20 June, 2020

COVID-19: Realiti menuju kemenangan, kembali satu digit

Alhamdulillah, Negara sedang menuju kemenangan di dalam inisiatif mengekang penularan Wabak COVID-19. Realiti kes baharu yang disahkan oleh KKM pada 19 Jun pada satu digit, enam (6) kes amat menyenangkan hati rakyat Malaysia.
Pada 18 Jun, dilaporkan 14 kes baharu dengan keseluruhan kes sebanyak 8,529 kes, dan pada 19 Jun enam (6) kes baharu menjadikan keseluruhan kes sebanyak 8,535 kes. Sementara kes dirawatpulih sebanyak 70 menjadikan kumulatif jumlah yang telah sembuh dan discaj dari wad hosptal seramai 8,070 atau mencapai 95.55% prestasi sembuh. Hasil daripada kes baharu yang rendah (6 kes) dan jumlah dirawatpulih lebih besar (70 orang), maka baki lagi yang sedang dirawat di wad ialah 344 pesakit. Jumlah ini sudah dianggap kecil berbanding sebelum ini seramai 408 pesakit. Justeru jumlah kemungkinan kebolehjangkita COVID-19 ialah 344 kes dengan hanya 3 orang dirawat di ICU. Sekaligus kemugkinan tiada kematian memandangkan tiada pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Senario paling penting daripada  perkembangan data harian (19 Jun) ialah jumlah kes baharu yang kembali kepada satu digit. Ia mengulangi rekod pada 10 Jun (hari pertama PKPP) dan 14 Jun yang meletakkan suatu nilai kegembiraan dan kelegaan untuk kita semua merasai senario pemulihan dan kemenangan di atas inisiatf yang dilakukan Kerajaan kita semenjak daripada awal Mac sehungga ke hari ini.
Kesemua ini boleh kita sifatkan sebagai suatu rahmat dari berkat pelaksanaan SOP tempoh PKPP yang melibatkan solat di masjid hampir seluruh Smenanjung Malaysia. Kebenaran bersolat di masjid sudah tentu kita semua dapat kembali mengimarahkan Masjid menerusi kebenaran Solat Jumaat dan Solat Berjemaah setiap hari. AlhamdulilLah.
WalLahu'alam.

19 June, 2020

COVID-19: Kes Baharu dua digit "Belum Tentu Selamat"

Hakikatnya, Wabak COVID-19 di Malaysia masih menular. Ini terbukti dengan berlakunya setiap hari kes-kes baharu. Meskipun Negara kita sedang dalam PKPP - tempoh pemulihan yang melegakan banyak pihak. Namun kelok yang diimpikan melandai, tidak berlaku bagi kes-kes baharu COVID-19.
Kelok ini, sepanjang tempoh PKPP bermula 10 Jun lalu, ia mendongak sehingga 13 Jun menurun kemudian mendongak kembali pada 14 Jun dan menurun pada 15 dan 16 Jun, tetapi mendongak kembali pada hari semalam, 17 Jun.
Walau bagaimanapun, pola melandai boleh dirujuk kepada kes-kes pesakit yang sembuh dan jumlah kumulatif pesakit yang masih dirawat di hospital.  
Permulaan kuatkuasa PKPP (10 Jun) jumlah kumulatif pesakit yang sedang dirawat seramai 1,206 orang dan pada 14 Jun ia menurun kepada tiga angka, 986 orang dan menurun lagi pada hari ini, (18 Jun) 408 orang. 
Penurunan kes pesakit dirawat ini adalah kesan kebalikan daripada jumlah pesakit yang dirawatpulih iaitu lebih tinggi berbanding pertambahan kes baharu - (kes baharu bertambah pada dua digit; kes dirawatpulih bertambah pada tiga digit). Justeru itu, jumlah kumulatif pesakit yang sembuh/discaj telah meningkat daripada 7,014 pada 10 Jun kepada 8,000 kes pada 18 Jun atau 93.8 peratus telah sembuh berbanding jumlah keseluruhan kes (8,529 kes).
Hasilnya, seramai 408 kes yang boleh dianggap sebagai nilai kebolehjangkitan COVID-19 dalam Negara setakat ini. 
Kemungkinan nilai kebolehjangkitan ini akan bertukar kepada peningkatan kes baharu sekiranya kealpaan dan kecuaian disiplin pihak-pihak yang ada hubungan rapat dengan pelbagai sumber kes. Di antaranya keluarga terdekat yang pernah ada sejarah hubungan dengan individu yang ada kes positif, tetapi mereka tidak menjalani pemerikasaan ujian COVID-19. 
Namun satu kebimbangan besar adalah kemungkinan jangkitan dan penularan yang berterusan (tanpa putus rantaiaannya) sekiranya kemasukan individu atau kumpulan daripada luar negara yang berisiko (disebut kes import) melalui pintu masuk haram atau penyelinapan menerusi laluan tikus yang di luar pengetahuan pihak berkuasa. Paling membimbangkan dalam kemungkinan kes import ini (masuk tanpa pengetahuan) mereka tidak akan menjalani kuarantin, sebaliknya akan melakukan hubungan dengan sesiapa sahaja dengan bebas - kesannya akan muncul lagi kes-kes baharu. 
Justeru langkah tegas pihak PDRM menggagalkan sendikit penyeludupan dan pemerdagangan warga asing amatlah dialu-alukan saat negara sedang digeruni dengan Wabak COVID-19. 
Kita doakan agar pertambahan kes baharu dua digit yang dianggap "belum tentu selamat" akan bertukar daripada dua digit kes baharu kepada satu digit dan kosong dalam masa tedekat.

Malaysia dengan dua digit kes baharu

Perkembangan Wabak COVID-19 setakat 18 Jun 2020 (sumber KKM) terdapat 14 kes baharu. Jumlah ini melibatkan tiga (3) kes import dan 11 kes jangkitan dalam negara,
Bagi 11 kes dalam negara, tujuh (7) kes adalah daripada dalam kalangan bukan warganegara dan empat (4) kes lagi daripada dalam kalangan warganegara Malaysia.
Tujuh (7) kes dalam kalangan bukan warganegara adalah daripada:
(1)  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terdapat dua (2) kes, iaitu satu (1) kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8455 dan kes ke-8508) dan satu (1) kes lagi adalah kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8498). Kesemuanya merupakan rakan serumah;
(2)  Selangor terdapat satu (1) kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8368), iaitu ahli keluarga kepada kes ke-8368;
(3)  Sarawak terdapat dua (2) kes adalah saringan di tempat kerja sektor pembinaan;
(4) Sabah terdapat satu (1) kes saringan Orang Kena Tahan (OKT) di lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang;
(5) Perak terdapat satu (1) kes saringan sebelum memohon pulang ke negara asal beliau.
Sementara empat (4) kes dalam kalangan warganegara Malaysia pula adalah daripada:
(1)  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terdapat dua (2) kes yang merupakan kakitangan bertugas di Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil
(2)  Sarawak terdapat dua (2) kes, iaitu satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching dan satu (1) kes lagi yang juga saringan untuk ke luar negara atas urusan penting.

Hari ini juga dilaporkan terdapat 127 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dan menjadikan kumulatif kes kepada 8,000 kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19. Sementara jumlah kes aktif (sedang dirawat di hospital) dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 408 kes.
Berdasarkan perkembangan kes baharu (+14), maka kumulatif keseluruhan kes positif Wabak COVID-19 di Negara kita sebanyak 8,529 kes.
Bersama-samalah kita mengambil langkah positif dengan memastikan secara kendiri mahupun kolektif bertekad membebaskan Negara daripada penularan Wabak COVID-19. Ins sya Allah kebersamaan kita akan dibantu oleh Tuhan Yang Maha Esa jua. Amiin.
WalLahu'alam.

17 June, 2020

COVID-19: Rakyat dan pemimpin hendaklah kekal berdisiplin

Perjalanan seharian Malaysia dalam musim Wabak COVID-19 membabitkan pendisiplinan dengan momokan ‘SOP memantapkan norma baharu, memutuskan rantaian penularan Wabak COVID-19’ – kesemuanya adalah ketentuan Ilahi yang terkesan ke seantero dunia.
Malaysia tidak terkecuali, sehingga memaksa Kerajaan mengambil langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 4 Mei 2020. Kini PKPB telah berakhir pada 9 Jun 2020 dan digantikan pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.
Hasilnya, penularan Wabak COVID-19 di Negara kita terkawal, malah mutakhir ini menunjukkan pola yang semakin baik.
Justeru itu, rakyat Malaysia harus bersyukur banyak-banyak kerana Allah SWT menemukan pendekatan Kerajaan kita dengan tindakan pantas dalam menjayakan usaha mengekang dan membendung penularan COVID-19 – ia sesuatu yang dibanggakan - membawa kepada terkawalnya penularan jangkitan Wabak COVID-19. Sudah tentu ia bersama-sama dengan kapasiti pasukan perubatan dan sistem kesihatan awam negara yang baik dan meyakinkan.
Berikutan pelaksanaan PKPP, Kerajaan telah membuka lebih banyak kelonggaran untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian bersemikan SOP yang dibina semenjak PKP (18 Mac). Berbezanya semasa PKPB pergerakan amat dihadkan demi mengawal warganegara menjalin kontak sosial secara bebas, maka tiada perjalanan rentas daerah dan negeri. Namun mulai 10 Jun lalu, perjalanan rentas negeri mulai dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPDatau Zon Merah - kawasan berisiko kebolehjangkitan Wabak COVID-19.
Kelebihan utama PKPP kini adalah hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat. Namun kesemuanya tertakluk kepada SOP.
Kesemuanya adalah berpandukan tujuh strategi: (1) Pengukuhan Kesihatan Awam; (2) Perundangan dan Penguatkuasaan; (3) Pengukuhan Kawalan Sempadan; (4) Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi; (5) Pembudayaan Kebiasaan Baharu; (6) Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti; dan (7) Perlindungan Golongan Berisiko.
Matlamat strategik PKPP adalah ke arah gaya hidup kita rakyat dan pemimpin yang berdisiplin dan beristiqamah dengan komitmen bersama-sama mahukan penularan Wabak COVID-19 ini, ins sya Allah terkawal. Semoga menjelang 31 Ogos 2020 nanti Allah memberi kemenangan di atas usaha gigih bersama-sama ini.

Rekod hari ini
Perkembangan Wabak COVID-19 hati in (17 Mei 2020) terdapat 140 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,873 kes (92.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Terdapat sepuluh (10) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,515 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif (masih dirawat di hospital) dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 521 kes.
Alhamdulillah, seterunsya dilaporkan tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
Daripada sepuluh (10) kes penularan di dalam negara, tiga (3) kes adalah bukan warganegara manakala tujuh (7) kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.
Bagi kes jangkitan dalam negara  dalam kalangan bukan warganegara (3 kes) adalah:
(1) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: satu (1) kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8,455);(2) Negeri Sembilan: satu (1) kes di Akademi Imigresen Malaysia, Port Dickson berikut Orang Kena Tahan (OKT) yang dipindahkan daripada Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil;
(3) Sabah: satu (1) kes saringan pra-pembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).
Sementara bagi kes penularan Wabak COVID-19 dalam kalangan warganegara Malaysia (7 kes) pula adalah:-
(1) Selangor: Lima (5) kes, iaitu empat (4) kes Kluster Warga Emas Kuala Selangor dan satu (1) kes saringan pusat Tahfiz;
(2) Sarawak: satu (1) kes yang kontak rapat dengan kes ke-8,453;
(3) Sabah: satu (1) kes kontak rapat dengan kes ke-8,403.
Kita tetap bersyukur, dengan dua angka kes baharu (10 kes), jumlah pesakit sembuh mencapai tiga angka (140 kes) dan tiada rekod kematian hari ini adalah situasi semasa yang memungkinkan penularan Wabak COVID-19 akan berakhir sebelum 31 Ogos 2020. Bersama-samalah kita berdoakan agar usaha mengekang penularan wabak ini dimakbulkan Allah jua. Ins sya Allah.

Wassalam.

16 June, 2020

COVID-19:Dunia kekal menular Malaysia mula melandai

Pola perkembangan Wabak COVID-19 peringkat Dunia boleh disaksikan menerusi penularannya di empat negara tertinggi, iaitu Amerika Syarikat, Brazil, Rusia dan India. 

Bagi keempat-empat negara ini, bagi tempoh 13 Jun sehingga lewat petang 15 Jun adalah menunjukkan pola pertambahan kes baharu yang ketara melebihi 20 ribu di Amerika Syarikat dan Brazil. Sementara di Rusia lebih rendah dengan pola naik-turun sekitar lapan ribu sehari dengan pola menurun daripada 12 ribu kepada 10 ribu.   

Begitu pula bagi kes COVID-19 yang berjaya dirawat, Amarika Syarikat adalah tertnggi dengan jumlah melebih 800 ribu kes atau 40.76% daripada 2.1 juta pada 15 Jun. Pola meningkat jumlah pesakit yang sedang dirawat juga belaku di Brazil, Rusia dan India. Ini berlaku selepas usaha mencari vaksin masih belum berjaya, meskipun negara berkenaan memiliki kesemua kemudahan dan sistem kesihatan terbaik. Betapa hebatnya Tuhan yang menciptakan Wabak COVID-19 kini  sudah menular lebih daripada tiga bulan. 

Wabak COVID-19 di Malaysia

Pola perkembangan di Malaysia pula menunjukkan bilangan kes baharu masih naik-turun dengan bilangan dua angka. Namun pola menaik dan menurun tersebut dilihat lebih baik bagi jumlah pesakit yang dirawatpulih adalah mulai melandai.



Justeru itu, kita banyak bersyukur atas urusan Allah yang permudahkan urusan pasukan perubatan dalam perawatan. Sehingga kini (16 Jun) pola melandai (kes dirawatpulih) tersebut telah kekal dengan tiga angka semenjak 14 April lalu. Selain itu, ia turut membuktikan tiada lagi penularan merata dalam kalangan penduduk tempatan. 
Pada hari ini, 333 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini - 307 kes adalah bukan warganegara dan 26 kes sahaja dalam kalangan warganegara. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,733 kes (90.9 pertatus daripada jumlah keseluruhan kes).   
11 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,505 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 651 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Kemudian pihak KKM mengumumkan 11 kes baharu g]hari ini, didapati satu (1) kes adalah kes import warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 10 kes penularan di dalam negara, enam (6) kes adalah bukan warganegara manakala empat (4) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia. 
Alhamdulillah, tiada berlaku kematian berkaitan COVID-19 pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian akibat Wabak COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). 
Berikutan jumlah pesakit yang dirawatpulih hari ini mencapai 333 orang, ini merupakan prestasi tertinggi untuk tempoh minggu pertama tempoh PKPP ini. Maka boleh dilihat hari ini, perbezaan kumulatif keseluruhan kes sebanyak 8,505, sementara jumlah kumulatif yang dirawatpulih sebanyak 7,733 - perbesaannya sebanyak 772 orang. Jumlah ini hampir sama dengan kumulatif kes yang dirawatpulih (651 kes). Kita meletakkan keyakinan bahawa pasukan perubatan Malaysia yang diketuai Dato' Dr Noorhisham Abdullah akan berjaya membawa Negara kita ke gerbang kemenangan.
Bersama-samalah kita mendoakan kebaikan dan memohon kekuatan agar Allah segera bebaskan kita dari rantaian Wabak COVID-19 ini. 
Wassalam.


15 June, 2020

COVID-19: Global Spread, Singapore Tops, Malaysia Wins

The last updated, June 15, 2020, 14:21 GMT, the World recorded COVID-19 pandemic are 8,028,785 cases. What’s wrong of our World? 
The currently infected patients are 3,444,187, from this sum of, around 3,389,649 (98%) in Mild Condition and 54,538 (2%) Serious or Critical.
As the result of 8,028,785 cases are 4,584,598 cases which had an outcome: the recovered/discharged are 4,148,309 (90%) and the deaths 436,289 (10%).
From the which total cases of world record the United State are 2,163,338 (26.9%) and the following are Brazil 867,882 (10.8%) and Russia 537,210 (6.7%).

Updating for our Malaysia, the numbers of COVID-19 pandemic are 8,494 cases, the resulting from the 41 new cases. On the same development are 973 the active cases in ward, 121 deaths and the 7,400 cases are recovered.
Today record (June,15), should be better to know the compare with three countries from the Southeast Asia – Singapore, Indonesia and Philippines. In the Asia Ranking, the sequences are Singapore, Indonesia and Philippines.
So far, Malaysia is the real recovered of 87% the patients, leads than Singapore on 72.5%. Ins sya Allah, Malaysia in run to reach the winning country. 

Hanya pada Mu Ya Allah kami bermohon dan bertumpu bantuan. Amiin.
Wassalam.


14 June, 2020

COVID-19: Bukti Kejayaan Negara Menangani Wabak - 986 Kes

Situasi penularan Wabak COVID-19 di empat negara tertinggi di dunia, mendapati pertambahan kes baharu harian di Amerika Syarikat, Brazil, Rusia dan India adalah mengejutkan. Dalam tempoh tiga hari, Amerika Syarikat mencatatkan 75,823 kes baharu, Brazil 75,612 kes, Rusia 26,472 kes dan India 34,471 kes. Suatu perkembangan yang menggerunkan.  

Buat pertama kali, Malaysia berjaya merawatpulih sejumlah 35 kes dan menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah di bawah 1,000 iaitu 986 kes.

Pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 121 kes (1.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Kematian ke-121 (kes ke-7,468) merupakan lelaki warganegara India (orang kena tahan (OKT) di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil. 

KKM melaporkan, Allahyarham berumur 67 tahun itu mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang. Beliau telah didapati tidak sedarkan diri di DTI Bukit Jalil dan telah segera dibawa ambulans ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sesungguhnya, kejayaan menurunkan angka kebolehjangkitan kepada 986 kes boleh dianggap sebagai sinar kejayaan di atas segala inisiatif memutuskan rantaian Wabak COVID-19 dengan kadar cepat. Ins sya Allah.

Semoga Malaysia tidak termasuk dalam kalangan Negara yang tertinggi kes COVID-19 seumpama Amerika Syarikat, Brazil, Rusia dan India.
Wassalam.