06 June, 2020

COVID-19: PKPB semakin terbuka SOP masih ketat

Dalam situasi hari ini, 6 Jun menyaksikan Dunia mengalami penularan Wabak COVId-19 berjumlah 6,885,694 kes dengan kematian berjumlah 399,013 kes. Sementara di benua Asia pula berjumlah 1,31,245 kes dengan kematian berjumlah 34,016 kes – Malaysia pula berjumlah 8,303 kes dengan kematian berjumlah 117 kes – Kerajaan kita menerusi keputusan hari ini telah memutuskan kelonggaran arahan PKPB dengan SOP diperketatkan.

Sementara situasi data Wabak COVID-19 pula berlaku turun naik sebagaimana graf di atas. 

Dalam hal sebegini dan PKPB sedang berjalan, Pasar Malam mulai dibenarkan beroperasi pada 15 Jun dengan SOP diperketat. Antaranya jalan masuk dan keluar berbeza dan satu hala. catatan suhu, sekiranya tidak patuh perniagaan akan ditutup.

Kemudian, sesuatu yang ditunggu-tunggu dengan idea pro dan kontra adalah melibatkan operasi kedai gunting rambut. Ia melibatkan seramai 74,500 pekerja dan menyumbang kepada KDNK sebanyak RM13.5 billion setahun. Keputusan Kerajaan kita telah membenarkan operasi dengan SOP dipeketat bermula 10 Jun.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, 6 Jun 2020 telah memaklumkan bahawa terdapat 25 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,635 kes (­­­­­79.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Hari ini, terdapat 37 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,303 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,551 kes.
Memperinckan sejumlah 37 kes baharu yang dilaporkan, 8 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 29 kes penularan di dalam negara, 19 kes adalah bukan warganegara dan 10 kes adalah dalam kalangan Warganegara Malaysia.
Berikutnya daripada 1,551 kes yang sedang dirawat seramai lima (5) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sumber daripada  Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 117 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
Kes kematian ke-117 (kes ke-2,296) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 79 tahun. Beliau merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 ke-1,508, dengan bergejala pada 18 Mac 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Mac 2020 dan disahkan kembali ke rahmatullah pada 5 Jun 2020 jam 2.05 petang.

Kita mendoakan, semoga Allah mengganjari pahala bertaraf syahid kepada mangsa COVID-19 yang meninggal dunia. Sementara bagi kita semua, semoga Allah membentengi daripada jangkitan Wabak COVID-19 ini. Ins sya Allah.

Wassalam.

05 June, 2020

COVID-19: Malaysia Terkejut Kemudian Lega


Sumber Worldometer (5 Jun) mendapati penularan Wabak COVID-19 peringkat Global hari ini mencecah 6,747,149 dengan 394,325 kematian dan 3,277,057 orang yang telah dirawatpulih. Berbanding semalam, sebanyak 6,692,694 kes, maka bermakna pertambah dalam sehari di peringkat Global ialah 54,455 kes. Ini suatu pertambahan yang menggerunkan.

Berbeza dengan Malaysia, pada hari semalam kita terkejut dengan pengumuman KKM  berikutan berlaku peningkat harian tertinggi dalam tempoh sebulan yang lalu yang berjumlah 277 kes. Hal ini menyebabkan grafnya mendongak melampau. Punca kes adalah penularan tempatan, melibatkan Warganegara Malaysia empat (4) kes dan 271 kes adalah Bukan Warganegara, di samping terdapat dua (2) kes import berikutan warga Malaysia yang menjadi bawaan COVID-19 dari luar negara.

Pada 5 Jun 2020 pula, terdapat 19 kes baharu yang telah dilaporkan, iaitu suatu pertambahan yang dikatakan menjunam turun. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,266 kes. Jumlah ini merupakan hari kedua dengan angka 8 ribu. Semalam adalah hari pertama dengan jumlah 8,247 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,540 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Sesungguhnya perkembangan hari ini telah melegakan kita.

Sebanyak 19 kes baharu telah dilaporkan, 7 daripadanya adalah kes import dan 12 kes adalah penularan tempatan. Daripada 12 kes penularan tempatan pula, 3 kes adalah adalah bukan warganegara dan 9 kes adalah warganegara Malaysia. Pecahannya seperti mana berikut:-
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 51 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,610 kes (80 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga pukul 8 pagi 5 Jun 2020, sebanyak 169 Pusat Kuarantin telah beroperasi berbanding 181 pada hari sebelumnya. Ini bermakna 12 pusat telah ditutup. Seramai 14,555 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib. Oni bermakna, jumlah mereka yang berkemungkinan positif semakin mengecil.

Rumusannya, daripada laporan kes baharu kembali kepada dua angka pada hari ini (5 Jun) telah menyakinkan kita bahawa isu penularan Wabak COVID-19 telah dipenghujung. Ins sya Allah, semoga dipermudahkan kita untuk bebas dari jangkitan Wabak COVID-19 ini.
WalLahu'alam.

04 June, 2020

COVID-19: Tiga Negara Tertinggi Dunia

Semenjak China berjaya di dalam mengekang Wabak COVID-19 lalu, maka bermula dari situlah Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara tertinggi Wabak COVID-19 di dunia. Negara polis dunia ini terkesan tinggi ada kaitan rapat dengan struktur dan sistem kesihatan yang dilihat tidak terpusat dan tanpa perkongsian padu pendekatan mengawal penularan. Ditambah lagi gaya ketua negaranya yang berkonflik dengan negara-negara lain, khususnya China yang dianggap berjaya mendepani Wabak COVID-19. Lebih teruk lagi bagi AS apabila berkonflk dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai badan kesihatan dunia yang very guided body on the COVID-19 pandemic.   
Pada 22 Mei lalu, Rusia (317,554 kes) di tempat kedua diikuti Brazil (310,921 kes). Kemudian pada 24 Mei, Brazil melompat ke tempat kedua dengan jumlah 363,618 kes dan Rusia di tempat ketiga dengan jumlah 344,481 kes. 
Kenapa terjadi demikian, tidak lain adalah kerana budaya hidup dan keseriusan pihak berkuasa gagal mengekang dari awal, di samping negara tersebut, khususnya Rusia mempunyai senior citizen yang ramai. Golongan ini mudah berisiko dan bergejala. 
Sementara Brazil pula berhadapan dengan krisis pengurusan kesihatan agak kritikal dan tindakan lambat pihak berkuasa di dalam mengawal kehidupan sosial rakyatnya yang menyebabkan berlaku penularan agak cepat.
Dalam sebutan mudah, tidak berlaku dari awal norma baharu yang praktikal seperti social distancing, sanitizing, mask wearing and stay at home. Malah dalam menguruskan pusat-pusat tumpuan awam seperti mall, emporium dan public services adalah agak longgar. Akibat itu, dalam masa tiga hari terakhir ini (1-3 Jun) didapati AS mengalami pertambahan kes melebihi 62 ribu, Brazil lebih 54 ribu dan Rusia lebih 17 ribu. Sementara jumlah kematian dalam masa tiga hari ini sungguh menyayat sekali - AS 2,217 kematian, Brazil 2,501 dan Rusia 360 kematian.

Bersyukurlah kita di Malaysia, sebaik sahaja TSMY menggantikan TunM sebagai ketua pentadbiran Negara, beliau serius dan disokong padu oleh pasukan perubatan yang terbaik. Hasilnya penularan Wabak COVID-19 dalam kalangan Warga Tempatan hampir terkawal sepenuhnya. Natijahnya, laporan kemaskini membuktikan penularan dan jangkitan tertinggi kebelakangan ini adalah dalam kalangan Bukan Warganegara dan penularan import.

Misalnya laporan hari ini (4 Jun), daripada 277 kes baharu dilaporkan. 2 kes adalah daripada penularan import, manakala 275 kes berlaku dalam penularan tempatan yang dalam kalangan 271 kes kalangan Bukan Warganegara dan hanya 4 kes sahaja Warga Tempatan. Tiada kematian dalam tempoh dua minggu terakhir ini. AlhamdulilLah.

Semoga Malaysia diselamatkan oleh Allah SWT, lebih-lebih lagi ketika masjid dan solat Jumaat telah dibenarkan (meskipun jumlahnya terhad kepada 4 - 40 orang termasuk imam dan makmum) - kita yakin talian doa dan zikir umat Islam bakal menjadi vaksin kerohanian mujarab mengekang Wabak COVID-19. 
Ins sya Allah.
WalLahu'alam.


     

COVID-19: Sahih Bukan Warganegara Membebankan

Laporan perkembangan Wabak COVID-19 hari ini telah semakin sahih, bahawa beban situasi yang kita tanggung hari ini adalah akibat Bukan Warganegara. Berdasarkan kes baharu hari ini (3 Jun), sebanyak 93 kes didapati 91 kes adalah Bukan Warganegara dan hanya 2 kes sahaja penulran daripada Warganegara. Kemudiannya, 55 kes daripada yang bukan warganegara adalah dari Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil dan 36 kes dari Kluster Pedas. Justeru jika kesemua tahanan di DTI dikurung rapat tanpa berlaku kontak dengan mana-mana pihak, kita yakin tiadalah akan menularnya situasi yang membebankan kita seperti hari ini.

Berikut adalah butiran kes Wabak COVID-19 engikut kluster DTI yang aktif sekarang ini (Sepang, Bukit Jalil, Semenyih, dan Putrajaya).

Depot Tahanan
Jumlah Sampel Diambil
Jumlah Kes Positif
Jumlah Kes Negatif
Menunggu Keputusan
BWN1
DTI Bukit Jalil
1,545
338
32
1,175
338
DTI Bukit Jalil
1,545
338
32
1,175
338
DTI Semenyih
1,785
66
1,719
0
65
DTI Sepang
1,477
60
1,417
0
60
DTI Putrajaya
101
2
99
0
2
Jumlah
4,908
466
3,267
1,175
465
1 Bukan Warganegara
Laporan hari ini juga turut menyaksikan keupayaan merawatpulih pesakit ialah sebanyak 61 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah seramai 6,531 kes (81.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Walau bagaimanapun, jumlah adalah lebih rendah berbanding [ertambahan kes baharu (93 kes). 

Seterusnya laporan KKM hari ini mendapati kesan bertambahnya 93 kes baharu telah menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,970 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,324 kes. Alhamdulillah kesemua mereka telah menjalani rawatpulih di wad khas untuk peakit COVID-19.

Sehingga kini, sebanyak enam (6) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.
Alhamdulillah, tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Ini mengekalkan rekod tanpa ada kematian selama 12 hari berturut-turut. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.44 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Ini juga boleh dikaitkan dengan prestasi perawatan efektif pasikan perubaan KKM dan komitmen baik juga daripada petugas frontliners di dalam memastikan Wabak COVID-19 dapat dikekang.

Penularan kalangan BWN

Kes-kes positif COVID-19 di kalangan bukan warganegara di DTI adalah dari negara-negara berikut:
  •          123 kes warga India;
  •         108 kes warga Bangladesh;
  •         76 kes warga Indonesia;
  •         66 kes warga Myanmar;
  •         45 kes warga Pakistan;
  •         18 kes warga China;
  •         Tujuh (7) kes warga Sri Lanka;
  •         Lima (5) kes warga Nepal;
  •         Empat (4) kes warga Kemboja;
  •         Tiga (3) kes warga Filipina;
  •         Dua (2) kes warga Mesir;
  •         Satu (1) kes masing-masing daripada negara Laos, Nigeria, Libya, Syria;
  •         Empat (4) kes masih dalam tindakan kemas kini data.
Kes-kes positif kluster ini melibatkan hanya 14 kes di kalangan warga Malaysia dan 242 kes BWN iaitu:
  •        136 kes warga Nepal;
  •        55 kes warga Bangladesh;
  •        26 kes warga Myanmar;
  •        21 kes warga Indonesia;
  •        3 kes warga India; dan
  •        1 kes warga Vietnam.
KKM turut memaklumkan bahawa kes-kes positif baharu ini telah dikesan hasil daripada saringan ulangan dalam tempoh mereka di pusat kuarantin. Mereka masih diasingkan di pusat kuarantin, justeru tidak membawa risiko penularan kepada masyarakat. 

Sesungguhnya Malaysia bersikap baik lagi bertanggungjawab di dalam melayani Wabak COVID-19 dalam kalangan bukan warganegara. Semoga di atas kebaikan kita, Allah akan mempermudahkan segala urusan bagi memutuskan rantaian Wabak COVID-19 yang menggerunkan ini. Ins sya Allah.
Wassalam.