30 May, 2020

COVID-19: Global Cecah 6 Juta, Malaysia 30 Kes Baharu

Hari ini 30 Mei (setakat 30 Mei 2020, Worldometers 13:42 GMT), perkembangan Global menunjukkan penularan mencecah 6,064,259 kes, Sementara di rantau Asia berjumlah 1,088,907 kes. Di peringkat Global, Amerika Syarikat tetap berada di ranking tertinggi dengan jumlah 1,795,635 kes dan ranking ke-2 ialah Brazil dengan jumlah 468,338 kes
Di Asia pula, negara India telah mengalami penularan agak meluas dengan jumlah 174,301 kes. Pada 27 Mei, Turkey menduduki ranking terbanyak kes Wabak COVID-19 dengan jumlah 159,797 kes. Namun pada 28 Mei lalu, Turkey berada di ranking ke-2 dengan jumlah 159,797 kes, selepas India mengalami pertambahan mendadak daripada 158,086 kepada 174,301 kes.

Perembangan Wabak COVID1-19 di Malaysia hari ini (30 Mei 2020) adalah terdapat 95 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah sebanyak 6,330 kes (81.6%). Ia diikuti terdapatnya 30 kes baharu dan menjadikan kumulatif keseluruhan kes sebanyak 7,762 kes
Daripada 30 kes baharu tersebut, tiga (3) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, sementara 27 kes adalah penularan tempatan yang terdiri daripada 17 kes adalah bukan warganegara Malaysia dan 10 kes adalah kalangan warganegara Malaysia.
Berikutan itu, jumlah kes aktif atau yang sedang dirawat ialah sebanyak 1,317 kesHari ini juga tiada kes kematian berkaitan COVID-19, maka kumulatif kes kematian kekal sebanyak 115 kes (1.48%) daripada jumlah keseluruhan kes).
Sepanjang tempoh PKPB ini yang sudah memasuki hari ke-27, rekod sifar kematian berlaku semenjak 23 Mei atau sudah lapan (8) hari lalu. Semoga keupayaan pasukan perubahan dapat dipertingkatkan keupayaan perawatan termasuk memastikan pesakit COVID-19 yang dalam ICU atau yang memerlukan bantuan pernafasan.
Pola perkembangan Wabak COVID-19 di Negara kita nampaknya kembali menjunam berikutan jumlah kes baharu menurun daripada semalam (103 kes) menjunam kepada 30 kes hari ini. Kelok garisan berikut menunjukkan pola menjunam/menurun mulai berlaku selepas semalamyang mendongak.
Kita mendoakan agar Allah SWT melimpahkan ketenangan hidup bagi kita semua di dalam menghadapi ujian Wabak COVID-19 ini. Bersama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat dan sedia mematuhi panduan yang dikeluarkan oleh KKM, terutama dari segi penjarakan sosial dan kebersihan diri. 
Ins sya Allah, kita mampu bekerjasama demi menjaga diri untuk kembali hidup secara normal, termasuklah kita boleh kembali semua untuk menunaikan solat berjemaah di Masjid dan anak-anak kita dapat kembali ke sekolah serta boleh aktif secara terbuka. WalLahu ala kullisyaiin qodir.
Wassalam.

29 May, 2020

COVID-19: Kluster Baharu Warga Bangladesh

Pada hari ini (29 Mei) Jumaat yang mulia, kita didedahkan dengan penularan mendongak kes baharu Wabak COVID-19. Semalam, kes baharu dilaporkan hanya 10 kes, iaitu yang terendah dalam tempoh sebulan yang lalu. Hari ini pula, sebanyak 103 kes baharu yang dilaporkan yang mengikut kategori penularannya, 96 kes daripada penularan tempatan dan tujuh (7) kes daripada kes import. 
Daripada 96 kes penularan tempatan adalah 12 kes sahaja kalangan warganegara dan 84 kes pula adalah kalangan bukan warganegara.  

Infografik di atas memperincikan taburan 103 kes baharu kepada tiga kategori, pertama 84 kes daripada bukan warganegara (Selangor 20, WP Kuala Lumpur 5, Negeri Sembilan 57, Johor 1 dan Sabah 1), kedua 12 kes daripada warganegara (Selangor 2, WP Kuala Lumpur 2, Johor 2, Sabah dan Pahang 1), dan ketiga, tujuh (7) kes import dikesan di WP Kuala Lumpur 4 kes dan di Selangor 3 kes. 

Mengikut KKM, daripada pertambahan kes baharu tersebut telah berlaku satu kluster yang melibatkan pekerja bukan warganegara Malaysia di sebuah syarikat pembersihan yang menyumbang sebanyak 24 daripada 103 kes positif COVID-19. Kesemua mereka adalah terdiri daripada warganegara Bangladesh.

Latar belakang kluster baharu ini adalah muncul daripada sebuah syarikat pembersihan yang mempunyai 150 pekerja kalangan warga asing (Bangladesh). Pihak syarikat telah membuat saringan COVID-19 ke atas pekerjanya di sebuah klinik swasta dan keputusannya 24 kes didapati positif COVID-19. Daripada 24 kes ini, 20 daripada mereka menginap di sebuah asrama di Kuala Langat, Selangor dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. Empat (4) kes lagi menginap di sebuah pangsapuri di Nilai, Negeri Sembilan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.   

Kesan daripada pertambahan kes baharu yang mendongak hari ini, didapati graf garisan pola penularan Wabak COVID-19 di Negara kita memuncak kembali. 


Berdasarkan pola kes baharu Wabak COVID-19 semenjak tempoh PKPB (4-29 Mei), garisan hijau menunjukkan pola menurun (11/12 Mei, 15/16 Mei,22/23 Mei,26/27/28 Mei). Sementara gaisan merah adalah mewakili pola mendongak - pola mendongak paling ketara ialah 24/25 Mei dan 28/29 Mei yang jumlahnya melebihi 100 kes. Kesemua pola mendongak disumbangkan oleh kategori bukan warganegara.   

Data perkembangan penularan pada hari ini, Malaysia menyaksikan 66 kes yang dirawatpulih. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dirawatpulih adalah sebanyak 6,235 kes (80.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Sementara berikutan pertambahan sebanyak 103 kes baharu , ia menjadikan kumulatif keseluruahn kes Wabak COVID-19 berjumlah 7,732 kes dan jumlah kes aktif (sedang dirawat) dengan kebolehjangkitan COVID-19 bertambah kepada 1,382 kes

Demikian pula, daripada 1,382 yang dirawat, seramai lapan (8) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Begitu pula, alhamdulillah tiada kes kematian dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 115 kes (1.49 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Kita bersyukur daripada sejumlah kes baharu hari ini, didapati sejumlah kecil  (12 kes) sahaja berlaku dalam kalangan warga tempatan. Justeru itu kita mengharapkan kalangan warga tempatan terus patuh dan berdisiplin mengikuti SOP di bawah kuatkuasa PKPB. Selain itu, kita dikehendaki mengikuti amalan hidup dengan norma baharu (new   norms) mengikut prinsip 3S dan 3W.


Semoga umat yang beriman di Malaysia terus mendapat keredhaan Allah SWT. Doa kita bersama agar berkat keredhaan dari-Nya, maka kita umat Islam sentiasa di dalam kesejahteraan dan Wabak COVID-19 diangkat oleh Allah jua.

WalLahu'alam.

28 May, 2020

COVID-19: Di sebalik angka 10 Terbaik Malaysia

Alhamdulillah, hari ini (28 Mei) mencatatkan perkembangan terbaik Malaysia dengan 10 kes baharu Wabak COVID-19. Malah penularan pada dua angka ini merupakan yang terendah sepanjang PKPB yang bermula 4 Mei lalu. 
Sekadar mengingatkan rekod lalu, selama 25 hari tempoh PKPB ini, rekod dua angka kes baharu di bawah 20 kes ialah pada 12 Mei (16 kes), 16 Mei (17 kes) dan semalam, 27 Mei (15 kes). 
Bermula semalam (27 Mei) telah berlaku penurunan menjunam penularan Wabak COVID-19 dengan kes baharu daripada 187 kes (25 Mei) kepada 15 kes pada 27 Mei dan pada hari ini (28 Mei) ia menurun lagi kepada 10 kes. Justeru pola menurun menjunam adalah seperti dalam kelok garisan di atas.


 
Laporan KKM hari ini dengan 10 kes baharu telah menabahkan kumulatif kes COVID-19 kepada 7,629 kes, diikuti 86 pesakit yang dirawatpulih menjadikan kumulatif telah sembuh berjumlah 6,169 orang. Sementara pesakit yang sedang dirawat berjumlah 1,345 orang, dan tiada kematian dalam kalangan yang dirawat mahupun yang dikuarantin. 

Daripada 10 kes baharu yang dilaporkan ia berlaku akibat penularan tempatan yang melibatkan lima (5) kes dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Dari segi taburannya, dua (2) kes di Selangor, tujuh (7) kes di Kuala Lumpur dan satu (1) kes di Pahang.

Semoga kita rakyat Malaysia mampu mencorakkan kehidupan yang bebas daripada Wabak COVID-19 dalam masa terdekat.  Caranya ialah kita hendaklah sentiasa berdoa ke hadrat Allah agar penularan ini diangkat segera. 
Dalam pada itu, tanggungjawab bsrsama kita hendaklah sentiasa mengamalkan  norma baharu dengan mengelak diri daripada 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation), sentiasa amalkan 3W (Wash, Wear & Warn) dan terus patuh kepada S.O.P - 
  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.
Ins sya Allah, kita mengharapkan kerjasama secara menyeluruh agar keazaman untuk bebas daripada Wabak COVID-19 ini menjadi keutamaan. Ini penting bagi mengembalikan beerapa tegahan PKPB dapat diringankan. Paling utama kita umat Islam ialah untuk kembali kepada Masjid, memgimarahkan kuliah dan kelas pengajian serta solat berjemaah lima waktu, termasuk Solat Jumaat yang tergantung kepada orang ramai semenjak 18 Mac (telah melewati 11 kali Jumaat termasuk esok, 29 Mei). 
Begitu pula, anak-anak dan guru-guru perlu dapat kembali ke sekolah. Maka dengan situasi 10 kes baharu ini, dirasakan sudah sampai masanya pihak KKM dan MKN dapat melonggar amalan "bersyarat" yang menghalang kesemua ini. 
Dari segi keutamaannya, memberi kelonggaran untuk kembali ke Masjid dan mengimarahkan adalah amat penting demi mengisi nilai-nilai kerohanian dan mengubat jiwa yang terkesan akibat PKPB.   
 Wassalam.

27 May, 2020

COVID-19: The World Highest Countries vs Malaysia

Today's worldwide recorded of the top 10 countries of the highest COVID-19 outbreak is the US ahead of other countries. The ten countries after US are Brazil, Russia, Spain, UK, Italy, France, Germany, Turkey and India. Two of the countries from the Asia region are Turkey and India. 

The total cases COVID-19 in the US reached 1.7 million cases, and the curved rose far higher than Brazil in second rank with a record 394,507 cases. The next rank is Russia with a total of 370,680 cases. While other countries are under 300 thousand cases.


Situasi berbeza di Malaysia yang menunjukkan dua hari lepas, berlaku kes baharu bertambah mendadak melebih 170 kes. Pada hari ini pula, ia merekodkan jumlah kes baharu terendah sepanjang tempoh PKPB, iaitu 15 kes.  


Berdasarkan pola perkembangan kes baharu Wabak COVID-19 daripada 4-27 Mei (selama 24 hari), kes baharu yang pertama menjunam daripada titik puncak 187 kes kepada 15 kes. Hal ini berlaku ekoran daripada penutupan tiga (3) lagi kluster iaitu Plaza Menara City One, Flat PKNS dan Petugas Kesihatan Sabah yang telah diisytiharkan tamat oleh pihak KKM. Laporan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan KKM telah mengesahkan kesemua kluster lain yang turut disytiharkan tutup iaitu sebanyak 24 tempat.

Daripada 15 kes itu,  6 adalah berkaitan dengan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara (4 Mesir, 1 UK dan 1 Pakistan) dan 9 jangkitan tempatan. Daripada 9 kes tempatan (4 bukan warganegara, 5 warganegara), bagi 5 kes adalah warganegara iaitu 1 kes di KL, 1 kes di Sabah dan 3 kes di Sarawak, selebihnya 4 kes adalah bukan warganegara (pecahan mengikut kluster - 2 Tapak Pembinaan Setia Alam, 1 DTI Bukit Jalil, 1 Pudu).

Menariknya perkembangan hari ini, selain kes baharu terendah juga jumlah kes diraewatpulih/sembuh seramai 42 orang. Hal ini telah mengurangkan jumlah pesakit yang sedang dirawat di hospital daripada semalam (1,448) kepada 1,421 orang. Dua hari sebelumnya, jumlah ini meningkat (daripada 1,185 kepada 1,448 orang) ekoran daripada bertambah mendadak kes baharu pada 25-26 Mei.

Kita bersyukur, dengan perkembangan baharu hari ini selain kes baharu kembali pada dua angka (15 kes) ia juga menyaksikan 24 kluster telah tamat. Semoga berkat doa dan amalan berdisiplin kita semua yang inginkan Wabak COVID-19 dapat dihindari menjelang 9 Mei (penamat PMPB), ins sya Allah akan dimakbul-Nya.

WalLahu'alam.

26 May, 2020

COVID-19: Malaysia graf kembali mendongak

Perkembangan Wabak COVID-19 di Malaysia Tempoh PKPB 4-26 Mei 2020

Selama 23 hari pelaksanaan PKPB di Malaysia, tiga minggu pertama ia menunjukkan perkembangan baik dan normal. Rekod kes baharu yang menggembirakan dan menimbulkan situasi yang menyakinkan untuk Negara kita bebas daripada Wabak COVID-19.  Hal menyakinkan dilihat pada rekod terrendah kes baharu pada 12 Mei sebanyak 16 kes dan 16 Mei pula 17 kes. Demikian pula menjelang Hari Raya AidilFitri (23 Mei) sebanyak 48 kes baharu, iaitu kekal dengan dua angka.

Namun selepas hari raya, data kes baharu telah melonjak kepada tiga angka dengan jumlah kes pada 25 Mei sebanyak 172 kes dan hari ini (26 Mei) sebanyak 187 kes. Rekod semalam dan hari ini, ternyata penyumbang terbesar kes baharu adalah daripada kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang terletak di tiga pusat (Semenyih, Sepang dan Bukit Jalil). Kesan pertambahan kes baharu ini, dalam masa seminggu (20-26 Mei) menyebabkan jumlah keseluruhan kes mendongak dari 7,009 kepada 7,604 kes, iaitu bertambah hampir 600 kes baharu. Jumlah ini bertambah agak mendadak hanya dalam dua hari ini sahaja (25-26 Mei) yang berjumlah 359 kes baharu. Puncanya adalah daripada kluster DTI. Oleh itu, keputusan dan tindakan pihak berkuasa membuat serbuan, tangkapan dan menempatkan pendatang asing dan pendatang asing anpa izin (PATI) adalah sesuatu yang tepat. Ia membolehkan langkah pencegahan bagi memutuskan rantaian Wabak COVID-19 dengan lebih teratur. 

Pengalaman daripada pihak berkuasa Singapura sebagai negara yang menaggung high density pekerja warga asing, di sana telah diambil tindakan khusus, iaitu mulai awal April lagi menempatkan secara berasingan di penginapan sementara yang melibatkan pekerja sihat dan yang dikuarantin di asrama. termasuk di penginapan terapung di luar pesisir pantai, di kem tentera yang kosong dan blok HDB yang kosong seperti di Tanjong Pagar dan Jurong.

Malaysia telah mengambil pengalaman di Singapura bagi menangani penularan Wabak COVID-19 di Negara kita. Ekoran daripada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata usaha itu dilakukan selepas melihat peningkatan kes COVID-19 di Singapura yang dikaitkan penularan di asrama pekerja asing. Dilaporkan penularan kes COVID-19 di asrama pekerja itu menyumbang lebih 50 peratus daripada keseluruhan kes positif COVID-19 di Singapura. 

Selanjutnya, Malaysia turut bekerjasama dengan The UN Refugee Agency (UNCR) bagi membantu pelaksanaan penempatan warga asing kalangan Rohingya dari Pasar Borong Selayang. Selain itu, tapak-tapak pembinaan yang ramai pekerja asing turut dilaksanakan PKPB bagi mempastikan pengawalan Wabak COVID-19. 

Graf Mendongak Kes Baharu


Berdasarkan pola penularan Wabak COVID-19 bagi kes baharu, sebelum 24 Mei bersifat turun-naik dengan mod (mode) dua angka. Namun mulai 25 Mei ia berubah kepada mod tiga angka. Perubahan pola turun-naik kepada mendongak telah menyebabkan fokus KKM dan MKN untuk mempastikan DTI dilaksanakan langkah-langkah pengawalan, pencegahan dan pemulihan.

Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan hari ini (26 Mei) cukup menyakinkan untuk kita memandang ke hadapan, bahawa kita mampu untuk keluar dan bebas daripada situasi Wabak COVID-19 yang menggerunkan ini. Ins sya Allah.

Usaha khusus kalangan pekerja asing, iaitu seramai 27,383 pekerja di tapak binaan telah disaring COVID-19 oleh majikan masing-masing; Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP) Kuala Lumpur dan Putrajaya juga telah mengenakan perintah tutup tapak pembinaan dan rumah kongsi yang terlibat dengan Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2; Proses pembersihan dan nyah kuman di tapak pembinaan serta rumah kongsi berikut sudah mula dilaksanakan. Begitu pula, Pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) giat menjalankan pemeriksaan tapak-tapak pembinaan bagi memastikan Prosedur Standard Operasi (SOP) dipatuhi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Sehubungan itu, apa yang penting ialah mengatasi punca utama penularan kes COVID-19 di kalangan pekerja bukan warganegara bagi kluster-kluster tapak pembinaan adalah mengatasi penginapan yang sesak dan mempunyai ruang yang sempit mengakibatkan tiada amalan penjarakan sosial (social distancing) antara satu sama lain di tempat penginapan; dan mempastikan amalan tahap kebersihan diri dan persekitaran yang kurang memuaskan.

Dalam pada itu, pihak majikan bagi pekerja asing dapat mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 dari tempat penginapan ke tempat kerja. Di antaranya adalah majikan bertanggungjawab untuk memberi pendidikan kepada para pekerja tentang amalan kebersihan dan langkah pencegahan, memastikan amalan-amalan kebersihan diamalkan di tempat kerja, mementingkan langkah-langkah pencegahan turut diamalkan di tempat penginapan pekerja. dan sebaliknya.

Peranan Warga Tempatan

Meskipun dalam sehari dua ini pihak Kerajaan kita memfokuskan kepada menangani Wabak COVID-19 kalangan warga asing, kita warga tempatan tetap bertanggungjawab untuk bekerjasama bagi meningkatkan langkah pengawalan, pencegahan dan mengelakkan daripada risiko penularan. 
Oleh itu, bersama-sama kita mengamalkan norma baharu - sentiasa membersih diri, mengamal penjarakan sosial, sentiasa berurusan dengan pelitupan muka dan hidung serta tidak keluar rumah melainkan ada urusan penting. Selain itu, amalkan juga pemakanan yang sihat dengan mengutamakan pemakanan yang mampu meningkatkan imunisasi daripada jangkitan penyakit.

Kita mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan dan jalan penyelesaian  di dalam usaha mengekang bagi memutuskan rantaian Wabak COVID-19. Ins sya Allah.
     Wassalam.

25 May, 2020

COVID-19: Sambut AidilFitri dengan Norma Baharu

Dunia menyaksikan 5.5. juta angka Wabak COVID-19 saat umat Islam menyambut AidilFitri. Di Asia pula berjumlah 960,418 kes. Sementara  di Malaysia pula berjumlah 7,245 kes. Berikut adalah data-data penting kes Wabak COVID-19 di peringkat Global.

The Worldwide Coronavirus Cases

Total Cases: 5,494,455 
New Cases: 96,505
Deaths: 346,434
Recovered: 2,299,139 

The Asia Coronavirus Cases

Total Cases: 960,418
New Cases: 24,085
Deaths: 27,455
Recovered: 559,585

The Malaysia Coronavirus Cases

Total Cases: 7,245 
New Cases: 60
Deaths: 115 
Recovered: 5,945

Saat menyambut AidilFitri, Malaysia dalam suasana kemenangan selepas menyemournakan ibdata Ramadhan. Namun angka Wabak COVID-19 terus meningkat. Laporan pada hari ini (25 Mei) bersempena hari kedua AidilFitri, Malaysia menyaksikan jumlah kes terus meningkat dengan kes baharu sebanyak 172 kes berbanding hari semalam hanya 60 kes baharu. Peningkatan ini merupakan "pecah rekod" kes baharu dalam tempoh dua minggu dengan jumlah tiga angka, sedangkan sebelum ini kekal dengan dua angka. Dalam tempoh PKPB yang bermula 4 Mei lalu, rekod tertinggi kes baharu dilaporkan ialah pada 11 Mei dengan jumlah 70 kes dan 22 Mei berjumlah 78 kes.

Pada 22 Mei, punca pertambahan kes baharu mengikut KKM daripada 78 kes baharu, 25 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 53 kes penularan tempatan, 40 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 25 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil.

Sementara pada hari ini (25 Mei), daripada 172 kes baharu, 5 kes import manakala 167 kes penularan tempatan melibatkan 159 bukan warganegara Malaysia dan 8 kes warganegara.112 kes telah dikesan di tiga DTI (Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang). 

Laporan semalam pula (24 Mei), daripada 60 kes baharu 7 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Baki lagi 53 kes adalah penularan tempatan, 44 kes adalah bukan warganegara Malaysia, iaitu 27 kes bukan warganegara Malaysia telah dikesan di DTI di Semenyih dan enam (6) kes di sebuah kluster baru di DTI Sepang.

Pada 23 Mei pula, dilaporkan 48 kes baharu yang menunjukkan 4 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 44 kes penularan tempatan, 25 kes adalah bukan warganegara Malaysia, iaitu 21 kes telah dikesan di DTI di Semenyih.

Rumusan daripada perkembangan kes baharu selama empat hari (22-25 Mei), penyumbang terbesar merupakan kluster DTI (bukan warganegara Malaysia/warga asing - rujuk juga posting 23 Mei). Paling ketara ialah perkembangan pada hari ini (25 Mei), penyumbang terbesar (159 daripada 172 kes) adalah bukan warganegara. Hal ini membuktikan penularan dalam kalangan penduduk tempatan sudah terkawal. 

Situasi Hari Raya PKPB    

Walaupun perkembangan kebelakangan ini didapati penularan Wabak COVID-19 banyak disumbangkan oleh kluster bukan warganegara, namun dalam situasi berhari raya kita dinasihatkan agar terus mengamalkan norma baharu demi mengekang penularan.
Situasinya, kita hendaklah meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan cara yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kita dinasihatkan mengambil pendekatan berbeza dalam membenarkan umat Islam meraikan perayaan Aidilfitri dengan cara yang selamat.
KKM ingin mengingatkan masyarakat bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Perayaan telah menyatakan bahawa jumlah ahli keluarga tidak boleh melebihi 20 orang pada satu hari, namun tertakluk kepada keluasan ruang rumah. Pastikan terdapat penjarakan sosial dan kebersihan diri sentiasa diamalkan.
Screen Shot 2020-05-23 at 5.46.17 PM
KKM juga telah menasihatkan kita untuk menangguhkan ziarah menziarahi dan tidak merentasi negeri. Kita perlu mengambil iktibar daripada Kluster Pengerang dan juga Sub-kluster Rembau (di mana penyebaran COVID-19 berlaku akibat aktiviti merentas negeri dan akibat aktiviti kunjung mengunjung sanak saudara). Apa yang penting ialah kita dinasihatkan untuk terus mempraktikkan norma dan kebiasaan baharu bagi bertujuan untuk memastikan jangkitan COVID-19 dapat terus dibendung. Masyarakat hendaklah mempunyai sikap dan rasa bertanggungjawab semasa perayaan ini, termasuk:
  • Elakkan 3S/3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  1. Elak bersalaman / bersentuhan;
  2. Amalkan etika batuk dan bersin;
  3. Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
  4. Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
  5. Jadikanlah perayaan yang bakal tiba sebagai perayaan tertutup antara ahli keluarga di rumah sahaja;
  6. Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Kita juga dinasihatkan mematuhi etika S.O.P dan nasihat-nasihat yang disarankan oleh pihak KKM iaitu:
  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.
Utama bagi kita adalah bagi memastikan sambutan AidilFitri bukan penyebab kepada penularan kes-kes baharu Wabak COVID-19. Apapun kita akan saksikan angka-angka baharu selepas dua tiga hari lagi, apakah benar masyarakat kita sebenarnya mematuhi nasihat KKM dan etika S.O.P seperti dinyatakan di atas. Sekiranya masyarakat menyambut AidilFitri dalam situasi norma baharu yang disarankan, maka kesannya tidak adalah pertambahan mendadak kes baharu dalam kalangan orang tempatan, maka ins sya Allah kita selamat.

Semoga Allah SWT membantu kita di dalam meghadapi ujian besar ini dan membebaskan kita daripada Wabak COVID-19 yang menggerunkan dunia hari ini. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas sesuatu (menurun dan mengangkat sesuatu wabak).

Wassalam.