13 October, 2008

Hari Terbuka PAS... PAS for All
















Kelmarin (12 Oktober) PAS Pusat berjaya mengadakan hari terbuka sempena Hari Raya 'aidil fitri. Bertempat di Stadium Melawati Shah Alam, terserlah kehebatan PAS khususnya PAS Selangor selaku tuan rumah. Lebih membanggakan para pengunjungnya adalah daripada lapisan masyarakat yang berbilang kaum. Ia cukup menserlahkan kejayaan tema muktamar PAS ke-54 "PAS untuk Semua" (PAS for All).
Menurut pemerhatian, sebelum ini PAS Pusat hanya menganjurkan hari terbukanya di sekitar Kuala Lumpur sahaja, terutama di Taman Malewar. Tahun ini adalah julung kali ia diadakan di luar Kuala Lumpur. Sesuai dengan PAS Selangor kini sebagai peserta di dalam kerajaan Pakatan Rakyat, katanya banyak pebelanjaan hari terbuka itu adalah melibatkan pengorbanan ahli PAS yang mendapat "ghonimah" seperti wakil rakyat, ahli majlis dan pelbagai penjawat dalam kerajaan negeri. Menurut Sdr Jamaludin Elias, selaku penyelaras perbekalan untuk jamuan hari terbuka itu, di kalangan ahli majlis perbandaran mereka diminta menyumbang sebulan elaun (kira-kira RM300 hingga RM700 seorang). Semuga Tuhan yang Esa memberkati pengorbanan itu. Ia satu cara akan membersihkan lagi nilai keberkatan dan terlebih baik daripada meminta-minta dari pihak-pihak tertentu, kerana cara itu mengundang hati yang tidak ikhlas malah berniat menyumbang dalam maksud "ada udang di sebalik batu".'
Tahniah kepada semua kepimpinan PAS!!
Semuga Tuhan yang Esa terus memanjangkan usia kerajaan Pakatan Rakyat.

No comments: