27 December, 2012

Taktik jahat, bukti UMNO sedang terdesak

Teori perang bersenjata, pendekatan konvensional belum cukup memastikan kemenangan. Ia kerana faktor kemenangan bukan terletak hanya pada kecanggihan senjata (alat, prasarana, teknologi), sebaliknya perlu gabungan kebijaksanaan General menguruskan senjata yang dikongsi sama dengan kemahiran unit-unit yang siap-siaga untuk mengalahkan musuh!

Teori faktor kemenangan itu sedia terbukti, tatkala perang zaman Rasulullah, misalnya dalam perang Khandak atau Ahzab, ternyata pendekatan bertahan menggunakan 'parit' adalah membukti nilai pengorbanan tinggi para tentera pimpinan Rasulullah.

Ia belaku 'semata-mata keikhlasan atas nama Allah' sehingga menguasai pemikiran pihak barisan Ahzab (puak kafir): "Kehebatan pasukan pimpinan Muhammad berjaya menggali parit."

Pandangan pemuka Ahzab: "Hanya tentera yang kuat sahaja mampu menyiapkan tugas gali parit dalam saat kritikal."

Pengajaran daripada kisah singkat tentang perang Ahzab ini, sudah tentu ia menuntut peri pentingnya melaksanakan pengurusan yang menzahirkan kehebatan. Atas kehebatan yang berjaya dipamerkan (dengan izin Allah SWT) pasti menggerunkan musuh!

Musuh sedang terdesak

Dalam tempoh kebelakangan ini, gendang peperangan pilihan raya umum ke-13 sudah rancak dipalu. Ia seumpama semarak semangat pasukan perang Khandak pimpinan Rasulullah SAW. Semarak semangat itu sudah berada di pihak Pakatan Rakyat. Kejayaan menggali parit adalah nilai pengorbanan dan keikhlasan. Ia kehebatan dalaman dan luaran tentera Islam.

Pakatan Rakyat sedang giat membina kehebatan dan menggerakkan naluri keikhlasan dalam menguruskan maruah politik rakyat yang sudah dijajah sekian lama oleh sang penguasa. Sehingga kini kepimpinan Pakatan Rakyat berjaya membangkitkan semangat rakyat, antaranya melalui Perhimpunan Aman Bersih 3.0, Himpunan Hijau, Jelajah Merdeka, Gerakan Anti-Lynas (menolak kilang sisa radioaktif), Himpunan Kebangkitan Rakyat dan Jelajah Oren (membela peneroka Felda), Gerakan Solidariti Anak Muda dan Gerakan Tuntut Royalti (R) serta kebangkitan mahasiswa menuntut hak berpolitik.

Hasil daripada kebangkitan rakyat (terserlah menerusi pelbagai gerakan di atas), ia telah menimbulkan sikap berani rakyat mempersoal sang penguasa dalam pelbagai isu yang menyentuh hak mereka dan integriti kepimpinan pihak penguasa. Rakyat sudah sensitif dengan amalan rasuah, tadbir urus politik pentadbiran dan keakhlakan kepemimpinan sang penguasa. Ia cukup membuatkan sang penguasa sedang bermusuh dengan Pakatan Rakyat. Seni bermusuh itu sudah memasuki Zon Terdesak! Ia menzhirkan Pakatan Rakyat sudah berjaya mencetuskan suasana persekitaran (biah) terdesak kepada sang penguasa.

Bukti musuh Pakatan Rakyat sedang terdesak apabila terserlahnya pelbagai tindakan jahat yang bertujuan menyekat kebangkitan dan perubahan sikap rakyat menolak kepemimpinan sang penguasa sekarang.

Di antara tindakan jahat itu ialah memutar-belit isu berkaitan Pakatan Rakyat demi mempengaruhi sokongan. Justeru tindakan jahat itu terpampang menerusi media cetak dan elektronik, serta paling rancak menerusi media baru alam maya (internet). Atas asas ini, gerakan memburuk maruah Kerajaan Pakatan Rakyat berlaku dengan mencipta isu kontroversi melibatkan isu tanah (kononnya PAS di Kelantan marasuah tanah kepada DAP sebagai pertukaran atas persetujuan menteri besar Perak diberi kepada PAS - realitinya pembohongan nyata).

Selain itu, pihak musuh Pakatan Rakyat telah mengitar semula isu lapuk kononnya akibat taksub  kepada "Amanat Haji Hadi" maka penyokong dan ahli PAS difitnah sebagai golongan yang sanggup bertindak bercanggahan (antisystem) seperti kafir-mengkafir, sembahyang dua imam, pulau memulai dan bercerai tanggal suami-isteri. Sedangkan isu amanat itu sudah berlalu dan parti sang penguasa pernah sanggup berdebat, tetapi debat terpaksa dibatalkan setelah debat olok-olok (lakonan) tokoh sesama sang penguasa  menatijahkan mereka ketiadaan hujah untuk membuktikan bahawa kepemimpinan PAS mengkafirkan UMNO!

Jelaslah, sang penguasa sedang terdesak dengan kebangkitan rakyat di seluruh negara yang tidak mahu membiarkan berulangnya salah guna wang rakyat menerusi pelbagai program (antaranya isu RM250 juta projek NFC diberi kepada suami ketua wanita sang penguasa, pembelian peralatan ketenteraan pada harga mahal, isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang belum jelas siapa dibelakang pembunuhnya, pengapungan tanah peneroka Felda melalui FGVH, dan pelbagai salah urus, kebiadapan kepemimpinan sang penguasa. Ia diparahkan lagi dengan terbongkarnya nilai-nilai isu RM40 juta untuk parti sang penguasa di Sabah, serta penyelewengan wang pampasan buruh paksa keretapi maut di Burma era perang Jepun. Kesemuanya bakal memiripkan wajah terdesak musuh Pakatan Rakyat paling tegar.

Semoga perkembangan terbaru (yang tidak pernah dilaporkan dalam media sang penguasa), bergumandang suara sokongan masyarakat Cina dan India kepada Pakatan Rakyat, kejayaan pembongkaran rasuah dan kronisme serta kejayaan menyekat projek menyaman rakyat secara AES; sudah tentu sang penguasa sedang berkira-kira untuk melaksanakan taktik jahat. Jika taktik jahat dapat dilaksanakan dalam musim pilihan raya nanti, maka sang penguasa yakin mereka akan dapat kekal malah akan berjaya meraih kemenangan dua pertiga di kerusi kuasa Putrajaya!

Apakah taktik jahat yang bakal dilakukan sang penguasa? Ia sesuatu yang sulit dan menjadi rahsia dalam peti besi untuk didedahkan pada masa ini. Sudah tentu ia berupa suatu konspirasi cetusan otak Yahudi APCO yang bertindak selaku perunding pemasaran. (Sedangkan kita tahu Yahudi tidak pernah diam sentiasa berhaluan jahat yang mensasarkan pembunuhan ke atas umat Islam). Tunggulah pendedahannya nanti.

Allahu Akbar.

23 December, 2012

Seruan NGO-NGO negeri Johor menghadapi PRU-13

Memecahkan Hegemoni UMNO,
Menubuhkan Barisan Persatuan Demokratik;
Menyatukan Rakyat Seluruh Negeri,
Merealisasikan Tiga Tuntutan yang Mendesak!

Pendahuluan

Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 menyaksikan kumpulan berkuasa BN yang didominasi oleh UMNO (UMNO-BN) terus menguasai kerajaan pusat walaupun telah hilang kuasa di lima negeri, iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak (dirampas balik oleh BN apabila terdapat ADUN PR yang membelot), Selangor dan Kelantan. Kumpulan berkuasa BN (pusat) yang diketuai oleh Najib menopengkan program transformasi politik, ekonomi dan sosial, terus melaksanakan pemerintahan institusionalisasi fahaman perkauman, yang menindas dan mengeksploitasi pekerja negara kita dengan kejam dan meminggirkan atau mengasimilasi secara paksa kaum minoriti, bahkan ada (seperti kaum India dan kaum minoriti di Sabah dan Sarawak) yang dihimpit sehingga menghampiri keadaan pupus.

Dalam 4 tahun yang lepas, majoriti rakyat masih menghadapi pelbagai keadaan kritikal, seperti pemerintahan kuku besi hegemoni, penyalahgunaan kuasa dan korupsi, harga barangan semakin meningkat, kehidupan semakin susah dan keterpinggiran budaya, pendidikan, agama kaum minoriti.

Hanya menjelang pilihanraya, kumpulan berkuasa akan sedekahkan sedikit gulagula pilihanraya dalam bentuk peruntukan kepada aspek kebudayaan dan pendidikan atau aspek lain kaum minoriti, untuk memujuk hati rakyat tanpa mengubah dasar sedia ada, supaya pemimpin parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, SUPP, MIC dan PPP boleh merebut jasa daripada kaum masing-masing dan menipu undi kaum minoriti demi mengekalkan kedudukan politik mereka.

Setelah mengalami pengajaran yang pahit selama lebih daripada 50 tahun di bawah pemerintahan hegemoni yang didominasi oleh UMNO, rakyat tertindas semua kaum negara ini, terutamanya kaum India di semenanjung Malaysia dan kaum Iban (Dayak) di Sarawak dan Kadazan-Dusun di Sabah telah bangkit. Kaum Cina, selain daripada segelintir golongan berkuasa dan strata atasan yang berkepentingan diri, rata-rata telah timbul rasa sugu dan tak puas hati yang kuat terhadap pemerintahan hegemoni yang didominasi oleh UMNO.

Kini, majoriti kaum Cina telah mengenali muka sebenar pemimpin MCA yang hanya mementingkan nama dan kepentingan diri dan puak-puaknya sehingga mengkhianati pendidikan bahasa ibunda (Mandarin) setelah menyaksikan nasib buruk “Sekolah Menengah Persendirian Cina” (du zhong) dan “Sekolah Rendah Cina” yang dibina dengan titisan peluh nenek-moyang kini semakin dikakis.
Rakyat semua kaum mula menyedari: hanya dengan menyingkirkan khayalan terhadap program transformasi yang diwar-warkan oleh UMNO; hanya dengan menyingkirkan khayalan bahawa pemimpin atasan parti-parti komponen BN akan membela hak dan kepentingan kaum masing-masing; hanya dengan rakyat semua kaum tanpa mengira kelas, aliran parti politik dan agama bersatu-padu untuk membuangkan UMNO dan BN (termasuk parti komponen utamanya) ke tong sampah sejarah, baharulah aspirasi unutuk pengubahan demokratik negara kita dapat dilaksanakan.

Untuk menyambut pilihan raya umum kritikal kali ini, NGO-NGO (pertubuhan mewakili
rakyat) dari pelbagai bidang, berasaskan perbincangan demokratik dan keputusan bersama, telah mengemukakan “Tuntutan (20 poin) PRU13 Pertubuhan-Pertubuhan Rakyat”. Tuntutan-tuntutan ini merupakan aspirasi dan permintaan khusus rakyat semua kaum berdasarkan situasi Malaysia dari segi politik, ekonomi, masyarakat, dan budaya. Dengan kata lain, 20 tuntutan ini merupakan satu “agenda perubahan” untuk membina sebuah negara yang saksama, adil, samarata dan demokratik. “Agenda perubahan” ini dikemukakan oleh NGO-NGO yang bersifat tidak kepartian (non-partisan) kepada parti politik dan individu demokratik, dengan harapan mendapat endosmen daripada parti-parti politik dan calon-calon bebas yang bertanding di kerusi parlimen dan DUN.

Sebagai NGO yang bekerja untuk demokrasi dan hak asasi manusia di negeri Johor, kami akan berusaha sedaya upaya untuk mempropagandakan “agenda perubahan” ini di negeri Johor.

Jika dilihat dari keluasan dan kedalaman isu yang dikemukakan, dan jangka masa yang diperlukan untuk mencapai tuntutan-tuntutan ini, kami berpendapat bahawa “20 Tuntutan” yang disebut di atas adalah lebih sesuai dijadikan sebagai ‘program kerja’ NGO-NGO dalam jangka masa 20-30 tahun yang akan datang, daripada dijadikan sebagai tuntutan pilihanraya umum kali ini.

Oleh itu, kami berpendapat bahawa ada keperluan menggabung semangat “20 Tuntutan” (ataupun agenda perubahan) ini dengan situasi khusus di negeri Johor, sebagai negeri barisan hadapan tenaga-tenaga demokratik untuk merempuh kubu kuat UMNO, untuk mengemukakan “tuntutan (piliharaya) yang mendesak oleh rakyat negeri Johor” yang dapat dilaksanakan (sebahagian atau secara dasarnya) dalam tempoh lebih kurang 5 tahun antara PRU kali ini dengan PRU berikutnya.

Kami, setelah berbincang dan mengkaji berulang-kali, mengumpul dan menyimpulkan tuntutan-tuntutan yang mendesak oleh rakyat semua kaum dan semua lapisan negeri Johor kepada 3 tuntutan seperti di bawah, dengan harapan mendapat sokongan dan endosemen daripada parti-parti politik demokratik dan calon-calon bebas, yang akan bertanding kerusi parlimen mahupun DUN di negeri
Johor.

Kami juga akan menyeru semua pengundi negeri Johor supaya mengundi parti-parti politik demokratik dan calon-calon bebas yang menyokong tuntutan yang mendesak itu. Kami yakin bahawa rakyat semua kaum, setelah mengalami pengalaman yang sedih pedih selama 55 tahun di bawah pemerintahan hegemoni UMNO-BN, pasti akan menolak calon-calon UMNO dan parti-parti komponen BN (terutamanya MCA, MIC, Gerakan dan SUPP) dalam pilihan raya umum kali ini.

Tuntutan-tuntutan kami adalah konkrit. Maka, parti-parti politik demokratik dan caloncalon
yang bertanding wajib menunaikan janji memelihara dan mempertahankan kepentingan rakyat, jika mereka menang dalam pilihan raya nanti. Kami akan berpakat dengan pertubuhan-pertubuhan rakyat negeri Johor yang lain untuk mengawasi parti-parti politik dan wakil-wakil rakyat yang dipilih, untuk memastikan mereka menunaikan janji mereka terhadap tuntutan-tuntutan ini.

Tuntutan Pertama: Hapuskan Penindasan Kaum, Tegakkan Kesamarataan Kaum

Kandungan utama tuntutan ini merangkumi:
 

• Mansuhkan Perkara-perkara Ketidaksamarataan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan

Kenyataan membuktikan: Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan merupakan asas perundangan kepada institusinalisasi fahaman perkauman yang dilaksanakan oleh kumpulan berkuasa UMNO-BN. Ia mengujudkan dua kelas warganegara, iaitu “orang Melayu” dan “orang bukan Melayu”.

Akibatnya, hubungan antara kaum menjadi tidak samarata dan tidak harmoni sehingga menghalang dan menjejaskan pembinaan negara dan pembangunan masyarakat dengan teruk. Oleh itu, perkara-perkara ketidaksamarataan kaum Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan harus dimansuhkan demi menghasilkan perpaduan rakyat, keharmonian masyarakat dan kemakmuran negara.

• Mansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan “Sistem Kuota Bumiputera”

Kenyataan membuktikan: Sejak dilaksanakan pada tahun 1970-an, DEB (dan dasardasar selepas itu diberi nama-nama lain), sekadar cara utama kumpulan berkuasa UMNO-BN dan kroni atau konco-konco mereka untuk mengaut sumber kekayaan negara bagi memperkayakan diri.

DEB menghasilkan segelintir kecil kapitalis besar dan borjuisi Melayu yang teramat kaya, sementara rata-rata rakyat kaum Melayu masih hidup sengsara. Sistem Kuota Bumiputera hanya merupakan alat yang digunakan oleh kumpulan berkuasa untuk membius rakyat jelata berkaum Melayu dan memecah-belahkan perpaduan antara kaum.

Oleh itu, DEB dan Sistem Kuota Bumiputera mesti dimansuhkan supaya penghijrahan cendekiawan negara kita ke luar negeri (brain drain) dapat dihentikan, dan sebaliknya cendekiawan luar negeri berbondong-bondong masuk ke negara kita, untuk kemajuan negara dan masyarakat.

• Mansuhkan Seksyen 17(1), Akta Pendidikan 1996 dan Dasar yang berkaitan

Kenyataan membuktikan: Seksyen 17(1), Akta Pendidikan 1996 dan dasar-dasar berkaitan berasaskan matlamat muktamad untuk mencapai "satu negara, satu bahasa, satu aliran" (pendidikan aliran Bahasa Melayu sahaja) yang berasal dari tahun 1950-an. Akta Ini telah mengakibatkan keadaan kelam kabut dan kegagalan pendidikan Negara.

Adalah berangan-angan dan bodoh bagi kumpulan berkuasa negara kita yang masih teringin menghapuskan sama sekali pendidikan aliran bahasa Cina dan aliran bahasa Tamil di atas tanah yang didiami oleh 6.96 juta rakyat berkaum Cina (24.6%) dan 2.07 juta rakyat berkaum India (7.3%) dalam era negeri China dan negeri India bangkit menjadi negara yang besar dan kuat.

Oleh itu, Seksyen 17(1), Akta Pendidikan 1996 dan dasar berkaitan mesti dimansuhkan. Kedudukan sah pendidikan bahasa ibunda setiap kaum (selain daripada pendidikan bahasa Melayu) harus diiktiraf - menerima pendidikan bahasa ibunda sebagai salah satu hak asasi manusia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Di negeri Johor, harus ditambahkan bilangan SRJK (C) dan SRJK (T)
dengan serta-merta.

Membina Sekolah Rendah Cina di kawasan-kawasan tumpuan penduduk Cina dan Sekolah Rendah Tamil di Bukit Indah, Mount Austin, Kota Tinggi, dan kawasan tumpuan penduduk India lain-lain di Johor dengan segera. UEC sekolah persendirian Cina dan ijazah Universiti Selatan harus diiktiraf. Membekalkan peruntukan yang adil kepada pendidikan aliran bahasa Cina dan bahasa Tamil dalam bajet negara, dan sebagainya.

• Kepercayaan Agama dan Adat Resam Kaum Minoriti harus Dihormati dan Dilindungi

Kenyataan membuktikan: Walaupun Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama, kerajaan UMNO-BN mengehadkan amalan hak asasi tersebut, mengakibatkan kebebasan beragama yang sepatutnya dinikmati oleh kaum minoriti menghadapi gangguan yang tidak munasabah, dan tempat-tempat beribadat atau patung sembahan diroboh secara paksa atau dilarang dar pembinaan serta lain-lain keadaan yang membimbangkan sehingga menggeramkan. Oleh itu, demi perpaduan dan keharmonian hubungan antara kaum, dan kestabilan dan pembangunan masyarakat dan negara, kepercayaan agama dan adat resam kaum minoriti harus dihormati dan dilindungi. Tanah perkuburan kaum India (penganut Hindu) di kawasan Masai telah penuh, masyarakat India amat memerlukan kerajaan negeri untuk memperuntukkan tanah (negeri) berhampiran kawasan Masai sebagai tanah perkuburan masyarakat India, supaya penganutpenganut Hindu dapat tenang bersemadi selepas meninggal dunia, terutamanya mengelakkan keluarga miskin daripada terjerumus ke dalam kesengsaraan kerana terpaksa meminjam daripada lintah darat untuk menanggung kos kremasi mayat ahli keluarga yang tinggi.

Tuntutan Kedua: Membantah Program “Pemutihan Pendatang Asing (6P)”, Memerangi Punca Korupsi Agensi Penguatkuasa

Kandungan utama tuntutan ini merangkumi:
• “Membantah Program 6P” yang Memudaratkan Hak Sivil Rakyat Malaysia

Amalan memutihkan sejumlah besar pendatang asing yang tak sah di sisi undangundang telah dilaksanakan di Sabah (Projek “M”) oleh kumpulan berkuasa UMNOBN.

Amalan itu kini diteruskan di Semenanjung Malaysia. Seramai lebih daripada 3 juta imigren telah diampun dan “diputihkan” di bawah “Program Pemutihan Imigren ‘6P’” dengan cara yang tak sah di sisi undang-undang di Semenanjung.

Ada tanda-tanda yang menunjukkan imigren-imigren yang melalui proses pemutihan ini bukan sahaja mempunyai permit kerja jangka panjang, malah telah mempunyai kad pengenalan warganegara (Jumlah 3 juta ini merupakan angka rasmi yang diumumkan; angka sebenar tidak dapat dikenalpasti).

Tidak syak lagi, ini merupakan susunatur politik kumpulan berkuasa UMNO-BN sebelum berlangsungnya pilihanraya akan datang untuk menambahkan undi mereka. Kami tegas membantah program ‘6P’ yang jelas memudaratkan hak sivil rakyat Malaysia. Kami menuntut penyiasatan menyeluruh terhadap kesahihan pengundi baru dalam senarai pengundi yang bermaklumat ragu.

• Memerangi Punca Korupsi Agensi-agensi Penguatkuasa Kemelut kekurangan tenaga kerja tetap membelenggu pengusaha industri kecil sederhana (IKS) dan pertanian tempatan walaupun pengambilan pekerja asingsecara besar-besaran. Ini disebabkan oleh amalan merentir dan rasuah dikalangan penguatkuasa terutamanya Jabatan Imigresen dan PDRM (Polis DiRaja), dan tindakan orang tengah dan agen-agen yang menyertai amalan mengaut keuntungan.

Apabila membawa masuk pekerja asing bagi menggalakkan pembangunan ekonomi negara, kerajaan harus menerima pengawasan bersama oleh orang ramai, pertubuhan-pertubuhan rakyat dan parti-parti pembangkang. Kerajaan seharusnya memerangi amalan merentir dan rasuah pegawai penguatkuasa; mengharamkan kumpulan pengaut keuntungan yang memanipulasi pekerja asing, serta membenarkan majikan memohon terus kepada pihak berkuasa untuk mengambil pekerja asing.

Tuntutan Ketiga: Membantah ‘Pengambilan Tanah’ Mendalihkan Pembangunan di Pengerang; Memastikan Kepentingan Rakyat Johor Terjamin di dalam Projek PIPC

Kandungan utama tuntutan ini merangkumi:
• Menjamin Hak dan Kepentingan Rakyat Johor dalam Projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC)

Rakyat Johor mesti menikmati 20% daripada jumlah hasil yang dibawa oleh projek PIPC, yang antaranya merangkumi ‘Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas Pengerang’ dan ‘Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia’ (RAPID), sebagai dana pembangunan ekonomi dan perubatan negeri Johor. Kerajaan perlu memastikan pencemaran alam semulajadi terkawal pada tahap yang paling rendah semasa membangunkan industri petrokimia. Pendudukan Pengerang yang dijejas oleh projek ini perlu diberi ganti rugi yang munasabah dan mendapat penempatan semula yang sesuai. Masalah tanah perkuburan Cina dan Muslim perlu ditangani dengan sempurna.

• Membantah Pengautan Keuntungan oleh Golongan Berkuasa melalui Proses Pengambilan dan Penjualan Tanah (Enclosure operation) di Pengerang Kerajaan perlu memastikan bahawa pengambilan tanah penduduk Pengerang adalah hanya untuk kepentingan awam dan membendung segala aktiviti mengaut keuntungan haram melalui operasi ‘pengambilan tanah (dengan harga murah) dan penjualan semula tanah (dengan harga mahal)’ (iaitu operasi ‘enclosure’) oleh kumpulan berkuasa (bigwig) atas nama pembanguan. Oleh itu, proses pengambilan tanah mesti terbuka dan telus, membanteras segala operasi tipu helah dan menerima pengawasan rakyat, pertubuhan-pertubuhan rakyat dan parti-parti pembangkang.

Kesimpulan

Bersatu untuk Membentuk Barisan Persatuan Demokratik Negeri Johor demi Menumbangkan Pemerintahan Hegemoni UMNO.

Pada masa kini, menolak pemerintahan hegemoni UMNO merupakan keinginan terbesar rakyat jelata negara kita, ia juga adalah prasyarat untuk merealisasikan reformasi demokratik di negara kita. Oleh itu, kami menyeru semua parti politik, pertubuhan masyarakat dan individu yang sanggup menentang
pemerintahan hegemoni UMNO bersama-sama menubuhkan barisan persatuan demokratik negeri Johor.

Barisan persatuan demokratik ini bukan sahaja terdiri daripada tiga parti politik dalam Pakatan Rakyat yang sedang menentang BN [iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP)], tetapi juga mesti menyatukan semua parti-parti politik lain yang menentang UMNO-BN, termasuk Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Hak Asasi Manusia (HRP), dan juga pertubuhan-pertubuhan rakyat (NGO) dan individu
pelbagai kaum, lapisan masyarakat dan bidang.

Di samping itu, kami mengalu-alukan pemimpin-pemimpin kanan parti-parti komponen BN yang memutuskan untuk meninggalkan BN, dan juga pemimpinpemimpin akar umbi dan ahli-ahli parti komponen BN, yang memutuskan untuk menolak sepenuhnya barisan pimpinan kanan MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain parti komponen BN, dan bersedia untuk menentang korupsi dan hegemoni perkauman UMNO-BN, bersama-sama menyertai barisan persatuan demokratik ini.
Kami dengan ikhlas menyeru kepada rakyat Johor agar bersatu-padu! Tanpa mengira kaum, tanpa mengira kelas, tanpa mengira parti, tanpa mengira agama, sama-sama menamatkan pemerintahan hegemoni UMNO, dan sebaik-baiknya dapat membentuk kerajaan campuran demokratik di negeri Johor!

Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) negeri Johor dan Hindu Rights Action Force
(HINDRAF MAKKAL SAKTHI) negeri Johor telah membuat pengumuman bersama pada 19
Oktober 2012.


Pihak-pihak yang ingin endos, sila hubungi:
Y. Mohan (019-710 2895)
Ang Pei Shan (013-770 8320)