25 July, 2020

COVID-19: Malaysia14 titik merah dalam 25 hari

Selama 25 hari Wabak COVID-19 menyaksikan perkembangan yang agak cemas dengan 14 titik merah. Kesannya pola penularan mendongak melibatkan kes baharu. Sementara itu, berlaku 10 titik biru yang menyaksikan pada hari-hari tertentu kes baharu adalah menurun.
Apapun dari segi pola penularannya, didapati 10 hari dengan kes baharu dalam dua digit berjumlah 166 kes. Sementara tu, selama 5 hari pula dengan kes baharu dalam satu digit berjumlah 79 kes. Oleh itu, jumlah terkumpul kes baharu dalam masa 25 hari (1-25 Julai) ialah sebanyak 245 kes. Pola kelok kes baharu adalah seperti di bawah.
Pada 25 Julai 2020, terdapat 23 kes baharu dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,884 kes. Sementara kes kebolehjangkitan COVID-19 adalah 167 kes.

Daripada 23 kes baharu yang dilaporkan, enam (6) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat (4) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja.

Enam (6) kes import tersebut adalah dari Singapura (3 kes), Indonesia (1 kes); Filipina (1 kes); dan Rusia (1 kes). Sementara itu, berlaku 17 kes penularan di dalam negara, 10 kes adalah di kalangan Warganegara Malaysia manakala tujuh (7) kes adalah di kalangan Bukan Warganegara.
Berdasarkan pola mendongak semula kes baharu adalah wajar sekali, masyarakat hendaklah mengutamakan kawalan kendiri dan sentiasa mematuhi SOP seperti mana yang disyorkan oleh KKM. Semoga kita selamat dan mendapat perlindungan Allah jua,    

Wassalam.

21 July, 2020

COVID-19: Ingat, Kita Masih Dalam PKPP

Wabak COVID-19 dalam Negara kita kembali menular hari ini (19-20 Julai 2020). Jumlah kes baharu secara hariannya telah kembali kepada dua digit. Agak mengejutkan, pada 16 Julai terdapat 3 kes baharu yang dilaporkan KKM, terus mendongak pada 17 Julai kepada 18 kes, Hari berikutnya, turun kepada 9 kes, tetapi kembali mendongak kepada 15 kes pada 19 Julai. Kemudian mendongak lagi kepada jumlah tertinggi dalam tempoh 20 hari PKPP, iaitu 21 kes baharu pada 20 Julai. Kembali kepada dua digit dengan rekod tertinggi sepanjang Julai - PKPP.  
Kesan daripada pola penularan Wabak COVID-19 dalam Negara antara 1 - 20 Julai, berlaku lima kali pertambahan kes baharu pada titik puncak, iaitu pada 4 Julai (10 kes), 10 Julai (13 kes), 12 Julai (14 kes), 17 Julai (18 kes) dan 20 Julai (21 kes). 
Analisis perkembangan (data) 1 - 20 Julai, berlaku pertambahan (kumulatif) kes baharu ialah 161 kes, sementara kumulatif jumlah kes yang berjaya dirawatpulih/sembuh sebanyak 180 kes. Ini bermakna, jumlah sembuh mengatasi pertambahan kes baharu hanya 19 kes sembuh sahaja. Situasi ini membuktikan masih berlaku penularan baharu Wabak COVID-19 dalam Negara kita. Hal ini turut membimbangkan apabila jumlah yang sedang dirawat di hospital bertambah daripada sehari sebelum ini sebanyak 103 orang kepada 122 orang pada 20 Julai. 
Justeru itu, kita hendaklah mengambil langkah mematuhi amalan kendiri - jaga diri - agar kita menjadi sebahagian daripada individu yang berjaya memutuskan rantaian Wabak COVID-19. Ins sya Allah, kita semua dipermudahkan Allah jua, bersama-sama kita mematuhi SOP cegah Wabak COVID-19 dan jadikan kita sebagai penyumbang ke arah mencapai tujuh strategi PKPP - ingat kita masih dalam PKPP.    
Wassalam.