22 October, 2011

Selamat melangkah usia 21 tahun

Pada 21 Oktobwer 2011, genap dua dekad KELANTAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM bersama kepimpinan ulama' yang diterajui Tuan Guru Dato' Bentara Setia Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Berikutnya dinukilkan asas-asas berkebajikan, kesejahteraan dan keharmonian Kelantan dan penduduknya.

1. Beza pentadbiran Kelantan dengan negeri lain –

a. Kepimpinan ulama menerajui kerajaan, seorang bertaraf ulama dan ‘tok guru’ sebagai Menteri Besar.

b. Mengutamakan prinsip pentadbiran berteraskan agama Islam, menerima pakai tiga teras pentadbrian, ioaitu Ubudiah, Masuliah dan Itqan.

c. Meletakkan prinsip syariah dalam penggubalan dasar dan peraturan pentadbiran, nilai dosa dan pahala dijadikan keutamaan dan program mengutamakan matlamat amal maaruf nahi mungkar.

2. Dasar Membangun Bersama Islam dianggap sinonim dengan Kelantan –

a. Kelantan dikenali sebelum ini sebagai Serambi Mekah kerana pusat perkembangan Islam, pusat pengajian pondok dan budaya beragama.

b. Dasar dan prinsip kerajaan Negeri yang mengutamakan dakwah dan pendidikan kepada rakyat serta menjadikan hari Jumaat sebagai hari ilmu menjadikan Kelantan turut dikenali sebagai Negeri Tadahan Wahyu.

3. Dari segi politik, rakyat Kelantan memilih PAS dan menolak Umno/BN dalam pilihan saya umum 1990 yang membolehkan PAS melantik Tok Guru Nik Abdul Aziz. Kesederhanaan kepimpinan Tok Guru telah mendapat perhatian dan kepercayaan rakyat ia telah menambahkan keyakinan rakyat dapat memenangi pilihan raya berikutnya (1995, 1999, 2004 & 2008). Kemudian kesan kepimpinan dan dasar Islam yang diperjuang PAS selama ini dilaksanakan dalam bentuk keadilan dan kebajikan serta jimat cermat dalam pentadbiran kerajaan. Walhasilnya, pasang surut sokongan rakyat membuktikan PAS kekal sebagai parti majoriti rakyat Kelantan. Justeru kekuatan dasar dan kepimpinan Islam yang dipimpin oleh Tok Guru telah menyatukan sokongan rakyat.

4. Pencapaian ekonomi –

a. Kekuatan ekonomi Kelantan adalah sektor pertanian, diikuti dengan perhutanan, pembangunan tanah dan perkhidmatan serta perniagaan.

b. Kelantan tidak popular dari segi perkembangan perindustrian dan sektor perdagangan serta pelaburan asing.

c. Pencapaian paling utama dan bersifat memimpin transformasi ekonomi ialah berlakunya pemangkin dan peneraju kepada pembangunan ekonomi dan kewangan Islam. Anataranya melibatkan permbangunan Perbankan Islam di seluruh Negara hasil cetusan amalan pemindahan wang kerajaan negeri dari bank riba kepada bank Islam, pencetusan pajak gadai Islam ar-Rahn, dan pengasingan hasil riba dengan yang halal serta pembangunan wang syariah dinar emas dan dirham.

d. Kerancakan ekonomi rakyat Kelantan turut dilihat berikutan tumbuhnya institusi perbankan Islam dengan pesat. Misalnya Bank Islam telah mmbuka di Kota Bharu sahaja dari satu cawangan tahun 1990 sekarang bertambah kepada 4 cawangan.

e. Dapat dilihat juga dari segi pembukaan pasaran raya besar – menggambarkan kuasa beli rakyat Kelantan agak besar. Selain yang sedia ada, turut dibuka, Tesco, Parkson Mydin, Nirwana dan PKT. Kini Bandar Baru Kubang Kerian telah menjadi pusat perniagaan dan membeli belah yang maju.

f. Pembukaan hotel baru di Kota Bharu, satu lagi ukuran kemajuan ekonomi pelancongan dan Kelantan dilihat destinasi yang utama di pantai timur. Terbaru Habib Jewels turut membuka hotel dan pusat jualan barangan aksesori barang kemas. Membuktikan para peniaga besar (spt Habib Jewels) yakin terhadap kuasa beli tinggi dan rakyat Kelantan adalah mesra perniagaan.

5. Tujuan pengenalan wang dinar emas/dirham bertujuan mebangkit semula sejarah keagungan Islam yg menguasai dunia perniagaan dan perdagangan timur-barat menggunakan wang dinar, bukannya kertas/syiling seperti sekarang. Di samping melaksanakan sunnah kerana dalam Islam penggunaan dinar emas/dirham berlaku zaman Rasulullah lagi. Maka ia disebut wang syariah, iaitu sistem kewangan Islam berteraskan emas sbg sandaran realistic bukannya bon atau nilai kertas bersifat manipulasi seperti Dolar US atau ringgit Malaysia. Emas juga sbg sandaran benar (genuine) kerana nilai ditetapkan oleh pasaran yang stabil. Buktinya dinar/dirham Kelantan sejak diperknalkan sampai sekarang tak pernah jatuh, malah melonjak dari RM350 skrg sudah RM600 lebih.

6. Falsafah kempimpnan ulama' – iaitu melaksanakan falsafah politik pentadbiran berteraskan siasah syariyyah dengan mengutamakan apa-apa dasar/peraturan mengikut prinsip “iqamatiddin wa ssiasatundunniya bih”. Maksudnya mentadbirkan negeri berlandasakan agama dan ajaran agama ditegakkan serentak, iaitu melaksanakan amal maaruf nahi mungkar. Di sini para ulama adalah teras pemimpin dengan menggabungkan tenaga pakar dalam urusan agama dan pentadbiran serta pembangunan negeri.

7. Prinsip masyarakat madani adalah bermodelkan kejayaan Rasulullah SAW mencipta kegemilangan Islam sebagai penguasa dan ketuanan di Madinatul-Munawwarah. Di sananya berlaku kemakmuran, kesejahteraan dan keharmonian hidup kaum, kemajuan ekonomi dan suburnya amalan Islam serta jaminan selamat hidup di dunia sampai ke akhirat. Ia berlaku dgn penuh keredaan kerana taqwa rakyatnya sept mana maksud ayat al-Quran surah al-Araf:96. Kedudukan ini sedangkan diusahakan oleh Kelantan sbg sebuah Islam bagi memenuhi sifat Madaniyah. Kesungguhan Kerajaan Kelantan melaksanakan Skim Al-It'aam dengan membantu keluarga miskin sekampit beras (10 KG) setiap bulan adalah bukti berkebajikan amalan pentadbiran Membangun Bersama Islam.

8. Selama 20 th TG Nik Abdul Aziz memimpin Kelantan, kesannya untuk dikatakan menjadi negeri yg dikatakan Islam sepenuhnya adalah prlu dilihat dari segi pertama, apakah ukuran-ukuran yg patut dilihat untuk dikatakan sebuah negeri yg sepenuh? Kedua wajar difahami sama konteks hubungan federalism (State-Central), dan ketiga kesannya kepada kedudukan syiar Islam dan pandangan umum terhadap Islam sebagai agama yang mentadbir negeri sebagaimana perkara yang dijelaskan dalam para 6 di atas.

a. Pertama, ukuran hakikai ialah kepimpinan yg mengetuai kerajaan sudah dilihat Islamik (ulama yg memimpin beza dengan di Pusat tidak bertaraf ulama), dasar pentadbiran (berteraskan ubudiah, masuliah & itqan), pertauran yg menyokong dasar (cth: pertauran tutup aurat) dan persekitaran (bi’ah) yg kelihatan Islamik.

b. Kedua, ada beberapa kiuadsa yg terpaksa bergantung kpd kerajaan OPusat dan Negeri tak boleh memandai-mandai, seperti mahkamah sivil, polis , kastam, JPJ, sekolah aliran kebangsaan – kesemuanya di bawah Pusat. Begitu pula, Negeri hanya berupaya menguruskan mahkamah syariah, pihak berkuasa tempatan, sekolah agama, di samping sultan adalah ketua agama Islam. Maknanya ada pesoaalaan besar untuk mentadbir negeri secara Islam sepenuhnya. Misalmnya untuk membentuk pasukan polis yg Islamik ia bidang Pusat, kuasa mahkmah syariah tak boleh mengatasi mahkmah sivil, maka mahkamah syariah tak ada kuasa membicara kes-kes jenayah sivil seperti rasuah, mencuri, merogol, membunuh kerana kuasa mengadili dan menghukum diletak di mahkamah sivil.

c. Ketiga, dari segi kesan kpd bia’ah pula, ramai yg setuju kerana Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru bi’ahnya dikatakan selamat, baik untuk menghanytar anak-anak belajar di Kelantan, dan sekolah agama yg stabil. Justeru ramai ibubapa dari luar Kelantan suka memilih Kelantan sbg tempat belajar yang kondusif. Ini satu contoh nilai kejayaan 20 tahun Kelantan melaksana Islam (Membangun Bersama Islam). Begitu juga, perumbuhan ekonomi yang sederhana tetapi banyak membantu kepada kesejahteraan hidup (kos hidup yang sederhana) bagi majority rakyat. Ini adalah nilai-nilai wasatan yang sesuai dgn prinsip negeri madaniyah.

9. Sekali Kelantan telah ditadbir secara Islamik (dasar Membangun Bersama Islam), maka selepas Tok Guru saya yakin rakyat akan setuju dan sedia memilih pemimpin yg mempunyai political will (keazaman) untuk menerus atau menambahbaikan lagi kedudukan pentadbiran secara Islam. Ini kerana kita semua yakin:

a. Tanggungajawab menegak pemerintahan Islam di Negeri atau Negara adalah wajib kepada umat Islam. Perintah itu telah difirmankan oleh Allah dalam al-Quran suarh Ali-Imran ayat 19, yang mengesahkan segala dasar yg diterima Allah hendaklah selari dgn Islam dan mana-mana dasar yg bukan Islam adalah tidak diterima. Maka hukum ini adalah qat’I, jika kita terus memakai undang-undang Barat sedangkan hukuman itu ada dalam hukum Islam, maka ia dianggar kufur di sisi Allah. Natijahnya orang kufur akan dihumban ke dalam Neraka.

b. Seorang pemimpin hendaklah melakukan sesuatu ketika memimpin ialah menyelamat dirinya dan rakyat yang dipimpin daripada bakaran api neraka. Kita umat Islam tiada pilihan untuk menolak, mengetepi atau menyamakan perintah Allah dengan perintah manusia/system manusia.

c. Sekali sudah kita memilih Islam (masuk Islam) berdosa (kafirlah) kita untuk menolak/kembali kepada hukum bukan Islam (jahiliah) atau mencampuradukkan antara dasar Islam dengan dasar bukan Islam. Mana-mana orang yg kembali kepada peraturan kafir hukumnya murtad dan jika ia mengamalkan akidah yang bercampur aduk, maka fasiq. Analogi inilah juga harus difahami kepada semua pemimpin umat Islam. Jika negeri itu sudah menjalankan dasar Islam, jika kembali kepada dasar tidak Islam maka negeri itu boleh disifatkan negeri yang kafir, tetapi jika bercampur aduk maka negeri itu bertaraf fasiq. Ini padangan Dr. Umar Abdul Rahman, dari Uni. Al-Azhar Mesir dalam bukunya “Jenis-jenis pemerintahan dan statusnya menurut Islam” (Asnaful hukkam wa ahkamuhum).

Semoga Allah terus memberkati bumi dan warga negeri Kelantan. Wallahu’alam.

MCA dominan ke atas Umno?

Harap bacalah kenyataan Dato' Tuan Ibrahim ini (mendedahkan 'kinya-nya' Umno sehingga diperalatkan oleh MCA...

KERDAU, 2 Mac [1.04 am] - Pesuruhjaya Pahang dan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto), menegaskan UMNO BN sebenarnya yang telah ketandusan isu apabila mengatakan beliau takut kalah dan tidak bersedia menjadi calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau 6 Mac ini. "Mereka sebenarnya terpedaya dengan taktik kita, mereka menyangka saya yang jadi calon. Mereka mainkan isu saya bukan anak tempatan Kerdau sebelum hari pencalonan, dengan harapan rakyat akan menolak PAS. Tapi akhirnya kita memilih Hasanuddin Salim sebagai calon, tambahan pula dia adalah anak tempatan. Ini membuatkan UMNO BN kebingungan sebenarnya. Sebab itulah Perdana Menteri, Najib Razak sendiri kecewa bila nama saya tidak dicalonkan", katanya kepada penyokong PAS di Felda Jengka 25malam tadi. Sementara itu, beliau turut menegaskan UMNO semakin terdesak bila mengatakan "PAS jadi alat DAP" berikutan keenganan PAS berkawan dengan UMNO dan memilih DAP untuk bersama berjuang dalam Pakatan Rakyat. "UMNO tuduh PAS kawan dengan Cina DAP sedangkan mereka juga kawan dengan Cina MCA. Mereka tuduh DAP peralatkan PAS (Melayu), padahal UMNO itu sendiri diperalatkan oleh MCA", katanya. "Bukti jelas UMNO yang gadaikan kawasan majoriti Melayu kepada Cina MCA. Di Pahang misalnya, kerusi Parlimen Raub milik UMNO diserahkan kepada MCA", katanya.

"Begitu juga dengan kerusi Parlimen Kuantan diberikan kepada MCA. Kerusi itu kini diwakili oleh orang Melayu iaitu Fuziah Salleh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bukankah Fuziah itu Melayu. Maknanya kerusi Melayu bertambah di parlimen. Soalnya kenapa UMNO kata PAS gadaikan perjuangan orang Melayu kepada DAP", tambah beliau lagi. Dato' Tuan Ibrahim juga menegaskan UMNO sebenarnya yang telah menganiaya orang Melayu di negara ini. "Sejak 20 tahun lalu, negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak mendapat tambahan satu pun kerusi parlimen. UMNO hanya membenarkan SPR menambahkan kerusi parlimen yang begitu banyak di Sabah dan Sarawak. Maknanya, siapakah yang menganiaya orang Melayu di negara ini?", tambahnya lagi.

[Dalam ceramah penerangan di Felda Jengka 25 malam tadi, Dato' Tuan turut memaklumkan pernyertaan bekas pemimpin UMNO kawasan itu ke dalam PAS. Pemimpin yang banyak berjasa kepada UMNO dan masyarakat disitu berbuat demikian bersama beberapa orang kuat UMNO disitu. Pengumuman itu memberi tamparan cukup hebat kepada BN di Peti Undi Jengka 25 yang dipercayai turut menjadi kubu kuat mereka. Difahamkan, ramai lagi ahli UMNO akan berbuat demikian sebenarnya. Appaun tahniah kepada mereka yang terlibat. Ceramah yang berakhir sekitar jam 11.30 malam itu turut menampilkan Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Hadi Awang, Hasnuddin Salim (Calon PAS DUN Kerdau) dan Ustaz Kamal Ashaari. Melihat kepada isu yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat, maka dilihat PAS berupaya menyaingi kehebatanBN yang tidak habis-habis menggunakan wang dan projek pembangunan untuk memancing undi. Perbuatan yang sepatutnya salah itu kini dihalalkan oleh SPR, atas alasan projek yang termasuk dalam Bajet bukanlah satu perbuatan rasuah. Walhal ia adalah sebaliknya. Justeru rakyat diseru memberi sokongan padu kepada calon PAS demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka lebih dihargai pada masa yang akan datang].

BUKTI Umno tak mahu Undang-undang Islam dilaksanakan di Malaysia selepas MCA & Gerakan mengugut akan berpecah dengan Umno.

MAKSUDnya, bila MCA ugut Umno pun ikut...

MCA, Gerakan sanggup tinggalkan Umno

MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek (kiri) berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud.

Bagaimanapun, katanya, bukan lagi masanya bagi perundangan Islam itu dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya berbilang agama. Baca berita penuh]

Gerakan: Kita bukan negara Islam

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan.

"Kita bukan negara Islam tetapi negara dengan majoriti umat Islam dan minoriti bukan Islam yang ketara.

"Struktur asas perlembagaan kita mengekalkan kepelbagaian ini dan ia menunjukkan kenapa undang-undang sekular digunapakai terhadap semua orang.

"Kita tidak boleh ada set undang-undang berbeza untuk setiap seksyen masyarakat," katanya.

Chang (kanan) juga berkata, kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan.

MAKA Presiden Umno pun mengalah dengan mengeluarkan kenyataan berikut:

Hudud tidak akan dilaksanakan di M'sia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.

Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.

Perdana menteri juga menyifatkan langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.

Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air.

"Saya nampak ini taktikal, sebab parti PAS sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran daripada kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu. Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan orang Melayu.

"Mereka sedar bahawa sokongan kepada mereka dah merosot dengan begitu ketara, jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mohamad Sabu itu akan tenggelam dan cuba muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu," katanya.

Najib berkata isu hudud ini turut memperlihatkan kemelut persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup lagi dan beliau yakin rakyat bijak menilai kelemahan mereka.

"Dalam soal undang-undang hudud ini, telah timbul satu keadaan di mana perbezaan ideologi mereka sudah tidak boleh ditutup lagi, tidak boleh diselindung di hadapan mata rakyat.

"Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat, kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan daripada segi prinsip dan ideologi.

"Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat, tetapi lambat laun ia akan timbul bukan sahaja daripada segi hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam "Kabinet Bayangan" mereka. Mereka belum berani merangka Kabinet mereka," katanya.

Di majlis itu, Najib yang ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sempat meluangkan masa memancing udang galah di sebuah kolam bersama-sama masyarakat sekitar Tanjung Tualang yang terkenal sebagai Pekan Udang Galah.