09 May, 2020

COVID-19: Perkembangan istimewa di Malaysia

Hari ini sudah 11 hari tempoh PKPt4 untuk mengawal dan mengekang penularan COVID-19 di Malaysia. PKP itu seterusnya diperlengkapkan dengan PKP Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei lalu.
Hasilnya pola naik dan turun kes baharu masih berlaku. Ia diikuti dengan penurunan jumlah kes yang sedang dirawat. Sementara kes kematiannya adalah rendah..Ini istimewanya hasil kesungguhan pihak Kerajaan menerusi KKM dan MKN di dalam menguruskan penularan Wabak COVID-19 di Malaysia.
Jika dilihat kepada carta garisan ini, perkembangan kes baharu dalam tempoh PKPt4 (fasa Bersyarat) sudah memperlihatkan pola yang mendatar ke bawah. Jumlah kes baharu secara hariannya, didapati paling tinggi pada 3 Me (122 kes), kemudian menurun paling rendah pada 5 Mei (30 kes). Begitu pula, di dalam tempoh 11 hari terakhir ini (29 April-9 Mei), keseluruhan kes baharu yang bertambah ialah 738 kes. Jika dibandingkan dengan kes baharu dalam tempoh PKPt3 (15-28 April), dalam masa 11 hari (15-25 April) jumlahnya 755 kes. Ini bermakna pertambahan kes baharu semasa PKPt3 lebih besar (+17 kes). 

Sementara itu, bagi kes dirawatpulih, didapati dalam tempoh PKPt4 (fasa Bersyarat) jumlahnya terus berkembang dan prestasi perawatan yang menyenangkan. Pada permulaan PKPt4 ini (29 April) kumulatif pesakit pulih/discaj seramai 4,087 orang dan hari ni 9 Mei bertambah kepada 4,929 orang. pertambahan kumulatifnya sebnayak 842 orang. Dalam tempoh PKPt3 (15-28 April) jumlah yang pulih bertambah sebanyak 1,385 orang. Ini bermakna pertambahan pesakit yang pulih lebih besar (+543). Walau apapun, kita tunggu tempoh PKPt4 ini tamat dengan baki tiga hari lagi. Jika pola pulih ini berlaku dengan jumlah sekitar 100 orang sehari, maka jumlah yang dirawatpulih dijangka sekitar 1,200 atau kumulatifnya sekitar 6,000 orang pesakit COVID-19 berjaya dirawatpulih. 

Jika dilihat kepada prestasi rawatpulih dalam enam hari terakhir ini (4-9 Mei) berbanding dengan pertambahan kes baharu, maka didapati jumlah dirawatpulih adalah lebih besar. Pada 4 Mei, jumlah yang pulih 71 orang, sementara jumlah kes baharu ialah 55 kes. Seterusnya pada 9 Mei kes rawatpulih seramai 64 orang dan kes baharu ialah 54 kes. Perkembangan ini agak istimewa daripada segi keupayaan perubatan kerana ia berlaku di dalam keadaan kononnya tidak ada vaksin khusus untuk mencegah dan merawat COVID-19. Ini sudah tentu ada kaitannya dengan kepakaran penyelidik perubatan dalam melakukan kombinasi ubat-ubatan yang berjaya merawat pesakit, meskipun vaksin tepat anti-COVID-19 belum dipastikan. 

Semoga hasrat dan kehendak kita warga Malaysia untuk bebas daripada kegerunan Wabak COVID-19 ini dapat diredakan dengan adanya beberapa perkembangan istimewa kes-kes penularan ini. Pastikan kita semua mengamalakan cara hidup sihat dengan mengikuti panduan dikeluarkan oleh KKM (seperti mana grafik di bawah) demi mempastikan kita tidak terkena jangkitan. 

Apapun kita hendaklah berikhtiar dan sentiasa menaruh keyakinan bahawa Allah SWT akan membantu kita di dalam menyelesaikan Wabak COVID-19 ini. 

 Wassalam.

08 May, 2020

COVID-19: Thailand temui vaksin dan kombinasi ubat

Berdasarkan penularan Wabak COVID-19 global hari ini (8 Mei) berjumlah lebih 3.95 juta dengan 271,791 kematian. Amerika Syarikat mempunyai kes penularan terbesar sekitar 1,295,058 juta, dengan kematian 77,058 orang dan yang dirawatpulih 217,292  orang (16.78%) sahaja. Sedangkan Thailand berada tempat ke-65 dengan 3,000 kes dengsan hanya 55 kematian dan jumlah yang dirawatpulih 2,784 orang (92.80%).


Selama tempoh seminggu lalu, perkembangan Wabak COVID-19 di Thailand sudah menurun seperti digambarkan dalam posting awal pagi tadi. Menariknya, kelok perkembangan hariannya sudah melalui poin maksimum dan kini sudah menurun ketara.
Poin maksimum perkembangan kes harian berlaku antara penghulung Mac dan kini dilaporkan hanya 8 kes baharu sahaja. Is suatu kejayaan pengawalan daripada pelbagai langkah dan keputusan kerajaannya.

Fakta perubatan

Pusat berita Xinhua melaporkan pada Rabu (6 Mei 2020) lalu, bersumberkan Kementerian Kesihatan Awam Thailand, satu pasukan penyelidik perubatan telah mencapai kemajuan dalam mengembangkan vaksin mencegah COVID-19 setelah ujian makmal prototype terbukti berjaya.

Ketua pengarah Jabatan Sains Perubatan di Kementerian Kesihatan Awam, Dr Opas Karnkawinpong mmaklumkan pasukan penyelidik perubatan Thailand itu telah menguji ke atas tikus dengan vaksin DNA prototype dan kemudiannya menguji darah mereka untuk memeriksa sama ada tikus tersebut telah mengembangkan antibodi. Hasilnya mendapati tikus tersebut telah mengembangkan tahap antibodi yang memuaskan.

Tibanya nanti, langkah seterusnya adalah menguji prototype vaksin itu ke atas manusia untuk memeriksa tahap tindak balas imun yang serupa dengan tikus. Semoga para saintis Thailand mencapai kemajuan dan berjaya menghasilkan vaksin mencegah COVID-19. Ins sya Allah.

Thailand berhati-hati dengan gelombang kedua jangkitan COVID-19

Sehari  (Selasa, 5 Mei 2020) sebelum pengumuman prototype vaksin cegah COVID-19, Rangkaian Berita Asia (ANN)  melaporkan tidak ada kes Wabak COVID-19 yang baru di 36 lokasi di Thailand dalam tempoh 14 hari terakhir ini. Ia suatu petanda kejayaan membendung wabak itu. Meskipun ada yang menjangkakan jangkitan baru berlaku pada sebelumnya (Isnin, 4 Mei).

Ia membolehkan pihak berkuasa membenarkan enam jenis perniagaan dan aktiviti dimulakan semula pada hari Ahad (3 Mei) dan membenarkan orang ramai keluar rumah. Apapun beberapa pihak menganggap ia suatu langkah yang akan menyebabkan peningkatan jumlah kes COVID-19 yang baharu.

Sebelum itu keputusan membenarkan perniagaan, para pegawai perubatan diarahkan membuat saringan dan ujian terhadap orang ramai yang tidak bergejala di kebanyakan lokasi untuk mengesan jangkitan COVID-19. Namun, hasil ujian seminggu itu lalu melibatkan lokasi-lokasi orang ramai (sesak) seperti penjara dan tempat perlindungan pekerja di seluruh negara, hasilnya negatif atau tiada lagi jangkitan.

Meskipun begitu, pihak Bahagian Penyakit Berjangkit Thailand tetap bertindak memantau tanda-tanda kemungkinan gelombang kedua jangkitan Wabak COVID-19, termasuk menguji mereka yang mengalami masalah pernafasan. Pegawainya masih ditugaskan untuk meneruskan pemeriksaan bagi memastikan orang ramai terus mengamalkan cara hidup sihat – menjaga langkah-langkah kebersihan yang ketat untuk mencegah penularan virus.

Kemudian pada Khamis lalu (7 Mei 2020), Thailand mencatat tiga (3) kes baharu COVID-19 dan tidak ada kes kematian. Ia berlaku dalam situasi pihak berkuasa Thailand masih mengekal langkah mengekang antaranya amalan jarak sosial di pusat perkhidmatan pengangkutan termasuk Stesen BTS Bangkok.

Tiga kes baharu itu adalah kesemuanya warga Thailand menjadikan jumlah keseluruhan kes 2,992. Tiada kematian yang dilaporkan, ia kekal dengan jumlah terkumpul adalah 55 orang.
Dr Taweesilp Visanuyothin, jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19, mengatakan satu kes baru adalah seorang suri rumah Thailand berusia 59 tahun di wilayah sempadan Selatan Yala. Dia didiagnosis selepas ujian pra-emptif dan didapati ada kontak dengan pesakit sebelumnya yang kembali dari Malaysia. Dia tidak mempunyai gejala.

Dua kes baru yang lain adalah lelaki Thailand, berusia 46 dan 51 tahun yang kembali dari Kazakhastan Sabtu lalu. Mereka menaiki pesawat yang membawa 55 penumpang dan semua yang kembali sudah dikuarantin.

Dalam tempoh 24 jam terakhir (menjelang 7 Mei), 11 orang berjaya dirawatpulih dan discaj dari wad hospital, menjadikan jumlah kes pulih/discaj seramai 2,772 orang.
Jumlah wilayah yang bebas (menjadi zon hijau) kes COVID-19 baru dalam 28 hari terakhir kini meningkat menjadi 39 wilayah dan yang baru bebas termasuk Chiang Mai, Chaiyaphum, Lampang, Phitsanulok dan Trang.


Setakat ini, sembilan wilayah belum merekodkan kes: Ang Thong, Bung Kan, Chai Nat, Kamphaeng Phet, Nan, Phichit, Ranong, Sing Buri dan Trat.

Kejayaan perubatan yang berjaya mengawal Wabak COVID-19

Pada 2 Februari doktor dari Rajavithi Hospital di Bangkok mengumumkan bahawa mereka telah melihat kejayaan dalam merawat kes-kes COVID-19 yang teruk menggunakan kombinasi ubat untuk selesema (oseltamivir) dan HIV (lopinavir dan ritonavir). Di  sebalik kejayaan rawatan itu, berlaku tambahan kes baharu dengan peningkatan yang besar dalam temoh 48 jam. Namun, masih terlalu awal untuk mengesahkan bahawa pendekatan ini dapat diterapkan untuk semua kes.  

Kronologi Penularan COVID-19 di Thailand

Wabak  koronavirus 2019 (COVID-19) merupakan pandemik global yang dikesan di Thailand sejak 13 Januari 2020, iaitu kes import dari China. 

Pada 13 Januari juga, Kementerian Kesihatan Awam mengumumkan kes yang disahkan pertama, seorang wanita Cina berusia 61 tahun yang merupakan penduduk Wuhan. Dia tidak pernah mengunjungi Pasar Borong Makanan Laut Huanan, tetapi dia pernah berkunjung ke pasar lain. Dia mengalami sakit tekak, demam, menggigil dan sakit kepala pada 5 Januari, terbang langsung bersama keluarganya dan kumpulan lawatan dari Wuhan ke Bandara Suvarnabhumi pada 8 Januari, di mana dia dikesan menggunakan pengawasan termal dan kemudian dimasukkan ke hospital. Empat hari kemudian dia didapati positif COVID-19. Kes kedua pula disahkan pada 17 Januari yang melibatkan seorang wanita berusia 74 tahun yang tiba di Bangkok dari Wuhan.

Bermula dari situ, kes-kes baharu dikesan pada 21 Januari, seroang lelaki berusia 18 tahun yang tiba di Chiang Mai dari Wuhan.  

Pada esokya, 22 Januari berlaku dua kes tambahan, iaitu lelaki berusia 68 tahun yang juga pelancong China seperti kes sebelumnya. Kes keempat adalah kes pertama bagi warga negara Thailand, wabita berusia 73 tahun yang tiba dari Wuhan. Kes kelima disahkan pada 24 Januari yang melibatkan seorang wanita Cina berusia 33 tahun juga tiba dari Wuhan. Pada 25 Januari, di Daerah Hua Hin, Wilayah Prachuap Khiri Khan kes seorang wanita Tionghua berusia 73 tahun juga tiba dari Wuhan . Berikutnya pada 26 Januari, terdapat lapan kes disahkan kesemuanya berbangsa Cina. 

Kemudian pada 28 Januari, enam kes, dengan lima daripada keluarga yang sama di Wuhan dan satu lagi dari Chongqing. Berdasarkan perkembangan ini, Thailand telah mengetatkan pengimbasan dan pemeriksaan ke atas semua pelancong dari China. Pada 31 Januari, lima kes tambahan menjadikan kumulatif 19 kes yang sebahagian besar adalah mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke China.

Selepas itu, berlaku penularan atau jangkitan pertama kepada penduduk tempatan disahkan pada 31 Januari. Kemudian sepanjang Februari jumah jangkitan Wabak COVID-19 masih rendah, sekitar 40 kes.

Pada awal Februari, orang ramai memberi perhatian terhadap syarat dan langkah kawalan wabak, lalu menyebabkan permintaan tinggi dan kenaikan harga topeng muka. Ia memaksa kerajaan mengenakan kawalan harga dan campur tangan dalam pengedarannya. Namun begitu, masih berlalu kritikan dan menganggap dasar kerajaan tidak konsisten terhadap keperluan perjalanan antarabangsa dan kuarantin. 

Keadaaan ketidaktentuan turut berlaku dalam memastikan langkah dan syarat mengawal wabak diterima. Di antaranya, ekoran penutupan perniagaan di Bangkok telah mendorong puluhan ribu pekerja balik kampung halaman. Ia memungkinkan keluarga mereka di kampung terdedah kepada jangkitan wabak COVID-19. Justeru pada peringkat langkah pengawalan, Thailand turut berhadapan dengan kegagalan terutama bagi mengkoordinasikan agensi-agensi kerajaan yang terlibat.


Pada 2 Februari para doktor yang merawat pesakit COVID-19 di Rajavithi Hospital, Bangkok mengumumkan kejayaan dalam merawat kes-kes COVID-19 yang teruk menggunakan kombinasi ubat untuk selesema (oseltamivir) dan HIV (lopinavir dan ritonavir). 

Namun pada pertengahan Mac, Thailand telah mengalami peningkatan mendadak berikutan beberapa kluster transmisi daripada pertandingan Muay Thai di Stadium Tinju Lumpinee, 6 Mac. Seminggu berikutnya, kes baharu disahkan meningkat lebih daripada seratus sehari. 

Ekoran daripadanya pihak berkuasa Thailand telah menguatkuasakan penutupan tempat awam dan aktiviti perniagaan di Bangkok dan beberapa wilayah lain.

Apabila penularan Wabak COVID-19 yang dianggap mendadak (dalam seminggu purata kes baharu sekitar 150 sehari), maka Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha telah mengisytiharkan keadaan darurat berkuatkuasa pada 26 Mac. Selepas itu, perintah berkurung diumumkan berkuatkuasa malam 3 April 2020.

Rekod awal penularan

Pendirian Kerajaan Thailand mengenai Wabak COVID-19 semenjak awalnya ditumpukan kepada pengawasan dan penelusuran kontak antara individu berpandukan model respons tiga tahap Jabatan Pengendalian Penyakit. Pemeriksaan suhu setiap individu yang pulang dari luar negara, kemudian individu yang bergejala akan menjalani pengujian coronavirus semasa ketibaan di lapangan terbang antarabangsa, dan selepas itu individu yang mempunyai sejarah perjalanan atau kontak gejala COVID-19 terus dibawa ke hospital untuk rawatan sebagai pesakit.

Dalam pada itu, langkah-langkah bagi membendung orang awam terdedahkan kepada kemungkinan jangkitan COVID-19 dilaksanakan melalui penyiasatan terhadap kelompok yang terdedah wabak, memberi kesedaran dan pendidikan awam ditumpukan kepada kumpulan berisiko agar mengamalkan kebersihan (terutama mencuci tangan) dan mengelakkan daripada menyertai perhimpunan ramai (termasuk memakai topeng muka jika terpaksa menyertai). Sementara mana-mana warga negara yang pulang dari negara berisiko tinggi dikehendaki menjalani kuarantin diri.

Berikutnya, dikuatkuasakan larangan perjalanan mulai  5 Mac setelah adanya negara yang diisytiharkan sebagai "zon yang dijangkiti penyakit." Lalu dikuatkuasakan wajib kurantin terhadap mana-mana pelancong yang yang datang dari negera yang berrisiko tinggi Wabak COVID-19. Selanjut pada 19 Mac, mana-mana pelancongan antarabangsa (warga asing) yang masuk hendaklah mengemukakan sijil perubatan dan juga insurans kesihatan. Berikutan langkah dan kuatkuasa syarat yang agak ketat itu ketika wabak baharu menular, Kerajaan Thailand telah dikritik hebat.

Ini adalah antara beberapa nota kronologi perkembangan penularan Wabak COVID-19 di Thailand sebelum merebak pada bulan Mac.


COVID-19: Thailand terbaik mengawal penularan

Perkembangan hari ini, (Khamis, 7 Mei 2020) Thailand mencatat tiga (3) kes baharu COVID-19 dan tidak ada kes kematian. Ia berlaku dalam situasi pihak berkuasa Thailand masih mengekal langkah mengekang antaranya amalan jarak sosial di tempat awam, termasuk di Stesen BTS Bangkok.
Tiga kes baharu itu adalah kesemuanya warga Thailand yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 2,992, dan apabila tiada kematian tambahan ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal adalah 55 orang.
Hampir separuh daripada keseluruhan kes Wabak COVID-19 di Thailand adalah berlaku di sekitar Bangkok. Sementara di Selatan Thailand kurang daripada 700 kes. Maka dapat dikatakan pola penularan Wabak COVID-19 di Thailand adalah di zon paling aktif, Kota Bangkok.
Analisis daripada pola penularan di Thailand ini boleh merujuk kepada kelok-kelok keseluruhan kes yang dicatatkan semenjak kes pertama pada 13 Januari, seperti diumumkan pihak Kementerian Kesihatan Awam, diikuti kes kedua pada 17 Januari. Kedua-duanya adalah pembawaan daripada Wuhan, China yang datang ke Thailand melalui penerbangan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok.

Pada 15 Februari, Thailand mencatatkan 34 kes, meningkat sebulan selepas itu kepada 82 kss (14 Mac), meningkat 114 kes (15 Mac), mencapai 1,045 kes (26 Mac). Seterusnya pada 4 April meningkat kepada 2,067 kes dan terkini (7 Mei) sebanyak 2,992 kes
Berdasarkan pola ini, ternyata pertambahan kes Wabak COVID-19 di Thailand agak perlahan berbanding negara jiran yang lain, termasuk Malaysia yang mencatatkan pertambahan dalam tempoh yang sama (15 Mac) 22 kes sahaja
Namun pola mendadak disaksikan di Malaysia pada 14 Mac sebanyak 428 kes dan sebulan kemudian bertambah kepada angka ribuan, iaitu 4,987 kes pada 14 April dan terkini (7 Mei) berjumlah 6,467 keseluruhan kes. 
Demikian pula perkembangan kelok kes aktif (sedang dirawat) bagi Thailand dilihat bermula pada 15 Februari seramai 20 orang, bertambah kepada 78 orang sebulan selepas itu (15 Mac) dan meningkat ke poin maksimum seramai 1,451 pada 8 April. Kemudian menjunam sehingga jumlah terkini tinggal lagi 187 orang yang sedang dirawat. 
Analisis daripada pola ini menunjukkan prestasi dirawatpulih berbanding keseluruhan kes (2,992 kes) adalah 92.28% (2,761 kes dirawatpulih).  
Demikian pula, secara bandingan di antara kes baharu (new cases) dengan kes yang dirawatpulih (new recoveries) secara harian, kita boleh perhatikan bermula 15 Februari, hanya 34 keseluruhan kes dan pada 17 Februari bertambah satu kes baharu, tanpa ada kes dirawatpulih. Kes dirawatpulih pertama berlaku pada 22 Februari. Berikutnya pada 12 Mac berlaku 11 kes baharu dan satu dirawatpulih, diikuti pada 15 Mac, 32 kes baharu dan kosong dirawatpulih. 
Pada 22 Mac 188 kes baharu dan tiada dirawatpulih, tetapi pada 29 Mac berlaku pertambahan harian kes baharu tertinggi, iaitu sebanyak 143 kes, sementara yang dirawatpulih seramai 132 orang. 
Namun pada 1 April berlaku kes baharu sebanyak 120 kes diikuti dengan jumlah dirawatpulih yang lebih tinggi iaitu seramai 163 orang. Kemudian pada 22 April terdapat 15 kes baharu, tetapi berlaku jumlah dirawatpulih tertinggi seramai 244 orang. Tiga hari selepas itu, kes baharu dilaorkan seramai 53 kes, tetapi jumlah dirawatpulih 57 orang. Mulai dari tarikh ini, jumlah kes baharu semakin menurun sehingga terkini (7 Mei) hanya 3 kes baharu dan 11 yang dirawatpulih. Justeru daripada 2,761 orang kumulatif kes dirawatpulih, bandingan dengan kumulatif keseluruhan kes sebanyak 2,992, atau dengan kadar satu kes baharu, seramai 0.923 orang berjaya dirawatpulih. 
Prestasi di Thailand ini adalah lebih baik dibandingkan dengan Malaysia, iaitu seramai 4,776 orang dirawatpulih daripada 6,467 keseluruhan kes atau 73.85% (kadarnya satu kes baharu, seramai 0.739 orang dirawatpulih). Ini menjadikan Thailand terbaik dari segi keupayaan merawtpulih pesakit COVID-19 dirantau Asia Tenggara malah di dunia selepas China dan Taiwan. 
Apapun, kita bersyukur kerana prestasi Malaysia sebagai negara kedua berjaya dari segi inisiatif merawatpulih di rantau Asia Tenggara. Justeru, kita sebagai warga Malaysia hendaklah sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dengan terus bersyukur dan beristighfar serta membanyakkan sedekah/menyumbang bagi mendapat kelebihan pahala Ramadhan. Semoga berkat syukur, istighfar dan sedekah itu akan dipermudahkan Allah SWT membebaskan kita semua warga Malaysia daripada kegerunan Wabak COVID-19 ini. Ins sya Allah. 
Wassalam.

07 May, 2020

COVID-19: Malaysia boleh kongsi pengalaman terbaik Taiwan

The small cases of COVID-19 in Taiwan
"Malaysia shall sharing"

Tiada yang terbaik sikap kita dalam mendepani cabaran Wabak COVID-19, melainkan kita sedia berkongsi dengan negara yang berpengalaman berjaya mengekang penulatannya. Sehingga kini, terdekat dengan kita ialah Thailand dan terjauh sedikit ialah Taiwan. 

Sehubungan itu, posting kali ini sukacitanya mari kita meninjau ke arah TAIWAN yang mempunyai infomasi mantap yang mutakhir ini mempunyai kelok mendatar kes COVID-19. Di sana terdapat kelebihan tersendiri di dalam mengatur langkah dan tindakan serta persiapan awal sehungga mencapai prestasi merawat pulih pesakitnya pada kadar 77.22% dengan hanya enam (6) kematian. Sama-sama kita meneliti kekuatan Negara Taiwan yang duduknya dibirai Tanah Besar China.



Jumlah jangkitan COVID-19 Taiwan pada masa ini sebanyak 439, walaupun pulau ini berdekatan dengan punca wabak itu di Negara China. Para pakar mengatakan tindakan awal telah membantu menghentikan krisis kesihatan awam.
Lebih dari dua bulan setelah coronavirus yang baru muncul dari bandar Wuhan di China, lebih daripada 1.4 juta orang di puluhan negara di seluruh dunia telah dijangkiti.
Jangkitan COVID-19, bagaimanapun, telah menyelamatkan Taiwan, walaupun pulau itu dekat dengan asal usul virus.
Ketika wabak pertama kali bermula pada bulan Januari, beberapa pakar meramalkan bahawa Taiwan akan mempunyai jumlah kes tertinggi di luar daratan China.
Walau bagaimanapun, sementara China daratan memiliki lebih dari 80.000 kes COVID-19 hingga kini (6 Mei 2020), Taiwan kekal dengan jumlah kes antara yang terendah. Beberapa pakar kesihatan antarabangsa memberi penghargaan berikutan persiapan pantas dan langkah intervensi awal Taiwan.

Taiwan mengambil tindakan awal (early action)
"Oleh kerana pengalaman perit yang dipelajari Taiwan semasa wabak SARS pada tahun 2003, negara ini lebih bersedia dalam menghadapi wabak koronavirus berbanding negara lain," kata Dr Chunhuei Chi, seorang profesor kesihatan awam di Oregon State University, Amerika Syarikat.
Kerajaan Taiwan megambil langkah larangan perjalanan ke atas pelancong dari China, Hong Kong dan Macau sebaik sahaja jumlah kes koronavirus mulai meningkat di Negara China. Ia termasuklah berusaha mencukupkan bekalan topeng dan menguatkuasakan pemakaian kepada rakyatnya seawal akhir Januari, Kerajaan Taiwan mengawal bekalan topeng muka yang ada untuk kegunaan yang mencukupi bagi warganegaranya dan memastikan bekalan itu boleh dibeli dengan mudah di farmasi seluruh Taiwan. Dasar dan kuatkuasa sebegini telah dipakai di negara-negara lain seperti Korea Selatan, Eropah termasuk di Malaysia.
"Taiwan memanfaatkan kekuatan sektor pembuatannya dan melabur sekitar $6.8 juta (€ 6 juta) untuk menggerakkan 60 pusat pengeluaran topeng baru dan telah memgupayakan pengeluaran topeng harian Taiwan dari 1.8 juta topeng menjadi 8 juta topeng – di sananya menyebut 'Topeng Ajaib Taiwan" (Taiwan’s Mask Miracle)
Kerajaan Taiwan juga memberikan sokongan bagi mereka yang dikuarantin. Pemimpin tempatan turut sama membantu menyediakan beg keperluan asas seperti makanan atau buku kepada individu yang dikuarantin. Langkah kuarantin telah  dikuatkuasakan dan pihak kerajaannya juga melancarkan program kesejahteraan yang memberikan elaun harian $30 kepada mereka yang terkena kuarantin selama dua minggu (14 hari) seperti juga di Malaysia. Sekaligus menjadi dorongan dan sikap terbuka rakyatnya untuk tampil dengan rela hati bagi melaporkan kes-kes jangkitan demi mendapat insentif tersebut.
Sebenarnya Taiwan sebuah Kerajaan demokratis yang menyayangi rakyat melalui pendekatan kuarantin untuk mengekang Wabak COVID-19, dan ini sangat berbeza dengan negara yang mengabaikan hak rakyat. Justeru keadilan untuk rakyat dengan memanfaatkan sumber negara dan kemajuan teknologinya dengan tepat sesuai dengan masanya demi pengawalan wabak secara mesra.

Taiwan melawan disinformasi
Semasa Taiwan begitu terfokus mengekakng Wabak COVID-19, berlaku lonjakan pelbagai salah lapor mengenai COVID-19 dipentas-pentas media sosial. Bercampur dengan sikap sesetengah pihak yang mempunyai maklumat tentang COVID-19 dari negara China sehingga berlaku para penyelidiknya mengambil langkah memerangi kembali kempen penyimpangan maklumat dari Tanah Besar China.
Antaranya, muncul Taiwan FactCheck Centre, sebuah NGO yang memfokuskan usaha memerangi maklumat yang tidak benar – langkah pantas memberitahu masyarakat umum mengenai kempen-kempen disinformasi yang kebanyakannya ditujukan kepada inisiatif pihak Kerajaan Taiwan. Ia semacam suatu “gelombang kempen disinformasi”  yang menggunakan krisis kesihatan sebagai cara baru untuk menyerang kestabilan Taiwan, sebagaimana disahkan oleh Nick Monaco, pengarah makmal perisik digital di Institute for the Future. Namun polisi komunikasi yang telus antara kerajaan dan masyarakat sivil di Taiwan cukup membantu negaranya menangkis kempen maklumat.
Hal yang sama telah diambil oleh Kerajaan Malaysia pada setiap hari TV1 mengadakan slot menangkis “Berita Palsu” sebagai kempen tindak balas memurnikan kekalutan masyarakat ekoran PKP bagi mengawal kemungkinan penyularan Wabak COVID-19.
Langkah sebegini ditangani menerusi Pusat Pemeriksaan Fakta Taiwan dapat melawan khabar angin yang tersebar luas telah berjaya meredakan masyarakat untuk terus berdisiplin bersatu mengekang penularan Wabak COVID-19.

Penyelidikan perubatan Taiwan
Satu lagi kekuatan Taiwan ialah telah melabur sekian lama di dalam bidang penyelidikan bioperubatan (biomedic). Dalam beberapa dekad terakhir ini telah berjaya melahirkan pasukan penyelidik kompeten dalam melakukan ujian diagnostik pantas untuk pengesahan jangkitan COIVD-19.
Mereka memiliki Academia Sinica Taiwan (AST) yang berjaya menguji antibodi bagi digunakan dalam mengenal pasti protein yang menyebabkan koronavirus – bertujuan untuk menghasilkan keputusan ujian dalam masa singkat dan dapat memendekkan jangka waktu diagnosis dengan hanya mengambil masa 20 minit.
Ketua Penyelidik AST,  Dr. Yang An-Suei, membuktikan pada 8 Mac berjaya menghasil dan melancarkan kit ujian pantas COVID-19 di Taiwan. Kejayaan ini telah mendorong Taiwan terus berkongsi pengalamannya memerangi wabak COVID-19 dengan negara-negara lain secara tulus. Mereka berkongsi strategi pencegahan wabak melalui telekonferensi dan bersedia membantu negara-negara yang tidak memiliki kemampuan perubatan untuk memproses sampel dari pesakit.
Mungkin Malaysia boleh mengambil peluang dan memanfaatkan pengalaman Taiwan ini secara terbuka dan ini boleh mengimbangi langkah yang telah diambil, iaitu berkongsi pengalaman dengan pakar dari China pada bulan lepas.
Keupayaan Taiwan ini harus dilihat sebagai sesuatu yang diperlukan dan melakukan perkongsian pengalaman, meskipun mereka tidak memerlukan kita untuk berkongsi dengan ita untuk mengekang Wabak COVID-19 di tempat kita.

Teknologi untuk pengesanan awal (early detection)
Kerajaan Taiwan juga telah menggunakan teknologi data untuk membantu pegawai perubatan bagi mengenal pasti dan mengesan pesakit yang sedang diuji dan individu berisiko tinggi.
Menurut Dr. Jason Wang, seorang pakar dasar kesihatan awam di Universiti Stanford, Amerika Syarikat (disiarkan dalam Journal of the American Medical Association) mendapati penggunaan teknologi data Taiwan untuk mengesan lokasi mereka yang berada di bawah kuarantin berasas SOP yang jelas.
"Pemerintah akan menghubungi anda dan berusaha mengesan lokasi di mana anda berada, sehingga berjaya membawa mereka yang terkait dengan jangkitan dibawa menjalani kuarantin wajib selama 14 hari. Di samping pihak Taiwan juga dikatakan berjaya menghalang mana-mana individu keluar dari lokasi kuarantinnya." 


Taiwan's coronavirus response is among 
the best globally

Berikutan James Griffiths dari CNN (5 April 2020) menganggapkan Taiwan adalah antara negara yang terbaik mengawal COVID-19 bertaraf dunia (the best globally). Menurutnya, pada 25 Januari, ketika dunia mula sedar mengenai bahaya novel coronavirus (sebelum dijenamakan COVID-19) tersebar dengan cepat ke luar dari Wuhan, China didapati Australia dan Taiwan telah mencatatkan empat jangkitan baru. Lalu pihak berkuasanya telah mengambil tindakan cepat iaitu langkah kawalan ketat terhadap sesiapa yang memasuki negera mereka, dan juga memastikan sesiapa yang pernah ada hubungan perdagangan dan pengangkutan yang kerap dengan Negara China. Namun apa yang terjadi, sepuluh minggu selepas itu, Australia mengalami penularan Wabak COVID-19 hampir 5,000 kes positif, sementara Taiwan mempunyai kurang dari 400 kes positif.

Persoalannya bukanlah apa yang Australia lakukan salah, begitu juga 20 negara mempunyai lebih banyak kes daripada Australia, dan tujuh negara mempunyai lebih dari 10 kali lebih banyak kes COVID-19- tetapi bagaimana Taiwan dapat mengawal virus itu ketika bahagian lain di dunia tidak berupaya melakukan.

Taiwan mengambil pengajaran daripada pengalaman sukar
Semasa wabak sindrom pernafasan akut (SARS) yang teruk pada tahun 2003, Taiwan adalah antara wilayah yang paling teruk, bersama dengan Hong Kong dan Selatan China. Lebih daripada 150,000 orang dikuarantin di suatu pulau itu terletak 180 kilometer (110 batu) di kawasan pesisir pantai Tenggara China.Ketika itu, 181 orang telah mati.
Mereka mengambil pengajaran daripada Waak SARS itu dan sekarang mereka memanfaatkan tentang bagaimana untuk mengekang Wabak COVID-19. Satu daripada pengajaran yang diambil ialah keperluan bertindak lebih cepat terhadap dan menganggapkan suatu bahaya dengan lebih serius. Lalu langkah yang telah diambil seawalnya oleh Kerajaan Taiwan berbanding dengan negara lain di dunia. Ia melibatkan koordinasi dan keseriusan bukan sahaja di peringkat kerajaan dan masyarakat, malahan turut diperketatkan kawalan sempadan dan amalan pergerakan sosial, pembudayaan rutin aspek pemakaian topeng muka seawal Januari di serata Taiwan.

Sistem Kesihatan bertaraf dunia
Demikian pula, Taiwan mempunyai Sistem Kesihatan bertaraf dunia dan  dengan liputan meluas ke segenap pelusuk negara. Ketika berita tentang coronavirus mulai muncul dari Wuhan menjelang Tahun Baru Cina, para pegawai di Pusat Komando Kesihatan Nasional (NHCC) Taiwan yang ditubuhkan semasa meneghadapi Wabak SARS telah bertindak pantas untuk menanggapi potensi ancaman.
Menurut laporan Journal of the American Medical Association (JAMA), Taiwan dengan cepat menghasilkan dan melaksanakan senarai sekurang-kurangnya 124 item tindakan dalam lima minggu terakhir untuk melindungi kesihatan awam. Ia diperkuatkan oleh dasar dan tindakan ketat mengawal sempadan.
Ketika itu, kebanyakan negara masih berdilemma dan berdebat sama ada akan mengambil langkah dan tindakan tegas.
Sementara itu, kajian yang dilakukan pihak Johns Hopkins University (Januari Lalu), mengatakan Taiwan adalah salah satu kawasan yang paling berisiko di luar Tanah Besar China - kerana jarak yang dekat dari segi komunikasi dan hubungan pengangkutan.
Menyedari keadaan iti, Kerajaan Taiwan telah mengambil langkah awal untuk melarang perjalanan individu atau kumpula pelancong dari kebanyakan tempat di China, menghentikan kapal pesiaran berlabuh di mana-mana pelabuhannya, dan mengenakan hukuman yang keras bagi sesiapa yang didapati ingkar perintah kuarantin di rumah.
Pada masa yang sama, berusaha meningkatkan penghasilan topeng muka untuk menjamin keperluan tempatan dan melancarkan saringan/pengujian koronavirus di seluruh Taiwan - termasuk menguji semula orang yang sebelumnya tidak mengalami radang paru-paru - dan mengumumkan hukuman berat kepada sesiapa yang menyebarkan maklumat palsu mengenai COVID-19.
Justeru itu, apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Taiwan, ramai pakar dalam bidang berkaitan menyifatkan tindakan cepatnya dan keberkesanan tindakan dalam mengekang dan mencegah Wabak COVID-19 berskala besar, maka seharusnya ia dijadikan panduan bagi negara lain.
Apa yang pasti Taiwan telah belajar dari pengalaman SARS tahun 2003 dan mewujudkan mekanisme pengawalan kesihatan masyarakat secara pantas serta berjaya mengekang krisisnya. Pasukan perubatan yang terlatih dan berpengalaman berjaya mengesan, menguji dan merawatpulih, sekaligus terdapat struktur pengurusan kecemasan yang efektif mengatasi penularan wabak.
Ternyata Taiwan sebuah negara demokrasi dan bukan seperti China yang autokratik sahaja mampu menghadapi penularan Wabak COVID-19. Hasilnya dapat disaksikan bahawa Taiwan berada dalam kedudukan yang kuat setelah berminggu-minggu melarang eksport topeng muka untuk memastikan bekalan domestik. Kini mungkin mereka boleh menyumbangkan pengalaman dan kepakaran untuk negara-negara lain yang terjejas teruk. Maka, ada baiknya Negara kita boleh mengambil pendekatan yang sewajarnya bagi melestarikan situasi penularan Wabak COVID-19 kepada kesejahteraan sosial dengan norma yang aman kepada kita semua. 

Hebatnya kalau kita boleh mengambil pendekatan terbuka untuk mempastikan penularan Wabak COVID-19 ini dapat dihentikan. Namun, seharusnya kita tidak lupa, hakikat wabak ini adalah satu test design daripada Allah SWT bagi menguji sejauh mana kita berikhtiar dengan segala keupayaan dan pada masa yang sama kita terus mengharapkan pertolongan-Nya agar memberi kejayaan di atas segala-gala ikhtiar kita. Oleh itu, teruslah kita berdoa dan bermunajat memohon penyelesaian daripada Yang Maha Kuasa.
WalLahu'alam.