03 October, 2009

Bagan Pinang: Jadilah pengundi bermaklumat

Seruan kepada pengundi Bagan Pinang.

Apa pun pendirian pengundi terhadap pengundian pilihan raya kecil Bagan Pinang yang bakal dibuat mestilah berpandukan maklumat. Maklumat asas yang perlu bagi pengundi ialah:
  1. senario politik semasa yang membawa kepada kesan politik masa depan pengundi.
  2. mengenali calon yang bakal membawa kehendak rakyat dan nasib generasi mendatang.
  3. maruah parti diwakili calon sama ada dasarnya adalah jelas dan mesra pengundi atau sebaliknya.
Pertama, senario politik semasa - negara telah terhumban ke dalam jeriji besi ekonomi akibat silap laluan dan kelekaan pemimpin terus membazirkan sumber negara sehingga memberi kesan yang mendera rakyat - dengan harga barang, kos hidup meningkat dan putaran ligat ekonomi yang tidak stabil - mencetuskan nilai-nilai buruk dan imej kotor para pemimpin yang sedang mengemudi kerajaan. Senario yang berlaku kini, Pakatan Rakyat~Barisan Nasional, menunjukkan prestasi baik berpihak kepada Pakatan Rakyat - memenangi 7 daripada 8 pilihan raya kecil.

Kedua, calon yang bertanding hendaklah benar-benar memahami dan beriltizam dengan kehendak rakyat serta mempunyai rekod baik yang tidak pernah mempersendakan amanah dan harapan rakyat - bebas dari amalan kontradiksi hukum dan mulia hati budinya serta berprinsip membina perkhidmatan terbaik selari dengan dasar parti yang meyakinkan. Realiti calon Barisan Nasional adalah sehingga kini gagal menampilkan tokoh yang komited dengan aspirasi dan kehendak rakyat, malah mengutamakan nilai-nilai kronisme dan sanggup melakukan recycle imej yang sudah tidak laku di mata rakyat.

Ketiga, maruah parti yang terbaik dengan kepimpinan yang bersih, diurus dengan mantap serta tidak terpalit dengan imej buruk mahupun rakan kerjasama yang tetap untuh membina politik negara ke arah lebih demokratik. Realiti maruah adalah integriti yang telus, bersih dan diyakini rakyat. Sekali terpalit dengan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dan kezaliman secara langsung telah meruntuhkan nilai-nilai integriti. Maka maruah parti itu akan tercorot ke lembah hitam yang susah dipulihkan lagi - sedia dikuburkan.

Ketiga-tiga piawai maklumat tersebut adalah nilai-nilai 'kesucian politik' masa kini yang jarang bagi pengundi menilainya sebagai kuasa pemutus undi yang tepat. Persoalannya, bersediakah nilai-nilai 'kesucian politik' itu diamalkan oleh pengundi Bagan Pinang.

Semuga Tuhan Yang Esa mengilhamkan nilai-nilai 'kesucian politik' yang bakal memetakan pemikiran dan sikap pengundi Bagan Pinang; agar pengundi hanya memilih calon yang mendukung senario politik yang menjamin masa depan politik hijau dan lestari.

Bagan Pinang: Misi menjulang demokrasi bersih

Satu penegasan prinsip demokrasi yang bersih adalah pendukungnya sentiasa berkompromi dengan pemimpin yang bersih, menolak, memprotes dan membangkang (menentang) amalan rasuah, kronisme, diskriminasi dan akhlak yang jahil (berteras undang-undang jakun). Lantas itu, pengundi Bagan Pinang diajak menolak calon yang terpalit dengan hukum Tuhan. Antara hukum Allah adalah berdosa jika kita mengambil rasuah (mengambil harta/hak orang lain tanpa peraturan yang betul). Firman Tuhan Yang Esa dalam al-Quran telah menggaris hukuman kepada mereka yang melakukan rasuah.








Berpandukan maksud ayat al-Quran di atas, adalah selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam Hadisnya yang bermaksud: “Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan
yang menerima rasuah.” (H.R. Ahmad, Tarmizi dan Ibnu Hibban).

Dalam Hadisnya yang lain yang diriwayatkan Abdullah ibnu Umar, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Aku melaknati orang yang memberi dan menerima rasuah serta perantara di antara kedua-duanya.” (H. R. Ahmad).

Dengan berpandukan kepada mafhum hadis itu, dapatlah disimpulkan bahawa sebagaimana haram memberi rasuah, haram juga menerimanya. Malah, dosa rasuah tidak terbatas hanya kepada pemberi rasuah dan penerimanya kerana ia turut membabitkan pihak ketiga yang bertindak sebagai perantara di antara pemberi dan penerima rasuah.

Latar daripada bayangan hukum Tuhan itu dan hadis nabi tersebut, sama-sama kita merenung apa yang sedang berlaku di pilihan raya kecil Bagan Pinang!

Terkini di Bagan Pinang:









11.30 pagi : Calon kedua-dua parti kini sedang mengadakan sidang akhbar. Helikopter PDRM sedang berlegar-legar kembali diruangan udara sekitar penamaan calon dan kawasan berhampirannya.

11.20 pagi : Sah, hanya satu lawan satu di Bagan Pinang. Pegawai Pengurus Pilihan raya kecil itu, Abdul Wahab Shamsuddin sedang mengumumkan Zulkefly Mohamad (Pas) lawan Tan Sri Isa Samad (BN). Laungan takbir bergema dari kumpulan penyokong Pakatan Rakyat.

Isa adalah calon BN yang tidak dipilih bertanding dalam pilihan raya umum 2004 kerana terlibat dengan amalan rasuah politik wang ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO tahun 2004!

Sementara Zulkefly adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang mempunyai rekod kejayaan memperjuangkan alam sekitar bersih menerusi Jatawankuasa Bertindak Anti-Incinerator di Broga. Maka, satu calonnya bersih (dari PAS) dan satu lagi (dari UMNO) adalah dosa.

Bagan Pinang: Misi menjulang calon bersih

Semangat Ramadhan perlu diteruskan ketika Syawal, malah sehingga bertemu Ramadhan nanti. Antara tuntutan semangat itu ialah kerbersihan hati dan amalan dari sebarang dosa-dosa. Antara nilai kebersihan itu ialah mengelak diri dari amalan dosa besar. Antara dosa besar pula ialah mengamalkan rasuah atas amanah rakyat ketika menjadi pemimpin. Begitu juga, di pihak rakyat perlu membersihkan diri, agar tidak terpalit dengan dosa-dosa pemimpin yang melakukan rasuah hatta tidak menjalan amanah secara bersih.

Mereka yang bakal dipilih sebagai pemimpin pula hendaklah sedia menghisab diri. Jika dirinya pernah terlibat dengan dosa-dosa, maka rasailah bahawa dirinya tidak layak untuk dipilih lagi. Pesalah rasuah adalah antara mereka yang tidak layak dipilih kerana mereka sudah tidak bersih. Justeru itu, rakyat harus menolak malah memprotes sebarang cubaan untuk menjulang pemimpin rasuah. Hakikat ini adalah suatu penegasan hukum Tuhan Yang Esa yang patut dijulang oleh semua rakyat. Lebih-lebih lagi ketika demokrasi makin matang, rakyat pun perlu matang. Ciri demokrasi matang adalah pendukungnya terdiri daripada mereka yang bersih hati budinya dan berkompromi hanya dengan peribadi pemimpin dan pendukung yang bersih dan berintegriti.

Latar falsafah sedemikian adalah 'hawa' yang harus dinikmati oleh semua pendukung demokrasi di negara ini. Ketika sidang pilihan raya kecil sudah bermula di Bagan Pinang (hari ini penamaan calon), maka semua rakyat harus berkongsi rasa dan nilai-nilai kebersihan bagi melengkapkan hiasan demokrasi mencapai kedaulatan politik rakyat sebenar. Maka, dukunglah cita-cita perjuangan mulia bagi mencipta kebersihan diri dan politik demi kebekatan Ilahi.