12 May, 2012

BERSIH 3.0 ke BERSIH 4.0 menuntut akses media adil dan bebas

Salah satu daripada tuntutan BERSIH sejak siri 1.0, 2.0 dan 3.0 lepas ialah mengenai akses media. Ia suatu respons kepada nilai pengaliran maklumat seimbang dan telus kalangan rakyat. Ia juga prasyarat kepada amalan Demokrasi yang tidak cacat.
Kenapa isu media berbangkit? Tidak lain realiti maklumat di Malaysia hari ini adalah monopoli pihak penguasa (state). Ia suatu angkara dilakukan oleh pemimpin UMNO yang terlalu takut kepada pengaliran maklumat bebas dan telus serta adil. Adil di sini ialah pengaliran maklumat yang serata, seimbang dan tiada nilai monopoli agensi dan saluran media. Justeru akses media yang adil dan bebas adalah keperluan mendesak sekiranya mahukan demokrasi (baca juga proses pilihan raya) yang  "level playing field."



Justeru perarakan lebih 100 ribu pada Bersih 1.0, lebih 150 ribu pada Bersih 2.0 dan lebih 200 ribu pada Bersih 3.0 - suatu reaksi rakyat yang mengimpikan proses pilihan raya dijalankan dengan adil telus dan bersih.
Melaksanakan agenda itu, sebuah NGO media, "Kumpulan Aktivis Media Independen - KAMI" telah menganjurkan Konvensyen Akses Media Adil dan Bebas Dalam PRU-13 hari ini, 12 Mei 2012 bertempat di Hotel Nouvelle, Sri Kembangan Lebuh raya KL-Seremban. Jempuitannya terbuka dan tiada bayaran dikenakan. Ia suatu inisitif langsung pengerusinya, Ahmad Lutfi Othman, Ketua Editor Harakah.
Saya sempat hadir pada Wacana dan tidak sempat mendengar Ucaputama pakar media, Dr. Abu Hassan Hasbullah. Apa pun saya sempat bersalam dengan Dr. Abu yang lebih dikenali sebagai porofesor google kerana cermin matanya bear bulat seperti ejaan "gOOgle" salah satu aplikasi internet popular.
Wacana dimoderatorkan Fathi Aris  Omar Ketua Editor Melaysia kini turut membariskan panelis terkenal Dato' A. Kadir Jasin (mantan Ketua Pengarang NST), Hanipa Maidin (Peguam PAS), V. Ambalagan (Setiausaha NUJ) dan Ahmad Lutfi sendiri.



Sebelah petangnya diadakan pula forum yang membariskan ahli politik Pakatan Rakyat yang dimoderatorkan oleh Zunar (kartunis reformasi), Hishamuddin Rais (blogger reformasi), Nurul Izzah Anwar (MP Lembah Pantai KeADILan) dan Dr. Dzulkefli Ahmad (MP Kuala Selangor PAS). Saya tidak mengikuti forum kerana ada pertemuan lain di Bandar Baru Bangi.

Wacana proBersih

Berlaku silang idea antara panelis Wacana. Antaranya Ambalagan minta SPR mendengar rasa hati pengamal media agar berlaku keadilan maklumat semasa kempen pilihan raya. Hanifa pula meluah pengalaman bersama pimpian PAS terutama Haji Mohamad Sabu yang kerap menyaman surat khabar yang fitnah atas dirinya. Sementara Dato' A. Kadir mengingatkan faktor media baru positif kepada parti yang menentang Umno/BN dalam PRU 2008. Begitu pula, Lutfi semacam Hanifa yang berdilema dalam menguruskan media dalam konteks layan tidak adil penguasa menerusi pelbagai peraturan dan isu permit KDN. Nampak sangat semua silang idea panelis adalah proBersih yang sedia menuntut akses media dalam pilihan raya. Selayaknya inisiatif ke arah BERSIH4.0 diteruskan selagi mana pilihan raya umum 13 tidak menjanjikan akses media yang adil dan bebas!