28 March, 2009

Penamaan calon parlimen Bukit Gantang



SPR menetapkan esok penamaan calon yang akan diadakan di dewan Majlis Perbandaran Taiping (gambar). Dijangka tiga calon akan menghantar borang pencalonan: BN (UMNO), PR (PAS) dan Bebas (PAKIDA). PAS telah menamakan Ir. Mohamad Nizar jamaluddin sebagai calon dan BN pula, Ismail Safian. Sementara PAKIDA belum pasti nama individu yang dimaksudkan.
Walau apapun, esok akan menentukan.
Berdasarkan keadaan cuaca, pada malamnya (hari ini) telah hujan, maka dengan kehendak Tuhan Yang Esa, boleh jadi esok pagi cuaca akan baik.

Polis mula bertugas di Bukit Gantang

Mulai kelmarin polis dari pelbagai unit telah hadir bertugas di kawasan pilihan raya kecil P.059 Bukit Gantang. penempatan di khemah-khemah utama yang dibina adalah satu alaman seperti mana berlaku di Kuala Terengganu pada Januari lalu.

Tinjauan semalam didapati sebahagian jalan utama di Changkat Jering diparkirkan kenderaan polis sehingga menutup satu lorong jalan utama. Gambar berikut menerangkan keadaan tersebut.



Sementara tinjauan di sekitar bandar Taiping pula, di mana proses penamaan calon akan berlaku, didapati anggota polis telah ditempatkan bertugas di beberapa lokasi penting. Mungkin ia sebagai latihan menghadapi pagi esok yang dijangka akan sesak dengan penyokong parti-parti yang akan bertanding. Gambar berikut menerangkan keadaan tersebut.



Semuga hari esok akan ditakdirkan Tuhan Yang Esa berlaku cuaca yang baik bagi membolehkan parti-parti bertanding berarak dengan selesa. Dijangkakan pihak BN akan mengumpulkan pasukan perarakan seramai 10,000 orang dan PAS pula akan berarak dengan jumlah yang sama. Dan setakat ini belum pasti berapa calon yang akan bertanding. Sementara pihak tidak berparti dijangka akan turut berarak untuk mengiringi calon mereka. Salah seorang ustaz PAKIDA dijangka akan menyertai kumpulan tidak berparti esoknya. Oleh itu, menurut sumber polis, polis turut menyediakan ruang untuk kumpulan tidak berparti berkumpul di pusat penamaan calon.

27 March, 2009

Menilai ‘agama’ dalam MT UMNO

Berikut adalah penilaian bebas ‘background’ profesi tokoh ahli MT UMNO yang dipilih semalam.

Pengerusi Tetap
Datuk Paduka Badruddin Amiruldin (politikus)

Timbalan Pengerusi Tetap
Datuk Mohamad Haji Aziz (politikus)

Presiden
Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak (glokal)

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (nasionalis)


Naib Presiden
1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (nasionalis)
2. Datuk Seri Hishammuddin Hussein (glokal)
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (loyar)


Ahli Majlis Tertinggi
1. Datuk Mustapa Mohamad (ekonomis)
2. Datuk Noh Omar (loyar)
3. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (nasionalis)
4. Datuk Senator Azian Osman (loyar)
5. Datuk Zainal Abidin Osman (politikus)
6. Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed (mekanis)
7. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (glokal)
8. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin (nasionalis)
9. Datuk Shaziman Abu Mansor (mekanis)
10. Dr. Mohd. Puad Zarkashi (glokal)
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (nasionalis)
12. Datuk Idris Haron (loyar)
13. Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad (medisin)
14. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis (mekanis)
15. Datuk Saifuddin Abdullah (glokal)
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad (ekonomis)
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid (nasionalis)
18. Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah (pemain saham)
19. Datuk Hamzah Zainuddin (korporat)
20. Datuk Bung Mokhtar Radin (pemain saham)
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin (glokal)
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique (armis)
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek (nasionalis)
24. Datuk Seri Idris Jusoh (kontraktor)
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (ketua rempit/glokal)

Semuanya tidak ada nilai ‘agama.’ Sama-sama buat penilaian jika tidak bersetuju!! Cuba jawab persoalan dan perihal berikut:

Betulkah tidak ada seorangpun ahli MT yang lulusan pengajian agama?

Yang manakah ahli MT UMNO pimpinan Najib mewakili orang lulusan pengajian agama Islam?

Apakah kelayakan UMNO untuk mendakwa penjuang agama, penegak keadilan dan penjaga bahasa dan adat orang Melayu?

Mungkinkah Najib akan melantik ustaz “sepak kerusi,” ustaz “hadhari,” ustazah “bontox” sebagai ahli MT. Kalau Zahid Hamidi, rasanya sudah tidak sesuai untuk jaga kementerian agama. Maklumlah, tidak pernah berlaku dalam UMNO Naib Presiden yang dapat undi tertinggi pegang kementerian agama. Paling koman, kena jaga kementerian dalam negeri baru ada ‘power’.

Catatan hujung

Tuhan Yang Esa menciptakan manusia dengan sifat ketuhanan (rububiyah) agar terjelma dalam kehidupan dengan tingkahlaku kemuliaan dan cintakan kebenaran dan menjauhi kezaliman. Bagaimanakah untuk menilai sifat itu jika ia disandarkan kepada pertubuhan seperti UMNO? Mungkin jawapannya ialah pemimpinnya hendaklah mempunyai kefahaman tinggi tentang sifat-sifat ketuhanan.


MT UMNO-muka lama, post baru

Pemililihan UMNO yang berlaku semalam (26 Mac) menyaksikan perubahan kedudukan jawatan bagi muka lama dalam Majlis Tertinggi (MT). Jawatan Presiden, Timbalan dan Naib-naib Presiden adalah semua orang lama dalam MT. Kecuali beberapa orang baru menang, di peringkat ahli MT. Antaranya Puad Zakarshi, Idris Haron, Azian Osman, Ismail Sabri dan Bung Mokhtar. Ia juga menyaksikan tidak dipilihnya beberapa orang yang berada dalam jawatan penting seperti menteri besar (Adnan Yaakob, Mohamad Hassan, Mohd Isa Sabu & Abd Ghani Othman) dan ahli kabinet (Azalina Othman, Shahrir Samad, Johari Baharom & Noraini Ahmad). Agak 'istimewa' semua jawatan Naib Presiden adalah dimenangi tokoh yang ada latar belakang "ketua pemuda," iaitu Zahid, Hishamuddin & Shafie. Mungkin semua mereka adalah line-up Mohd Najib, Presiden UMNO yang baru.

Berikut senarai MT baru (2009/2011):

Pengerusi Tetap
Datuk Paduka Badruddin Amiruldin – 2272 undi

Timbalan Pengerusi Tetap
Datuk Mohamad Haji Aziz
(Menang tanpa bertanding)

Presiden
Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin – 1575 undi

Naib Presiden

1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – 1592 undi
2. Datuk Seri Hishammuddin Hussein – 1515 undi
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – 1445 undi

Ahli Majlis Tertinggi

1. Datuk Mustapa Mohamad – 2259 undi
2. Datuk Noh Omar – 2084 undi
3. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman – 2084 undi
4. Datuk Senator Azian Osman – 2060 undi
5. Datuk Zainal Abidin Osman – 2054 undi
6. Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed – 1854 undi
7. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – 1838 undi
8. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin – 1804 undi
9. Datuk Shaziman Abu Mansor – 1705 undi
10. Dr. Mohd. Puad Zarkashi – 1700 undi
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman – 1685 undi
12. Datuk Idris Haron – 1658 undi
13. Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad – 1624 undi
14. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis – 1622 undi
15. Datuk Saifuddin Abdullah – 1619 undi
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad – 1611 undi
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid – 1580 undi
18. Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah – 1529 undi
19. Datuk Hamzah Zainuddin – 1518 undi
20. Datuk Bung Mokhtar Radin – 1517 undi
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin – 1481 undi
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique – 1431 undi
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek – 1377 undi
24. Datuk Seri Idris Jusoh – 1275 undi
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim – 1265 undi

Hanya Tuhan Yang Esa maha mengetahui atas semua yang berlaku. Apakah kemenangan mereka dengan ketulusan hati perwakilan memilih atau dipaksa. Tunggu dan lihatlah perkhidmatan mereka nanti!!

26 March, 2009

Research Finding - MC missed for Pemuda & Puteri

Merdeka Centre had miss-finding about Pemuda and Puteri election, but direct-sharp for Wanita. Research generating by call methodology well-published last month was involve 1031 calling sample held during 4 – 16 Februari 2009,included 285 Barisan Nasional of Malay supporters. Belows (bar charts) clarifying of all finding:















From the figures, the finding are represent the opinions out one month before the election. That mean, all the factors beside the UMNO diciplinary body not announced. That why, Khairy is not popular. After judgement, Khairy had permit to enter the competition arena. The moral of pemuda was sided to him. That manifestation of supports are money politics in Pemuda UMNO?

Pemilihan cabang UMNO: Pemuda, Puteri, Wanita


Khairy menang luar jangka, Sharizat sudah dijangka, Rosnah menang sengit!!

Daripada tiga cabang UMNO, pemilihan peringkat Pemuda paling lambat diumumkan. Kesemuanya menggambarkan sesuatu diluar jangkaan. Kerana yang menang itu adalah Khairy menantu Presiden UMNO, Abdullah Ahmad.
Sedangkan Khairy sebelum ini telah disabit bersalah dengan politik wang yang dibenar bertanding oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO. Sedutan-sedutan catatan blogger yang berikut adalah gambaran senario pemilihan Pemuda UMNO: bernama pro-Khairy, tidak memihak dan anti-Khairy.

Politik wang menguasai pemilihan Pemuda UMNO.

October 14, 2008

Kita tentu masih ingat wayang kulit yang dimainkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir dan juga wayang kulit yang dimainkan oleh Mukhriz sendiri sebelum bermulanya pencalonan. “Anak saya tak mungkin menang dan Khairy Jamaluddin adalah pemimpin yang bijak dan beliau pasti menang perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO ini.” kata Tun.

“Saya tidak mungkin mendapat pencalonan yang cukup, perwakilan telah disekat ” kata Mukhriz, inilah permainan reverse saikologi oleh kedua anak beranak ini. Tun terus bermain dengan kata-kata dengan sindiran sinis untuk membantu kemenangan anak beliau. Nampaknya beliau terlalu serious membantu kempen pemilihan pemuda ini dan mencampuri kempen-kempen pemilihan ini.

Suasana pemilihan pemuda kali ini berjalan dengan kotor sekali apabila lempahan wang dapat kita saksikan

sendiri dicurahkan kepada perwakilan, cara pengagihan yang tidak lagi selindungi. Wang diberikan secara terang-terangan. Perwakilan diberikan wang dipintu masuk dewan dan ini berlaku dibeberapa tempat seperti di Beufort, Tumpat, Sungai Siput dan dibeberapa tempat lagi. Mereka telah menguhulurkan paket duit raya yang bernilai

RM250 kepada setiap perwakilan. Jerung-jerung besar sanggup mengeluarkan berjuta ringgit hanya bagi memastikan Naib Ketua Pemuda UMNO tidak akan dapat pencalonan yang cukup. Bukti-bukti telahpun dikumpulkan dan pasti perkara ini akan terdeah juga.

Dendam ketua bahagian juga ada memainkan peranan kerana tidak puas hati dengan Perdana Menteri menjadikan Khairy Jamaluddin sebagai kambing hitam untuk disembelih. Antara bahagian yang mencampuri keputusan pencalonan Ketua Bahagian ialah Besut dan Kimanis dan beberpa tempat lagi. Namun ini bukanlah

halangan kepada Khairy Jamaluddin untuk melayakan diri bagi merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO.

Banyak perkara yang dirancang telah disabotaj dengan lempahan wang. Khairy perlu meyusun kembali strategi yang telah beliau susun ketika persidangan berehat sektika ini. Jentera Khairy perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki “damage” yang telah berlaku pada minggu ini. Insyaalah keputusan pada minggu hadapan akan berubah. Benarlah kata orang-orang tua, politik tidak akan lari dari mainan wang, politik wang dalam UMNO tidak akan dapat dibasmi kerana kegilaan ahli mereka untuk mendapatkan jawatan.

http://www.kpmu.net/2008/10/politik-wang-menguasai-pemilihan-pemuda-umno/ [26 Mac 2009]

Khairy diberi amaran, Khir tidak bersalah

17/03/2009 4:37pm

KUALA LUMPUR 17 Mac - Lembaga Disiplin UMNO mendapati Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersalah dan diberi surat amaran.

Manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo didapati tidak bersalah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm [26 Mac 2009]


Mengapa Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melakukan kesalahan yang sama Perkara 10., tetapi dibenar bertanding?

AHMAD RITHAUDDEEN: Perkara 10.1 ialah satu perkara yang mana ia dianggap satu kesalahan apabila ejen calon didapati bersalah dan ada fakta bahawa calon ada pengetahuan mengenai perkara itu maka calon dianggap terlibat dan dijatuhkan hukuman di bawah perkara itu.

…melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1 iaitu dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh

ejen maka dihukum di bawah Perkara 20.9 (c) Perlembagaan UMNO iaitu dilarang bertanding pada pemilihan parti.

Penjelasan Khairy Mengenai Keputusan Lembaga Disiplin UMNO.

"Saya memanjatkan syukur terhadap Allah SWT kerana saya masih boleh meneruskan perjuangan saya dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, walaupun telah diputuskan bersalah dan diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO, iaitu peruntukkan mengenai Anggapan Kebersalahan Pihak Ketiga.


Di bawah Perlembagaan UMNO, mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan pelbagai jenis hukuman, antara lainnya, diberi amaran; digantung hak-hak dalam parti; dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi atau dipecat daripada parti.

Seperti yang telah saya nyatakan kepada Lembaga Disiplin, saya tiada kena-mengena dan tiada pengetahuan langsung mengenai perbuatan yang didakwa dilakukan oleh mereka yang dikatakan menjadi ejen saya. Pihak Lembaga Disiplin juga, dalam sidang akhbar semalam, mengakui tiada perkaitan jelas antara kesalahan yang dilakukan oleh mereka dengan saya. Lembaga Disiplin juga mendapati sukar untuk mengaitkan ejen tersebut dengan saya. Kaitan kesalahan mereka yang didakwa menjadi ejen saya dengan saya juga adalah amat lemah.

Atas sebab-sebab seperti yang telah dinyatakan oleh Lembaga Disiplin inilah, saya masih lagi dibenarkan untuk

bertanding dalam pemilihan UMNO kali ini. Namun begitu, saya tetap dengan kenyataan saya kepada Lembaga Disiplin – bahawa saya sememangnya tidak bersalah. Saya juga berharap agar apa yang berlaku ini bukanlah didorong oleh apa-apa agenda politik mana-mana pihak berkepentingan untuk memburukkan nama saya atau menggagalkan perjalanan karier politik saya, terutamanya setelah saya mengumumkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia."

- Khairy Jamaluddin.

http://suaramelayubaru.blogspot.com/2009/03/penjelasan-khairy-mengenai-keputusan.html [26 Mac 2009]


Khairy Menang Ketua Pemuda UMNO?

Memang saya tidak sangka Khairy Jamaludin menang jawatan Kemuda Pemuda UMNO. Apatah lagi dengan skandal rasuah baru-baru ini oleh jawatankuasa disiplin dalaman UMNO.

http://drazwan.blogspot.com/2009/03/khairy-menang-ketua-pemuda-umno.html [26 Mac 2009]

Perhimpunan Agung Umno 2009 - Penyokong KJ mengamatkan PWTC

Laungan KJ KJ KJ KJ KJ KJ yang begema di PWTC semalam jelas membayangkan bahawa KJ kini berada di tangga atas mengatasi kedua calon Pemuda UMNO Malaysia. Penyokong KJ yang berbaju putih dan kelihatan bersih dengan tulisan setia kawan dan nombor 3 berkliaran di PWTC .

http://beta.bloglines.com/b/preview?siteid=15351275 [26 Mac 2009]

25 March, 2009

Polis mula menggempur Bukit Selambau

Provokasi polis dalam kempen pilihan raya jelas berlaku sebelum ini seperti di Lunas, Ijok dan Kuala Terengganu. Kini berulang sudah di Bukit Selambau apabila serangan peluru gas dan pancutan air digunakan untuk menghuru-harakan majlis ceramah ketua pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar di Bukit Selambau pada 23 Mac lalu. Polis didapati telah membuka khemah-pondok lebih awal di Bukit Selambau (gambar pondok polis terletak di Lagenda Hieght) berbanding di Bukit Gantang. Mungkin pihak polis terlalu sensitif dengan parti KeADILan dan Anwar. Sebagaimana berlaku juga, larangan polis terhadap ceramah Anwar di Bukit Gantang yang dijangka diadakan di pekan Simpang di Dataran Tok Guru telah terpaksa berpindah ke ceruk kampung Bukit Gantang gara-gara halangan FRU dan pihak polis.

Sesungguhnya, Tuhan Yang Esa maha berkuasa, tiada kuasa yang lebih hebat daripadaNya. manusia hanya berkuasa dengan kudrat yang terhad. Apapun, manusia mesti bertindak adil dengan kuasa yang dipinjamkan hanya sementara itu.

Projek segera-BN kempen lebih awal

Projek segera seperti instant mee adalah kebiasaan bagi BN berkempen secara rasmi pada setiap kali pilihan raya kecil. Walaupun datuk Seri Mohd Najib pernah umum, BN tak akan amal kempen mee segera, tapi saksi bergambar menjadi bukti "kempen mee segera" dah berlaku lebih awal di Bukit Gantang!! Walaupun SPR cuba menuding jari kepada pihak PR, kononnya pihak PR 'bersalah' kerana memulakan kempen awal sebelum penamaan calon. Sedangkan sebelum ini SPR sendiri semasa mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, pihak pengerusinya ada menyebutkan dengan tarikh yang ditetapkan membolehkan tempoh kempen agak panjang (difahami sebagai kempen boleh dimulakan sebelum penamaan calon hinggalah sehari sebelum pengundian). Sikap "double-standard" SPR jelas membayangkan sikap bias pemerintah terbuak dalam sanubari pihak SPR!!

Sedangkan apa yang berlaku, kempen BN lebih dahsyat lagi, bukan setakat menguasai pemasangan bendera dan sepanduk, malah atas nama kerajaan turut berkempen untuk BN dengan mempamerkan jentera projek segera. Gambar yang dicatatkan adalah rakaman amatur di sepanjang jalan Bendang Siam dan Changkat Ibol di Bukit Gantang!!

Sesungguhnya Tuhan Yang Esa memiliki projek yang lebih sempurna untuk semua hamba-Nya, tetapi hanya bagi hamba-Nya yang taat setia dengan perintah dan larangan-Nya. Projek itu ialah kehidupan kekal abadi di syurga. Hanya pemimpin yang jujur tanpa hipokrit dan tidak menipu rakyat akan layak menerima projek syurga itu!!

BN/MIC vs PR/KeADILan

Fakta kekosongan kerusi

Kerusi DUN Bukit Selambau yang terletak dalam kawasan Parlimen Merbok, kosong ekoran peletakan jawatan wakil rakyatnya V Arumugam pada Isnin, 9 Februari lalu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Arumugam yang bertanding sebagai calon bebas, mendapat 13,225 undi, mengalahkan calon BN daripada MIC S Krishnan yang memperolehi 10,863 undi.

Beliau kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri sebelum meletak kedua-dua jawatan itu atas alasan tidak tahan dengan ugutan pihak tertentu yang memaksa meninggalkan PKR dan menyertai BN.

UMNO gagal tuntut kerusi

Dua hari selepas kekosongan kerusi itu, pada 11 Februari UMNO Bahagian Merbok menuntut agar calon daripada Umno dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau kerana jumlah pengundi Melayu melebihi 50 peratus.

Ketuanya Datuk Tajul Urus Md Zain dilaporkan berkata kerusi DUN Bukit Selambau pernah diwakili oleh Umno sebelum ia diberikan kepada MIC selama empat penggal. Tetapi tuntutan UMNO itu gagal berikutan keputusan pimpinan tertinggi BN mengekalkan pemberian kerusi kepada MIC. Ia diumumkan oleh Datuk Seri Mohd Najib pada 14 Mac lalu dengan menamakan S. Ganesan. 49, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah sebagai calon bagi pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau.

Komposisi kaum

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN tersebut mempunyai 34,977 pengundi, iaitu 17,607 (50.34%) pengundi Melayu, 9,688 (27.70%) pengundi India, 7,386 (21.12%) pengundi Cina dan 296 pengundi keturunan lain.

Sementara, daftar pemilih yang diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) jumlah pemilih bagi pilihan raya kecil nanti ialah 35,140 dengan Melayu 17,667 (50.28%), Cina 7,516 (21.39%) dan India 9,956 (28.33%).

Secara bandingan jumlah pengundi Bukit Selambau dari pilihan raya umum Mac 2008 dengan pilihan raya kecil adalah seperti berikut (Rajah).

Peluang PR

Dalam isu calon, tiada perebutan antara PAS, KeADILan mahupun DAP. PAS tidak menuntut untuk bertanding begitu juga DAP. Atas nama PR mereka setuju KeADILan menamakan calonnya tanpa mengira kaum. Dato’ Seri Ustaz Azizan selaku Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah turut hadir dalam majlis merasmikan calon PR. S Manikumar seorang ahli perniaga telah diisytiharkan sebagai calon KeADILan di Bukit Selambau adalah bakat muda yang diharapkan untuk memimpin rakyat.
Meskipun ada bantahan atas pencalonan tersebut kononnya Manikumar bukan pimpinan parti, datu Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum KeADILan yakin, ia bukan penghalang bagi PR menang. Malah ia mampu untuk menyaingi calon BN.

Senario pilihan raya 2008

Berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008, nampak jelas ada segelintir pengundi Melayu yang tidak keluar mengundi dan tidak bersedia mengundi calon daripada kalangan India. Pengundi berkenaan mungkin ahli tegar UMNO yang memprotes. Berdasarkan kenyataan Tajul Urus, Ketua Bahagian UMNO Merbok yang minta kerusi DUN ini diberikan kepada UMNO, boleh jadi pilihan raya kecil ini nanti akan menyaksikan trend pengundi Melayu yang sama.
Misalnya dalam pilihan raya umum lalu, trend pengundian bagi pengundi Melayu seperti Kuala Sin, didapati jumlah undi rosaknya agak besar: jumlah pengundi yang keluar 656, didapati 57 undi (8.69%) adalah rosak. Begitu juga di daerah mengundi Taman Ria Jaya, 164 undi (4.42%) adalah rosak. Jumlah rosak ini, dikatakan berpunca daripada undi protes kalangan pengundi Melayu yang bersikap perkauman. Dan dalam pilihan raya kecil ini, suara protes itu, sebenarnya telah diluahkan oleh UMNO Bahagian Merbok!!

Scenario di atas, sudah tentu akan membuka peluang kemenangan sekali lagi kepada PR sekiranya bantahan kecil sesama KeADILan dapat diredakan dalam kempen pilihan raya kecil Bukit Selambau nanti. Menurut sumber dalaman PR, pihak Menteri Besar Kedah telah menjanji kepada pengundi-pengundi Bukit Selambau, calon PR yang menang nanti akan dilantik sebagai ahli exco kerajaan negeri yang masih belum diisikan berikutan perletakan Arumugan. Justeru itu, janji tersebut adalah ‘tuah’ bagi pengundi Bukit Selambau yang pastinya memerlukan perhatian dan pembangunan. Segala-gala akan terjawab pada 7 April nanti.

Catatan hujung:

Sesungguhnya Tuhan Yang Esa menciptakan manusia pelbagai kaum adalah sebagai tanda kebesaran-Nya. Sebagai makhluk ciptaan tuhan, rukun kenal-mengenal adalah suatu tanggungjawab demi keharmonian hidup. Maka pilihan raya kecil adalah suatu seni politik ‘perwakilan’ yang membuka ruang semua pihak terlibat dalam membuat keputusan demi keharmonian, kemakmuran dan kemajuan bersama. Oleh itu, apa bangsa sekalipun perlu bertanggungjawab atas kepentingan semua kaum yang diwakilinya.

24 March, 2009

Nizar calon, KDN tunjuk belang & Anwar menerima gas

Pada saat (23 Mac 2009) Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin diisytiharkan sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil P.059 Bukit Gantang berlaku dua perkara besar yang mengesahkan Malaysia adalah pengamal “demokrasi terbatas”: pertama, pada siangnya pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung tiga bulan permit penerbitan akhbar ‘untuk ahli sahaja” – Harakah dan Suara Keadilan; dan kedua, pada malamnya pihak polis secara ‘bodoh’ telah menggempur ceramah Pakatan Rakyat di Bukit Selambau dengan semburan air dan gas pemedih mata serta menangkap pimpinan Pakatan Rakyat.


Nizar to contest Bukit Gantang

KDN gantung akhbar PAS, PKR

Tear gas fired at Anwar ceramah


Ketiga-tiga topik di atas adalah malang sekali bagi politik Malaysia, sama malangnya Ali dari Melaka dan Norza dari Wilayah Persekutuan yang tidak dibenar menjadi calon dalam pemilihan UMNO pada 26 Mac ini.

Kesemua peristiwa di atas adalah ‘hiasan’ rencah politik yang bakal menghangatkan iklim langkahan Najib menuju puncak kuasa dalam pemerintahan negara. Maka, seluruh rakyat akan ketahuilah betapa negara dan rakyat Malaysia sedang memasuki gerbang demokrasi terbatas yang berkemungkinan ke pentas “demokrasi menekan” hatta “autoritarianisme” yang bakal menobatkan Najib sebagai pemimpin bersikap “najibisme” yang bakal meneruskan legasi “mahathirisme.”

Kenapakah sampai terjadi demikian sehingga mencetuskan kemelut demokrasi Malaysia? Mungkin sebahagian jawapannya akan terselak sepanjang Najib mengetuai kempen di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai!!


Semuga Tuhan Yang Esa memberkati perjuangan untuk menyatukan ummah demi kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat Malaysia.


23 March, 2009

Bukit Gantang-Bukit Selambau: Satu Parlimen-Satu DUN

Dua puncak bukit adalah penanda aras untuk Najib.

Pakatan Rakyat (PR) jelas membawa misi untuk menang di kedua-dua pilihan raya kecil-PrK Bukit Gantang, Perak & Bukit Selambau, Kedah tersebut. Malah, menjadi tumpuan juga ialah di DUN Batang Ai, Sarawak.
Namun di sebelah Barisan Nasional (BN), kesemuanya adalah terlalu penting kerana menang di tiga PrK itu adalah "sejambak hadiah" untuk Datuk Seri Najib yang bakal ditabalkan sebagai Presiden UMNO (pada 28 Mac) yang sekaligus Pengerusi BN.
Bagi PR, Bukit Gantang adalah gendang rakyat, alat menyemarakkan mandat rakyat kembali subur untuk dipalu di depan Najib yang bakal mengetuai kempen atas sifatnya sebagai Pengerusi UMNO Perak. Paluan gendang rakyat pastinya digerakkan secara sentimental bagi memastikan konspirasi 5 Februari yang menjatuhkan kerajaan negeri PR Perak akan mengolah hati nurani rakyat keluar mengundi beramai-ramai menolak BN - kerajaan negeri BN sekarang jelas tidak direstui rakyat.
Sementara di Bukit Selambau pula adalah simbol perpaduan sebenar rakyat bersama PR yang telah dibuktikan dalam pilihan raya 2008 lalu. Memandangkan komposisi peratus pengundinya 50(Melayu)-30(India)-20(Cina), jelas telah memberi mandat kepada PR melalui parti KeADILan, maka PrK ini adalah ulangan pendaulatan kuasa rakyat. Ini penting sebagai mengukuhkan sentimen rakyat Kedah yang telah memberi kuasa kepada Ustaz Azizan dari PAS mewakili PR memerintah negeri. Namun bagi BN, PrK Bukit Selambau adalah ujian bagi MIC yang sudah ditolak rakyat. Menerusi calonnya sudah pasti akan menjadi cabaran besar kepada PR, bila mana calon KeADILan yang dinobatkan mewakili PR ada sedikit bantahan yang diperbesar-besarkan oleh media. Walau apapun, PAS yang menerujui kerajaan negeri telah diberi amanat besar untuk membantu jenetera PR di Bukit Selambau. Pastinya Senator Yusof Husin yang dilantik selaku Pengarah Jentera Pembantu sebelah PAS akan mengerahkan semua petugasnya untuk memastikan kempennya nanti mendapat sambutan baik pengundi.
DUN Batang Ai juga menjadi perhatian umum, terutama bagi memahami perkembangan terakhir politik Sarawak. Menang/kalah calon BN di Batang Ai adalah akan menserlahkan taraf politiking rakyat Sarawak yang begitu lama di bawah Ketua Menteri, Mahmod Taib. Sementara PR melalui KeADILan dijangka akan mengemukakan calonnya berdepan calon BN. Ia sudah pasti akan memberi jawapan yang kepada persoalan sebelum ini: benarkan PR sudah diterima rakyat Sarawak dan ia menjadi pentunjuk awal bahawa dalam pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka tidak lama lagi akan menyebelahi PR. Namun, kemelut politik pembangunan di Batang Ai merupakan modal utama BN untuk mengunci undi para pengundi Batang Ai. Maka, kehadiran parti KeADILan bukan mudah diterima. Oleh itu, kempen calon yang bakal dilaksanakan oleh PR di Batang Ai nanti hendaklah singgah rapat di hati rakyat - menyebar arus perubahan di Semenanjung ke bumi Sarawak.
Sama-sama kita saksikan tiga PrK serentak nanti akan menyaksikan penanda aras yang merubah politik negara!!

Catatan hujung:
Persoalan rakyat, kerajaan dan pemerintah adalah kemelut kuasa bila ia disandarkan kepada politik. Namun, ketentuan dan milik Tuhan Yang Esa adalah siasah dengan kuasa hakiki yang tidak boleh dicabar oleh makhluk. Rakyat berkuasa dalam pilihan raya, pemerintah juga berkuasa bila diberi kuasa. Kuasa sementara adalah berada di tangan rakyat dan kuasa hakiki adalah ada di tangan Tuhan Yang Esa. Namun, telunjuk hakiki akan menggerakkan hati rakyat untuk menggunakan kuasa di tangan untuk memilih siapa saja!! Hanya doa dan usaha boleh menguruskan keputusan sebenar yang berada di sisi Tuhan Yang Esa.