09 January, 2021

Politik pentadbiran yang sering panas - Bahagian 2

Pada 17 Disember 2020Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin telah mempengerusikan satu mesyuarat antara ketua-ketua parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional.Ketua-ketua parti yang hadir pada mesyuarat tersebut adalah Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO), Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Presiden MCA), Prof. Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian (Presiden SUPP) dan Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili (Presiden PBS). Turut hadir mewakili parti-parti yang mendukung Kerajaan Perikatan Nasional adalah Datuk Amar Haji Awang Tengah (Timbalan Presiden PBB), Datuk Joseph Salang Gandum (Timbalan Presiden PRS), Tuan Arthur Joseph Kurup (Timbalan Presiden PBRS), Tuan Edward Dagul (Timbalan Presiden SAPP), Datuk Paul Igai (Naib Presiden PDP), Datuk Asojan Muniyandy (Setiausaha Agung MIC), dan Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi (Setiausaha Agung STAR). 

Hasil mesyuarat tersebut adalah mengabsahkan Tan Sri Haji Muhyiddin sebagai Pengerusi bagi kerjasama parti-parti yang membentuk Kerajaan Perikatan Nasional. Sementara dua keputusan yang agak signifikan melibatkan pentadbiran Perikatan Nasional, pertamanya parti-parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional bersetuju sebulat suara menubuhkan Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh ketua-ketua parti masing-masing sebagai platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan. Keduanya pula bagi menyelaraskan Majlis Presiden menerusi penubuhan satu sekretariat yang dianggotai oleh semua Setiausaha Agung parti-parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional. 

UMNO bertindak songsang

Walau bagaimanapun, di dalam keintiman hubungan kerjasama Kerajaan Perikatan, dua minggu selepas itu, UMNO terus melakukan tindakan songsang. Mula menyanyi tidak selari dengan iramanya, dengan menggunakan pentas mesyuarat agung bahagian lalu dikutip sebagai "suara akar umbi" memutuskan hubungan dengan Parti Perdana Menteri (PPBM). lalu terjadilah pelbagai sedutan suara songsang UMNO seperti mana nota links seperti mana berikut. 

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/01/03/umno-must-leave-pn-or-it-will-perish-says-najib/

https://www.sinarharian.com.my/article/117397/BERITA/Politik/UMNO-Terengganu-tetap-enggan-kerjasama-Pas-pada-PRU15

https://www.astroawani.com/berita-politik/umno-padang-rengas-umum-tidak-akan-kerjasama-dengan-bersatu-pada-pru15-275823

https://www.astroawani.com/berita-politik/umno-jangan-pilih-jalan-merugikan-ulang-kesilapan-lampau-hishammuddin-275803

https://www.malaysiakini.com/news/557462

Berdasarkan nota links tersebut, terukti UMNO mengambil sikap songsang dan sedang melakukan tindfakan ssrupa dengan era Kerajaan Pakatan Rakyat, iaitu menjatuhkan dominasi Kerajaan Perikatan Nasional dengan cara menghilangkan kepercayaan majoriti terhadap Tan Sri Muhyidin Yasin. Kita tunggu perkembangan selanjutnya, apakah terus songsang yang menyusahkan atau menguntungkan. 

Wallahu'alam.