23 February, 2009

KEPANASAN POLITIK DI PERAK

Pertama kita harus bersyukur atas segala nikmat Tuhan Yang Esa kerana rakyat Malaysia dalam keamanan dan kesejahteraan. Meskipun politik di Perak makin terasa panas kerana akan berlaku pilihan raya kecil parlimen P.059 Bukit Gantang (BG), namun turut terasa panas bila mana kalangan pemimpin (calon bagi pemilihan) parti UMNO sudah mula turun padang menemui perwakilan di tiap-tiap negeri. Siri kepanasan politik di Perak ekoran rampasan kuasa oleh DS Najib Tun Razak menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan menaikkan kerajaan Barisan Nasional (BN) juga turut terbahang dengan pilihan raya kecil di DUN N.25 Bukit Selambau, Kedah.

Dalam pada itu pemilihan UMNO pada hujung bulan Mac ini akan berakhir 28 Mac terus menyaksikan pula penamaan calon pada 29 Mac di kedua-dua kerusi tersebut. Namun pujian harus diberikan kepada rakyat Perak, khususnya yang menyokong PR, meskipun telah terbalik sebuah kerajaan dan naik kerajaan baru melalui rampasan kuasa, sehingga kini tidak ada kekecohan dan huru-hara. Terutama pemimpin PAS yang jelas kehilangan kerusi Menteri Besar tidak 'mengamok'. Semuga perjalanan pilihan raya kecil nanti (di kedua-dua kerusi) akan berlaku dengan aman. Mudah-mudah akan bahagianya pemergian YB Roslan bersemadi di alam akhirat-pemergiannya akan membawa kebaikan kepada politik Malaysia. Amiin.