Tahun 1430 Hijrah kali ini, umat Islam di Malaysia berpuasa selama 29 hari. Ini kerana cukup kiraan kalendar bagi bulan Ramadhan 1430 ialah 29 hari. Maka, pihak penyimpan mohor besar raja-raja Melayu telah sepakat mengambil kira secara rukyah diisytiharkan pada hari Ahad, 1 Syawal bersamaan 20 September 2009 Masihi sebagai hari raya aidil fitri.
Pada kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menyambut kemenangan Ramadhan semuga kita semua mencapai ketaqwaan dan keberkatan berpanjangan. Sambil saling bermaafan, kita berdoa agar Tuhan Yang Esa melanjutkan usia, agar Ramadhan dapat diketemui lagi.
Kelebihan Ramadhan telah diraih,
kebahagiaan iman dan taqwa insyaAllah diperolehi,
terbaiki jua keimanan dan amalan,
bersama sirna pahala merapati Ilahi.