Sepanjang tempoh penggal PRU-14, Negara dan Negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia telah tidak reda-reda dengan kehangatan politik. Ia boleh dilihat berdasarkan beberapa peristiwa penting yang berlaku:-
1) Bermula kejatuhan BN daripada tampuk kuasa di Putrajaya dan Negeri-negeri (9 Mei 2018)
2) Pembentukan Kerajaan PH di Persekutuan menyaksikan post utama kabinet dilantik pemimpin DAP (6 Mei 2018) - Menteri Kewangan, Menteri Komunikasi (Penerangan). Sementara Menteri Bahagian Undang-undang diserahkan kepada Warisan (MP bangsa Cina).
3) Anggota komponen PH - Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta disokong Parti Warisan Sabah (Warisan). Diikuti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan Parti Kemajuan Malaysia (MAP).
4) Perdana Menteri paling tua di Malaysia selepas comeback (kali ke-2) Tun Dr Mahathir Mohamad (MP Langkawi) sebagai Perdanan Menteri.
5) Masuk tempoh 22 bulan mentadbir Negara, Kerajaan PH tumbang berikutan perletakan jawatan Perdanan Menteri (24 Februari 2020)
6) Yang Dipertuan Aging telah melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Interim (post yang belum disebut sebelum ini) - sementara menunggu seorang PM baharu yang mendaoat kepercayaan majoriti MP.
Wassalam.