10 October, 2018

KEMBALI BERSUARA - Imbauan Pilihan Raya Umum 2018

Alhamdulilah, kembali semula bersuara dan berwacanamenerusi blog ini. Semenjak PRU-14 lalu, tatkala keputusan telah menarik keluar BN dari Putrajaya, maka Pakatan Harapan mengambil tempat. Kini melewati 100 hari dan lima bulan daripada tarikh PRU dulunya 9 Mei 2018.

Banyak peristiwa politik yang berubah. Antara yang terpenting BN diketuai UMNO dan rakan-rakannya telah berada di saf pembangkang papabila hanya memanangi 79 dariapda 222 kerusi (35.6%) sahaja. 

Sementara PAS yang mengetuai Gagasan Sejahtera kekal berkuasa di Kelantan dengan majotiti dua pertiga (37 daripada 45 kerus Duni; 82.2%) dan PAS turut berjaya menawan Terengganu daripada BN dengan kemenangan majoriti mudah (20 daripada 32 kerusi Dun; 62.5%). PAS turut menambah kerusi di Kedah dan Pahang. Namun PAS kecundang di Selangor dengan hanya memenangi satu kerusi Dun sahaja. Meskipun begitu, PAS akan tercorok di kerusi parlimen yang hanya memenangi 18 daripada 222 kerusi (8.1%) sahaja.

Pakatan Harapan dibentuk menjelang PRU-14 lalu berjaya di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamed bekas Perdana Menteri ke-14 dan kini dilanrtik sebagai Perdana Menteri ke-7. Kemenangan pakatan baharu itu agak tipis (113 daripada 222; 50.9%) dan agak rapuh tatkala parti Tun Mahathir sendiri, iaitu Bersatu adalah minoriti (12 kerusi). Sementara rakan-rakanya yang lain adalah PKR 49, DAP 42 dan Amanah/PAN 10 sahaja. Bagaimanapun, pakatan kerajaan baharu ini bernasib baik kerana ia turut didokong oleh pakatan dari Sabah (diketuai Parti Warisan Sabah) dan Sarawak (diketuai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu).

Berikutnya di bawah merupakan ringkasan jumlah kerusi dimenangi tiga kerjasama parti terbesar, iaitu Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Gasan Sejahtera.

Kesan kepiutusan pilihan raya tersebut, BN menghadapi kejutan besar, punca kekalahan dikatakan 
ada kaitannya dengan kempen Pakatan Harapan yang mensasarkan kepada usaha menjatuhkan kredibiliti Datuk Seri Mohd Najib yang dikaitkan dengan isu skandal 1MDB, cukai jualan barangan (GST) dan imej kleptokrasi kepimpinan UMNO termasuklah isu rasuah, kronisme dan penyiasatan SPRM dan sebagainya. 

Pada masa yang sama pula, Gagasan Sejahtera, khususnya PAS turut djadikan sasaran kempen Pakatan Harapan dengan mengaitkan isu ciptaan menerima wang daripada UMNO sebanyak RM 90 juta. Begitu pula strategi PAS dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera telah diputar sebagai strategi bekerjasama dengan UMNO untuk menyerang Pakatan Harapan. Atas deruan kempen sedemikian, reputasi PAS amat merundum di semua kerusi pengundi campuran apabila masyarakat bukan Melayu secara majoritinya menolak PAS bersama Gagasan Sejahtera. Namun, isu kempen Pakatan Harapan tersebut tidak terkesan di kawasan majoriti pengundi Melayu. Malahan, Pakatan Harapan pula tidak diterima di Kelantan dan Terengganu, tatkala kesemua mereka tidak memenangi sebarang kerusi.