Sebenarnya, Tuan Aziz bukannya Pengurus Kesedar, sebenarnya beliau adalah Pengurus Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Kesedar sahaja. Bukan bertaraf bos kepada kumpulan anak buah. Dalam parti beliau adalah ketua pemuda UMNO Kuala Krai. Maka, dalam parti beliau ada anak buah, iaitu pemuda-pemuda UMNO di setiap cawangan. Jika anak buah beliau solid memikul tanggungjawab sebagai petugas parti dalam pilihan raya kecil Manek Urai, sudah pasti Tuan Aziz memiliki jentera kempen yang kuat.

Ditambah pula, beliau adalah bekas orang kanan KESEDAR, mungkin jentera KESEDAR akan full-force kali ini membantu memenangkan Tuan Aziz. Sesuai pula, sebahagian kawasan Manek Urai berada dalam kawasan pembangunan KESEDAR. Sudah pasti, peserta KESEDAR akan berpaling menyokong Tuan Aziz. Persoalannya mungkinkah Dato' Ramzi Abd Rahman selaku pengerusi akan mengizinkan KESEDAR bertindak begitu. Jika Tuan Aziz mendapat restu Dato' Ramzi, boleh jadi beliau akan menikmati semua resources KESEDAR akan membantu kempen Tuan Aziz.
Namun cerita di sebalik perkhidmatan Tuan Aziz selaku pegawai kanan KESEDAR, sebenarnya beliau diceritakan sebagai pegawai yang ada 'cerita di sebalik cerita'! Maka, tidaklah mudah bagi Tuan Aziz mendapat sokongan jentera KESEDAR! Justeru itu, sari sudut KESEDAR adalah peluang bagi Tuan Aziz, tetapi harus dilihat juga nilai 'restu' Dato' Ramzi mungkin menjadi 'kelemahan' di sisi jentera kempen Tuan Aziz.
Membelek nilai-nilai ketokohan calon PAS, Mohd Fauzi yang mula dipopularkan dengan nama jolok Abe Uji adalah seorang peniaga yang berpengalaman lebih 30 tahun, sudah ramai yang kenal dia dan membina rangkaian pemasaran ikan yang sudah meluas di segenap ceruk rantau negeri Kelantan. Atas kapasiti ini, Abe Uji diberi kepercayaan sebagai Bendahari PAS Kuala Krai sejak 10 tahun lalu. Maknanya, sudah dua kali pilihan raya umum beliau telah mengolah kewangan PAS Kuala Krai. Ini kepercayaan dalaman dan keyakinan orang-orang PAS di cawangan terhadap beliau. Maka, memikul amanah sebagai calon pilihan raya kecil Manek Urai adalah sudah diyakini dari pihak dalaman parti.
Jika di Manek Urai pula, beliau adalah tempat bergantung sebahagian peniaga ikan yang mendapat
Demikian sedikit fokus untuk mengredkan kedua-dua calon pilihan kecil Manek Urai, Kelantan yang akan dirasmikan pada 6 Julai 2009, hari penamaan calon. Semuga Tuhan Yang Esa merahmati setiap orang yang istiqomah menguruskan kepimpinan ke arah kebaikan ummah.