Dari blog Dr. Mahathir:
“…4. Agen-agen calon secara terbuka memberi wang sogokan kepada jawatankuasa bahagian dan wakil ke mesyuarat bahagian. Agen-agen ini tidak segan-segan menyebut nama calon yang membekal wang. Mereka menunggu semasa mengundi untuk mengetahui siapa undi siapa.
5. Satu fenomena yang aneh ialah pencalonan bagi calon tertentu meningkat dengan mendadak pada minggu pertama dan ke-dua. Ternampak seolah-olah mereka ini akan menang tanpa bertanding.
6. Tetapi selepas dua minggu pencalonan bagi calon-calon yang nampak popular ini mula merosot. Masuk minggu ke-empat pencalonan mereka tidak bertambah lagi atau hanya sedikit sahaja.
7. Sebaliknya dari jauh di belakang, calon-calon yang mendapat amat sedikit pencalonan pada minggu-minggu awal tiba-tiba mendapat begitu banyak pencalonan. Demikianlah pencalonan yang mereka dapati sehingga mereka melepasi kuota dan layak bertanding.
8. Apakah yang menyebabkan fenomena ini berlaku? Kata orang (saya tak ada bukti) kata orang sahaja, wang yang amat banyak ditaburkan oleh mereka yang mulanya ketinggalan.
9. Kita juga dengar ada perwakilan yang apabila diminta supaya menyokong calon tertentu telah hantar melalui SMS (system pesanan ringkas) namanya dan nombor akaunnya di bank.
10. Yang lain pula berkata tak apalah. Kami terima sogokan dan kami calon mereka tetapi undi semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agong belum tentu.
11. Tengku Ahmad Rithaudeen, pengerusi Lembaga Disiplin telah melaporkan yang lembaga telah terima 900 laporan rasuah dalam pencalonan untuk Majlis Tertinggi dan jawatankuasa bahagian. Ini semasa 2-3 minggu bahagian-bahagian bermesyuarat. Apakah angka ini tidak bertambah?
12. Juga dilaporkan bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga mendapat banyak laporan berkenaan sogokan wang semasa pencalonan.
13. Saya tertanya-tanya apa yang telah jadi kepada laporan-laporan ini. Besar kemungkinan bukti tidak cukup dan siapa pun tidak akan didakwa.
14. Sebenarnya rakyat Malaysia semua tahu yang pencalonan dan pemilihan pemimpin UMNO adalah hasil sogokan wang berjuta-juta Ringgit. Anggapan bahawa jika tidak ada bukti yang boleh diterima mahkamah maka ini bermakna tidak ada sogokan, bahawa pemilihan dan pencalonan dalam UMNO adalah bersih seperti kain putih, sukar diterima oleh orang ramai. Mereka bukan bodoh seperti yang dianggap sesetengah Menteri UMNO. Mereka tahu sogokan wang memang berlaku.
15. Sesungguhnya kesan daripada tingkah laku calon-calon untuk jawatan dalam UMNO dan juga ahli-ahli UMNO yang tamak dan begitu bersedia untuk disogok sudah menjadikan UMNO sebuah pertubuhan yang dipandang hina dan dibenci oleh rakyat samada Melayu, Cina atau India. Mereka sedang melihat kelakuan buruk dan kotor orang UMNO tanpa memprotes atau menegur. Kononnya orang bukan UMNO terutama pesara UMNO tidak berhak menegur UMNO. Dan mereka pun tidak menegur. Maka akan selamatlah perasuah.
Apa sudah jadi?
Laporan Berita Harian hari ini pula, “Calon timbalan, naib disiasat” dan
Malaysiakini pula mendedahkan “BPR siasat 82 aduan politik wang” yang ditujukan kepada parti politik tertentu (jika dikaitkan dengan musimnya… pemilihan UMNO, maka maksud BPR itu mungkin parti UMNO). Ditambah lagi dengan, kes ahli UMNO Tanah Merah yang telah dipecat:
(kes melibatkan Ahli jawatankuasa Umno bahagian Tanah Merah, Abdul Rahman Ibrahim telah dipecat daripada Umno ekoran tindakannya mengemukakan saman pemula dan mendapat perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menghalang 32 ahli termasuk bekas Ketua Pemuda, Ikmal Hisham Abdul Aziz menghadiri mesyuarat bahagian tersebut).
Paling memualkan lagi, bagaimana krisis dalaman Wanita UMNO sudah terlodeh sampai ke dada… nampaknya Rafidah Aziz sudah tidak selamat lagi mengemudikan sayap Wanita. Sudah terdedah pula karenah Wanita UMNO negeri Perak yang sebelum ini menyokong Rafidah hakikatnya mereka bersikap menyatakan sokongan ‘palsu’ sahaja.
Paling melemahkan penyokong UMNO seluruh negara bila terkeluar kenyataan seperti mana dilaporkan E-media hari ini:
“Wanita Umno divisions in Perak, Negri Sembilan and Sabah have joined their counterparts in Penang in speaking up against Tan Sri Rafidah Aziz's leadership transition plan.
They want the movement's chief to bring forward her proposed transition plan to March instead of the original June dateline.
At a press conference in Ipoh yesterday, Wanita chiefs from 22 out of 24 divisions called for Rafidah to hand over the leadership to her deputy Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil during the national delegates meeting in March.
Menangis lagi nampaknya Rafidah. Kalau dulu menangis kerana perginya Dr. Mahathir, kini menangis disebabkan perginya jawatan Ketua Wanita kepada Sharizat.
Cukuplah!!
Segala-galanya adalah “kebendaan” – materialisme sudah menguasai sehingga UMNO dilanda penyakit rasuah yang tidak terbendung lagi.
Jika dibandingkan dengan nilai-nilai kemuliaan yang dikehendaki oleh Tuhan yang Esa, penyakit rasuah adalah keburukan dunia, maka tiada lagi kemuliaan di sisi Tuhan di akhirat kelak. Maka pemimpin perasuah sudah tentu menjadi virus yang akan menularkan amalan itu bila mereka ditunggak kuasa. Semasa berkehendakkan jawatan sanggup menghabiskan jutaan ringgit, bila sudah dapat jawatan, pastinya jawatan itu disandarkan sebagai tangga untuk mendapat balik nilai jutaan ringgit yang dihabiskan tadi dengan apa cara sekalipun (halal maupun haram – jika perasuah sudah pasti akan lebih cenderung memilih cara haram – membiakkan lagi rasuah/politik wang).
Nah, sampai bila rasuah akan terhapus. Rakyatlah akan jadi mangsa gara-gara keghairahan pihak elit yang gila berkuasa. Oleh itu, tanggungjawab rakyatlah menolak kesemua pemimpin yang mengamalkan rasuah. Ingatlah! sudah sampai masanya UMNO bakal berkubur kerana pemimpinnya....
No comments:
Post a Comment