28 March, 2020

Status Wabak COVID-19 di Malaysia


Kumulatif terlibat 2,320
Kes baharu 159
Sedang dirawat 1,973
Pulih dan discaj 320
Meninggal dunia 27

Semoga Allah menyelamatkan rakyat Malaysia. Sesungguhnya, Engkau Maha Kuasa dan Maha Penyayang.


COVID-19: PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN)


Pengumuman Perdana Menteri 27 Mac 2020
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion.
Sebelum ini RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan.
RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.
Tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind.
Kementerian Kesihatan Malaysia diperuntukkan RM500 juta bagi meningkatkan lagi keupayaan Kementerian, Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi COVID-19,
Pihak industri insurans dan takaful akan mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan yang bernilai sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan oleh KKM untuk menjalani ujian di hospital swasta atau makmal swasta.
Doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak ini diberi elaun khas –daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April 2020 sehingga wabak ini berakhir.
Anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan diberi elaun khas sebanyak RM200 sebulan (manfaat untuk 169,000 kakitangan tambahan) akan dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir.
Pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah akan menerima pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion. Ini buat pertama kalinya akan disalurkan kepada kumpulan M40:-
Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.  
Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
Ketiga: RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.
Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.
Para pelajar institusi pengajian tinggi diberi bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020.  Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta
Warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya atau OKU, golongan gelandangan dan orang asal dengan kerjasama NGO dan usahawan sosial akan menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk mereka dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.
Peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK (seramai 174,500 orang) diberikan penangguhan bayaran balik pinjaman untuk tempoh yang sama kepada mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020, dengan anggaran kutipan sebanyak RM149.2 juta.
Golongan B40 yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan COVID-19 – mySalam  menyediakan manfaat boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari.
Skim Persaraan Swasta – Kerajaan membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari akaun B sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020.
Golongan B40 di kawasan bandar (3,636 unit rumah PPR disewa atau transit di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), terutamanya mereka yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam menerima pengecualian pembayaran sewa daripada sebulan yang diumumkan sebelum ini kepada enam bulan dengan jumlah kos sebanyak RM3 juta ditanggung oleh kerajaan.
Bagi unit sewa untuk milik pula,  penangguhan pembayaran bulanan diberikan selama enam bulan bagi pembayaran balik pembiayaan bermula bulan April hingga September 2020. Penangguhan pembayaran ini melibatkan kos RM5.7 juta bagi 4,649 unit rumah. 
Perumahan Awam pula, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memberi pengecualian yang sama yang memanfaatkan lebih 40,000 penyewa. Saya menyeru kepada Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan lain supaya memberikan pengecualian yang sama bagi meringankan beban penghuni PPR di negeri masing-masing.
Pengecualian sewaan premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain selama enam bulan untuk semua. Ini termasuk semua premis milik agensi dan badan berkanun Kerajaan Persekutuan.
Diskaun bil elektrik sebanyak RM500 juta bagi tujuan pemberian diskaun 15% ke atas bil elektrik sektor pelancongan dan 2% bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung Malaysia mulai 1 April 2020
Tenaga Nasional Berhad akan menambah peruntukan sebanyak RM530 juta lagi untuk memberikan diskaun berperingkat:-
1. Diskaun 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan.
2. Diskaun 50% akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25% bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt
3. Diskaun 15% bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt.
4. Diskaun ini akan berkuatkuasa bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020. Sementara itu, diskaun sebanyak 2% seperti dimaklumkan sebelum ini akan terus dinikmati oleh semua pengguna isi rumah.
Pakej khas syarikat-syarikat telekomunikasi – internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020.
Meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan tambahan RM400 juta akan dilaburkan.
Bantuan tunai penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta bermula April 2020.
Pesara Kerajaan diberi bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020.
Dana Jaminan Makanan – diperuntukkan sebanyak RM1 bilion dan RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.
Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan yang berdaya maju disediakan dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000 untuk membangunkan projek agromakanan jangka pendek yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Ini untuk memastikan bekalan makanan terjamin. peruntukan sebanyak RM64.4 juta.
Program Subsidi Upah untuk membantu majikan mengekalkan pekerja untuk elak pekerja dibuang kerja dan hilang pendapatan, disediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan. Program ini dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020. Selain itu, majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada perkerja. Langkah ini dijangka memanfaatkan 3.3 juta orang pekerja dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.
Pemandu e-hailing (seramai 120,000 orang) sepenuh masa turut terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan - diberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 dan disediakan peruntukan sebanyak RM60 juta. Sebelum ini, pemandu teksi telah diberikan bayaran one-off sebanyak RM600 mulai 1 April 2020.
Pekerja yang terlibat dengan kontrak (80,000 pekerja) akan menerima manfaat daripada inisiatif ini yang melibatkan peruntukan berjumlah RM110 juta.
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), termasuk usahawan mikro, Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan menyediakan dana tambahan berjumlah RM4.5 bilion yang merangkumi lima inisiatif utama:-
Pertama: Menambah dana dalam tabung Bantuan Kemudahan Khas sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion. kadar faedah dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%.
Kedua:  Meningkatkan saiz dana sebanyak RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi.
Ketiga: Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro kepada RM700 juta bagi pembiayaan mudah. dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dengan menawarkan kadar faedah 2% sahaja tanpa cagaran. Amaun pembiayaan juga ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan. terbuka kepada semua usahawan mikro dalam semua sektor perniagaan termasuk pengusaha taska, operator bas dan teksi, industri kreatif dan peniaga atas talian. 
Keempat: PKS yang rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun juga boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.
Kelima: Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80% bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.
Pemilik-pemilik syarikat yang bermasalah –melibatkan jumlah keseluruhan sekurang-kurangnya RM100 bilion untuk memperbaiki aliran tunai:-
Pertama: KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April 2020. Perkhidmatan ini merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan. Langkah ini dijangka memberikan penjimatan aliran tunai kepada majikan yang dianggarkan berjumlah RM10 bilion. Inisiatif ini akan memanfaatkan lebih 480,000 PKS dan syarikat yang terjejas, di samping menyelamatkan lebih 8 juta pekerjaan. 
Kedua: Mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020. Langkah ini dijangka membantu aliran tunai syarikat dengan penjimatan keseluruhan bernilai RM440 juta;
Ketiga: Dengan rasa peduli terhadap masalah yang dihadapi oleh kira-kira 750 ribu PKS, Kerajaan juga membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April 2020. Ini adalah tambahan kepada langkah yang diumumkan terdahulu di mana Kerajaan telah memberi penangguhan bayaran ansuran cukai kepada perniagaan yang terjejas dalam sektor pelancongan selama enam bulan bermula 1 April 2020. Bagi sektor lain yang turut terkesan, mereka dibenarkan untuk meminda jumlah cukai pendapatan yang dikenakan pada bulan ketiga, keenam dan kesembilan ansuran dalam tempoh asas perniagaan.
Penanguhan bayaran balik pinjaman –melibatkan jumlah keseluruhan sekurang-kurangnya RM100 bilion atas kesanggupan institusi perbankan untuk menawarkan penangguhan atau moratorium bayaran pinjaman selama enam bulan, penukaran baki kad kredit kepada pinjaman berjangka dan penstrukturan semula pinjaman korporat – bertujuan untuk membolehkan syarikat terus berkemampuan untuk mengekalkan pekerjaan dan segera meneruskan aktiviti perniagaan masing-masing.
Sektor korporat yang terjejas – diberi kemudahan skim jaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80% daripada jumlah pinjaman bagi tujuan membiayai keperluan modal kerja. Saiz minimum pinjaman yang layak dijamin ialah RM20 juta bagi setiap perniagaan. Kemudahan ini akan disediakan untuk pemohonan mulai 1 Mei sehingga 31 Disember 2020.





Cerita Makcik Kiah  terima pakej rangsangan:
Makcik Kiah penjual goreng pisang; Duduk di PPR Desa Tun Razak; Suaminya adalah pesara kerajaan bawa Grab; Anaknya peminjam PTPTN; dan Pendapatan isirumah di bawah RM4,000 sebulan.
Manfaat terimaan Pakej Rangsangan:-
1. Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1,600,
2. BSH sebanyak RM600,
3. Bantuan pesara sebanyak RM500,
4. Bantuan tunai e-hailing (bawa Grab) sebanyak RM500,
5. Bantuan anaknya yang bujang sebanyak RM800.
6. Suami Makcik Kiah jadi RELA dapat RM 200 sebulan
Keseluruhan (bil. 1 hingga 6) dapat ialah sekurang-kurangnya RM4,200.
7. Dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744,
8. Penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1,800,
9. Penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120.
10.   Penjimatan penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak RM1,200.
11.    Penjimatan pinjaman kredit mikro RM100 sebulan/ sebanyak RM600.
Keseluruhan (bil. 7 hingga 11) penjimatan ialah sebanyak RM4,464.
Nilai manfaat keluarga Makcik Kiah dapat:
1.       Pemberian tunai RM4,200
2.      Penjimatan RM4,464
Kesemuanya sebanyak RM8,664.
~~~
Bersama-sama kita menilai kredit kepada Kerajaan Perikatan Nasional!

26 March, 2020

COVID-19 - Mohon Allah Selamatkan Kita

Mohon kepada Allah adalah dengan BERDOA. Kita sedar siapa kita.
Sesunghuhnya Allah yang menentukan segala-galanya. 
Dia-lah jua yang berkuasa di atas apa yang ditentukan. 
Tiada daya upaya kita, 
hanya kita berikhtiar, 
dan Allah jua yang menentukan di atas apa yang kita ikhtiarkan.
Sesungguhnya kita hamba-Nya. 

Amatilah firman-Nya sebagai muhasbah diri pada saat Wabak COVID-19 sedang merebak. 

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, engkau melihat bumi kosong sepi (dalam keadaan kering dan tandus), maka apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya serta suburlah tanamannya. Sesungguhnya Allah yang menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati; sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Fussilat 41:39)

Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuan-Nya akan apa yang mereka lakukan. (A-li'Imraan 3:120)

“Berdoalah kepadaTuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki  amalannya”. (Al-A'raaf 7:55-56


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Berdoa Mohon Allah selamatkan kita
dari Wabak Coronavirus



Doa 
Perdana Menteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim 

Engkau ampunilah dosa-doa kami Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa 
Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim 

Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat ini Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami Ya Allah tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepada Mu 

Ya Allah Ya Rahman Ya Syaafi 

Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami 
yang dijangkiti wabak Coronavirus walau di mana sahaja mereka berada 
Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya Allah  
Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya Allah 

Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah 
Lindungilah kami 
Selamatkanlah kami 
Sejahterakanlah hidup kami 



"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
(Al-Baqarah 2:201)

25 March, 2020

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera-Kembali Bersiaran

Selepas lebih setahun tidak bersiaran, saya cuba kembali merakamkan cerita dan isu untuk tatapan awam. Semoga niat baik semusim dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO) memutuskan rantaian Coronavirus-19 (COVID-19) ini menatijahkan komitmen tinggi kita semua.

Sehingga kini, perkembangan PKP masih di dalam pemerhatian dan kerjasama semua pihak dengan slogan anjuran Perdana Menteri: Duduk Di Rumah (Stay at Home) akan menunaikan kebaikan untuk semua warga negara.

Terima kasih kepada semua, terutama saf hadapan (frontliners) KKM, PDRM dan ATM serta pemimpin Negeri dan Negara di atas daya usaha yang bersungguh-sungguh menangani wabak COVID-19 yang melanda dunia ini.

Wassalam.