan dan berjaya memujuk kepimpinan PAS membina nilai Melayu – bersatu – menongkah arus perpaduan Melayu. Namun, ia tidak melatarkan hubungan kaum, tiada langsung siratan “ayat-ayat cinta perpaduan” antara Melayu-Cina-India. Masing-masing membina komuniti politik perkauman yang menjejaskan sentimen perpaduan atas nama Malaysia! Meskipun telah dibina pentas Barisan Nasional yang menggabungkan perjuangan perkauman – UMNO, PAS, MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain; tidak lebih daripada lakonan di pentas sandiwara. Ia berlaku seketika sahaja. Buak-buak 13 Mei terus mengelegak di permukaan kawah, dan akhirnya tertumpah – PAS telah ditendang keluar dari BN – lalu berlakulah angkara UMNO gelojoh untuk berkuasa di Kelantan. Maka, terbukti sudah “ayat-ayat cinta perpaduan” sebenarnya gula-gula pemanis sebagai mentera mengukuh bahtera UMNO. Sejarah perkauman berulang lagi, bila UMNO yang tidak mesra perjuangan Islam itu sedia membuang PAS ketika bahtera PAS sudah dibocorkan! Hakikat sejarah perit itu, sepatutnya tidak berulang lagi sempena 13 Mei 2009 ini. Ekoran kekalutan politik Negara sekarang, kemelut rakyat Perak yang kepinginkan perpaduan, suasana kegagalan pemimpin UMNO era Najib kelihatan rakus memperkotak-katikkan Perlembagaan; sewajarnya kita semua sedia menobatkan tarikh 13 Mei setiap tahun sebagai Hari Perpaduan Malaysia.

Ia penting sebagai lambang kepada hasrat rakyat pelbagai kaum yang cintakan perpaduan demi keutuhan Negara dan rakyat.

Ia bersesuaian dengan seruan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan sebagaimana bait-bait kenyataannya ketika menyambut hari 13 mei 2009 di Bilik Gerakan Negeri Kompleks Kota Darulnaim Kelantan pagi tadi.


Menurut Tuan Guru:
“Hari ini 13 Mei, 2009 Masehi …izinkan saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya kembali mencintai diri sendiri terlebih dulu.

"…kerana kita tel
ah memilih sistem demokrasi berparlimen maka kita perlu diberikan kembali hak-hak sivil kita termasuk kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun secara aman, menghormati prinsip pengasingan kuasa dan rules of law dan natural justice. Serta amalan hak asasi manusia yang dijamin oleh perlembagaan Malaysia.

“Mari kita jadikan tanggal 13 Mei 2009 sebagai titik tolak perubahan ke arah memperkukuhkan suasana hidup beragama, mempereratkan persaudaraan dan mahabah serta menolak mana-mana pihak yang menolak perpaduan kaum, yang mencetuskan isu-isu perkauman yang bukan-bukan untuk mengaut mileage politik bertujuan melanjutkan hayat perjuangan mereka berasaskan semangat kebangsaan.

Semuga Tuhan Yang Esa memberkati usaha kita, demi mewujudkan perpaduan utuh rakyat yang merentasi sentimen kaum. Realitinya kita semua rakyat Malaysia. Bersatu-padulah kita membina satu Negara satu warganegara. Amin.