Dalam meneliti perkembangan
Wabak COVID-19 sekarang ini, ada yang berminat melihatnya dari aspek kadar
penularannya berbanding dengan saiz populasi di negara berkenaan. Aspek ini
mungkin signifiken juga bagi menilai tahap jangkitan dalam nisbah kependudukan
berbanding amalan kesihatan dan polisi kesihatan di negara berkenaan. Jika di
10 negara teratas peringkat Global, jumlah kes penularan Wabak COVID-19 pada hari ini (13 Jun) adalah seperti mana berikut:-
Rank
|
Negara
|
Jumlah
Kes
|
Saiz
Populasi
|
%
kes/ Populasi
|
1
|
USA
|
2,122,343
|
330,906,997
|
0.64%
|
2
|
Brazil
|
831,064
|
212,483,982
|
0.39%
|
3
|
Russia
|
520,129
|
145,931,552
|
0.36%
|
4
|
India
|
310,760
|
1,379,307,780
|
0.02%
|
5
|
UK
|
292,950
|
67,868,549
|
0.43%
|
6
|
Spain
|
290,289
|
46,753,936
|
0.62%
|
7
|
Italy
|
236,305
|
60,465,875
|
0.39%
|
8
|
Peru
|
220,749
|
32,947,280
|
0.67%
|
9
|
Germany
|
187,256
|
83,771,107
|
0.22%
|
10
|
Iran
|
184,955
|
83,936,074
|
0.22%
|
Di sini menunjukkan daripada 10 negara tertinggi kes positif COVID-19, tiga negara yang berkadaran agak tinggi (berbanding populasi) ialah Peru mengalami kadar tertinggi (0.67%), diikuti dengan USA (0.64%) dan Spain (0.62%). Ini menunjukkan bahawa USA sebagai negara paling banyak kes Wabak COVID-19, tetapi penularan berbanding populasi hanya 0.64%, Brazil tempat ke-2 tertinggi hanya 0.39% dan Russia 0.36%. Ini membuktikan kadar penularan Wabak COVID-19 bukan boleh diukur pada nilai jangkitan atas saiz populasi di sesebuah negara.
Mungkin agak sesuai untuk
dikatakan, pola (trend) penularan
bersifat rendah, sederhana, tinggi dan kritikal berpandukan kepada jumlah kumulatif
penularan harian dibandingkan dengan jumlah kes yang berjaya dirawatpulih
(sembuh).
Misalnya (rekod hari ini, 13 Jun) bagi rantau Asia Tenggara,
tiga negara tertinggi penularan Wabak COVID-19 ialah Singapura (40,197 kes), Indonesia (37,420 kes) dan Filipina (25,392 kes). Namun apabila dinilai aspek kumulatif kes dibandingkan dengan jumlah kes yang berjaya dirawatpulih (sembuh), maka nilai penularan agak signifiken di antara tiga negara ini - seperti mana berikut:-
Tarikh
|
Rank
|
Negara
|
Jumlah
Kes
|
Jumlah
Kes Sembuh
|
%
Sembuh/ Jumlah Kes
|
13-Jun
|
1
|
Singapura
|
40,197
|
28,808
|
71.67
|
2
|
Indonesia
|
37,420
|
13,776
|
36.81
|
|
3
|
Filipina
|
25,392
|
5,706
|
22.47
|
Berbeza dengan Indonesia dan Filipina, nilai penularannya masih tinggi berdasarkan dengan usaha merawatsembuh pesakit agak rendah, iaitu masing-masingnya 36.81% (Indonesia) dan 22.47% (Filipina). Atau kedudukan baki pesakit yang masih dirawat di hospital, masing-masingnya 63.19% dan 77.53%.
Justeru nilai penularan tersebut merupakan nilai kebolehjangkitan Wabak COVID-19 kepada orang lain adalah berdasarkan jumlah pesakit yang aktif (sedang dirawat).
Secara mudah dapat dihitung (quck count) jumlah pesakit sedang dirawat di hospital ialah 11,389 kes di Singapura,
23,644 kes di Indonesia dan 19,686 kes di Filipina. Maka dari segi kuantiti kebolehjangkitan (nilai penularan) tertinggi ialah di Indonesia diikuti dengan Filipina dan Singapura.
Oleh itu, ada kemungkinan jumlah kes penularan Wabak COVID-19 di Indonesia akan mencecah ke angka yang mengatasi Singapura dalam minggu ini. Sementara Filipina dijangka akan juga melonjak rapat ke angka 30 ribu.
Malaysia di ambang pulih
Sehubungan dengan itu, bagi Malaysia nilai penularan semakin mengecil berikutan perkembangan terkini jumlah pesakit yang dirawatpulih (kes sembuh) semakin tinggi berbanding dengan pesakit yang sedang dirawat di hospital.
Hari ini, Malaysia mencatatkan 43 kes baharu dan 143 pesakit yang sembuh, menjadikan kumulatif keseluruhan kes sebanyak 8,445 kes dengan kes yang telah dirawatpulih sebanyak 7,311 orang (86.57%) dan pesakit yang masih dirawat 1,014 orang (13.43%).
Natijahnya, kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia adalah lebih rendah (prestasi pemulihan lebih baik) berbanding dengan Singapura, Indonesia dan Filipina. Sekiranya prestasi ini berterusan di dalam minggu ini - pertambahan kes baharu pada dua angka dan kes dirawatpulih berkembang kekal pada tiga angka - dijangkakan kadar kebolehjangkitan COVID-19 dalam Negara kita akan menurun kepada tiga angka, sekitar 700 kes. Ins sya Allah.
Sesungguhnya, kita berusaha dan hanyasanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan apa hasilnya nanti. Maka bersama-sama kita memanjatkan hajat, agar Allah membebaskan Negara dari beban Wabak COVID-19.
Wassalam.