04 May, 2013

100 bas balik mengundi pengundi Kelantan tak muncul-muncul

Aslani M, 04 Mei 2013
KOTA BHARU: Campur tangan pihak tertentu menyebabkan 100 bas sewa khas yang ditempah anak-anak Kelantan di Lembah Klang tidak muncul malam tadi.
Bas-bas tersebut disewa khas mereka untuk balik mengundi, sepatutnya bertolak malam tadi, namun bas yang ditempah tidak tiba.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff berkata, disyaki kemungkinan pemilik bas terbabit ditekan pihak tertentu menggunakan kuasa politik bagi menghalang bas tersebut mengangkut anak-anak perantau.

Sedangkan katanya, ketika tempahan dibuat pemilik bas terbabit sudah menyatakan persetujuan untuk mengangkut anak-anak Kelantan balik mengundi.

“Namun pada saat-saat akhir bas yang ditempah mereka tidak muncul. Ini menyebabkan mereka mengesyaki ada campur tangan pihak yang memiliki kuasa bagi menghalang perantau pulang mengundi.

“Ekoran itu mereka berpakat mencari kenderaan lain termasuk menyewa van dan kereta secara berkumpulan. Ada yang sudah sampai dan sebahagian lagi masih dalam perjalanan,” katanya.

Wan Nik berkata, kemungkinan besar ada pihak yang berada di belakang tabir menekan pemilik bas supaya membatalkan tempahan dipersetujui sebelum ini.

Menurutnya, anak-anak Kelantan melahirkan rasa kesal sehingga menyebabkan semangat untuk menolak Umno pada pilihan raya esok semakin membuak-buak.

Kata beliau juga sebahagian anak-anak perantau yang tiba di Kelantan semalam menyebabkan program-program ceramah yang diadakan malam tadi semakin melimpah.

30 April, 2013

PRU-13: Perjalanan panjang menghangat jiwa pemimpin dan petugas

Petang kelmarin sempat juga meneliti sebuah poll melalui online. Hasilnya, selepas seminggu kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) berlangsung masih ramai merasa suasana belum hangat. Lihat penemuan poll tersebut.




Kajian ini menunjukkan 2,644 responsif adalah 45 peratus yang masih merasai tiada kehangatan, sementara 48 sudah merasai kehangatan (tidak setuju belum dirasai kehangatan). Apa pun kehangatan itu adalah sesuatu yang subjektif. Mungkin hangat bila banyak berlaku 'pertembungan' atau perbalahan.

Walau pun begitu, penerimaan masyarakat pengundi kepada tawaran manifesto dua pihak - Pakatan dan Barisan - boleh dijadikan topik hangat. Bila mana kajian poll menerusi online memberi jawapan seperti berikut:




Kajian oleh MSN Malaysia ini menunjukkan 21,254 responsif percaya (67 peratus) adalah yakin manifesto Pakatan lebih memberi faedah langsung berbanding manifesto BN. Ini sesuatu yang malang di sisi Ds Mohd Najib yang ghairah dengan pelbagai Transformasi.

Ia memalangkan lagi ekoran kejatuhan populariti Najib pada Februari lalu, apabila kajian Merdeka Centre menunjukkan sebelum ini (Disember 2012) ialah 63 peratus kepada 61 peratus. Sementara keyakinan (menyokong) BN juga merosot daripada 47 kepada 45 peratus dalam tempoh yang sama.

Apa yang pasti pada 5 Mei nanti (menjelang 6 Mei) adalah jawapannya.