Nov 7, 08 10:00am
Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini mengisytiharkan bahawa penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera.Hakim Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus pengendali blog popular Malaysia Today juga memerintahkan beliau dibebaskan serta-merta.Hakim juga memerintahkan Raja Petra dibawa ke mahkamah sebelum 4 petang hari ini sebelum beliau dibebaskan segera. Penulis blog ditahan polis pada 12 September di suatu tempat yang tidak didedahkan sebelum dibawa ke kem tahanan Kamunting di Taiping pada 23 Sept.
Mahkamah pagi ini mengarahkan RPK dibebaskan, demikian pula Malaysiakini pada pagi ini dipetik.
Hal di atas, membuktikan Malaysia memerlukan suatu perubahan dari segi kuasa, agar kuasa baru (kerajaan baru – PR?) dapat merombak dan membina suatu rupa baru aspek undang-undang untuk mengawal ‘keselamatan’ negara ini. Sekiranya ini berlaku, secara ikhlas, sewajarnya rakyat mesti segera bangkit menyatakan pandangan dan pendirian melalui cara-cara yang sah, agar yang ada hari ini, khususnya Najib TR mempertimbangkan perkara ini, demi masa depan dan kemakmuran negara.
Sesungguhnya Tuhan yang Esa hanya merestui pemerintahan yang memenuhi nilai-nilai siasah syariyyah berlandaskan kebenaran al-Quran dan apa yang amalkan oleh Rasulullah.