Sehubungan itu, saya kemudian mendapatkan persetujuan Ustaz Dato' Menteri Besar Kelantan untuk berjumpa pemilik blog berkenaan (Mohd Sayuti Omar) bagi menerangkan beberapa perkara yang dibangkitkan (terutama dalam hal-hal yang tidak tepat).
Paparan blog Tinta Merah MSO mnceritakanperjumpaan |
Perjumpaan itu berlangsung di Wangsa Maju pada pagi Isnin (6 Januari 2014) secara santai dan cukup selesa bagi saya menerangkan hal-hal yang dilihat (dalam tulisan blognya) 'ditulis tanpa maklumat yang tepat.'
Sebahagian hasil perjumpaan itu, sudah ditulis oleh pemilik blog tersebut (pada 6 Januari 2014, jam 7.45 pm) seperti mana terpapar (foto snipping disebelah).
Perjumpaan secara semuka itu, cukup fokus. Namun saya perhatikan tiada catatan bertulis direkodkan oleh blogger berkenaan. Oleh itu, munasabahnya ada paparan yang dipostingnya pada sebelah malam itu ada lagi sedikit tersalah papar. Antaranya dalam para ke-8 berikut:
Paparan dalam posting awal jam 8.27 pm, 6 Januari 2014 |
Berikut adalah paparan semula (yang dibetulkan) terkandung dalam para ke-8 tersebut:
Pembetulan pada paparan diposting 7 Januari 2014 |
Demikianlah prinsip ketelusan dan berintegriti yang menjadi amalan sejak PAS mentadbir Kelantan dengan imej Kepimpinan Ulama "mentadbir bukannnya memerintah."
Berbekalkan semangat inilah, kepimpinan Ustaz Dato' Ahmad Yakob selaku Menteri Besar sekarang, tetap tegas meneruskan nilai-nilai "berkepemimpinan Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat."
Maka, Institut Pemikiran Tok Guru yang ditubuhkan pada Jun 2013 lalu sedia melantik Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku 'Murabbi Kerajaan Negeri' bertujuan memakai idea serta laras pemantauan atas apa sahaja kerja buat Ustaz Dato' Ahmad untuk dimuhasabah sepanjang waktu.
Berkongsi prinsip telus dan integriti inilah juga, Kerajaan Negeri Kelantan sedia terbuka dan berlapang dada menguruskan Wacana mahupun Diskusi ataupun Forum demi kebaikan semua rakyat. Ia suatu nilai kesinambungan amalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Sehubungan itu, sehingga kini telah diadakan forum terbuka dan wacana ilmiah yang membabitkan luahan idea serta komentar bagi mencari titik kebaikan bersama-sama membina keutuhan kerajaan di hati rakyatnya. Misalnya pada 17 November 2013 diadakan Forum Kelantan Pasca Tok Guru anjuran Institut Pemikiran Tok Guru yang membariskan Dr Mohd Asri Zainal Abidin pensyarah USM, Dr Abu Hassan Hasbullah profesor UMK dan Dr. Mohamad Fadzli Hassan ahli exco kerajaan Negeri Kelantan. Diikuti pada 21 Disember 2013 lalu satu wacana anjuran IGrad dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar yang membariskan Dr. Mohammad Agus Yusof pensyarah UKM, Ahmad Zakie Shariff ahli korporat dan saya sendiri mewakili kerajaan negeri.
Kemudian pada 10 Januari ini akan diadakan satu lagi diskusi yang memfokuskan kepada isu-isu "tadbir urus berintegriti" bertempat di Balai Islam Lundang. Diskusi kali ini bakal menampilkan lagi Dr. Mohammad Agus selaku moderator berdiskusi dengan Dato' Saifuddin Nasution Ismail selaku tokoh politik yang baru dilantik salah seorang pentadbir Pejabat Menteri Besar Selangor. Diskusi ini diuruskan hasil kreativiti Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah, Ahli Parlimen Kubang Kerian bersama WauFM atas penganjuran Pejabat Menteri Besar.
Inilah sifat keterbukaan dan reaksi muhasabah kepimpinan Menteri Besar sekarang yang diyakini, ins-ya Allah dapat memenuhi kotak-kotak kesejahteraan rakyat Kelantan terus ke hadapan Membangun Bersama Islam.
Wallahu 'allam.